You are on page 1of 3

Tugas Nabi-Nabi Di Sisi Syi’ah.

Oleh Ustaz Ahmad Nasim Abd Rauf


 

Ahlus Sunnah beri’tikad bahawa nabi adalah merupakan manusia yang paling mulia kedudukannya dari
kalangan manusia dan diutuskan oleh Allah ta’ala untuk menyampaikan risalah dan syariat-Nya kepada
manusia. Terdapat perbezaan antara nabi dengan rasul iaitu nabi diutuskan tanpa syariat yang baru
sebaliknya menyampaikan syariat rasul sebelumnya tetapi rasul diutuskan membawa syariat yang baru
daripada Allah ta’ala.[1]
 
Begitu juga di sisi Syi’ah tugas nabi dan rasul adalah menyampaikan segala yang diperintahkan oleh Allah
ta’ala. Namun begitu di sisi Syi’ah terdapat satu lagi tugas penting para nabi dan rasul yang tidak terdapat
pada Ahlus Sunnah iaitu menyampaikan tentang kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan perlantikan Ali bin
Abi Talib serta anak cucunya sebagai washi dan imam-imam sesudahnya. Kitab-kitab utama mereka tidak
sunyi daripada menyebutkan tugasan para nabi ini.

.‫ والية هللا التي لم يبعث نبيا قط إال بها‬5‫ واليتنا‬:‫عن أبي عبدهللا عليه السالم قال‬
Daripada Abi Abdillah a.s. katanya: “Walayah kita adalah walayah Allah yang tidak diutuskan
seorangpun nabi kecuali membawanya”.[2]
 
‫الم مكتوبة في جميع‬55‫ والية علي عليه الس‬:‫ال‬55‫الم ق‬55‫ عن أبي الحسن عليه الس‬،‫يل‬55‫عن محمد بن الفض‬
.‫صحف االنبياء ولن يبعث هللا رسوال إال بنبوة محمد صلى هللا عليه وآله ووصية علي عليه السالم‬
Daripada Muhammad bin al-Fudhail daripada Abi al-Hasan a.s. katanya: “Walayah Ali a.s. ditulis dalam
semua suhuf nabi-nabi. Allah tidak mengutuskan seorangpun rasul kecuali dengan membawa kenabian
Muhammad s.a.w. dan wasiat tentang Ali a.s. (sebagai washi sesudahnya)”.[3]
 
‫ال عهد‬55‫دنا إلى آدم من قبل فنسي ولم نجد له عزما ق‬55‫ ولقد عه‬:‫ول هللا‬55‫عن ابي جعفر عليه السالم في ق‬
‫موا‬5‫ذا وانما س‬5‫زم فيهم انهم هك‬55‫ ولم يكن له ع‬5‫اليه في محمد صلى هللا عليه وآله واالئمة من بعده فترك‬
‫زمهم ان‬55‫ من بعده والقائم عليه السالم وسيرته فأجمع ع‬5‫اولو العزم انه عهد اليهم في محمد واالوصياء‬
.‫ به‬5‫ذلك كذلك واالقرار‬
 
Daripada Abi Ja’far a.s. berkenaan firman Allah:
 
5َ ‫َولَقَ ْد َع ِه ْدنَا إِلَى آَ َد َم ِم ْن قَ ْب ُل فَن َِس‬
‫ي َولَ ْم ن َِج ْد لَهُ ع َْز ًما‬
Yang bermaksud: Dan demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi
dia lupa dan Kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh.
 
Katanya (Abu Ja’far): “Allah telah berpesan kepadanya tentang Muhammad dan imam-imam selepasnya
lalu dia meninggalkan dan ia (Adam) tidak mempunyai keazaman (kepercayaan) yang teguh tentang
mereka sedemikian (kepercayaan tentang Muhammad dan imam-imam selepasnya). Sebab mereka (nabi-
nabi) dinamakan ulul ‘azm ialah Allah telah berpesan kepada mereka tentang Muhammad dan para washi
sesudahnya dan al-Qaim (imam Mahdi di sisi Syi’ah iaitu Muhammad bin Hasan al-Askari) dan sejarahnya
lalu mereka meneguhkan kepercayaan tersebut sedemikian dan mengakuinya”.[4]
 
Terdapat banyak lagi riwayat-riwayat sedemikian di dalam kitab-kitab Syi’ah seperti Tafsir as-Shafi,
Mustadrak al-Wasail, Bihar al-Anwar, Tafsir Furat al-Kafi. Namun tiga riwayat di atas yang terdapat di
dalam kitab yang paling sahih di sisi mereka sudahpun memadai untuk membenarkan tentang akidah
mereka berkenaan nabi-nabi.
 
Sanggahan terhadap pegangan tersebut.
 
Pertama: Al-Quran menyatakan dengan jelas bahawa para nabi diutuskan membawa ajaran tauhid dan tidak
terdapat satupun ayat al-Quran yang mengatakan bahawa mereka diutuskan untuk menyampaikan tentang
walayah Ali r.a. dan anak cucunya.
 
ِ ‫ُول إِاَّل نُو ِحي إِلَ ْي ِه أَنَّهُ اَل إِلَهَ إِاَّل أَنَا فَا ْعبُد‬
‫ُون‬ ٍ ‫َو َما أَرْ َس ْلنَا ِم ْن قَ ْبلِكَ ِم ْن َرس‬
Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami
wahyukan kepadanya: Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku, oleh
itu beribadatlah kamu kepadaKu.[5]
 
َ‫ الطَّا ُغوت‬5‫َولَقَ ْد بَ َع ْثنَا فِي ُكلِّ أُ َّم ٍة َر ُسواًل أَ ِن ا ْعبُدُوا هَّللا َ َواجْ تَنِبُوا‬
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan
memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut.[6]
 
Begitu juga penjelasan yang diberikan oleh para nabi kepada kaumnya sebagaimana yang dinukilkan oleh
al-Quran:
 
ُ‫م ا ْعبُدُوا هَّللا َ َما لَ ُك ْم ِم ْن إِلَ ٍه َغ ْي ُره‬5ِ ْ‫لَقَ ْد أَرْ َس ْلنَا نُوحًا إِلَى قَوْ ِم ِه فَقَا َل يَا قَو‬
Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya, lalu berkatalah ia: Wahai kaumku!
Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya.[7]
 
Begitu juga dengan nabi-nabi yang lain seperti Hud, Salih, Syu’aib a.s.[8]
 
Hadith-hadith Nabi s.a.w. juga menjelaskan bahawa tugas rasul ialah menyampaikan ajaran tauhid dan
tidak terdapat satupun hadith yang menyebutkan sebagaimana yang diimani oleh golongan Syi’ah.
 
Kedua: Al-Quran juga menyebutkan tentang perjanjian nabi-nabi dengan Allah ta’ala supaya beriman dan
membela mana-mana nabi yang dibangkitkan sesudahnya andaikata mereka sempat dengan zaman nabi
tersebut.
 
‫ ِه‬5ِ‫ؤ ِمنُ َّن ب‬5ْ 5ُ‫ق لِ َما َم َع ُك ْم لَت‬ َ ‫و ٌل ُم‬5‫ ا َء ُك ْم َر ُس‬5‫ ٍة ثُ َّم َج‬5‫ب َو ِح ْك َم‬
5ٌ ‫ ِّد‬5‫ص‬ َ ‫َوإِ ْذ أَ َخ َذ هَّللا ُ ِميثَا‬
ٍ ‫ق النَّبِيِّينَ لَ َما آَتَ ْيتُ ُك ْم ِم ْن ِكتَا‬
َ‫ال فَا ْشهَدُوا َوأَنَا َم َع ُك ْم ِمنَ ال َّشا ِه ِدين‬ َ َ‫ ق‬5‫م َعلَى َذلِ ُك ْم إِصْ ِري قَالُوا أَ ْق َررْ نَا‬5ُْ‫خَذت‬ ْ َ‫ال أَأَ ْق َررْ تُ ْم َوأ‬
َ َ‫ص ُرنَّهُ ق‬ ُ ‫َولَتَ ْن‬
Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firmanNya):
Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada
kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-
sungguh kepadanya dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya. Allah berfirman lagi
(bertanya kepada mereka): Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiku
secara yang demikian itu? Mereka menjawab: Kami berikrar (mengakui dan menerimanya). Allah
berfirman lagi: Jika demikian, maka saksikanlah kamu dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu.
[9]
 
Tiada pula satu pun ayat yang menyebutkan bahawa Allah mengambil perjanjian dengan nabi-nabi supaya
beriman kepada walayah Ali r.a. dan membelanya.
 
Ketiga: Tidak terdapat seorangpun dari kalangan Ahlul Kitab yang memeluk Islam dan seterusnya
mengakui bahawa terdapat di dalam kitab asal yang menjadi pegangan mereka seperti Injil dan Taurat yang
menyebutkan bahawa terdapat di dalamnya wasiat atau perintah supaya berpegang dan menyampaikan
tentang walayah Ali r.a. dan anak cucunya sedangkan kitab-kitab yang sama menyebutkan tentang
kerasulan Muhammad s.a.w..
 
Berdasarkan kepada hujah-hujah di atas satu persoalan yang perlu difikirkan ialah dari sumber
manakah sebagai hujah bagi Syi’ah untuk mengemukakan dakwaan tersebut?

[1] Tafsir ruh al-ma’ani jil. 11 hal. 172


[2] Usul al-Kafi jil. 1, hal. 438.
[3] Ibid.
[4] Tafsir al-Qummi jil. 2 hal. 67, Usul al-Kafi jil. 1 hal. 417
[5] Surah al-Anbiya’ ayat 25.
[6] Surah an-Nahl ayat 36
[7] Surah al-A’raf ayat 59.
[8] Lihat ayat 65, 73, 85.
[9] Surah Ali Imran ayat 81

You might also like