You are on page 1of 25

MASCO 2008 3

Kumpulan Utama 1: Pengurus

Kumpulan Utama 1:

PENGURUS
Pengurus menentukan, merumus, mengarah, atau memberi nasihat tentang dasar kerajaan serta
organisasi berkepentingan khas, membuat undang-undang, kaedah dan peraturan awam,
mewakili kerajaan dan bertindak bagi pihaknya, memantau pentafsiran dan pelaksanaan dasar
kerajaan dan undang-undang, atau merancang, mengarah, dan menyelaras dasar dan aktiviti
perusahaan, organisasi, jabatan atau seksyen dalamannya. Rujukan kepada tahap kemahiran
belum dibuat dalam mentakrif skop kumpulan utama ini.

Kumpulan utama ini terdiri daripada kumpulan sub-utama yang berikut:

11 KETUA EKSEKUTIF, PEGAWAI KANAN, DAN PENGGUBAL UNDANG-UNDANG


12 PENGURUS PENTADBIRAN DAN KOMERSIL
13 PENGURUS PENGELUARAN DAN PERKHIDMATAN KHAS
14 PENGURUS PERKHIDMATAN HOSPITALITI, RUNCIT, DAN PERKHIDMATAN LAIN

11 KETUA EKSEKUTIF, PEGAWAI KANAN, DAN PENGGUBAL UNDANG-UNDANG

Ketua eksekutif, pegawai kanan, dan penggubal undang-undang menentukan, merumus, atau
memberi nasihat dan mengarahkan dasar kerajaan, membuat, membetulkan, meminda, dan
memansuhkan undang-undang, kaedah, dan peraturan awam, mewakili kerajaan dan bertindak
bagi pihak kerajaan, memantau pentafsiran dan pelaksanaan dasar dan undang-undang
kerajaan, atau menjalankan tugas yang seumpamanya bagi pihak pertubuhan berkepentingan
khas.

Kumpulan sub-utama ini terdiri daripada kumpulan kecil yang berikut:

111 PENGGUBAL UNDANG-UNDANG DAN PEGAWAI KANAN


112 PENGARAH URUSAN DAN KETUA EKSEKUTIF

111 PENGGUBAL UNDANG-UNDANG DAN PEGAWAI KANAN

Penggubal undang-undang dan pegawai kanan menentukan, merumus, dan mengarah dasar
kerajaan persekutuan, negeri, wilayah, atau tempatan serta membuat, membetulkan, meminda,
atau memansuhkan undang-undang, kaedah, dan peraturan awam.

1111 PENGGUBAL UNDANG-UNDANG

Penggubal undang-undang menentukan, merumus, dan mengarah dasar kerajaan persekutuan,


negeri, wilayah, atau tempatan serta membuat, membetulkan, meminda, atau memansuhkan
undang-undang, kaedah, dan peraturan awam.

Tugas merangkumi:

 mengetuai atau mengambil bahagian dalam prosiding badan perundangan dan majlis
pentadbiran kerajaan persekutuan, negeri, wilayah, atau tempatan atau dewan
undangan;
MASCO 2008 4
Kumpulan Utama 1: Pengurus

 menentukan, merumus, dan mengarah dasar kerajaan persekutuan, negeri, wilayah,


atau tempatan;
 membuat, membetulkan, meminda, atau memansuhkan undang-undang, kaedah, dan
peraturan awam dalam rangka sesuatu Perlembagaan yang menentukan bidang kuasa
mereka;
 berkhidmat dalam lembaga pentadbiran kerajaan atau jawatankuasa rasmi;
 meningkatkan perkara-perkara berkepentingan berkaitan kawasan pilihanraya yang
diwakili;
 mengarah pentadbir dan pegawai kanan jabatan dan agensi kerajaan dalam mentafsir
dan melaksanakan dasar kerajaan;
 menjalankan tugas yang berkaitan;
 mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

11111 Ahli parlimen


11112 Ketua Menteri / Timbalan Menteri / Menteri
11113 Senator / Speaker / Ahli dewan undangan negeri
11114 Datuk Bandar
11115 Pegawai, perundangan

1112 PEGAWAI KANAN KERAJAAN

Pegawai kanan kerajaan menasihati kerajaan tentang perkara yang berhubung dengan dasar,
memantau pentafsiran serta pelaksanaan dasar dan undang-undang kerajaan oleh jabatan dan
agensi kerajaan atau mewakili negara di luar negeri dan bertindak bagi pihaknya.

Tugas merangkumi:

 menasihati kerajaan persekutuan, negeri, wilayah, atau tempatan tentang hal ehwal
dasar;
 memberi nasihat berhubung dengan penyediaan belanjawan, undang-undang, dan
peraturan kerajaan, termasuk pindaan;
 mentafsir serta melaksanakan dasar dan undang-undang kerajaan oleh jabatan dan
agensi kerajaan;
 mewakili negara di luar negeri;
 menjalankan tugas yang berkaitan;
 mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

11121 Pentadbir, kerajaan / Ketua setiausaha, kerajaan


11122 Pegawai kanan, badan berkanun
11123 Duta / Setiausaha, kedutaan / Konsul besar
11124 Ketua pengarah, bomba dan penyelamat / Ketua polis negara
11125 Pegawai tadbir dan diplomatik M41
11126 Pegawai tadbir N41

1113 KETUA ADAT DAN KETUA KAMPUNG

Ketua adat dan ketua kampung menjalankan berbagai-bagai tugas dan kewajipan perundangan,
pentadbiran, dan adat istiadat yang ditentukan melalui tradisi turun-temurun serta melalui
pembahagian hak dan tanggungjawab antara ketua kampung dengan pihak berkuasa tempatan,
wilayah, dan persekutuan.
MASCO 2008 5
Kumpulan Utama 1: Pengurus

Tugas merangkumi:

 mengagihkan penggunaan communal land antara penduduk komuniti atau kampung;


 menyelesaikan perselisihan antara penduduk komuniti atau kampung;
 mendisiplinkan penduduk komuniti atau kampung yang melanggar peraturan dan adat;
 menjalankan tugas adat istiadat berhubung dengan kelahiran, perkahwinan, kematian,
menuai, dan pesta tradisi yang lain;
 mewakili komuniti atau kampung dalam majlis tempatan atau wilayah;
 memberitahu komuniti atau kampung tentang arahan dan peraturan kerajaan;
 menjalankan tugas yang berkaitan;
 mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

11131 Penggawa
11132 Ketua, kampung / Sidang
11133 Ketua anak negeri
11134 Kapitan / Tuai rumah / Batin
11135 Penghulu NP27

1114 PEGAWAI KANAN PERTUBUHAN BERKEPENTINGAN KHAS

Pegawai kanan pertubuhan berkepentingan khas menentukan, merumus, dan mengarah


pelaksanaan dasar pertubuhan berkepentingan khas seperti pertubuhan parti politik, kesatuan
sekerja, pertubuhan majikan, persatuan perdagangan dan perindustrian, pertubuhan
kemanusiaan atau amal, atau persatuan sukan serta mewakili pertubuhan mereka dan bertindak
bagi pihak pertubuhan mereka.

Tugas merangkumi:

 menentukan serta merumus dasar, kaedah dan peraturan parti politik atau organisasi
berkenaan;
 membuat rundingan bagi pihak parti politik berkenaan;
 meningkatkan minat organisasi terhadap undang-undang, kerajaan, atau orang awam;
 merancang dan mengurus kempen untuk pemilihan calon politik;
 merancang dan mengurus kempen untuk melatih dan mendidik ahli parti;
 merancang, mengurus, dan mengarah pelaksanaan dasar, kaedah dan peraturan parti
politik atau organisasi berkenaan;
 menjalankan tugas yang berkaitan;
 mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

11141 Pengerusi, parti politik / Pegawai kanan, organisasi parti politik


11142 Ketua pengarah, organisasi majikan
11143 Pemimpin, kesatuan sekerja / Pegawai kanan, organisasi pekerja
11144 Pegawai kanan, organisasi berkepentingan ekonomi yang lain
11145 Ketua setiausaha, organisasi hak manusia

112 PENGARAH URUSAN DAN KETUA EKSEKUTIF

Pengarah urusan dan ketua eksekutif mengetuai agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau
organisasi (kecuali organisasi berkepentingan khas) dan dengan bantuan sekurang-kurangnya
dua (2) pengurus lain, merumus dasar dan merancang, mengarah, mengawal serta menyelaras
aktiviti dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat atau organisasi, biasanya dalam
MASCO 2008 6
Kumpulan Utama 1: Pengurus

lingkungan garis panduan yang ditetapkan oleh lembaga pengarah atau badan pentadbiran
dimana mereka ini perlu bertanggungjawab terhadap operasi yang dijalankan dan pencapaian
yang diperoleh.

1120 PENGARAH URUSAN DAN KETUA EKSEKUTIF

Pengarah urusan dan ketua eksekutif mengetuai agensi kerajaan, perniagaan korporat atau
organisasi (kecuali organisasi berkepentingan khas) dan dengan bantuan sekurang-kurangnya
dua (2) pengurus lain, merumus dasar dan merancang, mengarah, mengawal serta menyelaras
aktiviti dalam linkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat atau organisasi, biasanya dalam
lingkungan garis panduan yang ditetapkan oleh lembaga pengarah atau badan pentadbir yang
kedua-dua badan ini perlu bertanggungjawab bagi segala operasi yang dijalankan dan
pencapaian yang diperoleh.

Tugas merangkumi:

 merumus dasar perusahaan atau organisasi berkenaan;


 merancang, mengarah, mengawal, dan menyelaraskan fungsi am perusahaan atau
organisasi berkenaan;
 menentukan dan mengarah sesuatu dasar melalui rundingan dengan pengurus
bawahan;
 mengkaji semula operasi dan pencapaian perusahaan atau organisasi berkenaan dan
melaporkannya kepada badan pentadbiran;
 mewakili perusahaan atau organisasi dalam urusannya dengan badan-badan luar,
termasuk kerajaan atau pihak berkuasa yang lain;
 mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

11201 Pengerusi, perusahaan / Presiden, perusahaan / Pengarah syarikat


11202 Pengerusi, organisasi / Presiden, organisasi / Pengarah, organisasi

12 PENGURUS PENTADBIRAN DAN KOMERSIL

Pengurus pentadbiran dan komersil merumus dasar, merancang, mengarah, serta mengawal dan
menyelaraskan aktiviti pentadbiran dan operasi perniagaan dalam lingkungan agensi kerajaan,
perniagaan korporat, atau organisasi di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif.

Kumpulan sub-utama ini terdiri daripada kumpulan kecil yang berikut:

121 PENGURUS PERKHIDMATAN PERNIAGAAN DAN PENTADBIRAN


122 PENGURUS JUALAN, PEMASARAN, DAN PEMBANGUNAN

121 PENGURUS PERKHIDMATAN PERNIAGAAN DAN PENTADBIRAN

Pengurus perkhidmatan perniagaan dan pentadbiran merancang, mengarah, dan menyelaras


aktiviti berhubung dengan kewangan, sumber manusia, dasar, serta perancangan dan operasi
perniagaan di bawah bimbingan pengarah dan ketua eksekutif.
MASCO 2008 7
Kumpulan Utama 1: Pengurus

1211 PENGURUS KEWANGAN

Pengurus kewangan merancang, mengarah, dan menyelaras operasi kewangan dan mengambil
bahagian dalam merumus dasar kewangan dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan
korporat, atau organisasi.

Tugas merangkumi:

 merancang, mengarah, mengawal dan menyelaras operasi kewangan dalaman


perusahaan atau operasi;
 menilai situasi kewangan perusahaan atau organisasi, menyediakan belanjawan dan
memantau pelbagai operasi kewangan;
 mengawal perbelanjaan dan memastikan sumber digunakan dengan cekap;
 merancang dan mengarah operasi harian;
 memantau pemilihan, latihan dan prestasi kakitangan;
 mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain didalam atau diluar
organisasi;
 menjalankan tugas yang berkaitan;
 menyusun, mengagih dan merancang tugasan serta menetapkan sasaran kepada
pegawai lain;
 mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

12111 Pengurus, akaun / Pengurus, belanjawan / Pengurus, kredit /


Pengurus, kewangan
12112 Pengurus, insurans
12113 Pengurus, dana
12114 Pengurus, perbendaharaan
12115 Pengurus, kewangan dan institusi
12116 Pengurus, perbelanjaan, penentuan kos
12117 Pengurus, audit / Pengurus, audit dan pengurusan risiko

1212 PENGURUS SUMBER MANUSIA

Pengurus sumber manusia merancang, mengarah, dan menyelaras aktiviti pengurusan sumber
manusia untuk memaksimumkan strategi penggunaan sumber manusia dan menjaga fungsi
seperti pampasan pekerja, pengambilan pekerja, dasar sumber manusia, dan pematuhan
pengawalaturan dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau organisasi.

Tugas merangkumi:

 merancang, mengarah, dan menyelaras dasar yang berkaitan dengan aktiviti sumber
manusia dan perhubungan perindustrian bagi perusahaan atau organisasi;
 merancang dan menyusun prosedur bagi pengambilan kakitangan, latihan, kenaikan
pangkat, penetapan struktur upah dan rundingan upah, pengantara dan rundingan
dengan pekerja, dan perkara-perkara yang berkaitan dengan personel;
 memantau program dan aktiviti yang berhubung dengan kesihatan dan keselamatan
pekerjaan dengan penglibatan semua pihak yang berkaitan;
 mengawal perbelanjaan dan memastikan sumber digunakan dengan cekap;
 menetapkan dan mengarah prosedur operasi dan pentadbiran;
 merancang dan mengarah operasi harian;
 memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan;
 memantau penyelenggaraan rekod personel dan pelbagai keperluan sistem maklumat
sumber manusia;
MASCO 2008 8
Kumpulan Utama 1: Pengurus

 mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam organisasi atau dengan
badan luar;
 menjalankan tugas yang berkaitan;
 mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

12121 Pengurus, sumber manusia/personel


12122 Pengurus, perhubungan industri
12123 Pengurus, kesihatan dan keselamatan pekerjaan

1213 PENGURUS DASAR DAN PERANCANGAN

Pengurus dasar dan perancangan merancang, mengarah, dan menyelaras nasihat (policy advice)
dasar dan perancangan strategi dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau
organisasi.

Tugas merangkumi:

 mengarah dan menyemak semula dasar dan merancang program;


 menganalisis dasar, peraturan kerajaan, dan undang-undang untuk membangunkan
dasar dan rancangan baru atau menyemak dasar, rancangan dan program sedia ada;
 menganalisis data perangkaan dan laporan untuk mengenal pasti dan menentukan
punca masalah dan membangunkan saranan untuk penambahbaikan dasar dan
amalan organisasi;
 menganalisis dan mentafsir keputusan kajian dan menyediakan laporan yang
memperincikan dapatan, saranan, atau kesimpulan;
 membuat rundingan dan memberi nasihat kepada pegawai dan kakitangan kerajaan,
badan sivik, dan agensi penyelidikan yang berkaitan undang-undang, dasar, dan isu
perancangan;
 mereka bentuk, menilai, dan mengubah suai dasar untuk memastikan program yang
dirancang adalah berkesan dan mematuhi keperluan undang-undang;
 mengarah penyediaan dan pengagihan maklumat bertulis dan lisan untuk memaklumi
pihak pengurusan dan kakitangan tentang dasar organisasi dan pentadbiran;
 mengurus reka bentuk dan pembangunan perkakas untuk membantu pihak pengurusan
dalam membangunkan dan mentafsir dasar dan membimbing pengurus melalui dasar
dan merancang keputusan;
 menasihati dan memantau keadaan tahap eksekutif dan agensi pembuat keputusan;
 menjalankan tugas yang berkaitan;
 mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

12131 Pengurus, dasar dan perancangan

1214 PENGURUS PERKHIDMATAN PERNIAGAAN

Pengurus perkhidmatan perniagaan merancang, mengarah, dan menyelaras aktiviti perkhidmatan


perniagaan dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau organisasi.

Tugas merangkumi:

 merancang, mengarah serta menyelaras aktiviti perkhidmatan perniagaan perusahaan


atau organisasi berkenaan;
MASCO 2008 9
Kumpulan Utama 1: Pengurus

 merancang dan menganjurkan jualan khas dan program pemasaran berdasarkan rekod
jualan dan penilaian pasaran;
 merancang, mentadbir, dan mengkaji semula perkhidmatan pelanggan dan
perkhidmatan lepas jualan serta memelihara hubungan baik dengan pelanggan;
 menentukan senarai harga, diskaun dan syarat penghantaran, urusan kredit, campuran
produk, kawasan jualan berdasarkan kedudukan geografi, belanjawan promosi jualan,
kaedah jualan, standard perkhidmatan pelanggan, insentif khas, dan kempen khas;
 mengarah kaedah perdagangan dan dasar pengedaran dengan menyelaraskan kerja
jurujual atau menguruskan pelantikan ejen dan pengedar;
 mengawal perbelanjaan dan memastikan sumber digunakan dengan cekap;
 memantau perkhidmatan pelanggan, pengeluaran invois, pembayaran, dan kos
pentadbiran;
 menetapkan dan mengarah prosedur operasi dan pentadbiran
 merancang dan mengarah operasi harian;
 memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan;
 mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam organisasi atau dengan
badan luar;
 menjalankan tugas yang berkaitan;
 mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

12141 Pengurus, pengeluaran dan operasi/perniagaan


12142 Pengurus, perkhidmatan/pembangunan perniagaan

1215 PENGURUS PENTADBIRAN

Pengurus pentadbiran merancang, mengarah, dan menyelaras perkhidmatan sokongan seperti


penyimpanan rekod, pengagihan mel, perkhidmatan operator telefon/penyambut tetamu, dan
perkhidmatan sokongan pejabat lain dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat,
atau organisasi.

Tugas merangkumi:

 merancang, mentadbir, dan mengawal belanjawan bagi kontrak, kelengkapan, dan


bekalan;
 memantau kemudahan bagi memastikan ia dalam keadaan baik dan selamat serta
diselenggara dengan baik;
 mengarah dan menyelaraskan jabatan perkhidmatan sokongan bagi perniagaan,
agensi, atau organisasi;
 menetapkan matlamat dan tarikh akhir bagi jabatan;
 menyediakan dan mengkaji laporan operasi dan jadual untuk memastikan ketepatan
dan kecekapan;
 menganalisis pemproses dalaman dan menyarankan serta melaksanakan perubahan
prosedur atau dasar untuk menambah baik operasi, seperti perubahan bekalan atau
pelupusan rekod;
 memperoleh, mengagih, dan menyimpan bekalan;
 memantau projek pembinaan dan pengubahsuaian untuk menambah baik kecekapan
dan untuk memastikan kemudahan yang disediakan memenuhi standard keselamatan
alam sekitar, kesihatan dan keselamatan, serta mematuhi peraturan kerajaan;
 memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan;
 mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam organisasi atau dengan
badan luar;
 menjalankan tugas yang berkaitan;
 mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
MASCO 2008 10
Kumpulan Utama 1: Pengurus

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

12151 Pengurus, pentadbiran

1219 PENGURUS PERKHIDMATAN PERNIAGAAN DAN PENTADBIRAN YANG TIDAK


DIKELASKAN DI MANA-MANA

Kumpulan unit ini merangkumi perkhidmatan perniagaan dan pentadbiran yang tidak dikelaskan
di mana-mana dalam Kumpulan Kecil 121: Pengurus Perkhidmatan Perniagaan dan Pentadbiran.

Tugas merangkumi:

 merancang dan melaksanakan dasar;


 membuat anggaran belanjawan;
 berunding dengan pembekal, pelanggan, dan organisasi lain;
 merancang dan mengawal penggunaan sumber manusia dan menggaji pekerja;
 menguruskan operasi harian;
 melapor kepada pemilik, jika perlu;
 menjalankan tugas yang berkaitan;
 mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

122 PENGURUS JUALAN, PEMASARAN, DAN PEMBANGUNAN

Pengurus jualan dan pemasaran merancang, mengarah, dan menyelaras aktiviti jualan,
pemasaran, dan pembangunan dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau
organisasi.

1221 PENGURUS JUALAN DAN PEMASARAN

Pengurus jualan dan pemasaran merancang, mengarah, dan menyelaras aktiviti jualan,
pemasaran, dan pembangunan dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau
organisasi.

Tugas merangkumi:

 merancang, mengarah, serta menyelaras aktiviti jualan dan pemasaran perusahaan


atau organisasi berkenaan;
 merancang dan menganjurkan program jualan dan pemasaran khas berdasarkan rekod
jualan dan penilaian pasaran;
 merancang, mentadbir, dan mengkaji semula perkhidmatan pelanggan dan
perkhidmatan lepas jualan serta memelihara hubungan baik dengan pelanggan;
 menentukan senarai harga, diskaun dan syarat penghantaran, urusan kredit, campuran
produk, kawasan jualan berdasarkan kedudukan geografi, belanjawan promosi jualan,
kaedah jualan, standard perkhidmatan pelanggan, insentif khas, dan kempen khas;
 mengarah kaedah perdagangan dan dasar pengedaran dengan menyelaraskan kerja
jurujual atau menguruskan pelantikan ejen dan pengedar;
 mengawal perbelanjaan dan memastikan sumber digunakan dengan cekap;
 memantau perkhidmatan pelanggan, pengeluaran invois, pembayaran, dan kos
pentadbiran;
 menyediakan dan mengarah operasi harian;
 memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan;
 mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam organisasi atau dengan
badan luar;
 menjalankan tugas yang berkaitan;
MASCO 2008 11
Kumpulan Utama 1: Pengurus

 mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

12211 Pengurus, jualan / Pengurus, pemasaran


12212 Pengurus, penyelidikan pasaran / Pengurus, khidmat pelanggan
12213 Pengurus, pusat beli-belah / Pengurus, pasar raya

1222 PENGURUS PENGIKLANAN DAN PERHUBUNGAN AWAM

Pengurus pengiklanan dan perhubungan awam merancang, mengarah, dan menyelaraskan


aktiviti pengiklanan dan perhubungan awam dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan
korporat, atau organisasi.

Tugas merangkumi:

 merancang, mengarah, dan menyelaras aktiviti pengiklanan dan perhubungan awam


bagi perusahaan atau organisasi berkenaan;
 merundingkan kontrak pengiklanan dengan pegawai akhbar, stesen radio dan
televisyen, pertubuhan sukan dan kebudayaan, dan agensi pengiklanan;
 merancang dan menguruskan program penerangan untuk memaklumi pegawai
undang-undang, media massa, dan orang awam tentang rancangan, pencapaian dan
pandangan perusahaan, atau organisasi berkenaan;
 merancang dan menguruskan aktiviti memungut derma bagi pertubuhan pendidikan,
kemanusiaan, dan organisasi yang bukan mengaut keuntungan;
 mengawal perbelanjaan dan memastikan sumber digunakan dengan cekap;
 menyediakan dan mengarahkan prosedur operasi dan pentadbiran;
 merancang dan mengarah operasi harian;
 memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan;
 mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam organisasi atau dengan
badan luar;
 menjalankan tugas yang berkaitan;
 mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

12221 Pengurus, pengiklanan


12222 Pengurus, perhubungan awam / Pengurus, komunikasi
12223 Pengurus, pameran

1223 PENGURUS PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

Pengurus penyelidikan dan pembangunan merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti


penyelidikan dan pembangunan dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau
organisasi.

Tugas merangkumi:

 merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti penyelidikan dan pembangunan


sama ada secara dalaman atau yang ditugaskan daripada organisasi penyelidikan luar;
 merancang keseluruhan program penyelidikan dan pembangunan perusahaan atau
organisasi dengan menetapkan matlamat dan keperluan belanjawan;
 mengawal perbelanjaan dan memastikan sumber digunakan dengan cekap;
 merancang dan mengarah operasi harian;
MASCO 2008 12
Kumpulan Utama 1: Pengurus

 memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan;


 mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam organisasi atau dengan
badan luar;
 menjalankan tugas yang berkaitan;
 mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

12231 Pengurus, penyelidikan dan pembangunan

13 PENGURUS PENGELUARAN DAN PERKHIDMATAN KHAS

Pengurus pengeluaran dan perkhidmatan khas merumus dasar, merancang, mengarah, serta
mengawal dan menyelaraskan aktiviti jabatan pengeluaran dalam lingkungan agensi kerajaan,
perniagaan korporat, atau organisasi di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif.

Kumpulan sub-utama ini terdiri daripada kumpulan kecil yang berikut:

131 PENGURUS PENGELUARAN DALAM PERTANIAN, PERHUTANAN, DAN


PERIKANAN
132 PENGURUS PEMBUATAN, PERLOMBONGAN, PEMBINAAN, DAN PENGAGIHAN
133 PENGURUS PERKHIDMATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
134 PENGURUS PERKHIDMATAN PROFESIONAL

131 PENGURUS PENGELUARAN DALAM PERTANIAN, PERHUTANAN, DAN


PERIKANAN

Pengurus pengeluaran dalam pertanian, perhutanan, dan perikanan merancang, mengarah, dan
menyelaraskan aktiviti berhubung dengan pengeluaran pertanian, perhutanan, perburuan, dan
perikanan di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif.

1311 PENGURUS PENGELUARAN PERTANIAN DAN PERHUTANAN

Pengurus pengeluaran dalam pertanian dan perhutanan merancang, mengarah, dan


menyelaraskan aktiviti berhubung dengan pengeluaran pertanian, perhutanan, dan perburuan di
bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif.

Tugas merangkumi:

 merancang dasar, peraturan kerajaan, dan undang-undang;


 menganalisis data perangkaan, kajian dan laporan untuk mengenal pasti dan
menentukan punca masalah dan membangunkan saranan untuk penambahbaikan
sistem, prosedur, atau program pertanian;
 merancang, mengarah, dan menyelaras aktiviti berhubung dengan pengeluaran
pertanian, perhutanan, dan perburuan;
 membuat rundingan dan memberi nasihat dengan pegawai dan kakitangan kerajaan,
badan sivik, dan agensi penyelidikan lain berkaitan undang-undang, dasar, dan isu
pertanian;
 memastikan sumber digunakan dengan cekap dan kuota pengeluaran dipenuhi;
 bekerja dengan penguatkuasa undang-undang dan yang lain untuk perlindungan
tanaman, haiwan, dan keselamatan awam serta penguatkuasaan undang-undang serta
kaedah dan peraturan;
 merancang dan mengurus operasi harian;
 memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan dan yang lain melalui
perundingan, penyeliaan, dan aktiviti perhubungan;
MASCO 2008 13
Kumpulan Utama 1: Pengurus

 menghadiri mesyuarat dan persidangan berhubung dengan produk, haiwan ternakan,


dan amalan pertanian untuk mewakili Komanwel;
 berunding dengan pembekal, pelanggan, dan organisasi lain;
 mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam perusahaan atau
dengan badan luar;
 melapor kepada pemilik, jika perlu;
 menjalankan tugas yang berkaitan;
 mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

13111 Pengurus, pengeluaran dan operasi/perhutanan


13112 Pengurus, pengeluaran dan operasi/pertanian / Pengurus,
estet/ladang

1312 PENGURUS PENGELUARAN AKUAKULTUR DAN PERIKANAN

Pengurus pengeluaran dalam akuakultur dan perikanan merancang, mengarah, dan


menyelaraskan aktiviti berhubung dengan pengeluaran akuakultur dan perikanan di bawah
bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif.

Tugas merangkumi:

 merancang dan melaksanakan dasar dan undang-undang;


 merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti berhubung dengan pengeluaran
akuakultur dan perikanan;
 memastikan sumber digunakan dengan cekap dan kuota pengeluaran dipenuhi;
 merancang dan mengurus operasi harian;
 mengawal perbelanjaan;
 menyediakan anggaran belanjawan;
 menentukan dan mengarah prosedur operasi dan pentadbiran;
 memantau pengaplikasian prosedur keselamatan kerja dan yang berkaitan;
 memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan;
 berunding dengan pembekal, pelanggan, dan organisasi lain;
 mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam perusahaan atau
dengan badan luar;
 melapor kepada pemilik, jika perlu;
 menjalankan tugas yang berkaitan;
 mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

13121 Pengurus, pengeluaran dan operasi/perikanan

132 PENGURUS PEMBUATAN, PERLOMBONGAN, PEMBINAAN, DAN PENGAGIHAN

Pengurus pengeluaran dalam pembuatan, perlombongan, pembinaan, dan pengagihan


merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti berhubung dengan pengeluaran pembuatan,
perlombongan, pembinaan, dan pengagihan di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua
eksekutif.
MASCO 2008 14
Kumpulan Utama 1: Pengurus

1321 PENGURUS PEMBUATAN

Pengurus pengeluaran dalam pembuatan merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti


berhubung dengan pengeluaran pembuatan di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua
eksekutif.

Tugas merangkumi:

 merancang dan melaksanakan dasar;


 merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti berhubung dengan pengeluaran
barangan;
 memastikan sumber digunakan dengan cekap dan kuota pengeluaran dipenuhi;
 merancang dan mengarah operasi harian;
 mengawal perbelanjaan;
 menyediakan anggaran belanjawan;
 menentukan dan mengarah prosedur operasi dan pentadbiran;
 memantau pengaplikasian prosedur keselamatan kerja dan yang berkaitan;
 memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan;
 berunding dengan pembekal, pelanggan, dan organisasi lain;
 mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam perusahaan atau
dengan badan luar;
 memastikan semua proses pengeluaran memenuhi spesifikasi pembuatan dan ciri
produk mematuhi dokumen standard syarikat;
 melaksanakan rancangan pengeluaran melalui subordinat, memastikan penggunaan
tenaga manusia, mesin, dan kelengkapan dioptimumkan;
 menyediakan dan menyelenggara KPI pengeluaran bagi keberkesanan kos,
penghantaran, keselamatan, dan kualiti;
 melapor kepada pemilik, jika perlu;
 menjalankan tugas yang berkaitan;
 mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

13211 Pengurus, pengeluaran dan operasi/pembuatan


13212 Pengurus, kilang
13213 Pengurus, kawalan mutu / Pengurus, jaminan mutu

1322 PENGURUS PERLOMBONGAN

Pengurus pengeluaran dalam perlombongan merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti


berhubung dengan pengekstrakan batu arang, bijih, batu, tanah liat, dan mineral pejal lain dari
bumi, di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif.

Tugas merangkumi:

 merancang, mengarah, dan menyelaras aktiviti berhubung dengan pengekstrakan


mineral dari lombong dan batu, atau genting dan tanah liat dari kuari;
 memastikan sumber digunakan dengan cekap dan kuota pengeluaran dipenuhi;
 merancang dan mengurus operasi harian;
 mengawal perbelanjaan;
 menyediakan anggaran belanjawan;
 menentukan dan mengarah prosedur operasi dan pentadbiran;
 memantau pengaplikasian prosedur keselamatan kerja dan yang berkaitan;
 memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan;
MASCO 2008 15
Kumpulan Utama 1: Pengurus

 mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam perusahaan atau
dengan badan luar;
 menjalankan tugas yang berkaitan;
 mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

13221 Pengurus, pengeluaran dan operasi/perlombongan dan kuari

1323 PENGURUS PEMBINAAN

Pengurus pengeluaran dalam pembinaan merancang, mengarah, dan, menyelaraskan aktiviti


berhubung dengan projek pembinaan di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif.

Tugas merangkumi:

 merancang, mengarah, dan menyelaras aktiviti berhubung dengan pembinaan


bangunan, empangan, lebuh raya, saluran paip, dan projek pembinaan yang berkaitan;
 merancang prosedur untuk pembinaan mengikut masa mula dan siap serta keperluan
kakitangan bagi setiap fasa pembinaan, berdasarkan pengetahuan tentang alat dan
kelengkapan serta pelbagai kaedah pembinaan yang ada;
 merancang dan mengurus operasi harian;
 mengawal perbelanjaan;
 menyedia dan mengarah prosedur operasi dan pentadbiran;
 memantau pengaplikasian prosedur keselamatan kerja dan yang berkaitan;
 memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan;
 mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam perusahaan dengan
badan luar;
 menjalankan tugas yang berkaitan;
 mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

13231 Pengurus, pengeluaran dan operasi/pembinaan


13232 Pengurus, kontrak
13233 Pengurus, operasi

1324 PENGURUS BEKALAN, PENGAGIHAN DAN YANG BERKAITAN

Pengurus pengeluaran bagi bekalan, pengagihan, dan yang berkaitan merancang, mengarah,
dan menyelaraskan aktiviti berhubung dengan proses pengurusan yang terlibat dalam rantaian
bekalan dan berhubung dengan pelbagai pihak, termasuk pembekal bahan mentah, pengilang,
peruncit, dan pengguna, yang semakin meningkat bilangannya, di bawah bimbingan meluas
pengarah dan ketua eksekutif.

Tugas merangkumi:

 merancang dan melaksanakan dasar dan undang-undang;


 memastikan sumber digunakan dengan cekap dan kuota pengeluaran dipenuhi;
 merancang dan mengarah operasi harian;
 mengawal perbelanjaan;
 menyediakan anggaran belanjawan;
 menentukan dan mengarah prosedur operasi dan pentadbiran;
 memantau pengaplikasian prosedur keselamatan kerja dan yang berkaitan;
MASCO 2008 16
Kumpulan Utama 1: Pengurus

 memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan;


 berunding dengan pembekal, pelanggan, dan organisasi lain;
 mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam perusahaan atau
dengan badan luar;
 memantau kualiti, kos, dan kecekapan pergerakan dan penyimpanan barangan;
 menyelaraskan dan mengawal kitar pesanan dan sistem maklumat yang berkaitan;
 menganalisis data untuk memantau prestasi dan merancang penambahbaikan;
 mengagihkan dan menguruskan sumber kakitangan menurut keperluan perubahan;
 mengembangkan perniagaan dengan mendapatkan kontrak baru, menganalisis
masalah logistik, dan mencari penyelesaian baru;
 melapor kepada pemilik, jika perlu;
 menjalankan tugas yang berkaitan;
 mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

13241 Pengurus, pengeluaran dan operasi/pengangkutan


13242 Pengurus, penyimpanan / Pengurus, pengagihan / Pengurus, gudang
13243 Pengurus, pembelian
13244 Ketua pejabat pos

133 PENGURUS PERKHIDMATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Pengurus pengeluaran dalam perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi merancang,


mengarah, dan menyelaraskan pemerolehan, pembangunan, penyelenggaraan, dan penggunaan
komputer dan sistem telekomunikasi dalam linkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau
organisasi di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif.

1330 PENGURUS PERKHIDMATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Pengurus pengeluaran dalam perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi merancang,


mengarah, dan menyelaraskan pemerolehan, pembangunan, penyelenggaraan, dan penggunaan
komputer dan sistem telekomunikasi dalam linkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau
organisasi di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif.

Tugas merangkumi:

 menganalisis keperluan maklumat dan menetapkan teknologi untuk memenuhi


keperluan tersebut;
 mengarah perumusan strategi, dasar, dan rancangan teknologi maklumat;
 mengarah pemilihan dan pemasangan teknologi maklumat dan peruntukan latihan
pengguna;
 mengarah operasi teknologi maklumat, menyepadukan perkakasan komputer,
mengendalikan sistem komunikasi, pengaplikasian perisian, dan pemprosesan data;
 menetapkan keutamaan antara pembangunan, penyelenggaraan, dan operasi sistem;
 mengawal keselamatan sistem teknologi maklumat;
 menguruskan projek pembangunan teknologi maklumat untuk memastikan projek
tersebut siap mengikut jadual, dalam linkungan belanjawan, dan mencapai tahap kualiti
yang menepati objektif;
 mengawal belanjawan dan perbelanjaan jabatan atau organisasi;
 memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan;
 mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam organisasi atau dengan
badan luar;
 menjalankan tugas yang berkaitan;
 mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
MASCO 2008 17
Kumpulan Utama 1: Pengurus

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

13301 Pengurus, pengeluaran dan operasi/komunikasi


13302 Pengurus, sistem maklumat / Pengurus, teknologi maklumat
13303 Pengurus, perkhidmatan komputer
13304 Pengurus, pemprosesan data

134 PENGURUS PERKHIDMATAN PROFESIONAL

Pengurus perkhidmatan profesional merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti


berhubung dengan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak, kesihatan, penjagaan orang tua,
kebajikan sosial, pendidikan, dan insurans di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua
eksekutif.

1341 PENGURUS PERKHIDMATAN PENJAGAAN KANAK-KANAK

Pengurus perkhidmatan penjagaan kanak-kanak merancang aktiviti individu dan berkumpulan


untuk kanak-kanak, memantau aktiviti tersebut untuk menggalakkan kemahiran sosial,
berbincang dengan ibu bapa untuk menerangkan program pusat penjagaan dan membincangkan
bagaimana mereka dapat menggalakkan perkembangan kanak-kanak di rumah, memberikan
ujian untuk menilai perkembangan setiap kanak-kanak, mengambil dan melatih kakitangan, dan
mentadbir fungsi perniagaan pusat tersebut.

Tugas merangkumi:

 menguruskan berbilang program perkhidmatan sosial profesional untuk melindungi


kanak-kanak dan keluarga termasuk perkhidmatan dan aktiviti yang berkaitan dengan
penderaan kanak-kanak serta pengabaian siasatan;
 merancang dan memantau pengurusan perniagaan, pengurusan kemudahan,
pengurusan sumber manusia, dan keperluan keselamatan kanak-kanak;
 merancang dan melaksanakan dasar;
 menyediakan anggaran belanjawan;
 berunding dengan pembekal, pelanggan, dan organisasi lain;
 merancang dan mengawal penggunaan sumber manusia serta pengambilan pekerja;
 menguruskan operasi harian;
 melapor kepada pemilik, jika perlu;
 menjalankan tugas yang berkaitan;
 mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

13411 Pengurus, pusat asuhan kanak-kanak

1342 PENGURUS PERKHIDMATAN KESIHATAN

Pengurus perkhidmatan kesihatan bertanggungjawab atas peruntukan dan pentauliahan


penjagaan kesihatan setempat melalui pengurusan hospital, pengamal perubatan am (GP), dan
perkhidmatan kesihatan masyarakat. Pengurus berhubung dengan semua peringkat kakitangan
perubatan dengan mengambil kira tuntutan dasar politik dan keadaan setempat.

Tugas merangkumi:

 berhubung dan berunding dengan kakitangan perubatan (sering kali dengan peringkat
paling kanan) dan bukan perubatan, kakitangan dalaman dan dengan kakitangan
MASCO 2008 18
Kumpulan Utama 1: Pengurus

organisasi luar, misalnya perkhidmatan sosial, kumpulan sukarelawan, atau sektor


swasta;
 menguruskan kakitangan klinik, profesional, perkeranian, dan pentadbiran;
 menguruskan pengambilan, pemilihan, penilaian, dan perkembangan kakitangan;
 memantau pengurusan harian organisasi, unit khusus, atau satu-satu bidang
perkhidmatan;
 melaksanakan dasar dan arahan baru;
 mengumpulkan dan menganalisis data dan menggunakannya untuk merancang dan
menguruskan kedua-dua projek dan sistem;
 menilai strategi dan sistem baru;
 mengekstrapolasi data untuk tujuan pemantauan dan jaminan mutu;
 menetapkan belanjawan dan menyelenggarakan kewangan dalam kekangan yang ketat;
 merancang dan melaksanakan perubahan strategik untuk menambah baik penyampaian
perkhidmatan;
 menghadiri mesyuarat, menulis laporan, dan menyampaikan persembahan kepada
pelbagai audiens;
 menganggotai jawatankuasa dan menyampaikan pandangan jabatan dan pasukan;
 menangani hal ehwal komunikasi dan korporat;
 menguruskan premis, katering, pencucian, perkhidmatan angkat barang, dan
keselamatan (selalunya melalui subkontraktor);
 membeli kelengkapan dan bekalan serta mengelolakan stor;
 menggunakan komputer untuk menguruskan maklumat dan data kewangan, dan untuk
menganalisis dan mengukur prestasi;
 menyokong sistem ICT dan merancang peruntukan dan pembangunan baru, selalunya
untuk projek besar;
 menjalankan tugas yang berkaitan;
 mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

13421 Pengurus, pengeluaran dan operasi/kesihatan / Pengarah


kejururawatan
13422 Pentadbir, hospital

1343 PENGURUS PERKHIDMATAN PENJAGAAN ORANG TUA

Pengurus perkhidmatan penjagaan orang tua bertanggungjawab atas peruntukan penjagaan


orang tua dan orang yang dalam keadaan kronik dan memerlukan penjagaan kompleks secara
keseluruhan dengan lancar.

Tugas merangkumi:

 menyediakan arahan dasar dan membantu dalam pembangunan dana yang


bersesuaian dan/atau mensasarkan untuk membolehkan perkhidmatan kesihatan yang
fleksibel untuk menyediakan penjagaan, di tempat dan pada masa yang betul;
 bertanggungjawab memenuhi, memelihara, dan mengatasi standard kualiti penjagaan
dan perkhidmatan;
 merancang dan memantau pengurusan perniagaan, pengurusan kemudahan,
pengurusan sumber manusia, dan keperluan keselamatan;
 merancang dan melaksanakan dasar;
 menyediakan anggaran belanjawan;
 berunding dengan pembekal, pelanggan, dan organisasi lain;
 merancang dan mengawal penggunaan sumber manusia serta pengambilan pekerja;
 menguruskan operasi harian;
 melapor kepada pemilik, jika perlu;
 menjalankan tugas yang berkaitan;
MASCO 2008 19
Kumpulan Utama 1: Pengurus

 mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

13431 Pengurus, perkhidmatan penjagaan orang tua

1344 PENGURUS KEBAJIKAN SOSIAL

Pengurus kebajikan sosial merancang, menilai, dan menyelaraskan program perkhidmatan sosial
dan membantu dalam perancangan program serta pembangunan dan pelaksanaan kebajikan
tempatan.

Tugas merangkumi:

 membangunkan dan melaksanakan matlamat, objektif, dasar, dan keutamaan untuk


berbilang bidang program;
 menguruskan dana dan/atau belanjawan;
 membuat rundingan kontrak dan menulis perjanjian dengan pihak penyedia program
atau komponen program yang khusus berkaitan perkhidmatan perlindungan;
 menyelaraskan pembangunan dasar, prosedur, dan ‘amalan terbaik’ dalam lingkungan
bidang program khusus;
 melaksanakan dasar baru kerajaan tempatan dan negeri;
 mendokumentasikan, menyemak semula, dan melaksanakan perubahan kualiti dalam
proses klinikal;
 menyemak semula laporan siasatan awal dan data kelayakan lain;
 membuat saranan untuk dalam perkhidmatan bantuan kewangan, mengambil bahagian
dalam kes yang lebih sukar;
 membuat semakan berkala secara tetap semua kes bagi setiap subordinat dan
memastikan amalan susulan yang berkesan dan membuat saranan berdasarkan
laporan subordinat untuk menamatkan kes;
 memelihara hubungan berterusan dengan agensi kebajikan dan sosial tempatan;
 memantau dan menilai keberkesanan kaedah dan prosedur penyampaian
perkhidmatan;
 menjalankan tugas yang berkaitan;
 mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

13441 Pengurus, pengeluaran dan operasi/kerja sosial

1345 PENGURUS PENDIDIKAN

Pengurus pendidikan merancang, mengarah, dan menyelaras aktiviti dalam sektor pendidikan,
daripada pembangunan dasar hinggalah pembangunan dan kajian semula kurikulum kursus dan
bahan pengajaran, menyediakan laporan, kertas maklumat dan pengemukaan, atau memberi
nasihat kepada pihak pengurusan kanan atau jawatankuasa antara jabatan tentang strategi dan
inisiatif pendidikan. Mereka juga terlibat dalam pengurusan sistem pendidikan di pertingkat
wilayah, daerah, atau negeri, dan mungkin perlu menguruskan sumber kewangan dan fizikal
untuk pendidikan, atau mengambil pegawai pendidikan.

Tugas merangkumi:

 menyediakan kepimpinan pendidikan untuk guru, guru besar, dan pegawai pentadbiran
institusi pendidikan dalam pembangunan dan penyelarasan program pendidikan;
MASCO 2008 20
Kumpulan Utama 1: Pengurus

 memantau penyelidikan pendidikan yang mensasarkan penyediaan hala baru untuk


sistem pendidikan;
 mewakili organisasi tentang jawatankuasa untuk mengenal pasti keperluan semasa dan
akan datang dalam lingkungan sistem pendidikan, serta merancang, membangunkan,
dan mengubah suai kemudahan dan program;
 menguruskan penilaian bagi pendekatan dan pembangunan kursus baru;
 menganjurkan dan mengendalikan bengkel dan persidangan untuk melatih guru dalam
program dan kaedah baru;
 mengaplikasikan dan menguruskan dana untuk program pendidikan baru;
 menguruskan proses untuk tinjauan sekolah, penilaian guru, dan perancangan
pendidikan di sekolah rendah dan sekolah menengah;
 menyediakan dan memantau penyediaan laporan dan kertas maklumat;
 menguruskan peruntukan pendidikan di kawasan luar bandar dan terpencil, atau di
dalam linkungan institusi khusus;
 menjalankan tugas yang berkaitan;
 mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

13451 Pengurus, pengeluaran dan operasi/pendidikan


13452 Dekan / Guru Besar / Pengetua, universiti / Canselor, universiti

1346 PENGURUS CAWANGAN PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN INSURANS

Pengurus cawangan perkhidmatan kewangan dan insurans merancang, mengarah, dan


menyelaraskan bank swasta atau bank awam, syarikat insurans, atau satu atau lebih cawangan
atau jabatannya di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif.

Tugas merangkumi:

 merancang, mengarah, dan menyelaras aktiviti pekerja di cawangan, pejabat, atau


jabatan seperti penubuhan cawangan bank, firma broker, jabatan risiko dan jabatan
insurans, atau kredit;
 memantau aliran tunai dan instrumen kewangan;
 membina rangkaian dalam komuniti untuk mencari dan menarik perniagaan baru;
 meluluskan atau menolak, atau menyelaraskan kelulusan atau penolakan susur kredit
dan komersil, hartanah, dan pinjaman peribadi;
 menyediakan laporan kewangan dan pengawalaturan yang diperlukan oleh undang-
undang, peraturan, dan lembaga pengarah;
 menentukan prosedur untuk penjagaan, dan kawalan aset, rekod, pinjaman, cagaran,
dan sekuriti untuk memastikan penyimpanan yang selamat;
 menguruskan dan membuat dasar institusi kewangan seperti bank, syarikat amanah,
pertubuhan penabungan dan pinjaman, syarikat insurans, dan institusi kewangan yang
berkaitan;
 memeriksa, menilai, dan memproses permohonan pinjaman;
 menyediakan penilaian operasi dalam laporan risiko untuk analisis pengurusan;
 menilai sistem laporan kewangan, prosedur perakaunan dan pemungutan, dan aktiviti
pelaburan, dan membuat saranan bagi perubahan prosedur, pengendali sistem,
belanjawan, dan fungsi kawalan kewangan lain;
 mengemukakan akaun culas kepada peguam atau agensi luar untuk pungutan;
 mengarah rundingan insurans, memilih broker dan pembawa insurans, dan tempat
insurans;
 menjalankan tugas yang berkaitan;
 mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
MASCO 2008 21
Kumpulan Utama 1: Pengurus

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

13461 Pengurus, cawangan kewangan dan insurans

1349 PENGURUS PERKHIDMATAN PROFESIONAL YANG TIDAK DIKELASKAN DI


MANA-MANA

Kumpulan unit ini merangkumi pengurus perkhidmatan profesional yang tidak dikelaskan di
mana-mana dalam Kumpulan Kecil 134: Pengurus Perkhidmatan Profesional.

Tugas merangkumi:

 merancang dan melaksanakan dasar;


 menyediakan anggaran belanjawan;
 berunding dengan pembekal, pelanggan, dan organisasi lain;
 merancang dan mengawal penggunaan sumber dan pengambilan pekerja;
 menguruskan operasi harian;
 menjalankan tugas yang berkaitan;
 mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

13491 Pengurus, pengeluaran dan operasi/organisasi wilayah tambahan


13492 Pengurus, reka bentuk
13493 Pengurus, elektrik, air, dan sanitari / Pengurus, sistem pelupusan
sampah

14 PENGURUS PERKHIDMATAN HOSPITALITI, RUNCIT, DAN PERKHIDMATAN LAIN

Pengurus perkhidmatan hospitaliti, peruncitan, dan perkhidmatan lain merancang, mengarah, dan
menyelaraskan perkhidmatan hotel dan restoran, perdagangan runcit dan borong di bawah
bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif.

141 PENGURUS HOTEL DAN RESTORAN

Pengurus hotel dan restoran merancang, mengarah, dan menyelaraskan perkhidmatan hotel dan
restoran, termasuk pejabat depan (meja sambut tamu, concierge, dan tempahan), operasi
makanan dan minuman, dan pengemasan di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua
eksekutif.

Kumpulan sub-utama ini terdiri daripada kumpulan kecil yang berikut:

141 PENGURUS HOTEL DAN RESTORAN


142 PENGURUS PERDAGANGAN RUNCIT DAN BORONG
143 PENGURUS PERKHIDMATAN LAIN

1411 PENGURUS HOTEL

Pengurus hotel dan restoran merancang, mengarah, dan menyelaraskan semua perkhidmatan
hotel, termasuk pejabat depan (meja sambut tamu, concierge, dan tempahan), operasi makanan
dan minuman, dan pengemasan di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif. Di
hotel besar, pengurus biasanya mempunyai bidang kuasa khusus (perkhidmatan tamu,
perakaunan, dan pemasaran) dan membentuk pasukan pengurusan am.
MASCO 2008 22
Kumpulan Utama 1: Pengurus

Tugas merangkumi:

 merancang dan mengatur penginapan, katering, dan perkhidmatan hotel lain;


 mempromosi dan memasarkan perniagaan;
 menguruskan rancangan belanjawan dan kewangan dan mengawal perbelanjaan;
 menyelenggara rekod perangkaan dan kewangan;
 menetapkan dan mencapai sasaran jualan dan keuntungan;
 mengambil, melatih, dan memantau kakitangan;
 merancang jadual kerja untuk individu dan pasukan;
 bertemu dan mengalu-alukan pelanggan;
 mengendalikan rungutan dan komen pelanggan;
 menangani dan menyelesaikan masalah;
 memastikan acara dan persidangan berjalan lancar;
 menyelia penyelenggaraan, bekalan, pengubahsuaian, dan kemasan;
 berurusan dengan kontraktor dan pembekal;
 memastikan keselamatan yang cekap;
 melaksanakan pemeriksaan harta dan perkhidmatan;
 memastikan pematuhan undang-undang pelesenan, kesihatan dan keselamatan, dan
peraturan berkanun lain;
 melapor kepada pemilik, jika perlu;
 menjalankan tugas yang berkaitan;
 mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

14111 Pengurus, pengeluaran dan operasi/hotel / Pengurus, rumah tamu


14112 Pengurus, rumah tumpangan
14113 Pengurus, meja depan / Pengurus, pejabat depan hotel
14114 Pengurus, perkhidmatan makanan dan minuman
14115 Pengurus, asrama, N41
14116 Penolong pengurus, asrama N27

1412 PENGURUS RESTORAN

Pengurus restoran merancang, mengarah, dan menyelaraskan perkhidmatan restoran, termasuk


pejabat depan (meja sambut tamu, concierge, dan tempahan), operasi makanan dan minuman,
dan pengemasan di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif.

Tugas merangkumi:

 menganalisis dan merancang tahap jualan dan keuntungan restoran;


 mengatur aktiviti pemasaran, seperti acara promosi dan skim diskaun;
 menyediakan laporan pada penghujung syif/minggu, termasuk kawalan kakitangan dan
kawalan makanan dan jualan;
 menetapkan belanjawan dan/atau mendapatkan persetujuan daripada pihak
pengurusan kanan;
 merancang dan menyelaraskan menu;
 menyelaraskan keseluruhan operasi restoran semasa syif berjadual;
 menguruskan kakitangan sepanjang syif mereka dan memberikan maklum balas
kepada mereka;
 melayani rungutan pelanggan;
 memastikan semua kakitangan mematuhi standard keseragaman syarikat;
 bertemu dan mengalu-alukan pelanggan dan mengelolakan tempahan meja;
 memaklumi pelanggan tentang pilihan menu dan minuman;
 mengambil, melatih, dan memotivasi kakitangan;
MASCO 2008 23
Kumpulan Utama 1: Pengurus

 mengatur dan menyelia syif kakitangan dapur, kakitangan menunggu, dan kakitangan
mencuci;
 mengekalkan standard kawalan kualiti, kebersihan serta kesihatan dan keselamatan
yang tinggi;
 memeriksa simpanan stok dan memesan bekalan;
 menyediakan laci tunai dan menyediakan tunai runcit sebagaimana yang diperlukan;
 membantu dalam apa-apa kerja di restoran apabila keadaan memerlukan;
 merancang dan melaksanakan dasar;
 menyediakan anggaran belanjawan;
 merancang dan mengawal penggunaan sumber serta pengambilan pekerja;
 menjalankan tugas yang berkaitan;
 mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

14121 Pengurus, pengeluaran dan operasi/restoran / Pengurus bar /


Pengurus, katering
14122 Pengurus, disko
14123 Pengurus, bilik jamuan ringan

142 PENGURUS PERDAGANGAN RUNCIT DAN BORONG

Pengurus perdagangan runcit dan borong merancang, mengarah, dan menyelaras aktiviti
berhubung dengan perdagangan di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif.

1420 PENGURUS PERDAGANGAN RUNCIT DAN BORONG

Pengurus perdagangan runcit dan borong merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti
berhubung dengan perdagangan di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif.

Tugas merangkumi:

 merancang, mengarah dan menyelaras aktiviti berkenaan dengan perdagangan yang


dijalankan oleh perusahaan;
 memastikan sumber digunakan dengan cekap dan kuota perdagangan dipenuhi;
 merancang dan mengarah operasi harian;
 mengawal perbelanjaan;
 menetapkan dan mengarah prosedur operasi dan pentadbiran;
 memantau penggunaan prosedur keselamatan kerja dan yang berkaitan;
 memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan;
 mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam perusahaan atau
dengan badan luar;
 menjalankan tugas yang berkaitan;
 mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

14201 Pengurus, pengeluaran dan operasi/perdagangan runcit


14202 Pengurus, pengeluaran dan operasi/perdagangan borong
MASCO 2008 24
Kumpulan Utama 1: Pengurus

143 PENGURUS PERKHIDMATAN LAIN

Pengurus perkhidmatan lain mengelaskan mereka yang merancang, mengarah, dan


menyelaraskan aktiviti berhubung dengan acara sukan, rekreasi dan kebudayaan, penjagaan diri,
pencucian, dan operasi perkhidmatan yang berkaitan, dan istilah yangh sah dalam lingkungan
agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau organisasi di bawah bimbingan meluas pengarah dan
ketua eksekutif.

1431 PENGURUS PUSAT SUKAN, REKREASI, DAN KEBUDAYAAN

Pengurus pusat sukan, rekreasi, dan kebudayaan merancang, mengarah, dan menyelaraskan
aktiviti berhubung dengan operasi acara sukan, rekreasi, dan kebudayaan dalam lingkungan
agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau organisasi di bawah bimbingan meluas pengarah dan
ketua eksekutif.

Tugas merangkumi:

 merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti berhubung dengan operasi dan


acara rekreasi, kebudayaan, dan sukan;
 memastikan sumber digunakan dengan cekap dan jadual dipatuhi;
 merancang dan mengarah operasi harian;
 mengawal perbelanjaan;
 menetapkan dan mengarah prosedur operasi dan pentadbiran;
 memantau penggunaan prosedur keselamatan kerja dan yang berkaitan;
 memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan;
 mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam perusahaan atau
badan luar;
 menjalankan tugas yang berkaitan;
 mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

14311 Pengurus, pengeluaran dan operasi/aktiviti sukan


14312 Pengurus, pengeluaran dan operasi/aktiviti kebudayaan
14313 Pengurus, pengeluaran dan operasi/agensi pelancongan
14314 Pengurus, pengeluaran dan operasi/pentas
14315 Pengurus taman/ ladang G41
14316 Penolong pengurus, taman/ ladang G27

1432 PENGURUS PERKHIDMATAN PENJAGAAN DIRI, PENCUCIAN, DAN YANG


BERKAITAN

Pengurus perkhidmatan penjagaan diri, pencucian, dan perkhidmatan yang berkaitan merancang,
mengarah, dan menyelaraskan aktiviti perkhidmatan penjagaan diri, pencucian, dan
perkhidmatan yang berkaitan dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau
organisasi di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif.

Tugas merangkumi:

 merancang, mengarah, dan menyelaras aktiviti berkaitan dengan perkhidmatan


penjagaan diri, pencucian, dan yang berkaitan;
 memastikan sumber digunakan dengan cekap dan jadual dipatuhi;
 merancang dan mengarah operasi harian;
 mengawal perbelanjaan;
MASCO 2008 25
Kumpulan Utama 1: Pengurus

 menentukan dan mengarah prosedur operasi dan pentadbiran;


 memantau penggunaan prosedur keselamatan kerja yang berkaitan;
 memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan;
 mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam perusahaan atau
dengan badan luar;
 merancang dan melaksanakan dasar;
 menyediakan anggaran belanjawan;
 berunding dengan pembekal, pelanggan, dan organisasi lain;
 merancang dan mengawal penggunaan sumber serta pengambilan pekerja;
 melapor kepada pemilik, jika perlu;
 menjalankan tugas yang berkaitan;
 mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

14321 Pengurus, pengeluaran dan operasi/pencucian


14322 Pengurus, pengeluaran dan operasi/perkhidmatan penjagaan diri

1433 PENGURUS UNDANG-UNDANG

Pengurus undang-undang merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti berhubung dengan


istilah, prosedur, dan dokumen undang-undang dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan
korporat, atau organisasi di bawah bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif.

Tugas merangkumi:

 merancang, menganalisis dan memberi nasihat tentang pematuhan operasi perniagaan


syarikat memenuhi keperluan undang-undang, peraturan dan hak syarikat;
 menguruskan sokongan undang-undang luaran, jika perlu;
 memastikan perkembangan undang-undang yang memberi kesan kepada syarikat,
pelanggannya, dan industri kekal seiring serta mensintesis maklumat untuk
disepadukan ke dalam amalan transaksi syarikat;
 mendidik eksekutif syarikat berhubung dengan isu pengurusan undang-undang dan
risiko;
 menyampaikan minat dan hubung kait syarikat terus kepada pelanggan dan pasukan
rundingan;
 merumus, menyemak semula, dan merundingkan pelbagai kontrak yang luas untuk
perjanjian yang sederhana hinggalah yang kompleks;
 menyusun strategi dengan eksekutif syarikat sebelum rundingan dengan pelanggan;
 membantu membangunkan dan memahami strategi pengurangan risiko bagi risiko
kontraktual;
 membangunkan garis panduan dalaman, kotak alatan, dan pengetahuan tentang
pelbagai isu undang-undang dan perniagaan;
 membangunkan pakar bidang dalam satu atau lebih bidang yang memberikan faedah
kepada Kumpulan Undang-undang dan/atau perniagaan (misalnya, pakar undang-
undang korporat, undang-undang peraduan, undang-undang guna tenaga, privasi data
dan turutan perkhidmatan);
 menyokong, menggalakkan, dan melaksanakan inisiatif sebagai sebahagian daripada
Pasukan Undang-undang;
 merancang dan melaksanakan dasar;
 menyediakan anggaran belanjawan;
 melapor kepada pemilik, jika perlu;
 menjalankan tugas yang berkaitan;
 mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
MASCO 2008 26
Kumpulan Utama 1: Pengurus

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

14331 Pengurus, perundangan dan pengurusan risiko

1434 PENGURUS HARTA

Pengurus harta dipertanggungjawabkan mengendalikan hartanah bagi bayaran yang dikenakan


dan meningkatkan nilai pelaburan hartanah tersebut dengan mengendalikan logistik pengurusan
hartanah dan memantau prestasi harta komersil atau kediaman yang mendatangkan pendapatan
untuk memastikan pelaburan hartanah mencapai hasil yang dijangkakan.

Tugas merangkumi:

 mengendalikan operasi kewangan bagi harta, memastikan sewa dipungut dan gadai
janji, cukai, premium insurans, gaji, dan bil penyelenggaraan dibayar tepat pada
masanya;
 menyelia penyediaan penyata kewangan dan laporan berkala kepada pemilik tentang
status harta, kadar penghunian, tarikh luput pajakan, dan hal lain;
 merundingkan kontrak dengan perkhidmatan penjagaan bangunan, keselamatan,
kawasan dan laman, pembuangan sampah, dan perkhidmatan lain;
 memantau prestasi kontraktor serta menyiasat dan menyelesaikan rungutan daripada
penduduk dan penghuni apabila perkhidmatan tidak disediakan dengan sebaiknya;
 membeli bekalan dan kelengkapan untuk harta dan mengatur perjanjian dengan pakar
untuk pembaikan yang tidak boleh dikendalikan oleh kakitangan penyelenggaraan
biasa;
 mesti memahami dan mematuhi undang-undang yang relevan, memastikan amalan
penyewaan dan pengiklanannya tidak berat sebelah, dan harta itu sendiri mematuhi
semua peraturan dan kod bangunan kerajaan tempatan, negeri, dan persekutuan;
 menyediakan anggaran belanjawan;
 merancang dan mengawal penggunaan sumber serta pengambilan pekerja;
 melapor kepada pemilik, jika perlu;
 menjalankan tugas yang berkaitan;
 mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

14341 Pengurus, penyelenggaraan


14342 Pengurus, harta

1435 PENGURUS KESELAMATAN

Pengurus keselamatan merancang, mengarah, dan menyelaraskan operasi berhubung dengan


keselamatan dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau organisasi di bawah
bimbingan meluas pengarah dan ketua eksekutif.

Tugas merangkumi:

 merancang, merumus, dan menguatkuasakan dasar dan peraturan keselamatan;


 mengenal pasti kepelbagaian dan mengambil tindakan pembetulan untuk meminda
aspek keselamatan syarikat;
 memantau keseluruhan pengawasan keselamatan;
 bertanggungjawab atas pengurusan keseluruhan personel keselamatan dalam syarikat;
MASCO 2008 27
Kumpulan Utama 1: Pengurus

 menyemak mana-mana prosedur atau arahan yang melibatkan aspek keselamatan


untuk memastikan semua kakitangan benar-benar terlatih untuk mencapai keselamatan
maksimum;
 menguatkuasakan disiplin yang ketat dan melaksanakan siasatan dalam mana-mana
hal disiplin antara kakitangan;
 berupaya menangani dan menyelesaikan isu keselamatan dengan segera, berkesan,
dan bebas;
 menyokong, menggalakkan, dan melaksanakan inisiatif sebagai sebahagian daripada
Pasukan Undang-undang;
 berunding dengan pembekal, pelanggan, dan organisasi lain;
 merancang dan mengawal penggunaan sumber serta pengambilan pekerja;
 melapor kepada pemilik, jika perlu;
 menjalankan tugas yang berkaitan;
 mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

14351 Pengurus, keselamatan pekerjaan


14352 Pengurus, keselamatan

1439 PENGURUS PERKHIDMATAN YANG TIDAK DIKELASKAN DI MANA-MANA

Kumpulan unit ini merangkumi pengurus besar yang tidak dikelaskan dalam Kumpulan Kecil 143:
Pengurus Perkhidmatan Lain.

Tugas merangkumi:

 merancang dan melaksanakan dasar;


 menyediakan anggaran belanjawan;
 berunding dengan pembekal, pelanggan, dan organisasi lain;
 merancang dan mengawal penggunaan sumber manusia serta pengambilan pekerja;
 menguruskan operasi harian;
 melapor kepada pemilik, jika perlu;
 menjalankan tugas yang berkaitan;
 mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.

You might also like