You are on page 1of 5

Cara Penanaman Hidroponik

 
CARA-CARA PENANAMAN HIDROPONIK DENGAN SET HIDROPONIK

1. Tuangkan 20 liter air ke dalam takung hidroponik (paras air kira-kira 1 inci dari atas takung)
 
 

2. Tutup takung dengan penutup polisterin


 
 

   
3. Potong Benang media dan gumpalkan (lihat gambar) dan masukkan ke dalam setiap bakul media dan tarik untuk
membuat sumbu(lihat gambar). Pastikan lubang bakul media tertutup sepenuhnya (lihat gambar).
 
 
 
4. Rendam kesemua bakul media di dalam air paip (lihat gambar). Kemudian letakkan kelapan-lapan bakul media
pada lubang polisterin.
 
 

5. Semaikan tiga biji benih ke dalam tiap-tiap bakul media. Oleh kerana jangka masa matang adalah berlainan,
hanya satu jenis benih bagi setiap takung.
 
 

6. Pada hari ke-7, cabutkan satu daripada benih yang telah bercambah dan biarkan dua tumbuhan bagi setiap bakul.
 
 
7. Pada hari ke-4, Masukkan air ke dalam bekas dengan kira-kira 20 cawan penyukat
 

8. Keluarkan semua baja dan baja cecair dan masukkan ke dalam satu bekas
 
9. Gaulkan kesemua baja dan air sehingga rata
 

10. Masukkan 2 cawan baja cecair tersebut ke dalam setiap takung hidroponik
 
11. Gaulkan bancuhan air baja hidroponik di dalam takung hidroponik
 

12. Tutup baki bancuhan baja hidroponik dan simpan di tempat yang tertutup untuk kegunaan seterusnya.
* Baja Hidroponik boleh digunakan untuk 10 kali tanaman, cukup untuk 10 takung hidroponik.

You might also like