You are on page 1of 9

BENCANA ALAM (BANJIR)

DEFINISI
Banjir merupakan situasi apabila sesuatu kawasan ditenggelami air atau lumpur.

RASIONAL

Mewujudkan budaya selamat semasa banjir dengan sokongan ibu bapa / penjaga dan
komuniti setempat.

OBJEKTIF
• Mengambil langkah-langkah keselamatan daripada sebarang kemalangan semasa
banjir.
• Mencatatkan peraturan bagi menghadapi bencana alam secara selamat.
• Mengadakan persediaan menghadapi banjir.
• Meningkatkan tahap kesedaran murid, ibu bapa dan guru-guru dalam mengambil
langkah keselamatan semasa banjir.
• Mewujudkan permuafakatan dan perasaan tanggungjawab dalam kalangan warga
sekolah dan komuniti ketika banjir.
ISU

• Keselamatan nyawa dan harta benda


• Terputus hubungan
• Terputus bekalan makanan
• Kejutan elektrik
• Wabak penyakit
• Kecurian
• Kebersihan
TATACARA MENGHADAPI BANJIR
TATACARA MURID

• Jangan panik.
• Tutup / matikan semua suis elektrik.
• Ikut arahan guru.
• Bawa barangan peribadi yang perlu sahaja.
• Lapor diri kepada ketua kelas / guru kelas sewaktu di tempat perpindahan.
• Murid tidak perlu pergi ke sekolah sekiranya keadaan banjir membahayakan diri
pada hari berikutnya.
• Jika banjir, semua murid hendaklah berada ditempat yang selamat / di sekolah hingga
mendapat bantuan daripada pihak tertentu seperti polis / tentera / pasukan penyelamat
atau sehingga banjir surut.

TATACARA GURU

• Jangan panik.
• Tutup / matikan semua suis elektrik.
• Guru hendaklah membawa murid-murid ke tempat selamat.
• Guru hendaklah memastikan bilangan murid mencukupi.
• Murid yang tiada hendaklah dicari.
• Guru dikehendaki menghubungi pihak penjaga.
• Guru dikehendaki menghubungi pihak bomba dan penyelamat serta Unit
Pertolongan Cemas.

TATACARA IBU BAPA


• Sentiasa mengikuti perkembangan semasa laporan kaji cuaca dan amaran banjir.
• Menghubungi pihak sekolah untuk mendapatkan
maklumat terkini
PELAN KONTIGENSI
KAEDAH TERANCANG UNTUK MEMPROMOSIKAN POLISI
1. Membincangkan isu keselamatan secara terbuka
Penekanan tentang aspek keselamatan diri pelajar perlulah dididik melalui pengajaran,
peraturan, latihan, bimbingan dan amalan-amalan di sekolah. Pelbagai program boleh
dijalankan seperti ceramah, pameran, demonstrasi, dan lain-lain aktiviti, mempamerkan
poster dan peraturan mengenai keselamatan membantu memberi kefahaman dan
kesedaran pelajar mengenai keselamatan sekolah.Pengetua juga mesti menggunakan apa
sahaja ruang seperti perhimpunan mingguan, pemakluman olehguru kelas, dan warden
asrama, mesyuarat staf, mesyuarat pengawas dan seumpamanya sebagai saluran bagi
memperingatkan semua warga sekolah tentang pentingnya menjaga keselamatan dan
kebajikan dirimasing-masing.

ARAHAN KESELAMATAN DAN LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU


DIAMBIL:

1. Mendengar arahan guru yang berada di dalam kelas.


2. Jangan cemas dan jangan panik. Hentikan semua aktiviti.
3. Semua suis elektrik hendaklah ditutup begitu juga tingkap dan pintu.
4. Susun buku-buku dan alatan di tempat yang selamat sebelum meninggalkan kelas.
5. Bawa barangan peribadi yang perlu sahaja.
6. Guru memberi arahan kepada murid supaya beratur.
7. Guru akan memberi arahan supaya berjalan dalam barisan menuju ke tempat yang lebih
selamat.
8. Murid-murid hendaklah berpindah ke tempat tinggi yang lebih selamat mengikut arahan
guru.
9. Jangan berlari-lari, menjerit-jerit, membuat bising, cemas dan kelam kabut.
10. Jangan masuk semula ke kelas untuk mengambil barang yang tertinggal
11. Murid yang berada di luar kelas, hendaklah terus ke tempat berkumpul.
12. Guru kelas hendaklah memastikan semua murid di dalam kelasnya sama dengan jumlah
kedatangan murid pada hari itu.
13. Melaporkan kepada pihak pentadbir/guru jika berlaku sebarang insiden yang tidak
diingini.
14. Semua warga sekolah diwajibkan berada di tempat yang telah di tetapkan.
15. Mendengar arahan selanjutnya dari pihak guru besar/gpk satu/gpk hem/pihak bomba.
TSUNAMI

TATACARA MURID/GURU/KAUNSELOR

1 Jangan terus berada di kawasan rendah di tepi pantai apabila terasa gegaran gempa
bumi yang kuat. Bergeraklah menuju ke kawasan yang tinggi dan selamat.
2 Teruskan berada di kawasan yang tinggi sehingga pihak-pihak bertanggungjawab
mengumumkan keadaan benar-benar telah selamat.

KERJASAMA DENGAN AGENSI KERAJAAN/NGO

Bagi menyelaras bantuan perubatan dan kemanusiaan Mercy telah mengguna pakai beberapa
kaedah seperti Sphere Standard .Sphere Standard merupakan penentu keperluan minimum
mangsa bencana. Ini termasuklah penilaian tahap kesihatan, nutrisi, air, kebersihan serta
tempat tinggal. 60 agensi kemanusiaan telah menggunakan pelbagai piawai sejak 10 tahun
yang lalu. Piawai penilaian juga dibuat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Persatuan
Palang Merah dan Bulan Sabit Merah serta badan-badan bukan kerajaan.

NAMA-NAMA AGENSI

1 Jbt. Pengairan & Saliran


2 Jabatan Kerja Raya
3 Jabatan Mineral & Geosains
4 Jabatan Marin
5 Jabatan Alam Sekitar
6 Jabatan Perhutanan
GEMPA BUMI

TATACARA MURID /GURU/KAUNSELOR

Sekiranya anda di dalam bangunan

 Tinggal kekal
 diJangan
dalampanik
bangunan. Ambil perlindungan
di bawah meja, meja tulis atau bangku yang teguh atau
tempatkan diri anda di ambang pintu atau satu sudut.

 Jauhkan diri anda daripada tingkap, rak buku, kabinet,


cermin berat, pasu bunga tergantung dan lain-lain objek
berat yang boleh menggelungsur dan jatuh. Gerakan
bergulung boleh meremukkan cermin. Berhati-hati
dengan kepingan simen yang jatuh
 Peluk sesuatu (kot, selimut, buku, akhbar, kotak kadbod
dan lain- lain) untuk menutup kepala dan muka
daripada sampah-sarap dan serpihan kaca.

Sekiranya anda di luar bangunan

 Pindah ke kawasan terbuka dengan berhati-hati jauh daripada talian


kuasa, tiang letrik, pokok, bangunan tinggi, dinding dan tiang lampu.
Bahaya paling besar daripada sampah-sarap yang jatuh ialah di luar
pintu dan hampir ke dinding sebelah luar. Jauhi daripada talian letrik
yang jatuh.

 Tinggal kekal di kawasan terbuka hingga gegaran berhenti.


PELAN KONTIGENSI
ARAHAN KESELAMATAN
 Periksa potensi risiko kebakaran - Pendawaian elektrik yang
rosak dan penyambungan paip gas yang bocor amat berbahaya
bila berlaku gempa bumi. Pasangkan selak atau sediakan
sokongan yang kuat untuk alat pemanas air dan lain-lain
peralatan gas. Gunakan sambungan fleksibel di mana sesuai.

 Tahu di mana dan bagaimana menutup bekalan elektrik, gas dan


air di suis-suis utama dan injap.
 Simpan satu atau lebih alat pemadam api di lokasi yang mudah.
 Simpan bekalan asas pertolongan cemas di samping pengetahuan
tentang prosedur pertolongan cemas. Tempatkan objek-objek
yang besar dan berat di rak sebelah bawah.

 Pakukan rak secara selamat ke dinding. Ikat atau tambatkan


objek-objek yang tinggi dan berat mereka berada di sekolah
semasa berlaku gempa bumi.

 Simpan barang-barang berbahaya seperti cecair mudah bakar


dan beracun di tempat yang selamat di mana ianya tidak mudah
jatuh atau pecah.

 Bahan-bahan isian botol, kaca dan lain-lain yang mudah pecah


seharusnya tidak disimpan di tempat-tempat tinggi atau
ditinggalkan di rak-rak yang membolehkannya menggelungsur
bebas. Lampu-lampu lekapan di siling seperti cendeliar perlulah
dipasang kukuh. Pendawaian kecil atau rantai yang sesuai boleh
mengatasi risiko ini.

 Rekahan dinding yang dalam perlu disiasat. Rekahan tersebut


terutamanya di siling boleh runtuh dalam bentuk kepingan-
kepingan besar dan boleh menyebabkan kecederaan.

 Dalam keadaan biasa aktiviti-aktiviti harian di tempat kerja atau


di sekolah, elakkan sekatan di   koridor, pintu dan laluan keluar
daripada pelbagai barangan kelengkapan, kotak-kotak, basikal,
kereta dan sebagainya. Bila berlaku kecemasan adalah penting
semua laluan dikosongkan untuk pemindahan penghuni dan juga
kerja-kerja menyelamat.

You might also like