You are on page 1of 14

DIPERSEMBAHKAN OLEH:

• MUHAMMAD ASYRAF BIN


MOHAMED AZNI

• MUHAMMAD HAFIZI BIN


JAMALUDIN
Taufan atau siklon tropika merupakan ribut akibat haba yang dilepaskan apabila
udara panas naik dan wap udara di dalamnya memeluwap. Dinamakan siklon tropika
kerana ia serupa siklon dan terjadi di putarannya melawan jam di hemisfera utara
dan mengikut arah jam di hemisfera selatan.

PERINGKAT TAUFAN:

Gangguan tropika - Sistem ribut petir yang tertumpu di kawasan bertekanan rendah
dengan kelajuan angin kencang kurang daripada 60 km/j. Mata taufan tidak terbentuk
pada peringkat ini.

Ribut tropika - Sistem ribut petir kuat dengan kitaran permukaan tertentu serta
kelajuan angin maksimum antara 60-120 km/j. Bentuk siklon sudah mula terbentuk,
tetapi mata taufan biasanya masih belum terbentuk.

Taufan - Ribut tropika dengan angin kencang melebihi 120 km/j. Mata taufan mula
terbentuk, memudahkan taufan dikesan melalui imej satelit.
-Taufan yang berlaku di tengah lautan menyebabkan hujan
lebat, angin kencang serta ombak besar, menjejaskan aktiviti
perkapalan antarabangsa serta boleh menenggelamkan kapal.

-Di daratan pula, angin kencang boleh merosakkan atau


memusnahkan bangunan dan harta benda. Selain itu, taufan
juga mengakibatkan banjir besar.

-Sejak dua kurun yang lalu, taufan bertanggungjawab


menyebabkan kematian lebih kurang 1.9 juta mangsa di
seluruh dunia.
JENIS-JENIS TAUFAN
• TAUFAN TINGTING(Ogasawara Islands,Japan)
• TAUFAN MINDULLE(Taiwan, China)
• TAUFAN KATRINA(New Orleans, AS)
• TAUFAN NARGIS(Yangoon, Myanmar)
• TAUFAN FENGSHEN(Manila, Philippines)
• TAUFAN SHANXI YANGQUAN(China)
• TAUFAN FUJIAN(China)
BAGAIMANAKAH SIKLON
TROPIKA TERJADI?
Siklon tropika terbentuk di kawasan lautan yang
suhu permukaannya 26˚C atau lebih. Di rantau Asia,
siklon tropika selalunya dikenali sebagai taufan dan
biasanya terjadi semasa musim panas Hemisfera
Utara yang mana suhu di Lautan Pasifik adalah
panas dan sesuai untuk aktiviti perolakan. Sistem
tekanan rendah yang terbentuk di kawasan lautan
tropika yang panas akan bergerak ke arah
barat,berkembang daripada lekukan tropika kepada
ribut tropika dan akhirnya menjadi taufan yang
matang.
BILAKAH TAUFAN BIASANYA
BERLAKU?

Pada kebiasaannya, taufan mula muncul di sebelah


barat Pasifik Utara pada awal bulan Mei.
Bilangannya bertambah dan mencapai maksima
disekitar bulan September. Kebanyakan taufan
terbentuk di kawasan latitud 5˚U dan 20˚U dan
longitud 130˚T dan 170˚T. Laluan biasa bagi taufan
adalah bergerak menghala ke arah barat merentasi
Filipina dan seterusnya membelok ke arah timur
laut apabila menuju daratan Asia.
Dunia telah dikejutkan dengan bencana taufan yang telah
melanda bandar Yangoon di Myanmar. Taufan Nargis yang
bermula pada 2 Mei hingga kini telah mengakibatkan
kematian berpuluh ribu dan yang lainnya hilang. Penderitaan
mereka ini di tambah lagi dengan kurangnya bantuan luar
yang tiba kerana pihak kerajaan masih belum membenarkan
kemasukkan petugas kemanusiaan antarabangsa.
Nargis ialah siklon bernama paling dahsyat di lembangan
Lautan Hindi Utara, dan juga siklon bernama kedua paling
besar sepanjang sejarah, mengekori taufan nina.
RUMUSAN
Dalam kajian yang telah kami buat, taufan adalah suatu
bencana alam yang sungguh dahsyat dan tragis. Ia mampu
memusnahkan harta benda dan meragut banyak nyawa.
Sebagai contoh, dunia telah dikejut dengan bencana Taufan
Nargis yang melanda Bandar Yangoon di Myanmar. Dalam
kejadian tersebut 22,500 rakyat Myanmar terkorban
manakala lebih 41,000 lagi hilang. Ia bukanlah satu jumlah
yang sedikit. Kita perlulah mengambil iktibar dengan apa
yang berlaku dan kita juga perlu berjaga-jaga kerana ada
kemungkinan ia boleh berlaku di negara kita. Kesimpulannya,
bencana alam adalah perkara yang tidak boleh diperkecilkan.

You might also like