You are on page 1of 2

LAPORAN BENGKEL PELAN TRANSFORMASI FAKULTI PENDIDIKAN

1.0 Pengenalan

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sedang membina landasan perubahan dan menyerap
gagasan baru “Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan” selaku universiti
terpilih yang memartabat bahasa Melayu serta menyejagat ilmu beracuan kebangsaan. UKM
berhasrat mempercepat anjakan melalui proses utama iaitu pendidikan, penyelidikan dan
khidmat ke arah meningkat kualiti modal insan dan menghasil inovasi selari dengan k-ekonomi
serta peningkatan daya saing negara.

Bagi menjana matlamat tersebut, UKM telah membangunkan kerangka atau ekosistem
pengetahuan yang berbentuk Pelan Transformasi sehingga tahun 2018. Pelan Transformasi
ini ini dibina berdasarkan konsep UKM sebagai universiti kebangsaan – ikon kebangsaan yang
menjana negara bangsa dan mempunyai identiti berasaskan bahasa yang sama dan
kepelbagaian budaya yang menyeimbangi konsep pengantarabangsaan dan terkehadapan
sebagai universiti penyelidikan tersohor di dunia.

Bagi mencapai matlamat transformasi di atas, UKM telah mengadaptasi konsep Lima Tonggak
Kecemerlangan dari Pelan Tindakan Pendidikan Tinggi. Lima Tonggak tersebut ialah
Governans, kepimpinan, Pengajaran dan Pembelajaran, Akademia dan Penyelidikan dan
Inovasi.

SEhubungan dengan itu, Fakulti Pendidikan telah mengambil inisiatif untuk menjalankan
Bengkel Transformasi di peringkat Fakulti Pendidikan. Tujuan Bengkel Pelan Transformasi
Fakulti Pendidikan adalah membincang dan membentuk Pelan Transformasi Fakulti Pendidikan
Tahun 2010 – 2018 berdasarkan 5 tonggak dalam Pelan Transformasi UKM.

2.0 Bengkel Transformasi Fakulti Pendidikan

Bengkel Transformasi Fakulti Pendidikan telah dijalankan seperti butiran berikut:

Tarikh: 21- 23 Mei 2010

Tempat: Hotel Pan Pacific, KLIA


2.1 Pengurusan Kumpulan Peserta Bengkel

Bengkel telah dijalan berdasarkan Lima Tonggak Kecemerlangan dari Pelan Transformasi
UKM, iaitu Governans, Kepimpinan, Pengajaran dan Pembelajaran, Akademia dan
Penyelidikan dan Inovasi. Pembahagian kumpulan adalah seperti berikut yang tertera dalam
jadual berikut:

TONGGAK DALAM PELAN TRANSFORMASI UKM


GOVERNANS KEPIMPINAN AKADEMIA PENGAJARAN & PENYELIDIKAN &
(Kump 1) (Kump 2) (Kump 3) PEMBELAJARAN INOVASI
(Kump 4) (Kump 5)

1. Prof. Datin Dr. 1. Dr. Jamil 1. Prof. Lilia Prasiswazah 1. Prof. Datin Dr.
Siti Rahayah Ahmad (Ketua) Halim 1. Prof. Madya Dr. Amla Hj. Mohd.
Ariffin (Ketua) 2. Dr. Siti Fatimah (Ketua) Saemah Salleh (Ketua)
2. Prof. Madya Mohd. Yassin 2. Dr. Mohd. Rahman(Ketua) 2. Prof. Madya
Dr. Kamisah 3. En. Jamalul Izham Mohd. 2. Dr. Norlena Dr. Norazah
Osman Lail Abdul Hamzah Salamuddin Mohd. Nordin
3. Dr. Salleh Wahab 3. Dr. Nik 3. Dr. Mohd. Isa 3. Dr. Hasnah
Amat 4. Dr. Radzani Mohd. Hamzah Toran
4. Prof. Madya Dr Rahimi 4. En. Safani Bari 4. Dr. Rosseni
Zamri Yusoff Din
Mahamod 4. Dr. Effandi Siswazah 5. Dr. Melor
5. Puan Hafdzam Zakaria 1. Prof. Madya Dr Mohd. Yunus
Hj. Sudin Zuria Mahmud
(Ketua)
2. Prof. Madya Dr.
Nooreiny Maarof
3. Puan Rahimah
Said

Laporan bengkel bagi setiap kumpulan dilampirkan.

3.0 Laporan Kewangan

Laporan kewangan akan dibentang oleh Ketua Penolong Pendaftar Kanan.

4.0 Kesimpulan

Bengkel Transformasi Fakulti Pendidikan telah berlangsung dengan jayanya hasil daripada
komitmen dan keprihatinan semua ahli bengkel.

Laporan disediakan oleh,

Prof. Madya Dr. Norazah Mohd. Nordin

24 Mei 2010

You might also like