You are on page 1of 12

Soalan 1

Terdapat pelbagai jenis sistem ekonomi yang di amalkan di serata dunia. Antaranya
ialah sistem ekonomi kapitalis, sistem ekonomi sosialis, sistem ekonomi campuran dan
sistem ekonomi Islam. Kepelbagaian sistem ekonomi yang dijalankan adalah bergantung
kepada permintaan dan keadaan.

Sistem ekonomi kapitalis merupakan sistem ekonomi yang cenderung ke arah


pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan
keuntungan. Takrif individu di sini tidak semestinya merujuk kepada orang perseorangan
tetapi juga termasuk sekumpulan individu seperti syarikat. Sistem ekonomi kapitalis
digerakkan oleh kuasa pasaran dalam menentukan pengeluaran, kos, penetapan harga barang
dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan. Pengkritik sistem kapitalis berpendapat sistem
ini mewujudkan jurang perbezaan yang ketara antara yang kaya dengan yang miskin.

Dalam kapitalisme terdapat konsep pelaburan. Individu-individu boleh


mengumpulkan duit bersama untuk membina atau membeli sesuatu dan mereka ini adalah
tuan punya benda yang dilaburkan. Dalam pasaran saham, mereka boleh membeli dan
menjual saham.

Pelaburan adalah ciri penting kapitalisme. Perkataan kapitalis boleh merujuk kepada
mereka yang melabur, contohnya mereka yang mencari risiko untuk melabur dalam
perniagaan baru (venture capitalist).

Mereka yang memulakan perniagaan atau melabur dalam perniagaan boleh mendapat
banyak wang atau dipanggil keuntungan. Mereka kemudiannya boleh melaburkan
keuntungan dalam perniagaan lain atau membesarkan perniagaan sedia ada.

Antara ciri-ciri sistem ekonomi kapitalis adalah pemilikan sumber di mana sumber
ekonomi adalah dimiliki sepenuhnya oleh individu dan pada masa yang sama, sumber itu
digunakan oleh firma untuk mengeluarkan barangan.

Selain itu, matlamat pengeluaran barangan dalam sistem ekonomi kapitalis adalah
untuk memaksimumkan keuntungan dan mengabaikan kebajikan masyarakat. Sistem
ekonomi kapitalis turut menetapkan bahawa mekanisme harga menentukan harga satu-satu
barang.
Persaingan dalam sistem ekonomi kapitalis adalah bersifat bebas, di mana setiap
individu adalah bebas untuk bersaing sesama sendiri. Pengeluar juga bebas bersaing dalam
penggunaan teknik pengeluaran

Sistem ekonomi sosialis pula adalah sebuah ekonomi perancangan pusat di mana
kerajaan membuat semua keputusan ekonomi dan tidak terdapat hak-hak kepentingan secara
individu.

Antara cirinya adalah kerajaan membuat semua keputusan ekonomi dan secara
langsung menguruskan sumber-sumber negara untuk menghasilkan barang dan
perkhidmatan yang diperlukan.

Selain itu juga, sistem ekonomi sosialis juga kerajaan memiliki kesemua faktor-faktor
pengeluaran dan output yang dihasilkan. Masyarakat perlu mematuhi arahan kerajaan kerana
kerajaan mempunyai kuasa mutlak.

Sistem ekonomi campuran pula adalah gabungan di antara Sistem Ekonomi Kapitalis
dengan Sistem Ekonomi Sosialis. Sistem ini mengambil kebaikan-kebaikan yang ada pada
sistem ekonomi Kapitalis dengan sistem ekonomi Sosialis, di mana kedua-dua kerajaan dan
individu berbincang untuk membuat keputusan dalam ekonomi.

Antara ciri-ciri sistem ekonomi ini ialah individu dan kerajaan membuat keputusan
ekonomi dan individu bebas untuk mempunyai kekayaan tetapi akan dikenakan cukai oleh
kerajaan.

Individu juga bebas untuk membuat keputusan ekonomi tetapi apabila perlu, kerajaan
akan campur tangan melalui penguatkuasaan peraturan dan undang-undang. Pendapatan
individu adalah berdasarkan usaha dan sistem ganjaran di mana semakin kuat seseorang
individu bekerja, maka semakin banyak hasil yang mereka perolehi.

Kerajaan menyediakan barangan awam seperti pengangkutan awam atau lampu-


lampu jalan untuk keselesaan dan kemudahan rakyat dan kerajaan turut memberikan bantuan
kewangan untuk tujuan pembelajaran dan perkhidmatan kesihatan dengan harga yang
minimum bagi meningkatkan taraf hidup rakyatnya.
Sistem ekonomi Islam pula bermatlamat untuk mencapai Al-Falah yang bermaksud
mencapai kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Islam tidak melihat aktiviti ekonomi daripada
aspek materialistik semata-mata tetapi juga daripada segi aspek kerohanian.

Falsafah asas penubuhan sistem ekonomi Islam adalah seperti Konsep Tauhid,
konsep Rububiyyah, konsep Tazkiyyah, konsep Khilafah dan konsep Ukhuwwah.

Berbalik kepada sistem ekonomi campuran, kebaikan sistem ekonomi ialah kerajaan
menyediakan barangan awam pada harga yang berpatutan. Ekonomi adalah stabil iaitu
aktiviti-aktiviti ekonomi dirancang dengan lebih teratur. Misalnya pencemaran alam sekitar
lebih terkawal dengan kerajaan mengawal kewujudan monopoli.

Selain itu juga, masyarakat akan mendapat lebih ganjaran dan manfaat berikutan
kurangnya diskriminasi mahupun kuasa monopoli. Jualan dan pengeluaran barangan yang
tidak berfaedah seperti arak dan tembakau dikurangkan demi untuk kebaikan masyarakat.

Kelemahan sistem ekonomi campuran pula adalah dari segi jurang pendapatan yang
wujud antara golongan kaya dan golongan yang berpendapatan rendah. Ini berlaku apabila
terdapat orang yang sangat kaya dan orang yang sangat miskin bekerja di dalam satu
lingkungan yang sama.

Sistem ekonomi campuran turut mengehadkan keuntungan peribadi seseorang


individu itu. Apabila seseorang individu itu mengalami ketidakupayaan untuk melakukan
kerja, maka pendapatan yang diperolehi juga akan kurang.
Soalan 2

Dasar Wawasan 2020 merupakan dasar yang diperkenalkan diakhir era pentadbiran
Tun D. Mahathir Mohamad. Selain itu juga, ianya merupakan dasar yang menjadi rujukan
untuk menjadikan Malaysia maju menjelang 2020 dengan gaya dan acuan sendiri. Dasar ini
dirangka agar Malaysia menjadi negara yang setanding dengan negara membangun lain di
dunia dengan mengekalkan identiti, etika dan nilai ketimuran.

Terdapat sembilan cabaran dalam Wawasan 2020 ini iaitu:

1. Melahirkan masyarakat yang makmur dari segi ekonomi dan mempunyai daya saing
dengan negara-negara maju yang lain.
2. Melahirkan masyarakat penyayang dan mengamalkan budaya penyayang

3. Melahirkan masyarakat yang progresif, saintifik, maju dan perpandangan jauh seta
dapat melahirkan tamadun yang berasaskan sains dan teknologi

4. Melahirakan masyarakat yang bertolak ansur, liberal dan bebas serta dapat
mengamalkan adat, budaya dan agama masing-masing

5. Mewujudkan "A United Malaysia" dengan acuan tersendiri dan mempunyai


matlamat bersama

6. Melahirkan masyarakat yang adil dan makmur melalui pengagihan kekayaan negara
tanpa mengira kaum

7. Melahirkan masyarakat yang bermoral, beretika, berpegang teguh kepada nilai-nilai


agama dan kerohanian.

8. Membangunkan masyarakat yang demokratik, matang serta mempunyai satu


persefahaman untuk kebaikan dan kemakmuran negara,

9. Melahirkan masyarakat yang berjiwa bebas, maju dan tenteram serta mempunyai
keyakinan dan keupayaan sendiri serta tabah menghadapi masalah dan bangga
dengan kejayaan sendiri

Dasar yang seterusnya ialah Dasar Pembangunan Nasional di mana ianya turut dikenali
sebagai DPN yang telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad,
Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua
(RRJP 2) 1991-2000 telah digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN),
menandakan bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia
sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat yang
bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan
mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu langkah ke
arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi
iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup,
kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi.

DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan
penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi
antara kaum dan dengan ini akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan perpaduan negara.
DPN adalah bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih seimbang
yang merangkumi aspek-aspek kritikal seperti berikut:

1. Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat penubuhan


ekonomi dengan pengagihan yang sama.
2. Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi
untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan
pertumbuhan

3. Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi


negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah
yang diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua
rakyat Malaysia

4. Menggalak dan mengukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang


ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri serta
antara bandar dan kawasan luar bandar.

5. Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat


menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai
sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga serta
mencintai negara.

6. Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang


berdisplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi
menghadapi cabaran pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan
tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat; 

7. Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan
dan pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan
keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta
memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu
ekonomi perindustrian yang moden;

8. Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi perhatian


yang sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi supaya
dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan
secara berterusan.

Beberapa pendekatan baru yang diambil dalam usaha melaksanakan DPN adalah
seperti pendekatan yang lebih terpilih akan dibuat dengan mengambil kira keperluan untuk
mencapai hasil yang berkualiti dan berkekalan. Dalam proses menghapuskan kemiskinan di
kalangan golongan termiskin dan juga mengurangkan ketidakseimbangan, penekanan akan
diberikan kepada aspek-aspek pendidikan dan latihan sebelum bantuan diberikan.

DPN telah mengambil kira kemampuan negara untuk bersaing dengan lebih terdaya
dalam pasaran antarabangsa di samping menghadapi cabaran baru. Di dalam menghadapi
persaingan antarabangsa, Malaysia perlu meningkatkan daya tarikan kepada pelabur dan
pengusaha supaya dapat memperluaskan urusan mereka di negara ini. Dalam bidang eksport
pula, halangan-halangan (perlindungan) perdagangan antarabangsa akan meningkat. Untuk
mengatasi masalah ini, Malaysia akan terus mengamalkan dasar liberal yang boleh
menggalakkan sektor swasta lebih bersedia menghadapi risiko berkaitan. Para pengeksport
negara juga perlu mengurangkan pergantungan mereka kepada Sistem Keutamaan Am
(GSP) dan menjadi pengeksport yang mempunyai daya saingan yang tinggi
Penyertaan semua kaum di negara ini adalah sangat penting untuk memajukan
Malaysia ke taraf negara yang maju menjelang tahun 2020. Oleh yang demikian pelaksanaan
strategi serampang dua mata DPN akan terus menggalakkan penggemblengan sumber-
sumber negara dan menggunakan potensi kecerdasan masyarakat berbilang kaum untuk
membina ekonomi yang teguh serta meningkatkan ketahanan negara bagi mengatasi
ketidakstabilan dan ketidaktentuan ekonomi dunia. Oleh kerana setiap kaum mempunyai
sifat dan kekuatannya sendiri maka adalah penting untuk semua kaum di negara ini saling
melengkapi dan bantu membantu antara satu sama lain untuk kesejahteraan rakyat dan
pembangunan negara.

Dasar seterusnya ialah Dasar Perindustrian Negara. Kerajaan  telah melancarkan dua
kajian utama pada tahun 1983,  iaitu  Kajian Dasar   Perindustrian   Malaysia   (KDPM)  dan 
Pelan  Induk Perindustrian (PIP).    KDPM  benujuan  untuk  menyemak  dan mengubahsuai 
dasar-dasar  perindustrian  negara  yang sedia ada  dan  mengkaji  semula  galakan-galakan 
pelaburan   dan dasar-dasar  peningkatan eksport.   PIP pula bertujuan untuk menggubal
objektif pembangunan perindustrian secara am dalam mengenalpasti strategi-strategi  untuk 
sektor-sektor  kecil yang  berpotensi  untuk  tumbuh  dengan  pesat.  Dasar utama
perindustrian telah mengambil  kira  beberapa  prinsip  asas yang terkandung di dalam 
perakuan-perakuan kedua-dua kajian ini.

Penggubalan dasar perindustrian negara melambangkan keazaman kerajaan  untuk 


mempergiatkan  lagi  proses industrialisasi negara agar sektor pembuatan menjadi punca
utama pertumbuhan ekonomi negara. Kemelesetan ekonomi yang melanda negara pada
tahun 1985 - 1986 telah menunjukkan kelemahan dalam struktur industri negara. 
Pengalaman dalam dekad 80-an di mana semua harga komoditi utama telah jatuh secara 
serentak  mendorong kerajaan memikirkan strategi-strategi ekonomi jangka panjang untuk  
mengenalpasti   dan   mengatasi  kelemahan-kelemahan struktur sektor pembuatan  ini. 
Seandainya  masalah-masalah ini dapat diatasi, kerajaan yakin sektor ini boleh memainkan
peranan  yang lebih dinamik lagi melalui sumbangan-sumbangan yang lebih besar  dari  segi 
menambah  eksport,  mengadakan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan serta
memperbanyakkan peluang-peluang latihan teknikal dan kemahiran.

Pada jangka panjangnya, PIP diharapkan dapat meletakkan asas yang   kukuh   bagi  
negara   ini   menjadi  sebuah  negara perindustrian   yang   maju.    Jelas    di    negara-
negara perindustrian  yang ada sekarang, sektor perkilangan (selain daripada  sektor  
perkhidmatan)   merupakan   sektor   yang terpenting  dalam  menggerakkan  jentera
pembangunan negara. Banyak  negara  maju  dan  negara  perindustrian   dahulunya
merupakan  negara- negara pertanian yang mundur, tetapi oleh kerana   mereka   memasuki  
bidang   perindustrian   dengan bersungguh-sungguh, hari ini mereka telah maju. Walaupun  
bidang   pertanian  di  Malaysia  merupakan  satu kegiatan ekonomi yang penting namun
demikian pertanian tidak mungkin  dapat  mewujudkan  peluang-peluang  pekerjaan  bagi
puluhan  ribu lulusan sekolah dan institusi pengajian tinggi setiap tahun.

Objektif Pelan Induk Perindustrian (PIP) Pelan Induk Perindustrian yang telah
diumumkan oleh  Menteri Perdagangan  dan  Perindustrian  pada 3 Februari, 1986 telah
menggariskan tiga matlamat iaitu:

1. Menjadikan sektor perkilangan sebagai catalyst pertumbuh perindustrian negara.


2. Menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber  asli  negara dan

3. Meninggikan  tahap  penyelidikan dan pembangunan (R & D) teknologi tempatan


sebagai asas bagi Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian.

Untuk  mencapai  matlamat-matlamat   tersebut,   PIP   telah mengenalpasti   12   sektor  


industri   yang  patut  diberi penekanan.   Tujuh daripada sektor-sektor  ini  adalah  yang
berasaskan  sumber  tempatan  iaitu industri yang berasaskan getah, kelapa sawit, kayu-
kayan, makanan, kimia, logam bukan ferus dan keluaran- keluaran galian bukan logam.
Lima sektor lagi merupakan industri yang bukan berasaskan  sumber  iaitu eletrik  dan 
eletronik,  peralatan  pengangkutan, mesin dan kejuruteraan, logam-logam ferus, dan  tekstil 
dan  pakaian.

Kesemua industri ini telah dipilih berasaskan kepada potensi untuk mencapai matlamat
memperluaskan asas industri negara. PIP  juga telah mencadangkan langkah-langkah berikut
diambil supaya  Malaysia  dapat   mencapai   taraf   sebuah   negara perindustrian:

1. Melaksanakan  dasar  perindustrian yang berpandangan ke luar. Untuk mengekalkan


kadar pertumbuhan perindustrian yang tinggi,  Malaysia  harus  menumpukan 
kepada   pengeksportan keluaran-keluaran  perkilangan secara besar-besaran.
Masalah pasaran yang kecil telah menjadi satu faktor penghalang bagi industri-
industri tempatan mencapai produktiviti yang  lebih tinggi dan lebih kompetitif;
2. Memajukan  secara intensif industri-industri berasaskan sumber untuk  eksport  dan 
mempelbagai  serta  meningkatkan industri-industri  bukan  berasaskan  sumber 
untuk eksport. Dari   12   sektor   industri   yang   terpilih,    beberapa
keluaran/industri       telah      dikenalpasti      sebagai keluaran/industri keutamaan
untuk dimajukan;

3. Memajukan  industri-industri   berat   terpilih   untuk menyokong  industri-industri 


eksport.  Strategi ini dipilih memandangkan kerajaan sudahpun membuat pelaburan
yang banyak dalam  beberapa  jenis  industri  berat.  Usaha-usaha  perlu ditumpukan 
kepada  memastikan  kejayaan  projek-projek  itu dahulu sebelum menceburi bidang-
bidang industri  berat  yang lain.

4. Memaju  dan  menggunakan  sistem  perkhidmatan  maklumat yang  bersepadu;

5. Membangunkan  teknologi  dan tenaga rakyat;

6. Mengurangkan  perbelanjaan dalam pembinaan infrastruktur dengan  memberi 


tumpuan  kepada  pertumbuhan  industri- industri di kawasan yang telah sedia
mempunyai kemudahan infrastruktur   yang   diperlukan.  Penubuhan  industri-
industri  diutamakan  di sepanjang  western  corridor di pantai barat Semenanjung 
yang  mempunyai hampir 75 - 80 peratus  penduduk dan di mini corridor  di pantai
timur. Semenanjung,  dengan  tumpuan  di  kawasan  sekitar Kota Bharu, Kuala 
Terengganu  dan  Kuantan,  dan  di bandar-bandar  di Sabah   dan  Sarawak  seperti 
Kota Kinabalu,Sandakan, Tawau, Labuan, Kuching, Sibu dan Bintulu;

7. Memoden  dan  menyusun  semula   struktur  perindustrian dengan 


mempertingkatkan  pembangunan  industri-industri kecil dan  sederhana  kerana
sektor ini merupakan tulang belakang proses  perindustrian  seperti yang ternyata di
negara Taiwan  dan  menyusun  semula   industri-industri yang  kurang  berkesan 
tetapi   penting  dalam  ekonomi negara;

8. Memperkukuhkan institusi-institusi yang bertanggungjawab kepada pembangunan


sektor pembuatan; dan
9. Menyusun semula sistem galakan  perindustrian yang sedia ada untuk  memupuk 
kecekapan  dan  daya  bersaing  yang lebih tinggi.

Seterusnya ialah Dasar Pensyarikatan Negara. Dasar Persyarikatan Malaysia atau


Malaysia Incorporate ini telah pertama kalinya diutarakan oleh  Tun  Dr.Mahathir  
Mohamed  di waktu pelancaran  Forum  INTAN  pada  25hb.  Februari,  1983. Semenjak  
itu  dasar  ini  telah  banyak  dikupas  dan diperbincangkan bukan sahaja oleh media  massa 
tetapi juga  oleh  ahli-ahli  politik,  ahli-ahli  perniagaan, pegawai kerajaan dan juga
gulungan intelektual.

Keperluan kepada dasar Persyarikatan Malaysia  ini wujud hasil dari kesedaran bahawa
pada masa ini terdapat beberapa  perkara  dan  persoalan-persoalan  pokok yang menjadi 
berasingan  atau  bertentangan  seperti   soal matlamat  organisasi, perhubungan peranan dan
peraturan di antara pihak awam dan swasta.

Persyarikatan  Malaysia  bertujuan   mengujudkan   satu kerjasama  yang  erat,


bermakna  dan berkesan di antara pihak sektor awam dengan pihak swasta dalam 
menjayakan pembangunan  negara  yang akan membuahkan munafaat yang akan dikecapi
oleh kedua-dua pihak.

Tun Dr Mahathir sendiri menerangkan  konsep Persyarikatan   Malaysia  memerlukan 


kedua-dua  sektor menghapuskan sikap permusuhan  dan  sebaliknya  bersama berkongsi  
maklumat,   tanggongjawab,   cabaran  serta memahami polisi, objektif dan prosediur-
prosediur dalam usaha-usaha   mempertingkatkan   pembangunan    sosial, pentadbiran dan
ekonomi negara. Hubungan kerjasama yang erat  ini  sebenarnya  akan  menguntungkan 
semua pihak di mana dasar-dasar awam akan mudah difahami, dilaksana dan   diterima  
oleh   segenap   lapisan   masyarakat. Keuntungan yang diperolehi oleh sektor swasta pula
akan dapat  dikecapi  bersama-sama    melalui    cukai   dan penglibatan sosial secara
bersungguh oleh pihak swasta.

Kesefahaman  dan  kerjasama  di antara kedua-dua sektor boleh dicapai melalui:

1. Sikap kurang faham terhadap pihak awam dengan pihak swasta perlulah dihapuskan.
2. Pihak awam dan swasta haruslah mempunyai satu persetujuan  bagi  mencapai
matlamat  negara. Dengan itu kedua-dua pihak mempunyai matlamat iaitu  menjaga 
maruah negara dan tidak hanya satu  pihak  sahaja   yang   akan  bersungguh
membangunkan negara.

3. Peraturan  dan  prosedur  kerja  pihak  awam hendaklah dikaji dan diubah di mana
perlu dan jika boleh pihak swasta hendaklah  dilibatkan dalam  menggubal 
peraturan  serta  prosedur yang ada.

Hubungan  di antara Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun di antara  satu  sama lain


hendaklah dipertingkatkan supaya setiap agensi kerajaan mempunyai matlamat  kerja  dan 
cara  bekerja yang sama.    Ini  membolehkan  pihak  swasta mudah menghubungi dan
menguruskan kerja-kerja mereka.

Dasar Persyarikatan Malaysia sebenarnya memerlukan perubahan sikap oleh kedua-dua


sektor awam  dan  swasta  untuk memupuk persefahaman    dan   kerjasama   yang   lebih  
erat   agar kesejahteraan rakyat Malaysia  akan  dapat  dipertingkatkan. Ianya   timbul   atas  
kesedaran   bahawa  kedua-dua  pihak sebenarnya adalah sehaluan untuk menjadikan negara
ini lebih maju.

Sesungguhnya potensi bagi ekonomi  Malaysia  bertambah  maju amatlah  besar  sekali 
memandangkan  negara ini kaya dengan sumber   asli   yang   seharusnya   
digemblengkan.    Dasar Persyarikatan  Malaysia  ialah untuk menggemblengkan sumber-
sumber ini melalui kerjasama yang padu di antara sektor awam dan   sektor   swasta.  
Sesungguhnya   pelaksanaan    Dasar Persyarikatan  Malaysia  yang  berkesan  akan  dapat
memberi sumbangan yang besar ke arah kejayaan lain-lain  dasar  awam negara  seperti 
Dasar Perindustrian Negara, Dasar Pertanian Negara, Penswastaan dan lain-lain.

You might also like