You are on page 1of 20

SULIT

Kod Kertas : 940/1

JABATAN PELAJARAN MELAKA


2010
UJIAN BULANAN SELARAS
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

SEJARAH 940/1
Tamadun Dunia Hingga Tahun 1800
Masa : 1 ½ jam

Arahan kepada calon :

Jawab dua soalan sahaja : satu ( 1 ) soalan daripada Bahagian A dan satu ( 1 ) soalan daripada
Bahagian B

( Kertas soalan ini terdiri daripada dua ( 2 ) halaman bercetak )

( Lihat Sebelah
SULIT
Bahagian A

Jawab satu soalan sahaja.

1. Huraikan peranan masyarakat pada zaman Neolitik kepada perkembangan tamadun awal
manusia.
(25M)

2. Huraikan pengaruh alam sekitar dalam pembentukan masyarakat berkebudayaan pada


zaman prasejarah.
(25M)

3. Sejauh manakah masyarakat pada zaman pra-sejarah awal merupakan masyarakat


berbentuk mudah ( simple society ).
(25M)

Bahagian B

Jawab satu soalan sahaja

4. Jelaskan konsep manusia mengikut pandangan Islam dan Arab Jahiliah.


(25M)

5. Jelaskan langkah-langkah yang diambil oleh Nabi Muhammad s.a.w. ke arah


pembentukan negara Islam di Madinah.
(25M)

6. Bandingkan ciri-ciri masyarakat Arab pada zaman Jahiliyah dengan masyarakat Islam
pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah.
(25M)

SOALAN TAMAT

SULIT
SULIT
Kod Kertas : 940/1

JABATAN PELAJARAN MELAKA


2010
UJIAN BULANAN SELARAS
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

SKEMA PEMARKAHAN

SEJARAH
KERTAS 1

( TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 )

PERINGATAN :
Skema pemarkahan ini adalah khas untuk kegunaan pemeriksa dan tidak boleh dikemukakan kepada
pihak yang tidak berkenaan.

Skema ini terdiri daripada 18 halaman bercetak.


© Hakcipta Jabatan Pelajaran Negeri Melaka 2010

( Lihat Sebelah
SULIT
Soalan 1:

Huraikan peranan masyarakat pada zaman Neolitik kepada perkembangan tamadun awal
manusia.

Pengenalan : ( 3 M )

1. Zaman Prasejarah

i. Definisi prasejarah: sebahagian daripada masa silam manusia yang tidak


dicatatkan dalam bentuk tulisan.
ii. Bukti prasejarah diperolehi melalui kajian terhadap artifak dan fosil-fosil oleh
ahli-ahli arkeologi.
iii. Zaman prasejarah dibahagi kepada 3 peringkat iaitu zaman Paleolitik, Mesolitik
dan Neolitik. Perkembangan zaman Paleolitik dan Mesolitik banyak
mempengaruhi kemajuan pada zaman Neolitik.

2. Zaman Neolitik :

i. Manusia dikatakan menyara hidup dengan bercucuk tanam dan menternak


binatang.
ii. Corak kehidupan mereka berubah yang bermula dari tahun 7000 S.M hingga 3500
SM iaitu mula menetap dan berorganisasi berbentuk mudah.
iii. Pada zaman ini manusia mula berfikir, mengetahui dan mengamalkan cara-cara
kehidupan lebih baik sama ada dari segi peralatan, ekonomi, sosial, politik dan
lain-lain

Isi : ( 7 x 3M = 21M )

Peranan Masyarakat Neolitik :

1. Memperkembangkan dan Mengubah Aspek Pertanian :

i. Pakar sejarah yakin penemuan kaedah menanam dan menternak binatang


dimulai sekitar 10, 000 SM hingga 5000 SM lalu di Asia Barat.
ii. Di kawasan utama seperti Jericho, Catal Huyuk, Iran, Syria, Mesir dan Iraq
manusia mula menanam gandum dan barli serta menternak binatang seperti
kambing, biri-biri dan babi sebagai sumber makanan mereka yang berterusan.
iii. Bekalan makanan yang mewah menggalakkan pertambahan penduduk.

2
2. Memajukan Aspek Teknologi :

i. Pada zaman Neolitik penemuan bajak dan roda sebagai kemajuan teknologi telah
meningkatkan lagi daya pengeluaran hasil pertanian.
ii. Bajak menyebabkan manusia mula menggunakan tenaga binatang membantu
meringankan tugas mereka.
iii. Binatang seperti kuda atau kerbau dilatih untuk mengangkut barang (anok) atau
membajak sawah.
iv. Penemuan roda memudahkan pengangkutan hasil pertanian ke bandar-bandar atau
pelabuhan dan perkembangan pembuatan tembikar.

3. Mewujudkan Perkampungan Tetap :

i. Kemajuan pertanian (menanam dan menternak) membolehkan manusia mula


membina kawasan penempatan kekal di kawasan-kawasan yang subur,
terutamanya di lembah sungai seperti Tigris atau Furat.
ii. Manusia tidak perlu lagi hidup secara nomad kerana kini dapat menyara hidup
daripada bekalan makanan yang dihasilkan di kawasan tempat tinggal mereka.
iii. Mereka dapat mengawal bekalan makanan sendiri dan bekalan berterusan di
samping dapat mengawal perubahan musim.

4. Mewujudkan Pertambahan Penduduk :

i. Kemajuan pertanian dan teknologi pertanian pada zaman Neolitik menyebabkan


manusia dapat mengawal dan menggunakan sumber alam. Perubahan ini
menyebabkan kehidupan manusia menjadi lebih stabil, selamat dan terjamin
daripada kebuluran atau ancaman lain.
ii. Kehidupan sebagai individu atau anggota masyarakat bertambah baik.
iii. Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan penduduk pada
sesuatu kawasan dan akhirnya membentuk kawasan penempatan penduduk
semakin kompleks seperti bentuk negara kota.

5. Mewujudkan Pengkhususan Kerja :

i. Pada zaman Neolitik berhasilnya peningkatan daya pengeluaran hasil pertanian


yang menjamin bekalan makanan mencukupi dan berterusan membolehkan
sebahagian penduduk telah menjalankan aktiviti bukan pengeluaran pertanian
seperti kegiatan kesenian atau kegiatan keagamaan yang melahirkan pusat ibadat.
ii. Hal ini mencetuskan proses pembahagian kerja dalam masyarakat.

3
6. Membentuk Organisasi Sosial :

i. Perubahan kehidupan manusia bertambah kompleks menyebabkan perlunjukan


pengkhususan dalam menjalankan tugas tertentu bergantung kepada kemahiran
dan kebolehan seseorang.
ii. Kini diperlukan pemimpin untuk memandu dan memberi arahan kepada semua
anggota masyarakat.
iii. Tentera dan pahlawan diperlukan untuk mengawal dan menjaga keamanan
daripada ancaman.
iv. Pendeta diperlukan untuk mengetuai kegiatan keagamaan.
v. Petani menumpukan usaha mempertingkatkan hasil pertanian

7. Mewujudkan Institusi Pemerintahan :

i. Pada zaman ini juga lahir institusi pemerintahan, pendidikan, keagamaan dan
sebagainya untuk membolehkan manusia mengeksploitasi dan mengawal alam
sekitar mereka seperti bencana alam ( banjir, kemarau ).
ii. Pemimpin, pahlawan dan pendeta muncul sebagai orang berkuasa.
iii. Pemimpin dengan ideanya dan tipu helahnya, pahlawan dengan senjatanya dan
paderi dengan pengetahuannya.

8. Mengasaskan Kelahiran Agama dan Kepercayaan :

i. Manusia pada zaman Neolitik sudah ada kepercayaan berkaitan dengan unsur
dewa-dewi.
ii. Minda pemikiran konseptual ketuhanan ini dimanifestasikan melalui upacara
agama dan simbol-simbol pemujaan.
iii. Mereka yakin dan percaya upacara penyembahan akan melipatgandakan hasil
pengeluaran pertanian.

9. Mewujudkan Petempatan Bandar :

i. Perkembangan petempatan dan perkampungan yang tetap menyebabkan


peningkatan bilangan penduduk.
ii. Kehidupan manusia secara berkelompok dengan menjalankan aktiviti pertanian
telah menyebabkan mereka mengalami proses pembandaran yang pesat seperti
bandar Catal Huyuk.

10. Mengasaskan Sistem Tulisan :

i. Masyarakat Neolitik menjadi lebih kompleks dan merintis jalan ke arah


perkembangan sistem tulisan.
ii. Sistem tulisan lahir kerana keperluan untuk menyimpan rekod-rekod hasil
pertanian serta jumlah keluasan tanah yang semakin meningkat.

4
Kesimpulan : ( 1 M )

i. Neolitik merupakan zaman titik mula terbina tamadun awal manusia apabila manusia
mulai bercucuk tanam dan berternak binatang telah menjana perkembangan faktor lain
seperti teknologi, pengkhususan kerja, organisasi, institusi politik dan sebagainya.

ii. Implikasi daripada tinggal menetap kesan daripada berlaku revolusi pertanian (bertanam
dan menternak) menyebabkan V. Gordon Childe merumuskan sebagai satu revolusi
dalam kehidupan manusia atau sebagai titik tolak perubahan kepada kemunculan
tamadun awal manusia.

5
Soalan 2 :

Huraikan pengaruh alam sekitar dalam pembentukan masyarakat berkebudayaan pada


zaman prasejarah.

Pendgenalan : ( 3M )

1. Pengertian dan ciri-ciri prasejarah


2. Latar masa prasejarah dan latar belakang perkembangan manusia

Isi : ( 7 X 3M = 21M )

Pengaruh Alam Sekitar Terhadap Masyarakat Prasejarah :

1. Alam sekitar mengubah corak penempatan masyarakat. Perkembangan pertanian dan


penternakan membolehkan manusia membina kawasan petempatan tetap di kawasan-
kawasan tertentu dan mereka tidak lagi perlu berpindah randah kerana kini mereka sudah
dapat bergantung kepada bekalan makanan yang dihasilkan di sekitar kawasan
petempatan mereka. Manusia tidak lagi berpindah-randah untuk memburu binatang dan
mengutip makanan. Corak masyarakat adalah lebih menetap dengan penanaman
tanaman-tanaman makanan dan menternak binatang menjadi bertambah penting untuk
menampung kehidupannya. Manusia mengubahsuaikan ekonomi memburu kepada
ekonomi pertanian. Perkembangan penempatan-penempatan kekal dengan perkampungan
diwujudkan di kawasan yang tanahnya subur dan berhampiran air yang diperlukan untuk
kegiatan pertanian.

2. Alam sekitar melahirkan konsep pertanian dan berlaku revolusi pertanian.


Kemajuan pertanian dalam zaman ini menyebabkan manusia semakin berupaya
mengawal dan menggunakan sumber alam. Ini menyebabkan kehidupan mereka lebih
stabil dan terjamin baik sebagai individu mahupun sebagai satu komuniti. Peningkatan
bukan sahaja berlaku bukan sahaja dari segi kuantiti, tetapi juga kualitinya. Ini
menyebabkan kawasan petempatan itu semakin berkeupayaan menampung jumlah
penduduk yang ramai. Kualiti pemakanan manusa bertambah baik dan bekalannya juga
dapat diperolehi secara berterusan. Justeru wujud Revolusi pertanian yang berupaya
mengawal bekalan makanan dan menawarkan secara berterusan, penggunaan alat-alat
yang khusus untuk pertanian yang lebih baik dan pemilihan jenis tanaman dan ternakan
yang sesuai. Kelahiran revolusi pertanian telah memberikan kesan yang besar kepada
kehidupan manusia dan menjadi penyambung kepada permulaan tamadun. Manusia mula
berhenti dengan cara hidup secara nomad dan mula hidup menetap secara bermasyarakat.

6
3. Alam sekitar mempengaruhi peralatan dan teknologi. Pada zaman paleolitik alat
batunya kasar kerana mereka berpindah randah. Selepas zaman bertamadun mereka
telah menetap dan bercucuk tanam dan berlakunya pertambahan penduduk. Justeru
peralatan adalah lebih halus dan juga diubahsuaikan dengan keperluan zaman. Keadaan
ini menunjukkan manusia menggunakan alam untuk lebih inovatif dan kreatif.
Contohnya penciptaan tenggala yang dicipta untuk memudahkan pertanian dan roda
untuk mengangkut hasil pertanian bagi menampung permintaan yang banyak bukan
sahaja mengubah corak pengangkutan tetapi mempercepatkan perkembangan industri.
Peningkatan teknologi membolehkan manusia menguasai persekitaran kehidupan dan
merupakan asas kelahiran masyarakat yang kompleks.

4. Alam sekitar mempengaruhi perkembangan kegiatan ekonomi. Perubahan orientasi


ekonomi daripada sara diri kepada komersial. Mereka menyimpan lebihan hasil untuk
meningkatkan pengeluaran. Pada peringkat paleolitik alam sekitarnya adalah hutan dan
sungai. Kegiatan mereka tertumpu kepada memburu, memungut hasil hutan dan
menangkap ikan. Dalam masyarakat bertamadun berlaku perubahan pada alam sekitar,
dimana mereka mula menetap di kawasan yang subur di tepi sunggai dan menjalankan
pertanian secara agresif. Lebihan hasil ditukarkan dan ada juga yang diperdagangkan.
Contoh, pertukaran perdagangan antara Tamadun India dengan Tamadun Mesopotamia.

5. Alam sekitar mempengaruhi perkembangan sistem kepercayaan. Percaya kepada


kuasa-kuasa luar biasa yang dianggap suci, berpunca daripada kepercayaan kuasa
semula jadi yang menentukan hasil pertanian dan kebajikan masyarakatnya. Mereka
juga menjalankan upacara ritual dan amalan korban untuk meningkatkan kesuburan
tanaman dan binatang ternakan. Keadaan ini akhirnya mewujudkan konsep ketuhanan
dalam sejarah ketamadunan manusia.

6. Alam sekitar mempengaruhi pertumbuhan penduduk. Kemajuan pertanian dalam


zaman ini menyebabkan manusia semakin berupaya mengawal dan menggunakan sumber
alam. Ini menyebabkan kehidupan mereka lebih stabil dan terjamin baik sebagai individu
mahupun sebagai satu komuniti. Keadaan ini membawa kepada berlakunya pertambahan
penduduk yang semakin pesat. Kehidupan di satu-satu kawasan petempatan juga menjadi
semakin kompleks. Pertumbuhan penduduk memang mendorong masyarakat meneroka
kawasan-kawasan baru yang tanahnya yang subur untuk pertanian. Pertumbuhan bilangan
penduduk dan wujudnya perbandaran menggalakkan perkembangan pasaran baru,
peningkatan hasil pengeluaran pertanian dan kemajuan dalam bidang teknologi untuk
pertanian yang mendorong kepada kelahiran masyarakat yang kompleks.

7. Alam sekitar mewujudkan pengkhususan kerja. Kehidupan yang bertambah


kompleks telah menyebabkan masyarakat perlu kepada pengkhususan kerja untuk
menjalankan tugas tertentu mengikut kemahiran dan kebolehan seseorang. Misalnya
masyarakat memerlukan pemimpin untuk mengkoordinasi dan memberi arahan kepada
mereka. Pahlawan pula diperlukan untuk menjaga keamanan. Masyarakat memerlukan

7
pendita untuk menjalankan kegiatan agama. Kesan daripada pertumbuhan penduduk
yang mendadak melahirkan institusi sosial atau kerajaan yang berfungsi mengawal dan
menyelia urusan pemerintahan dan pentadbiran dan menyelesaikan masalah dan hak
rakyat yang semakin kompleks. Peningkatan produktiviti yang dapat menjamin keperluan
bekalan di satu-satu kawasan membolehkan sesetengah penduduk di situ menjalankan
kegiatan bukan pengeluaran seperti kegiatan kesenian atau aktiviti keagamaan. Ini
membawa kepada bermulanya penambahan bilangan kerja dalam masyarakat.

8. Alam sekitar mewujudkan sistem dalam masyarakat (organisasi sosial). Kewujudan


sistem dalam masyarakat seperti institusi pemerintahan, keagamaan, pendidikan dan
sebagainya sebagai organisasi untuk membolehkan manusia dapat mengadaptasi dan
mengawal alam sekeliling mereka. Pemimpin, pahlawan dan pendita muncul sebagai
orang berkuasa. Pahlawan dengan senjatanya. Paderi pula dengan pengetahuannya
mengenai tuhan. Sementara majoriti masyarakat yang tidak memiliki alat dan
pengetahuan itu menjadi pengikut. Lama-kelamaan masyarakat di suatu petempatan
terbahagi kepada kelas pemerintah dan rakyat.

Kesimpulan : ( 1M )

Alam sekitar telah mengubah corak kehidupan dan masyarakat. Situasi ini telah melahirkan
tamadun-tamadun awal seperti Tamadun Mesopotamia dan Tamadun Mesir yang lebih
kompleks sesuai dengan zamannya.

8
Soalan 3 :

Sejauh manakah masyarakat pada zaman pra-sejarah awal merupakan masyarakat


berbentuk mudah ( simple society ).

Pengenalan : ( 3 M )

1. Konsep maksud pra-sejarah.


2. Tahap-tahap dan tempoh masa prasejarah paleolitik, mesolitik dan Neolitik.
3. Menyenaraikan ciri-ciri masyarakat prasejarah dan mengaitkan masyarakat berbentuk
mudah hanya dua zaman iaitu Paleolitik dan Mesolitik sahaja.

Isi : ( 5 x 4 M =20M )

1. Penempatan :

Pada zaman Paleolitik masyarakatnya hidup berbentuk mudah secara pindah randah,
nomad, menggunakan sepenuhnya alam sekitar dengan tinggal di gua, rimbunan pokok
renek, atas pokok dan lubang bawah tanah. Zaman Mesolitik masih meneruskan
penempatan Paleolitik tetapi memilih lokasi berhampiran sumber air untuk kepentingan
harian iaitu sungai dan laut.

2. Peralatan/Teknologi :

Zaman Paleolitik peralatan dari kayu, batu dan tulang. Menghasilkan api melalui kaedah
geseran, pakaian dari kulit kayu, daun kayu dan kulit binatang. Gaya hidup ini masih
diteruskan pada zaman Mesolitik tetapi penciptaan senjata dan alatan lebih halus dan
telah menggunakan panah dari kayu yang panjang dan tajam.

3. Kegiatan Ekonomi :

Kegiatan ekonomi untuk kelompok mereka sahaja. Mendapatkan makanan dengan cara
berburu binatang, menangkap ikan, memungut hasil hutan menyebabkan penempatan
mereka nomad dan bergantung dengan alam sekitar sepenuhnya . Ia berlangsung
sehingga zaman Mesolitik.

4. Agama dan Kepercayaan :

Berpegang kepada kepercayaan animmisme iaitu setiap benda ada roh. Menyembah alam
semulajadi seperti matahari, guruh, api dan pokok. Mempercayai ukiran gambar di
dinding gua akan mempunyai kuasa ghaib.

9
5. Organisasi Sosial :

Berbentuk mudah, tiada ketua, dalam kelompok yang kecil dan tiada organisasi sosial.

6. Kesenian :

Pada zaman Paleolitik mereka mengukir gambar di dinding gua dan kulit kayu yang
dijangka boleh membantu menambahkan hasil pemburuan dan berbentuk idealisme.

7. Pengkhususan Kerja :

Tiada pengkhususan kerja kepada lelaki dan perempuan, semua kerja dijalankan bersama.

Kesimpulan : ( 2M )

Masyarakat prasejarah awal sebagai peneroka menuju kepada kehidupan kompleks dalam zaman
Neolitik. Bermula dari sini tamadun manusia berkembang sehingga wujud tamadun awal dunia
seperti Tamadun Mesopotamia dan Mesir.

10
Soalan 4 :

Jelaskan konsep manusia mengikut pandangan Islam dan Arab Jahiliah.

Pengenalan : ( 3M )

1. Pengertian Jahiliah
2. Pengertian manusia, dalam bahasa Latin, manusia dipanggil sebagai homospiens.
Manusia adalah sejenis haiwan mamalia yang boleh berfikir dan berkata-kata. Mengikut
kajian arkeologi, manusia sudah pun wujud sejak 500,000 tahun dahulu, iaitu pada zaman
Air Batu.
3. Pengertian Islam

Isi : ( 20M )

Konsep Manusia Menurut Islam : ( 10M = 5 x 2M )

1. Pengertian manusia dari segi bahasa mengikut perspektif islam :

i. Pengertian manusia dari segi bahasa.


ii. Pengertian dari segi istilah.

2. Mengikut Islam, manusia diciptakan oleh Allah s.w.t. untuk menjadi khalifah di atas
muka bumi. Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud :
“ Ingatlah ketika TuhanMu berfirman kepada para malaikat ( sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di muka bumi ) ”
3. Di samping itu, manusia diciptakan oleh Allah s.w.t. untuk mengabdikan diri kepada
Allah s.w.t. agar menjadi seorang hamba yang soleh. Dalam hubungan ini, Allah s.w.t.
telah menjelaskan matlamat penciptaan manusia menerusi firmanNya: dalam surah al-
Zaariyat ayat 56 yang bermaksud: “Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan
untuk beribadah kepadaKu”.
4. Agama Islam juga menyarankan kepada manusia agar membangunkan unsur-unsur
rohani dan jasmani demi mencapai keseimbangan dalam diri manusia. Keseimbangan di
antara fizikal dan spiritual ini penting demi mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat
kelak.
5. Kedudukan manusia di sisi Allah s.w.t. juga dikira sama tarafnya tanpa mengira warna
kulit, keturunan, pangkat, dan lain-lain, Islam melarang perhambaan di kalangan
manusia.
6. Manusia dicipta sebaik-baik kejadian. Bagi membolehkan manusia yang begitu sempurna
penciptaannya agar hidup aman bahagia serta selamat sejahtera, Allah s.w.t. telah
menjadikan segala sesuatu yang dapat menyempurnakan keperluan manusia.

11
7. Manusia yang paling mulia adalah manusia yang bertaqwa
8. Manusia sebagai pemegang amanah.
9. Semua manusia dari keturunan Adam dan manusia dijadikan dari tanah.
10. Manusia terdiri daripada 5 komponen iaitu : jasad, roh, akal, nafsu dan hati/jiwa.
11. Akal membezakan manusia dengan makhluk – makhluk lain.
12. Manusia dijadikan dalam keadaan fitrah.

Konsep Manusia Menurut Jahiliah : ( 10M = 5 x 2M )

1. Manusia tidak bersifat abadi dan akan terhapus setelah berlakunya kematian dan tidak
mempercayai adanya Hari Akhirat dan Hari Pembalasan. Dengan sebab itulah
kehidupan manusia pada zaman berkenaan penuh dengan kemaksiatan.
2. Di samping itu, manusia menurut pandangan Jahiliah lagi menjadikan hawa nafsu
sebagai panduan bagi kehidupan mereka di dunia ini. Sehubungan dengan ini,
berjudi, minum arak, dan makan riba dianggap sebagai satu jalan mencari rezeki yang
baik dan mudah, oleh itu, mereka melakukannya. Minum arak pula dianggap satu
perbuatan yang baik dan mulia.
3. Status mereka dalam masyarakat bergantung kepada keturunan dan kabilah. Sekiranya
kabilah itu kaya, kuat, dan berpengaruh maka seseorang anggota kabilah itu dipandang
mulia. Begitulah sebaliknya.
4. Menghargai dan mendewakan kuasa alam sekeliling.
5. Mempercayaai adanya tuhan tetapi tidak beriman kepada satu tuhan.
6. Mereka tidak tahu asal-usul kejadian manusia.
7. Mereka melihat manusia dari sudut jasadiah semata-mata.

Kesimpulan : ( 2 M )
Manusia menurut pandangan Islam adalah untuk melaksanakan perintah-perintah Allah s.w.t.
bagi mendapatkan keredhaannya dan kemuncaknya mencapai kebahagiaan di dunia serta akhirat.
Sementara manusia menurut pandangan Jahiliah pula mengikut telunjuk hawa nafsu dengan
mengenepikan soal akhirat.

12
Soalan 5:

Jelaskan langkah-langkah yang diambil oleh Nabi Muhammad s.a.w. ke arah pembentukan
negara Islam di Madinah.

Pengenalan : ( 3M )

1. Demografi Madinah :

Negara kota Madinah terletak kira-kira 320 km ke utara Mekah. Masyarakatnya terdiri
daripada suku-suku Arab terutamanya Aus dan Khazraj serta orang-orang Yahudi. Sebelum
agama Islam tersebar ke Madinah suku-suku Arab sentiasa berselisih faham sesama mereka.
Golongan Yahudi memandang rendah orang-orang Arab, memonopolikan kegiatan ekonomi,
hidup mewah dan menguasai pentadbiran. Dari segi agama dan kepercayaan kaum Yahudi
memelihara kesucian agama Yahudi dan orang-orang Arab menyembah berhala seperti orang
Quraisy di Mekah. Namun begitu orang Arab Madinah lebih mengerti tentang ketuhanan dan
kenabian berbanding dengan orang Arab Mekah oleh kerana mereka lebih terdedah kepada agama
Yahudi. Jadi, pemikiran mereka lebih terbuka kepada usaha dakwah Nabi Muhammad saw dan
lebih bersedia memeluk agama Islam yang dibawanya.
Hijrah dari Mekah ke Madinah oleh Nabi Muhammad s.a.w. merupakan titik permulaan
negara Islam di Madinah. Walaupun sebelum ketibaan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah
agama Islam tersebar di Madinah menerusi orang-orang Muslim (kaum Ansar) yang menyertai
dalam Perjanjian Aqabah I dan Aqabah II.

2. Latarbelakang Nabi Muhammad Sebelum Hijrah.

3. Konsep negara

Isi : ( 7 x 3M = 21M )

1 Pembinaan Masjid :

Peristiwa hijrah telah menyebabkan penyebaran agama Islam semakin meluas


terutamanya dengan terbinanya Masjid Quba dan Masjid Madinah yang menjadi tempat
ibadat dan penyebaran agama Islam. Kaum Ansar di Madinah menyambut Muhajirin dari
Mekah dan buat pertama kali, kegiatan dakwah dapat dilakukan secara terbuka. Kaum
Ansar banyak berkorban untuk mengembangkan agama Islam. Setelah tiba ke Madinah
Nabi Muhammad s.a.w. telah membina masjid-masjid yang bukan sahaja menjadi tempat
ibadat dan penyebaran agama Islam tetapi juga digunakan untuk menyebarkan
pendidikan dan ilmu pengetahuan Islam.

13
2. Pembentukan Ummah :

Nabi Muhammad adalah seorang negarawan. Sebagai langkah pertama terhadap


penyatuan masyarakat Islam di Madinah, Nabi Muhammad s.a.w. mempersaudarakan
kaum Ansar dengan kaum Muhajirin, Muahajirin dengan Muhajirin, Ansar dengan Ansar,
Muhajirin dengan Ansar.
Semangat asabiyah telah digantikan dengan semangat ummah mengikut akidah Islam.
Hubungan persaudaraan mengatasi masalah perbezaan dari segi sosial dan ekonomi.
Kedua-dua golongan bergaul dan bekerjasama untuk kebaikan agama Islam dan negara.

3 Mewujudkan Piagam Madinah :

Baginda seterusnya mewujudkan sebuah piagam untuk dijadikan panduan untuk


membentukkan sebuah negara Islam yang berdaulat. Piagam Madinah bukan sahaja
membentukkan persaudaraan antara Ansar dan Muhajirin tetapi juga perpaduan antara
orang Islam dengan orang bukan Islam terutamanya orang Yahudi. Kaum Yahudi
diberikan kebebasan mengamalkan ibadat mengikut agama mereka selama mereka
mematuhi undang-undang Islam dan peraturan yang diterima umum. Orang Islam dan
bukan Islam dapat hidup secara aman damai dan bebas menjalankan aktiviti masing-
masing. Keselamatan penduduk Madinah terjamin dan mereka bertanggungjawab
mempertahankan negara Madinah daripada serangan musuh. Penduduk Madinah juga
mengiktirafkan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin agama dan ketua negara.
Dengan pengiktirafan itu Nabi telah menjadi pemimpin yang berwibawa dalam urusan
pentadbiran dan pemerintahan negara Islam Madinah.

4 Mengasaskan Pentadbiran Negara Melalui Cara Musyawarah :

Baginda berjaya mengasaskan sistem musyawarah dalam segala hal-hal politik. Dalam
hubungan dengan kaum Yahudi semasa Perang Badar, Nabi Muhammad s.a.w. tidak
menunjukkan permusuhannya terhadap kaum Yahudi tetapi terus mengadakan
perundingannya dengan mereka. Hanya setelah perundingan gagal barulah mereka
disingkirkan secara terhormat dari Madinah. Baginda juga menjalankan musyawarah
semasa mewujudkan persaudaraan antara Ansar dan Muhajirin serta antara Aus dan
Khazrai. Konsep musyawarah terbayang dalam hubungan politik antarabangsa.

5 Mewujudkan Tentera Islam di Madinah :

Baginda juga adalah seorang pemimpin tentera Islam yang menyertai beberapa ekspedisi
ketenteraan untuk mempertahankan kesucian agama Islam daripada ancaman dan
serangan musuh. Dalam mempertahankan kedaulatan negara Islam Madinah. Baginda
merupakan seorang panglima tentera dan ahli strategi dalam bidang ketenteraan.

14
6 Mengadakan hubungan luar :

Baginda adalah seorang diplomat yang mengambil inisiatif untuk menghantar perwakilan
ke luar seperti Mesir, Byzantine, dan Parsi.

7. Menyusun semula struktur ekonomi Madinah.

Penyatuan masyarakat yang berlaku telah mewujudkan semangat saling membantu


sehingga meliputi segenap bidang.olongan Muhajirin bergiat dalam bidang pertanian.
Nabi menggalakkan umat Islam bergiat dalam bidang perniagaan.

Kesimpulan : ( 1M )
Apa sahaja yang berkaitan

15
Soalan 6 :

Bandingkan ciri-ciri masyarakat Arab pada zaman Jahiliyah dengan masyarakat Islam
pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah.

Pengenalan : ( 3 M )
1. Zaman jahiliah merujuk kepada masyarakat di Semenanjung Tanah Arab. Mereka hidup
dalam zaman kegelapan tanpa berpandukan ajaran wahyu dan mengamalkan nilai
akhlak yang buruk. Zaman ini berlaku 300 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad
s.a.w. iaitu bermula daripada kejatuhan empangan Maarib sehingga kedatangan Islam.

2. Nabi Muhammad dan orang Islam telah berhijrah ke Madinah pada 622 M. Di Madinah
Nabi Muhammad telah dilantik sebagai ketua negara dan mengasaskan pemerintahan
negara Islam yang pertama.

3. Kedatangan agama Islam telah membawa perubahan yang besar ke atas masyarakat
Arab terutama masyarakat di Madinah.

Isi : ( 7 x 3M = 21M )

1. Kepercayaan / Agama :
a. Majoriti masyarakat Arab Jahiliah menganut agama menyembah berhala.
Pada asalnya mereka ialah pengikut ajaran Haruf tetapi ajaran ini diselewengkan
dengan menganggap berhala sebagai perantaraan antara manusia dengan Tuhan.
Pada masa ini Mekah berperanan sebagai pusat penyembahan berhala. Agama
lain yang dianuti ialah ajaran animisme, sabiah, majusi, nasrani dan yahudi.
Masyarakat pada masa ini juga terikat dengan kepercayaan karut.

b. Masyarakat Islam pada zaman ini mempunyai keimanan yang kukuh. Orang
Ansar secara rela telah memeluk ajaran Islam. Nabi telah melantik guru-guru
agama untuk memperkukuhkan akidah dan amalan mereka. Di samping itu, nabi
telah menjalankan dasar kebebasan beragama terutama ke atas masyarakat
Yahudi dan mereka diberi kebebasan beribadat. Majoriti golongan Arab
Madinah menerima agama Islam.

2. Hubungan Masyarakat / Sosial :


a. Masyarakat Jahiliah hidup terpisah dalam kabilah dan bani masing-masing.
Setiap individu mempunyai ketaatan kepada kabilah dan sangat prejudis kepada
kabilah yang lain. Semangat ini juga menyebabkan mereka memihak kepada
kabilah tanpa mengira sama ada mereka berada dalam keadaan benar atau salah.
Ini telah menimbulkan masalah permusuhan antara kabilah berleluasa.
b. Masyarakat Islam Madinah berjaya membentuk sebuah masyarakat ummah
Islamiyah tanpa mengira kaum dan suku. Kesetiaan kepada kaum tidak lagi wujud

16
dan digantikan dengan ikatan persaudaraan Islam. Contohnya Nabi berjaya
mempersaudarakan orang Ansar dengan Muhajirin.

3. Peperangan :

a. Permusuhan antara suku atau kabilah telah membawa peperangan di kalangan


masyarakat Arab Jahiliah. Peperangan ini dikenali sebagai Ayyamul Arab.
Perang balas dendam sering berlarutan. Contohnya Perang Al-Basus berlarutan
selama 40 tahun.

b. Persaudaraan Islam telah berjaya menamatkan permusuhan di kalangan


golongan Ansar iaitu suku Aus dan Khazraj. Sebelum memeluk Islam mereka
terlibat dalam peperangan Al-Buath kerana merebut kepimpinan kota Madinah.
Peperangan yang wujud di zaman Islam merupakan satu langkah
mempertahankan agama, masyarakat dan negara Islam daripada ancaman musuh
terutama serangan orang Quraisy Mekah clan pengkhianatan orang Yahudi.

4. Kelas Masyarakat :

a. Masyarakat Jahiliah mementingkan kelas dalam masyarakat. Golongan


bangsawan merupakan golongan tertinggi dan dipandang mulia. Dalam
masyarakat Arab Jahiliah amalan perhambaan berlaku secara meluas. Mereka
tidak mempunyai hak ke atas diri sendiri. Mereka dikehendaki berkhidmat kepada
tuan mereka. Perdagangan hamba berlaku secara meluas. Kekejaman ke atas para
hamba berlaku sekiranya para hamba tidak mengikut kehendak mereka.

b. Dalam masyarakat Islam menitik beratkan konsep persamaan taraf. Semua


manusia dianggap sama taraf di sisi Allah. Kemuliaan manusia berdasarkan
kepada ketakwaannya kepada Allah. Manusia tidak dibezakan mengikut kekayaan
atau pangkat mereka.

5. Kedudukan Wanita :
a. Masyarakat Arab Jahiliah memandang rendah kepada golongan wanita. Fungsi
mereka hanyalah sebagai alat kepada kaum lelaki. Mereka dianggap sebagai
barang dagangan dan ada di kalangan mereka yang kematian suami, menjadi
rebutan anak-anak lelaki suami mereka. Keadaan ini menyebabkan suku ban]
Tamim telah menanam bayi perempuan bagi mengelakkan mereka dipandang
rendah.

b. Nabi mengajar masyarakat Islam di Madinah memandang mulia golongan wanita.


Mereka perlu dipeiihara maruah dan kebajikan mereka. Kaum wanita memainkan
peranan yang sama pentingnya dengan goIongan lelaki.

17
6. Akhlak :

a. Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan nilai akhlak yang buruk seperti berzina,
melacur, membunuh, minum arak dan berjudi. Nilai ini telah sebati dengan
kehidupan mereka.

b. Islam menekankan akhlak yang mulia.Bermula dengan perjanjian Al-Aqabah I,


masyarakat Madinah berjanji tidak akan menipu, berzina, dan membunuh. Nabi
berjaya mengikis segala amalan akhlak yang buruk di kalangan orang Islam di
Madinah.

7. Politik :

a. Sistem politik dan pentadbiran adalah tidak seragam. Kerajaan yang wujud lebih
bersifat monarki dan terletak di bawah kuasa asing seperti Parsi dan Rom.
Masyarakat golongan Badwi mengamaIkan sistem politik kabilah masing-masing.
Sementara itu masyarakat kota Mekah menjalankan sistem politik kabilah.

b. Kerajaan Islam Madinah wujud berasakan perlembagaan Madinah. Undang-


undang utama yang digunakan ialah Al-Quran. Segala keputusan negara
dilakukan melalui konsep syura. Masjid menjadi institusi yang penting dalam
kerajaan Madinah.

8. Nilai-nilai Positif :

a. Dalam masyarakat jahiliah terdapat nilai-nilai positif seperti menghormati tetamu,


berpegang teguh kepada janji, memberi perlindungan kepada Nabi Muhammad
s.a.w.
b. Dalam masyarakat Islam nilai-nilai ini diperkukuhkan selaras dengan nilai-nilai
Islam.

9. Amalan Ekonomi.

a. Jahiliyah amalkan riba, pencurian dan penipuan.


b. Islam mengharamkan riba dan mewajibkan urusan jual beli. Ada akad dalam
urusan jual beli.

Kesimpulan : ( 1M )

Perbezaa yang ketara, zaman jahiliyah berlandaskan nafsu dan dalam zaman
Islam berdasarkan wahyu daripada Allah s.w.t.

TAMAT

18

You might also like