You are on page 1of 13

Istilah hutan merujuk kepada suatu formasi yang dikuasai

oleh pokok. Biasanya perkataan " hutan " merujuk kepada


tiga konsep yang berlainan. Yang pertama, dirian pokok atau
tumbuh-tumbuhan yang merupai pokok. Yang kedua, seluruh
komuniti tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang dikuasai oleh
pokok. Yang ketiga, seluruh sistem komuniti yang dikuasai
oleh pokok yang berfungsi, termasuk substrat abiotik dan
persekitaran atmosferanya.

Hutan hujan dapat diistilahkan sebagai satu komuniti


tumbuhan yang padat dengan pokok-pokok yang mempunyai
adaptasi terhadap kelembapan di mana ia mempunyai daun-
daun yang lebar walaupun saiz daun bukanlah ciri utama
dalam pembentukan jenis hutan hujan. Lazimnya struktur
hutan hujan terdiri daripada dua atau lebih peringkat pokok-
pokok dan tumbuhan renek yang turut berinteraksi bentuk
tumbuhan yang lain seperti pepanjat, palma dan episit.

Hutan hujan tropika merupakan jenis-jenis pembentukan


tumbuh-tumbuhan yang bebas serta turut ditentukan oleh
faktor alam sekeliling selain daripada kelembapan. Takrif
hutan tropika juga merangkumi lingkungan habitat darat dan
habitat separa darat yang luas di zon intertropika.

Hutan tropika terdapat di zon tropika di antara 23027 Utara


dan 23027 Selatan. Pada masa kini kawasan-kawasan hutan
di Semenanjung Malaysia adalah diwakili oleh hutan hujan
tropika ini selain daripada hutan hujan tropika di Afrika,
Latin Amerika, Amerika Selatan, Indo-Australia dan Asia
Selatan.

Struktur hutan tanah rendah di Semenanjung Malaysia


adalah satu profil yang berlapis. Lapisan-lapisan itu terdiri
daripada pokok-pokok renjong, silara utama, tumbuhan
tingkat bawah dan tumbuhan permukaan tanah ( Lampiran
1 ).

Pokok-pokok di lapisan renjong dapat mencapai ketinggian 60


hingga 70m. Kebanyakan pokok-pokok ini adalah daripada
famili Dipterocarpaceae dan Leguminosae. Diterocarpaceae
sering dikaitkan dengan kumpulan pokok-pokok balak
komercial di Malaysia seperti balau, cengal, kapur, keruing,
meranti, merawan, mersawa dan seraya.
Lapisan silara utama pula terdiri daripada tumbuh-tumbuhan
berbagai famili yang tingginya antara 20 hingga 40m.
Misalnya, kedondong, kandis, penarahan dan kelat. Di tingkat
bawah pula, terdapat pokok-pokok kecil dan palma yang
hidup subur di bawah silara tersebut. Kumpulan tumbuhan
sementara bagi lapisan hutan tingkat bawah terdiri daripada
anak-anak pokok dan pokok muda. Di lantai hutan pula
terdapat anak-anak pokok, palma-palma kecil, tumbuhan
renek dan herba ( Lampiran 2 ).

Hutan hujan tropika di Malaysia boleh dibahagikan kepada


dua kelas iaitu hutan-campuran ( mixed forest ) dan hutan
dominan tunggal ( single-dominant forest ). Hutan campuran
seperti hutan Dipterokarpa tanah pamah terdiri daripada
berbagai famili tumbuhan manakala hutan dominan tunggal
dapat dilihat pada jenis hutan dominan tunggal spesies kapur
(Dryobalanops aromatica ) seperti yang terdapat di Kanching,
Selangor. Ia adalah campuran spesies yang berbeza-beza dari
segi komposisi flora dan ia berubah mengikut habitat.
Pengelasan jenis-jenis kawasan hutan di Semenanjung
Malaysia adalah berdasarkan kepada komposisi tumbuh-
tumbuhan yang dominan di habitat-habitat tertentu
( Lampiran 3 ). Selain itu, jenis-jenis hutan di Malaysia boleh
dikelaskan berdasarkan kepada beberapa faktor lain seperti
pengaruh iklim, tanah dan biotik.

Dengan berdasarkan kepada ketinggian kawasan di atas aras


laut, hutan ini juga boleh dikelaskan kepada hutan
dipterokarpa pamah, hutan dipterokarpa bukit, hutan
dipterokarpa atas, hutan oak-gunung dan hutan ericaceous
gunung. Dipterokarpa merupakan kumpulan pokok-pokok
berdamar famili Dipterokarpa yang terdapat di lapisan sudur
hutan dan di bahagian silara utama hutan. Hutan
dipterokarpa pamah meliputi semua hutan atau rimba di
kawasan tanah dan di kaki-kaki bukit sehingga ketinggian
30m. Hutan dipterokarpa bukit pula adalah hutan di bukit-
bukit antara ketinggian 30 hingga 762m manakala hutan
antara ketinggian 762 hingga 1200m adalah hutan
dipterokarpa atas. Hutan oak-gunung adalah hutan antara
paras ketinggian 1200 hingga 1500m. Hutan yang melebihi
1500m adalah hutan ericaceous gunung.

Jenis-jenis hutan ini terjadi akibat daripada perbezaan


komposisi tumbuh-tumbuhan flora dan struktur umum yang
terkandung dalam hutan itu. Hutan dipterokarpa pamah dan
hutan dipterokarpa bukit adalah jenis hutan tanah pamah
tropika yang terbesar di dunia. Hutan dipterokarpa atas dan
hutan oak-gunung pula merupakan pembentukan jenis hutan
pergunungan rendah manakala hutan ericaceous ialah jenis
hutan tropika pergunungan tinggi ( Lampiran 4 ).

Hutan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan


seharian kita. Kegunaannya tidak lagi dinafikan oleh kita.
Untuk melindungi hutan, kita harus sedar akan
kepentingannya sebelum kita dapat menghayati dan
menjaganya untuk generasi yang akan datang.

KEPENTINGAN DAN KEGUNAAN HUTAN HUJAN TROPIKA


DI MALAYSIA

Hutan hujan tropika adalah satu khazanah yang berharga


kepada semua orang di bumi ini tidak kira di mananya kita
tinggal. Hutan memainkan peranan yang penting dalam
menjaga nilai kehidupan alam sejagat. Hutan penting bukan
sahaja sebagai tanah ladang yang berpotensi tetapi sebagai
simpanan balak yang boleh dieksploitasi, sebagai sumber
spesimen biologi yang baharu dan sebagai habitat bagi
berbagai variasi flora dan fauna.

Hutan hujan tropika meliputi hanya 12% daripada jumlah


kawasan dunia. Namun demikian ia adalah habitat
semulajadikepada hampir 50% hingga 90% spesies tumbuh-
tumbuhan, haiwan dan serangga yang terdapat di dunia. Satu
hektar tanah hutan hujan tropika di Malaysia mengandungi
lebih daripada 180 jenis pokok. Di Semenanjung Malaysia,
terdapat lebih daripada 8000 spesies tumbuhan berbunga,
200 spesies mamalia, 600 spesies burung, 115 spesies ular,
80 spesies cicak dan 100 spesies serangga telah direkodkan.
Di Sarawak pula, 70% daripada kawasannya adalah diliputi
oleh hutan hujan tropika. Ia menempatkan lebih daripada
8000 spesies flora dan 20000 spesies fauna. Hutan
membekalkan makanan secara langsung atau tidak langsung
kepada haiwan yang memakan buah-buahan, bijian, putik
bunga, pucuk daun dan bahagian pokok lain. Selain itu, ia
juga adalah satu habitat yang sesuai kepada burung-burung
yang datang semasa musim sejuk.
Hutan adalah sebagai tempat perlindungan semulajadi bagi
orang-orang asli di kawasan pedalaman hutan. Mereka dapat
menyara hidup mereka melalui sumber hutan sejak beribu-
ribu tahun dahulu. Kegiatan seharian mereka amat
bergantung kepada hutan. Mereka memburu bukan sahaja
untuk mendapatkan sumber makanan tetapi untuk
mendapatkan pakaian dan tempat perlindungan. Contohnya,
kumpulan etnik Bidayuh di Sarawak. Hutan adalah sumber
pendapatan seharian mereka. Kebanyakan barang keluaran
hutan seperti herba, gum ( damar ), sarang burung dan keladi
dikumpulkan oleh mereka untuk dijual di pasaran urban
sebagai sumber tambahan pendapatan kepada mereka.
Justeru itu, masyarakat orang asli seperti suku kaum Batek
di Hutan Simpanan Kuala Tahan, Taman Negara, masih
berinteraksi secara langsung dengan khazanah hutan.
( Lampiran 8 ).

Hutan bertindak sebagai kawasan tadahan air dalam


memelihara kualiti alam sekitar dengan menyerap dan
menapis air hujan sebelum menyalurkannya ke sungai-
sungai. Dengan itu, ia dapat memastikan bahawa bekalan air
di negara kita tidak terputus sepanjang tahun.

Hutan juga bertindak sebagai penutup bumi


semulajadi serta melindungi tanah-tanih daripada hakisan
air dan angin. Pokok-pokok pula berfungsi sebagai pengikat
dengan cara mencengkam tanah-tanih dengan akarnya.
Kesemua ini dapat memelihara kualiti alam sekitar daripada
dicemari dan mencegah kejadian-kejadian buruk seperti
banjir kilat.

Hutan juga berfungsi sebagai bunga karang ( sponge ) yang


berongga, menyerap air hujan dan mengalirkannya perlahan-
lahan ke dalam anak-anak sungai bagi mengelak kejadian
banjir daripada berlaku. Ia juga akan bertindak sebagai
penapis dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air
secara tidak langsung. Kitar atau edaran hidrologi yang
berlaku di kawasan-kawasan hutan akan memberi kesan
kepada kualiti dan kuantiti sungai. Dari segi kuantitinya,
ekosistem hutan berperanan sebagai " regulator " air dan
mengawal kadar alirannya. Pada masa yang sama, silara
pokok hutan berupaya mencegah atau menyerap air hujan
antara 20 hingga 28%, di mana sebahagian besarnya akan
kembali ke atmosfera melalui sejatan pepeluhan ( Lampiran
5 ). Kehilangan litupan hutan akan menyebabkan air hujan
terus mengalir ke sungai-sungai dan mengakibatkan kejadian
banjir kilat yang secara tidak langsung akan mendatangkan
bencana kepada manusia.

Hutan juga berfungsi sebagai penstabil cuaca bumi dan


hampir 70% daripada penawaran oksigen dunia adalah
datangnya dari hutan hujan tropika. Semasa tumbuhan
menjalankan proses fotosintesis , ianya menyerap karbon
dioksida dan mengeluarkan oksigen pada masa yang sama
( Lampiran 6 ). Ini diimbangi oleh pernafasan ( respirasi )
tumbuhan dan haiwan serta aktiviti ungkaibina yang
mengakibatkan penggunaan oksigen dan pengeluaran karbon
dioksida melalui proses karbonisasi.

Pemusnahan yang berlarutan terhadap hutan akan


menyebabkan berkurangnya penukaran karbon dioksida
kepada organik karbon di udara. Peningkatan pemekatan
karbon dioksida di udara akan mengakibatkan masalah
pemanasan dunia terjadi. Ianya akan mempengaruhi
pengurangan kadar gas dan secara tidak langsung
mempengaruhi ketebalan lapisan ozon yang terdapat di
atmosfera. Kehadiran gas-gas seperti karbon dioksida,
Chlorofluorocarbons ( CFCS ), methane, tropospheric ozone
dan nitrid oksida di atmosfera akan menyekat pelepasan
tenaga sinaran daripada permukaan bumi dan menyebabkan
suhu meningkat sehingga berlakunya fenomena kesan rumah
hijau.

Hutan juga berfungsi sebagai agen pembersih udara melalui


proses fotosintesis. Wap air yang dibebaskan melalui proses
tersebut dapat menolong melembab dan menyamankan
udara. Selain itu, hutan juga berupaya mengawal bahan
cemar yang terapung di udara apabila pencemaran tidak
begitu tinggi. Ini memandangkan permukaan dalaman daun
adalah lebih besar dan mampu menyerap bahan pencemaran
dengan lebih berkesan. Contohnya, hutan mampu
memerangkap unsur plumbum yang tinggi di udara dan
menyimpannya di dalam tanah.

Hutan adalah sebagai sumber bahan mentah ( Lampiran 9 ).


Hutan merupakan tempat asal bagi kebanyakan tanaman
makanan manusia dan haiwan. Makanan yang kita guna
seharian adalah berasal dari hutan hujan tropika. Antaranya
termasuklah kopi, buah-buahan dan rempah. Hutan hujan
tropika di Semenanjung Malaysia adalah habitat asal
beberapa pokok buah-buahan tempatan seperti manggis
( Garcinia mangostana ) dan rambutan ( Hephelium
lappaceum ). Selain itu, buah-buahan seperti limau, pisang ,
betik, manggo dan nanas secara asalnya adalah berasal dari
hutan hujan tropika. Tumbuh-tumbuhan seperti halia, lada
hitam, vanila, cengkih, kayu manis, buah pala dan lada juga
tumbuh secara liar di hutan hujan tropika pada mulanya
( Lampiran 7 ).

Hutan juga adalah gedung penuh dengan pokok-pokok


yang mempunyai nilai-nilai perubatan. Secara anggarannya,
satu perempat daripada prekripsi dadah adalah bersumber
daripada tumbuhan yang terdapat di hutan hujan tropika. Ini
telah meningkatkan kegunaan tumbuhan tempatan
terutamanya dari hutan dalam bidang perubatan. Contohnya
ubat anti-Malaria dan kuinin. Kebanyakan daripada tumbuh-
tumbuhan hutan hujan tropika mengandungi nilai-nilai
perubatan terutamanya dari bahagian-bahagian batang, akar,
pucuk, daun dan ubi. Pemakaian bahan ubat yang dihasilkan
daripada tumbuh-tumbuhan berbeza mengikut sifat penyakit
yang diubati. Biasanya ia dapat mengubati penyakit yang
akan membawa kepada maut seperti penyakit kuning.
Misalnya dalam kegunaan perubatan tradisional, masyarakat
Melayu meminum air rebusan Tongkat Ali ( Eurycoma
longifolia dan E.apiculata ) sebagai sejenis tonik kesihatan
untuk ibu-ibu selepas bersalin. Orang-orang asli pula
menggunakan bahagian kulit akar Tongkat Ahli bagi
mengubati demam cacar ( smallpox ) manakala serbuknya
pula digunakan bagi merawat luka atau bisul serta bagi
meredakan deman malaria ( Lampiran 7 ). Di antara spesies-
spesies tumbuhan lain yang sering dikaitkan dengan nilai
perubatannya termasuklah daripada jenis selusuh Fatimah /
kacik Fatimah ( Labisia sp. ), mempisang ( Goniothalamus
sp.) dan medang ( Cinnamomum sp.). Bunga pakma ( Rafflesia
hasselti ) pula dikatakan mengandungi nilai perubatan turut
mendapat harga yang tinggi di pasaran ( Lampiran 7 ).

Hutan hujan tropika juga dapat menampung sumber bahan


getah, damar, resin, pencelup dan bahan-bahan dasar
pengeluaran minyak yang mempunyai nilai dagangan yang
tinggi. Di antara contohnya ialah bahan-bahan seperti getah
daripada pokok jelutong ( Dyera costulata ) pernah digunakan
dalam pengeluaran gula getah pengunyah ( chewing gum ).
Minyak pokok keruing gondol ( Dipterocarpus kerrii ) pula
digunakan sebagai bahan asas dalam pemprosesan minyak
wangi tempatam.

Sumber kayu-kayan hutan hujan tropika di Malaysia kaya


dengan taburan berbagai spesies pokok-pokok balak
komersial negara seperti merbau, bitis, nyatoh dan kempas
yang bernilai tinggi. Ini menjamin bekalan sumber kayu-
kayan di negara kita untuk tujuan kegunaan tempatan
mahupun untuk dieksportkan. Selain itu, kepelbagaian flora
dan spesies kayu-kayan telah membolehkan industri yang
berasaskan kayu untuk menggunakan spesies-spesies kayu
dijalankan secara lebih meluas.

Sektor perhutanan adalah satu sumber pendapatan negara


yang penting. Ia memainkan peranan dalam pembangunan
sosio-ekonomi negara dari segi pendapatan pertukaran asing,
hasil kerajaan, pelaburan dan pekerjaan. Antara Januari
hingga September 1990, nilai eksport balak dan barangan
kayu adalah RM 2.1 billion atau 40% daripada jumlah
pendapatan eksport negara. Jumlah pelaburan industri
berasaskan kayu bagi tempoh tersebut adalah melebihi RM
967 juta. Punca-punca eksport sektor perhutanan adalah
terdiri daripada kayu gergaji, papan lapis, kayu kumai, venir
dan perabot. Jumlah hasil hutan yang dipungut daripada
royalti, premium dan sumber-sumber lain seperti hukuman,
denda dan pampasan berkaitan dengan perhutanan, lesen
dan perkhidmatan perhutanan pula bernilai RM 203 juta.
Selain itu, ia juga menawarkan pekerjaan lebih daripada
62800 orang sama ada dalam kegiatan pembalakan atau
kegiatan hiliran seperti kilang papan dan perabot pada
tempoh itu kepada penduduk tempatan.

Hutan juga adalah penting sebagai sumber keluaran hasil


hutan bukan kayu yang mempunyai kegunaan yang
berlainan. Ia termasuklah rotan, buluh, mengkuang dan
pandan, tumbuh-tumbuhan pewarna, damar dan lain-lain.

Rotan adalah hasil hutan bukan kayu yang terpenting di


Semenanjung Malaysia. Ia telah menjadi satu perusahaan
yang penting yang tertumpu di kawasan luar bandar. Ia lebih
tertumpu kepada aktiviti-aktiviti pengeluaran perabot bagi
pasaran tempatan dan melibatkan aktiviti mengeksport
barangan rotan separa proses dan siap. Manau ( Calamus
manan ) adalah rotan yang paling popular diperdagangkan
dan berharga tinggi.

Terdapat 28 genera dengan 150 spesies palma asli di


Malaysia. Bagaimanapun penekanan dan penggunaannya
hanya terhad bagi jenis-jenis palma yang popular seperti
rumbia, nipah dan bertam sahaja.

Nipah ( Nypa fruticans ) tumbuh di sepanjang tebing-tebing


sungai seluruh Semenanjung Malaysia. Daun-daunnya boleh
digunakan untuk membuat atap dan barangan kraf manakala
daun-daun muda yang masih belum terbuka ( anak daun )
digunakan bagi membuat kertas pembalut tembakau rokok.
Buah-buahnya pula boleh dimakan sementara tangkainya
boleh diperah bagi mendapatkan nira ( palm-wine ).

Rumbia atau sagu ( Metroxylon sagu ) dan ( M.rumphii ) ialah


jenis palma yang lebih besar dan hidup di paya-paya air
tawar. Ianya merupakan bahan utama dalam pembuatan
tepung sagu daripada bahagian dalam batangnya. Daunnya
pula boleh disisir menjadi atap dan dinding rumah. Isi
batangnya juga berguna sebagai bahan makanan kepada
binatang ternakan seperti ayam dan itik.

Bertam ( Eugeissona tristis ) adalah tumbuhan yang hidup di


merata hutan pedalaman di Semenanjung Malaysia. Bertam
juga boleh dijadikan atap. Buahnya kadang-kala diukir untuk
dijadikan barang hiasan.

Buluh merupakan sejenis tumbuhan yang tergolong dalam


famili rumput ( Gramineae ). Penggunaan buluh adalah lebih
meluas. Ini disebabkan sifat batangnya yang ringan, seragam,
tegar dan mudah diperolehi. Dengan penggunaan mesin-
mesin pemprosesan, industri barangan berasaskan buluh
dapat dikembangkan menjadi perusahaan yang lebih berdaya
maju. Misalnya, Kedah merupakan negeri yang terbanyak
mengeluarkan buluh semantan ( Gigantochloa scortechinii ).
Rebung-rebung buluh terutamanya buluh betung
( Dendrocalamus asper ) dan beting ( Gigantochloa levis ) yang
hidup liar atau ditanam boleh dijadikan sumber makanan
yang berzat.
Tumbuh-tumbuhan pewarna yang paling berharga di
Semenanjung Malaysia ialah daripada spesies sepang
( Caesalpinia sappan ) yang digunakan untuk mewarnakan
pandan, tikar, sutera, kapas dan benang. Ia juga digunakan
sebagai pewarna bahan makanan. Tumbuh-tumbuhan
pewarna lain ialah mengkudu ( Morinda sp. ), merbau ( Intsia
sp. ), sena ( Pterocarpus indicus ) dan akar kunyit ( Fibraurea
chloroleuca ). Di samping kulit bakau, kulit pokok punggai
( Coelostegia griffithii ), bayur ( Pterospermum sp. ), ketapang
( Terminalia sp. ), rhu ( Casuarina sp. ) dan rengas juga boleh
digunakan bagi menghasilkan bermacam-macam warna.

Damar dikutip daripada pecahan atau luruhan kulit batang


bagi membuat andang, pemetik api dan pemampal bahagian-
bahagian perahu dan perabot. Damar Mata Kucing yang
dihasilkan daripada spesies merawan ( Hopea sp. ) dan Damar
Perak yang dihasilkan daripada spesies cengal
( Neobalanocarpus heimii ) lazimnya digunakan dalam industri
penggilapan dan pembuatan kertas. Agathis borrensis pula
adalah pokok damar minyak yang digunakan sebagai
kemenyan dalam upacara keagamaan dan rawatan
tradisional, lampu penyuluh, pemetik api, penampal bahagian
bot yang bocor dan juga sebagai asap penghalang nyamuk. Ia
juga dieksport khususnya bagi pembuatan bahan penggilap
gred tinggi dan pelekat selain digunakan dalam pemprosesan
kulit haiwan.

Hutan juga adalah sumber getah yang penting. Misalnya,


getah gutta-perca yang didapati daripada pokok nyatoh taban
merah ( Palaqquim gutta ) mempunyai ciri-ciri sebagai salah
satu bahan bukan konduktor kuasa panas atau elektrik.
Getah ini tidak menganjal dan akan bertukar menjadi plastik
apabila dipanaskan pada suhu 820C ( 1800F ) dengan
mengekalkan bentuk yang digubah ketika ianya masih panas.
Bahan ini mempunyai beberapa kegunaan teknikal seperti
membuat pemegang alat-alat pembedahan, bola-bola golf,
bahan penampal sementara gigi dan penutup corong-corong
kegunaan di makmal-makmal kimia.

Sebelum tanaman pokok-pokok getah ( Hevea brasiliensis )


diperkenalkan di Semenanjung Malaysia, sumber-sumber
getah asli diperolehi daripada pokok-pokok hutan tropika
terutama daripada tumbuhan pepanjat seperti akar-akar gerit
daripada famili Apocynacease. Di antara genera-genera
pepanjat daripada famili ini yang menghasilkan getah
ialah Willughbeia, Leuconotis, Chilocarpus dan Melodinus .

Buah dan biji-bijian liar yang terdapat di hutan Semenanjung


Malaysia menjadi sumber makanan fauna dan manusia. Di
antara buah-buahan hutan yang dijual di pasar-pasar
tempatan adalah macang ( Mangifera foetida ), jambu
( Eugenia sp. ), durian ( Durio sp. ), sentul ( Sandoricum
koetjape ), rambutan ( Nephelium sp. ), langsat ( Lansium
domesticum ) dan manggis ( Garcinia mangostana ). Daun-
daun asam gelugor ( Garcinia atroviridis ) dan cemperai
( Champereia manillana ) pula boleh dijadikan sayur-sayuran
sementara biji-biji buah hutan seperti petai ( Parkia speciosa )
dan jering ( Pithecelobium jiringa ) pula boleh digulai atau
dijadikan ulam. Enau yang dikenali sebagai kabong ( Arenga
pinnata ), sejenis palma besar yang hidup di pinggir hutan
dapat dijadikan sumber gula yang boleh dimasak bersama-
sama santan kelapa dan gula Melaka. Kini sumber
pemakanan dari hutan telah mula mendapat pasaran yang
tinggi sebagai salah sumber makanan tempatan.

Berbagai bahan daripada binatang-binatang di hutan


menjadi buruan kepada mereka yang ingin memilikinya sama
ada untuk hiasan atau sebagai sumber dagangan yang
lumayan. Di antara barangan berasaskan haiwan dan
haiwan-haiwan yang diburu ini termasuklah gading gajah,
kulit harimau, badak, harimau bintang, tapir, sambur,
pelanduk dan burung. Tahi atau najis kelawar dipungut
untuk digunakan sebagai baja asli. Selain daripada itu, lilin
lebah dan sarang burung layang-layang juga dipungut sama
ada untuk tujuan makanan atau perubatan.

Beberapa jenis tumbuh-tumbuhan di hutan mengandungi


unsur-unsur racun yang dapat mengakibatkan kemudaratan
jika tersalah penggunaannya. Sesetengah tumbuh-tumbuhan
mempunyai bulu atau duri halus yang boleh mengakibatkan
gatal dan lecur pada kulit manusia. Walaupun demikian,
terdapat beberapa tumbuh-tumbuhan digunakan sebagai
tuba untuk menangkap ikan, racun serangga dan menghalau
atau menghindari serangan anai-anai. Di antara tumbuh-
tumbuhan yang sering digunakan sebagai tuba
termasuklah Derris elliptica ( tuba ), Anamirta
cocuculus ( kris ), Diospyros wallichi ( tuba buah )
dan Barringtonia scortechinni ( putat tuba ).Racun ipoh yang
didapati secara menoreh kulit pokok ipoh ( Antiaris toxicaria )
paling terkenal sebagai racun untuk menyumpit atau
mengumpan haiwan buruan di kalangan Orang Asli.

Minyak-minyak daripada sayur-sayuran terdapat secara


semulajadi dalam buah-buahan dan biji-bijian tumbuh-
tumbuhan. Kebanyakan daripada minyak-minyak kini boleh
dimakan. Contohnya minyak daripada pokok sengkawang dan
ketapang. Terdapat sumber-sumber minyak daripada
tumbuhan. Contohnya penaga yang boleh digunakan untuk
membuat bahan-bahan seperti sabun, cat dan lilin.

Minyak bauan asli ialah sejenis minyak yang meruap dan


terdapat lazimnya pada pada bahagian-bahagian kulit, akar,
daun, buah atau bunga tumbuh-tumbuhan. Minyak-minyak
ini berperisa enak dan berbau harum. Di antara jenis-jenis
tumbuh-tumbuhan yang sering dimanfaatkan sebagai bahan
dasar di dalam penghasilan minyak bau-bauan ini adalah
kenangan, bunga tanjung dan keruing gondol. Penaga dan
pulasari pula adalah di antara jenis-jenis tumbuh-tumbuhan
yang digunakan di dalam pembuatan bahan perisa dan
haruman bahan makanan serta penyediaan ubat-ubatan.

Kawasan hutan yang terdiri daripada pelbagai jenis pokok,


palma, pokok renek, herba dan paku-pakis yang berpotensi
untuk didomestikasikan, dipilih dan dipopularkan sebagai
spesies tumbuhan yang sesuai bagi kegunaan hiasan dan
senitaman. Keunikan sifat tumbesaran dengan bunga-bunga
yang beranika bentuk, warna dan keharuman bau adalah ciri-
ciri istimewa yang terdapat pada kebanyakan tumbuh-
tumbuhan kita. Pokok-pokok tempatan seperti
medang ( Cinnamomum sp. ), penaga ( Mesua sp. ), palma-
palma palas ( Licuala sp. ), pinang hutan ( Pinanga sp. ),
pokok-pokok renek delek ( Anisophyllea sp. ), herba-herba
setawar ( Costus sp. ), lumbah ( Curculigo sp. ) dan berbagai
spesies paku-pakis adalah merupakan antara tumbuhan
hutan spesies tempat yang mampu menawarkan kesan yang
lebih berkesan bagi kegunaan hortikultur hiasan dan
senitaman di negara kita.

Selain itu, hutan adalah suatu sumber tanah yang penting.


Memandangkan kawasan hutan adalah luas, maka dengan
pembukaan hutan yang terancang, kawasan hutan berpotensi
untuk berbagai kegunaan seperti ladang ternak, tapak
penempatan baru, kawasan ladang baru atau sebagai tapak
untuk kegiatan rekreasi dan pendidikan.

Dengan adanya hutan, ia telah memudahkan kajian-kajian


terhadap flora dan fauna. Walaupun berbagai spesies flora
dan fauna telah dijumpai, namun masih terdapat banyak lagi
yang belum dikenali nama. Kehadiran hutan membolehlkan
penerokaan ilmu secara berkekalan ( Lampiran 8 ).

Hutan juga dijadikan sebagai tempat ideal untuk hutan


simpanan bagi pertumbuhan semulajadi flora dan fauna.
Dengan kepupusan sesetengah haiwan dan tumbuhan, hutan
simpan adalah langkah penting untuk menjamin populasi
sesuatu flora dan fauna daripada diancam dan mengalami
kepupusan.

Kesimpulan :

Jelas bahawa hutan adalah unsur penting untuk membentuk


ciri-ciri alam semulajadi, menyediakan berbagai keperluan
asas kepada kehidupan haiwan dan manusia. Hutan tropika
mungkin mengandungi hampir separuh daripada spesies
haiwan dan tumbuh-tumbuhan di dunia, termasuk beberapa
banyak genus dan famili yang masih belum lagi diketahui.

Terdapat beberapa banyak contoh struktur tumbuh-


tumbuhan dan tingkah laku haiwan yang tidak wujud di zon
iklim sederhana, termasuk pertalian ekologi dan fisiologi yang
khusus antara tumbuh-tumbuhan, haiwan, mikroorganisma
dan persekitarannya pula terdapat di hutan tropika.

Tetapi pembangunan pesat yang berlaku telah mengancam


kedudukan dan keadaan semulajadi di hutan. Ini telah
mengancam kepentingan hutan dari segi ekonomi setempat
dan perdagangan sedunia. Jika pemusnahan hutan terus
berlaku, dua pertiga daripada spesies di hutan hujan tropika
akan pupus sebelum kita berjaya menemuinya menjelang
2025.

Oleh itu, kesedaran perlu diwujudkan tentang betapa


pentingnya hutan. Pengawalan perlu dilakukan melalui
pembentukan undang-undang dan kerjasama daripada
semua pihak bagi membendung pemusnahan hutan yang
berterusan serta melindunginya sebagai suatu khazanah yang
penting untuk generasi yang akan datang.

You might also like