You are on page 1of 1

SAJAK: ASAP

Maksud sajak
Rangkap 1: Asap menyebabkan mata berair kerana pedih
Rangkap 2: Asap menyebabkan manusia lemas
Rangkap 3: Asap menyebabkan jantung sukar berfungsi
Rangkap 4: Asap menimbulkan rasa hangat dan tidak selesa

Tema
Keburukan dan kesengsaraan yang timbul akibat daripada menghidu asap atau menghisap rokok
kepada manusia

Persoalan
a) Persoalan tentang kesan jerebu dan pembakaran terbuka
b) Kebakaran yang membawa malapetaka
c) Bahaya merokok

Bentuk
a) Sajak ini terdiri daripada empat rangkap
b) Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama, iaitu rangkap pertama dan rangkap
kedua mempunyai lima baris, dan rangkap ketiga dan keempat mempunyai enam baris.
c) Sajak ini berbentuk bebas

Unsur-unsur bunyi
a) Asonansi. Contohnya, semakin lama semakin membesar (pengulangan vocal a)
b) Aliterasi. Contohnya, hanya satu jantungku ini (pengulangan konsonan n)
c) Rima akhirnya bebas. Contohnya
 Rangkap 1: abccd
 Rangkap 2: abcde
 Rangkap 3: abcdec
 Rangkap 4: abcdee

Unsur-unsur bahasa
a) Personafikasi. Contohnya hanya satu jantungku ini, telah kau rampas
b) Inversi. Contohnya, hanya satu jantungku ini
c) Sinkope. Contohnya mu, kau, ku

Nilai
a) Kesedaran. Contohnya, penyajak sedar bahawa asap dan rokok membahayakan
kesihatan
b) Prihatin. Contohnya, penyajak prihatin tentang kesihatan.

Pengajaran
a) Janganlah kita menghisap rokok kerana asap yang terhasil itu membahayakan kesihatan
semua pihak
b) Kita haruslah sedar bahawa maut boleh datang dengan tiba-tiba hanya kerana asap
c) Kita janganlah melakukan sesuatu yang merosakkan diri dan alam

You might also like