You are on page 1of 1

Mahkamah Malaysia

Sistem mahkamah Malaysia berasal daripada piagam tahun 1807 yang dikenali sebagai
Piagam Keadilan Pertama yang memberikan Syarikat Hindia Timur Inggeris hak
daripada Kerajaan Diraja British untuk mengadakan Mahkamah Keadilan di penempatan
Pulau Pinang.

Sebelum pembentukan Malaysia pada tahun 1963, terdapat tiga Mahkamah Agung di
dalam Komanwel Asia Tenggara:

 Mahkamah Agung Persekutuan Tanah Melayu


 Mahkamah Agung Singapura
 Mahkamah Agung Sarawak, Borneo Utara dan Brunei

Setiap Mahkamah Agung yang terdiri daripada sebuah Mahkamah Tinggi dan sebuah
Mahkamah Rayuan diketuai oleh Ketua Hakim Negara.

Sehingga 1995, hak diberi untuk memohon perbicaraan diadili juri - juri yang biasanya
terdiri dari 7 orang lelaki dan wanita - dalam kesemua kes-kes berat (capital cases).

Perbicaraan diadili juri dibolehkan dalam kesemua kes pendakwaan di Pulau Pinang dan
Melaka, yang merupakan bekas-bekas koloni British, sehinggalah ia dihadkan kepada
kes-kes berat sahaja pada 1978. Di Negeri-Negeri Melayu, perbicaraan diadili juri tidak
dibenarkan ketika pemerintahan kolonial dan kes-kes berat dikendalikan oleh seorang
hakim bersama dua orang panaksir (assessor) tetapi kemudiannya di perkenalkan oleh
Tunku Abdul Rahman selepas kemerdekaan pada 1957 . Di Sabah dan Sarawak,
perbicaraan kes-kes berat masih dibicara oleh hakim dan dua assessors, seperti sebelum
kemerdekaan.

Pada 1 Januari 1995, perbicaraan diadili juri dimansuhkan di seluruh Malaysia.

You might also like