Professional Documents
Culture Documents
PENYENGGARAAN BANGUNAN
3.1 Pengenalan
penyenggaraan yang baik bagi menjamin sesuatu aset dimana dapat memberikan pulangan
yang memuaskan. Aset mestilah disenggarakan dengan lebih berkesan dan profesional bagi
memperolehi “best value for money”. Oleh yang demikian, penyenggaraan yang berkesan
memerlukan suatu pendekatan yang lebih strategi dan komprehensif.
”Berkesan ” dan ”Sistematik” merupakan dua kata kunci kepada kejayaan sesuatu aktiviti
penyenggaraan. BS3811 : 1984 telah membahgikan penyenggaraan kepada dua bahagian utama
menerusi aturcara dan pengerusannya iaitu :
Penyenggaraan ini dilakukan bergantung kepada betapa kritikal kerosakan dan kegagalan
yang disebabkan oleh insident-insident yang dinyatakan sebelum meneruskan penyenggaraan
seterusnya.
1) Penyenggaraan mencegah
2) Penyenggaraan membaiki
3.4.2.1 Penyenggaraan mencegah
Penyenggaraan pencegahan adalah kerja yang dilakukan terus bagi mencegah dan
menghalang daripada kegagalan dalam pemasangan.
Penyenggaraan hendaklah dilihat sebagai satu fungsi yang perlu di beri keutamaan. Kerja
penyenggaraan yang dilakukan berdasarkan “rosak-baiki” hendaklah dielakkan kerana tidak
ekonomik. Diperingkat awal perancangan perlaksanaan penyenggaraan yang bersistematik akan
melibatkan kewangan yang tinggi tetapi jika di ambil kira kos jangka panjang ianya lebih
ekonomik dan praktikal. Penilaian objektif perlu dibuat sebelum keputusan di ambil samada
menggunakan perkhidmatan buruh langsung atau kontraktor. Mana-mana kaedah yang dipilih
hendaklah memberi kelebihan dari segi kos, kualiti, masa dan keselesaan. Tanpa memberikan
penekanan kepada perkara-perkara di atas penyenggaraan sesuatu aset tidak lengkap dan
keberkesanannya akan terjejas.