You are on page 1of 4

Untuk renungan bersama.........

Nabi laknat perempuan nipiskan bulu kening

FIRMAN Allah bermaksud: "Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman,


supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada
memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka
daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti
mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup
kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya
(tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak
suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara
perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang
menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan -
umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan
kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat
perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diket ahui orang perhiasannya
yang tersembunyi (misalnya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka
atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya
kepada Allah, hai orang yang beriman, supaya kamu beruntung." (Surah an-Nur, ayat 31)

Wahai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri


orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang
demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah
Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. (Maksud surah al-Ahzab, ayat 59)

Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya


hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup
rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Hadis riwayat Bukhari dan
Muslim)

Menurut Bukhari, Nabi Muhammad saw melaknat perempuan yang mencukur atau
menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Hadis riwayat Abu
Daud Fi Fathil Bari)

Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian, kemudian melewati suatu kaum supaya
mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap
mata ada zina. (Hadis riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)

Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.
(Hadis riwayat at-Thabrani)
Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah
ciptaan Allah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Asma binti Ab u Bakar menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda
Rasulullah: "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh
baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Hadis
riwayat Muslim dan Bukhari.

Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum
yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Hadis riwayat at-Tabrani dan Baihaqi).
Semoga anda mendapat iktibar dan pengajaran daripada petikan hadis di atas. Wa llahu
a'lam bissowab
TAZKIRAH 9:
Keadilan Islam

" Dalam perang Siffin, Khalifah Ali bin Abi Talib kehilangan baju besinya. Beberapa hari
kemudian, Ali melihat baju besinya yang hilang itu di tangan seorang Yahudi. Ali berkata
kepada Yahudi itu; " Baju itu adalah kepunyaanku. Aku tidak pernah memberikan atau
menjualnya kepada sesiapapun." Jawab orang Yahudi itu; " Tidak! Baju ini adalah kepunyaanku sejak dahulu."
Baik Ali
mahupun orang Yahudi itu masing -masing mempertahankan hak masing-masing. Akhirnya
tidak juga dapat penyelesaian, maka keduanya sepakat pergi menemui hakim Syuriah untuk
meminta penyelesaian secara jujur dan adil. Di situ, terjadilah dialog antara sang hakim
dengan pihak pendakwa dan yang didakwa.

Ali berkata;"Baju besi yang ada di tangan orang Yahudi ini adalah kepunyaanku sejak
dahulu." Hakim Syuriah berkata kepada orang Yahudi itu; "Bagaimana Ali telah menyatakan
bahawa baju besi yang ada di tanganmu itu adalah miliknya?"

Jawab orang Yahudi itu; "Tidak, baju besi ini adalah kepunyaanku." Hakim Syuriah bertanya kepada Ali;
"Apakah ada bukti di tangan Amirul Mukminin yang menunjukkan bahawa baju besi itu kepunyaan baginda?"

Jawab Ali;"Ada! Puteraku Hassan dan Hussain tahu betul bahawa baju besi itu kepunyaanku
sendiri."

Hakim Syuriah berkata; " Kesaksian anak sendiri terhadap ayahnya tidak dapat diterima
menurut hukum yang berlaku.." Selanjutnya, hakim Syuriah berkata; " Kerana Amirul
Mukminin sendiri tidak boleh membuktikan dengan pengakuan dua orang saksi yang sah,
maka aku memutuskan bahawa baju besi ini adalah milik orang yang memegang sekarang
iaitu Yahudi tersebut."

Lalu hakim Syuriah menjatuhkan palunya sebagai tanda persidangan telah selesai

Sementara Khalifah Ali bin Abi Talib walaupun sebagai Amirul Mukminin dia boleh
mengambil tindakan atau sekurang-kurangnya memberikan tekanan kepada sang hakim
untuk memenangkannya, tapi beliau tidak menempuh jalan itu. Dia tetap patuh kepada
ketentuan hukum yang berlaku.

Adapun hakim Syuriah telah menunjukkan satu contoh bagaimana mestinya sikap seorang hakim yang harus
mempertahankan keadilan hukum di atas segala-galanya. Adapun orang Yahudi tadi yang mempersaksikannya
dalam mengalami kejadian tersebut merasa takjub dan hairan sekali melihat kepatuhan seorang pembesar tinggi
terhadap ketentuan hukum, ketegasan pendirian seorang hakim dalam menegakkan hukum yang semuanya
bersumber kepada unsur-unsur keadilan di dalam Islam. Terpesona dengan kejadian i tu, orang Yahudi tersebut
lantas turut memeluk Islam.

-------------------------------------------------------------------
Intipati dari kisah Khalifah Ali ialah:
1) Tidak ada keadilan selagi undang-undang manusia (Lord Reid) digunapakai sehingga digantikan dengan
undang-undang syariah.
2) Menurut prinsip keadilan: tiada sesiapa mengatasi undang -undang.
3) Racist atau sentimen perkauman tidak ada dalam undang-undang islam. Keadilan mesti
ditegakkan sebagai satu medan dakwah kepada non-muslim.
Wa'Allahualam.
TAZKIRAH 13:
Membuka Pintu Rezeki

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... ..


" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah
tiada )"......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...
Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua
orang tua nya dalam sehari"
Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang
sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu
bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...ta dah tangan dan bayangkan wajah
kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa
perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah
Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita
setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah
(e.g. makan, kesihatan, kasih sayang , ilmu dsb nya..)
InsyaAllah

Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , - rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, (kata Azmil
Mustapha)... ..Mari kita cuba. . . . . . Allahhuakhbar. ..
Insya Allah
wallahu'alam

You might also like