You are on page 1of 45

1.

0 KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR

Pengurusan sesuatu kawasan yang dikategorikan sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS)
perlu mengambilkira aspek pemuliharaan kesatuan ekosistem yang membina fungsi utama dan
nilai kepentingan kawasan berkenaan. Ini adalah kerana unsur ekosistem adalah berbeza daripada
satu kawasan berbanding dengan kawasan yang lain dan aspek daya tahan atau kekentalan
kesatuan ekosistem dalam memelihara fungsi utama dan nilai pentingnya mudah berubah kesan
daripada perubahan persekitaran semula jadi atau buatan.

1.1 Definisi Kawasan Sensitif Alam Sekitar

Definisi KSAS adalah “suatu kawasan khas yang sangat sensitif kepada sebarang bentuk
perubahan kepada ekosistemnya akibat proses alam semula jadi atau aktiviti di dalam
atau di sekitarnya, sama ada secara langsung atau tidak langsung, di mana tahap
kesensitifan ditentukan berasaskan pengintegrasian cirian unsur-unsur fungsi risiko
bencana, nilai sokongan hidup serta nilai khazanah dan warisan kawasan tersebut.”

Definisi Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) diperjelaskan mengikut kepentingan dan
fungsi iaitu :

i. Kawasan Khas

Merujuk kepada kawasan fizikal yang boleh dikenalpasti di atas peta dan
mempunyai ciri-ciri alam sekitar yang penting, signifikan atau unik.
ii. Sensitif Kepada Pembangunan Atau Aktiviti

Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) lazimnya sensitif kepada pembangunan


dan pencerobohan akibat aktiviti manusia. Kesensitifan ini boleh mambawa
kesan buruk kepada sumber tersebut atau sebaliknya ia boleh juga membawa
impak yang negatif kepada manusia yang mencerobohinya. Lazimnya
pembangunan baru tidak digalakkan di KSAS terutama aktiviti yang
mengakibatkan perubahan gunatanah dan ketumpatan yang ketara. Namun
demikian pembangunan secara terkawal boleh dipertimbangkan di kawasan
sensitif alam sekitar (KSAS) yang mempunyai nilai kesensitifan yang rendah.

iii. Pemuliharaan

Kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) adalah suatu kawasan yang perlu disimpan
dan dikekalkan supaya manfaatnya dapat diteruskan untuk masa hadapan. Ini
juga membawa erti bahawa kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) perlu
dilindungi dari segi perundangan, pentadbiran, pengezonan, kawalan
pembangunan dan diurus secara berkesan. Ini memerlukan penelitian keadaan
semasanya, penganalisaan isu-isu penting, perangkaan pelan pengurusan dan
pemantauan pengendaliannya.

1.2 Konsep Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS)

Secara khususnya, konsep kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) dilihat dalam tiga
kepentingan utama iaitu :
i. Kawasan Sensitif Alam Sekitar Dalam Konteks Risiko Bencana

Kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) perlu diurus secara mampan untuk
mengelak ancaman atau untuk meminimumkan risiko. Menangani impak
bencana juga penting bagi menjamin keutuhan ekosistem dan kemampanan alam
sekitar serta keselamatan dan kesejahteraan komuniti.

ii. Kawasan Sensitif Alam Sekitar Bernilai Khazanah Dan Warisan

Ia perlu diurus secara mampan untuk melindungi, memelihara, memulihara serta


mengekal dan memupuk nilai-nilai warisan budaya, sejarah dan khazanah alam
semulajadi bagi mengukuhkan jati diri komuniti.

iii. Kawasan Sensitif Alam Sekitar Bernilai Sokongan Hidup

Ia perlu diuruskan secara mampan untuk menjamin keutuhan nilai, struktur dan
fungsi ekosistem. Penggunaan mampan sumber-sumber penting untuk
menyokong kehidupan dan memberi sumbangan kepda kesihatan dan
kesejahteraan kehidupan serta kemampanan ekonomi.

1.3 Fungsi Dan Kepentingan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS)

Kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) dibahagikan kepada tiga kategori utama
berdasarkan kepada fungsi dan kepentingannya iaitu Kawasan Sensitif Alam Sekitar
Bernilai Warisan, Kawasan Sensitif Alam Sekitar Bernilai Sokongan Hidup dan Kawasan
Sensitif Alam Sekitar Berisiko Bencana.
2.3.1 Kawasan Sensitif Alam Sekitar Bernilai Warisan

Kawasan sensitif alam sekitar bernilai warisan ditakrifkan sebagai kawasan yang
mempunyai nilai-nilai tinggi daripada perspektif sejarah, kepelbagaian biologi,
kebudayaan dan saintifik. Secara umumnya kawasan dalam kategori ini adalah
bangunan atau tapak sejarah, kawasan yang mempunyai kepelbagaian biologi
yang tinggi, tapak arkeologi dan monument geologi. Kawasan sensitif alam
sekitar juga mempunyai nilai-nilai sampingan umpamanya monument geologi
yang boleh mempunyai ketiga-tiga nilai iaitu warisan, sokongan hidup dan risiko
bencana.

2.3.2 Kawasan Sensitif Alam Sekitar Bernilai Sokongan Hidup

Kawasan sensitif alam sekitar nilai sokongan hidup ditakrifkan sebagai kawasan
yang mempunyai cirri-ciri yang penting untuk menyokong keperluan asas
manusia dan hidupan lain. Secara umumnya kawasan dalam kategori ini adalah
kawasan sumber air dan kawasan dengan kepelbagaian biologi yang tinggi
seperti ekosistem tanah tinggi, tanah bencah, kawasan pesisiran pantai, habitat
hidupan liar dan juga kawasan pertanian sumber makanan asas.

2.3.3 Kawasan Sensitif Alam Sekitar Berisiko Bencana

Kawasan sensitif alam sekitar berisiko bencana ditakrifkan sebagai kawasan yang
berisiko tinggi terhadap bencana alam atau kehilangan nyawa sekiranya
dibangunkan atau dicerobohi untuk aktiviti manusia. Secara umumnya, kawasan
dalam kategori ini adalah kawasan dataran banjir, cerun tinggi, tanah mendap
atau
kawasan yang tercemar dengan bahan toksik atau bahan mudah terbakar.
1.4 Jenis-Jenis Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS)

Garis panduan pemuliharaan kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) telah


mengkategorikan 13 kawasan sebagai kawasan sensitif alam sekitar (KSAS).
Pengkelasan kawasan-kawasan tersebut adalah berdasarkan kepada ciri-ciri semulajadi
kawasan tersebut. Tiga belas kategori kawasan kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)
adalah meliputi kawasan-kawasan seperti :
1.4.1 Kawasan Hidupan Liar

Kawasan
perlindungan
hidupan lair
samaada yang
telah
diwartakan di
bawah Akta
Perlindung
Hidupan Liar
1972, atau di bawah Akta Taman Negara 1984, atau kawasan-kawasan lain yang
penting untuk hidupan liar adalah tergolong dalam kawasan sensitif alam sekitar
(KSAS). Sebagai satu komponen kawasan sensitif alam sekitar (KSAS), kawasan
perlindungan hidupan liar (dan hidup liarnya) mempunyai ciri-ciri penting dalam
usaha pemuliharaan kepelbagaian biologi negara. Ini meletakkannya dalam
kategori kawasan sensitif alam sekitar bernilai warisan. Kawasan hidupan liar
juga mempunyai fungsi sebagai kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) bernilai
sokongan hidup yang perlu diuras dengan baik.
2.4.2 Kawasan Hutan Simpan Kekal

Kawasan hutan simpan kekal juga


dikategorikan sebagai kawasan sensitif
alam sekitar (KSAS). Kawasan hutan
simpanan kekal yang mencukupi
diperlukan khususnya di kawasan-
kawasan yang strategik di seluruh Negara
bersesuaian dengan konsep penggunaan
tanah yang rasional. Hutan simpan kekal
perlu diurus dan dikelaskan di bawah
empat fungsi seperti berikut :

Hutan perlindungan untuk memastikan kesesuaian keadaan cuaca dan


fizikal negara, perlindungan sumber air, kesuburan tanah, kualiti alam,
pemeliharaan kepelbagaian biologi dan pengurangan kerosakan oleh
banjir dan hakisan kepada sungai dan tanah-tanah pertanian.
Hutan pengeluaran untuk bekalan yang berpanjangan dengan kadar yang
sesuai bagi semua bentuk keluaran hutan yang dapat dihasilkan secara
ekonomik untuk memenuhi kehendak domestik serta eksport.
Hutan lipur yang mencukupi bagi pemeliharaan kawasan rekreasi eko-
pelancongan dan menggalakkan pengetahuan awam mengenai
kepentingan perhutanan.
Hutan penyelidikan dan pendidikan untuk kajian-kajian, pendidikan dan
pemeliharaan kepelbagaian hayat.
2.4.3 Kawasan Tadahan Air Dan Sumber Air Tanah

Tadahan air
merupakan
kawasan
utama untuk
menakung air
dan

mengalirkannya kepada sungai di mana ia akan ekstrak untuk bekalan air mentah.
Kawasan tadahan air dikategorikan sebagai kawasan sensitif alam sekitar
(KSAS) di mana ia mempunyai fungsi sokongan hidup yang tinggi. Sekiranya
kawasan tadahan air tidak dipulihara atau dilindungi maka kualiti bekalan air
mentah Negara mungkin terjejas.

2.4.4 Kawasan Tanah Tinggi dan Pergunungan

Kawasan tanah yang mempunyai ketinggian melebihi 300 meter. Kawasan tanah
tinggi mempunyai fungsi kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) yang menyeluruh
iaitu nilai warisan, sokongan hidup dan
berisiko bencana. Maka adalah sesuai
supaya kawasan tanah tinggi dipelihara
sebaik mungkin.
2.4.5 Kawasan Khazanah Landskap Tabii

Meliputi kawasan semula jadi seperti Taman Negara dan Taman Negeri, Hutan
Simpan dan
lain-lain
kawasan
semulajadi
yang
mempunyai
nilai estetik,
geologi dan
ekologi yang
mana akan dikekalkan pada keadaan asal dengan membiarkan ianya melalui
proses fizikal dan biologi semulajadi tanpa campur tangan manusia. Kawasan ini
biasanya dijaga dan dikekalkan untuk tujuan penyelidikan yang dibuat untuk
memelihara dan melindungi tumbuhan serta hidupan liar yang terancam.

2.4.6 Kawasan Khazanah Geologi

Kawasan khazanah geologi merupakan


sumber geologi yang mempunyai nilai
yang tinggi dan penting dari segi
geologi intrinsik dan mempunyai nilai
warisan kuno semulajadi yang
menunjukkan keindahan, keunikan,
jarang dijumpai atau luar biasa.
Pemuliharaan adalah penting untuk
mengekalkan tapak-tapak khazanah
geologi ini.
2.4.7 Kawasan Tanah Lembap, Dataran Banjir dan Bekas Lombong

Tanah lembap sebagai habitat yang


penting dalam signifikan kepada
pelbagai hidupan flora dan fauna. Tanah
lembap seperti Tanah Ramsar yang
mempunyai kepetingan antarabangsa
mempunyai nilai warusan yang tinggi.
Malaysia kini mempunyai empat
kawasan tanah lembap yang dikenal
pasti sebagai Tapak Ramsar. Tanah
lembap seperti tanah gambut juga mempunyai risiko bencana alam sekitar akibat
pemendapan, kebakaran atau kejadian banjir sekiranya ia dibangunkan tanpa
kawalan. Penukaran guna tanah lembap boleh menyebabkan kehilangan suatu
fungsi sokongan hidup terutamanya dari segi kepelbagaian biologi atau
kehilangan suatu kawasan yang mempunyai nilai warisan tinggi. Justeru itu,
kawasan tanah lembap dikategorikan sebagai kawasan sensitif alam sekitar
(KSAS) di mana ia mempunyai fungsi sokongan hidup, fungsi nilai warisan dan
berpotensi sebagai kawasan risiko bencana.

2.4.8 Kawasan Pesisiran Pantai dan Pulau

Merangkumi kawasan pesisiran pantai, kawasan perikanan dan taman laut


merupakan
kawasan
akuatik yang
sensitif. Ini
kerana ianya
berada di
kawasan
pinggiran
antara sistem
darat dengan sistem perairan.
Kawasan ini dikategorikan sebagai kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)
berdasarkan kepada ciri-ciri kawasan yang mudah menerima kesan negatif akibat
daripada aktiviti pembangunan.

2.4.9 Kawasan Bencana Geologi

Ia melibatkan beberapa kawasan seperti lubang benam (sinkholes), tanah curam


(steep-lands),
amblesan
tanah (land
subsidence),
hakisan
(erosion).
Kawasan ini
dikategorikan
sebagai
kawasan sensitif alam sekitar (KSAS).

2.4.10 Kawasan Tanah Tercemar dan Tapak Pelupusan Sisa

Kawasan tanah tercemar adalah tanah yang tercemar dikategorikan sebagai


kawasan sensitif alam sekitar (KSAS). Kawasan ini merangkumi kawasan yang
telah digunakan sebelumnya dan mengandungi bahan-bahan pencemar bukan
semulajadi dalam kandungan yang
boleh membahayakan hidupan dan
kemerosotan kualiti alam sekitar.
Bahan-bahan pencemaran tersebut
wujud bukan secara semulajadi di
sesuatu kawasan tetapi adalah hasil
daripada pencemaran penggunaan tanah
sebelum itu. Seperti contoh tapak
pelupusan sisa, kawasan industri berat, bengkel motor dan stesen minyak.
2.4.11 Kawasan Pertanian Makanan

Kawasan-
kawasan
pertanian
makanan di
Semenanjung
Malaysia
adalah
berkaitan
dengan
kawasan sensitif alam sekitar (KSAS). Oleh yang demikian, tumpuan diberi
kepada kawasan tanaman pertanian (kawasan padi, buah-buahan dan sayur-
sayuran), kawasan akuakultur (air tawar, air payau dan air laut di pesisiran
pantai, bekas lombong dan lain-lain) dan kawasan penternakan haiwan (khasnya
ternakan khinzir dan ayam).

2.4.12 Simpanan Mineral dan Agregat

Meliputi mineral dan batuan (agregat) yang mempunyai nilai sokongan hidup.
Sumber mineral dan agregat ini perlu diberi perhatian kerana sumber ini adalah
terhad dan hanya boleh dijumpai di kawasan tertentu sahaja dan ia tidak boleh
diganti. Pengekalan sumber mineral kegunaan pembinaan bertujuan supaya
sumber ini boleh digunakan pada masa hadapan. Pemuliharaan sumber ini adalah
lebih bersesuaian jika dibandingkan dengan pemeliharaan (preservation).

2.4.13 Kawasan Warisan Sejarah dan Antikuiti

Kawasan-kawasan ini dilindungi di bawah


Akta Benda Purba 1976 dan juga Akta
Perancangan Bandar dan Desa 1976.
2.5 Aspek Perundangan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS)

Aspek perundangan kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) adalah di bawah Seksyen 22
(2A) (c) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (APBD), memperuntukkan sebarang
permihonan pembangunan yang melibatkan puncak atau lereng bukit dalam kawasan
yang ditetapkan sebagai KSAS dalam sesuatu rancangan pemajuan iaitu Rancangan
Struktur atau Tempatan harus dirujuk kepada Majlis Perancangan Fizikal Negara untuk
nasihatnya. Namun begitu perruntukan undang-undang tersebut hanya terhad kepada
kawasan lereng bukit atau tanah tinggi. Ia tidak merangkumi kawasan lain yang
dikategorikan sebagai kawasan sensitive alam sekitar seperti kawasan hidupan liar,
kawasan tanah lembap dan beberapa kawasan sensisitif alam sekitar yang lain. Justeru
itu, Garis Panduan yang disediakan ini telah mencadangkan agar semua KSAS terutama
yang mempunyai kesensitifan yang tinggi perlu diberi perlindungan undang-undang.
Garis panduam tersebut telah mencadangkan agar Akta 172 atau APBD 1976 dipinda
supaya disediakan peruntukan yang menyeluruh tentang pemeliharaan dan pemuliharaan
semua KSAS yang dikenalpasti di dalam Rancangan Pemajuan, satu Rancangan Kawasan
Khas mengikut seksyen 16B APBD 1976 boleh disediakan yang akan menerangkan
dengan lebih terperinci strategi pemuliharaan dan amalan pengurusan.
2.6 Keperluan Untuk Melindungi Kawasan Sensitif Alam Sekitar

Perlindungan dan pengurusan kawasan sensitif alam sekitar yang sempurna adalah untuk
mengelakkan daripada kesan pembangunan yang merbahaya. Oleh itu, perlindungan dan
pengekalan kawasan KSAS ini sangat penting bagi mencapai objektif berikut:

Perlindungan daripada pembangunan perbandaran yang tidak peka terhadap


kepentingan alam sekitar;
Perlindungan aset semula jadi yang terhad seperti hutan simpan dan rizab hidupan
liar. Keperluan menyediakan lebih banyak kawasan hijau bukan sahaja sebagai
sokongan kepada hidupan liar di dalam bandar tetapi berfungsi sebagai ‘green
lung’ bagi sesebuah bandar.
Perlindungan daripada risiko berbahaya seperti hakisan dan tanah runtuh yang akan
menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda, perlindungan daripada risiko
berlakunya banjir dan pembaikan terhadap sistem perparitan; dan
Memenuhi keperluan rekreasi bagi penghuni bandar dan menyediakan landskap
Bandar.
Pengenalpastian dan pengkelasan KSAS sebagai satu rangka kerja bagi
pembangunan tanah yang berintegrasi dan untuk perlindungan alam sekitar.
Pengawalan guna tanah, intensiti pembangunan akan dilaksanakan melalui
pengezonan guna tanah, kawalan kepadatan, nisbah plot dan Zon Pemeliharaan
Alam Sekitar (EPZ). Sebarang aktiviti pembangunan tanah yang berlaku di dalam
EPZ adalah tertakluk kepada peraturan yang lebih ketat bagi menilai kesesuaian
pembangunan dari segi jenis, intensiti dan keluasan pembangunan tersebut.
Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) merujuk kepada kawasan yang mempunyai tahap
sensitif yang tinggi terhadap pembangunan dan perubahan guna tanah. Kawasan KSAS
ini mesti dipelihara bagi mengekalkan nilai kepelbagaian biologi yang terhad, keperluan
sokongan hidup dan kawasan riadah. KSAS juga mesti dilindungi bagi mengawal risiko
merbahaya kepada kawasan sekitar.

 KSAS TAHAP 1 : KAWASAN PERLINDUNGAN PENUH

Tidak dibenarkan sebarang pembangunan kecuali bagi kerja pemuliharaan dan


pemeliharaan, aktiviti eko-lancong yang terhad dan aktiviti penyelidikan seperti :

i. Hutan simpan
ii. Tapak yang telah tercemar

 KSAS TAHAP 2 : KAWASAN PENGEKALAN

Tidak dibenarkan sebarang pembangunan bandar kecuali aktiviti rekreasi yang


memberi impak minima iaitu :

i. Sungai dan tasik


ii. Kawasan sisa hutan
iii. Tanah bukit

 KSAS TAHAP 3 : KAWASAN PEMBANGUNAN TERKAWAL

Pembangunan tertakluk kepada pematuhan keperluan khusus yang terkandung di


dalam Garis panduan yang diteapkan.
2.7 Kaitan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Dalam Perancangan

Kaitan kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) dalam perancangan digunapakai di pelbagai
peringkat perancangan termasuk Rancangan Fizikal Negara, Rancangan Struktur,
Rancangan Tempatan dan penyediaan Laporan Cadangan Pemajuan. Jadual 1.1
menunjukkan Pemakaian Garis Panduan Dalam Rancangan Pemajuan.

Jadual 1.1 : Pemakaian Garis Panduan Dalam Rancangan Pemajuan

Rancangan Scoping Kepentingan Pengenalpastian dan Corak Kawalan Pemakaian Garis Panduan
Pemajuan Ranking
RFN KSAS  Kumpulan Pakar  RFN  Scoping
 Kepentingan Nasional  Penglibatan Agensi  Peta Indikatif  Penggubalan Dasar/Garis
Sumber  Dasar Panduan
RSN KSAS  Kumpulan Pakar  RSN  Scoping
 Kepentingan Negeri  Penglibatan Agensi  Peta Indikatif  Penggubalan Dasar/Garis
 KSAS RFN Sumber  Dasar dan Cadangan Panduan
RT KSAS  Kumpulan Pakar  RT  Scoping dan menetapkan
 Kepentingan Tempatan  Penglibatan Agensi  Menetapkan KSAS atas KSAS
 KSAS, RFN & RSN Sumber Peta Kadester  Penggubalan Cadangan
 Kajian Lapangan  Cadangan  Sebagai syarat Kebenaran
 Mewartakan KSAS Merancang (KM) di mana
oleh Agensi Sumber sesuai
menggunakan Akta
masing-masing bagi
KSAS yang mempunyai
darjah kesensitifan yang
tinggi
 Mewujudkan Pelan
Pengurusan KSAS
Sumber : Draf Akhir Garis Panduan Pemuliharaan dan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar dan
Kawasan Sekitarnya 2004.
2.7.1 Rancangan Fizikal Negara dan Rancangan Struktur Negeri

Pengenalpastian KSAS di peringkat penyediaan Rancangan Fizikal Negara dan


Rancangan Struktur Negeri melalui pemetaan secara indikatif dapat dilakukan
berdasarkan kepada cirri-ciri KSAS yang telah dikenalpasti. Pengenalpastian
KSAS melalui Rancangan Fizikal Negara dan Rancangan Struktur Negeri dapat
member pandauan di dalam penyediaan strategi pembangunan dan dasar-dasar
alam sekitar yang penting di dalam memastikan kawasan tersebut dipelihara dan
dipulihara sebaik mungkin. Skop KSAS di dalam penyediaan Rancangan
Pemajuan adalah seperti berikut :

Jadual 1.2 : Skop KSAS Dalam Rancangan Pemajuan

RFN KSAS yang dikenalpasti di peringkat Nasional


 Hutan Simpan
 Tanah Bencah
 Kawasan Simpanan Mergastua
 Tapak Pendaratan Penyu
 Koridor Penghubung Kawasan Perlindungan
 Taman Laut
 Kawasan Tadahan Air
 Air Bawah Tanah
 Tanah TInggi
 Kawasan Hakisan Pantai
 Sumber Mineral dan Batuan
 Tapak Arkeologi dan Warisan Sejarah berperingkat Nasional
 Taman Alam
RSN KSAS yang dikenalpasti di peringkat Negeri
 Semua KSAS dalam RFN yang lebih terperinci
 Hutan yang dilindungi
 Pertanian Makanan
 Kawasan Tadahan Air
 Kawasan Persisir Pantai dan Pulau
 Sumber Mineral dan Batuan
 Kawasan Sejarah dan Antikuiti
 Kawasan Khazanah Geologi
 Monumen Geologi
 Taman Alam
RTD KSAS yang dikenalpasti di peringkat Tempatan
 Semua KSAS dalam RFN dan RSN yang lebih terperinci
 Kawasan semulajadi dan kawasan panorama
 Tapak Arkeology/Sejarah
 Kawasan Pemulihan Bandar
 Monumen Geologi dan Tapak Warisan Geologi
 Kuari
 Dataran banjir
 Bekas Lombong
 Bencana Geologi
 Tapak Tercemar
 Tapak Pelupusan Sisa
Sumber : Draf Akhir Garis Panduan Pemuliharaan dan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar dan
Kawasan Sekitarnya, 2004.
2.7.2 Di Peringkat Rancangan Tempatan

Pengenalpastian KSAS di peringkat tempatan penting bagi menentukan tahap


KSAS dan kawalan pembangunan di kawasan tersebut. Pengenalpastian KSAS di
peringkat ini dapat membantu di dalam proses kelulusan kebenaran merancang
oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) perlu :
i. Mengenalpasti dan ‘designnate’ KSAS dalam Rancangan Tempatan bagi
kawasan masing-masing.
ii. Menggunakan garis panduan ini sebagai syarat kebenaran merancang di
mana perlu.
iii. Menggunakan garis panduan untuk berunding dengan pemaju tanah
untuk mencapai pembangunan yang mampan.

2.7.3 Laporan Cadangan pemajuan (LCP)

Garis panduan ini boleh digunakan oleh jururancang dalam menyediakan LCP
bagi sebarang pembangunan di KSAS. Bagi pembangunan yang tidak diperlukan
penyediaan EIA, aspek-aspek kesan alam sekitar harus dimasukkan sebagai
“Environmental Statement” di dalam LCP. Di mana sesuai satu ‘Review Panel”
yang terdiri daripada pakar-pakar diwujudkan untuk menasihati PBPT atas
permihonan pembangunan di KSAS. Urusan penubuhan “Review Panel” di buat
di bawah naugan JPBD Negeri dan dibantu oleh JPBD.
2.7.4 Cadangan Pernyataan Alam Sekitar di dalam LCP bagi pembangunan
yang melibatkan KSAS

Garis panduan tersebut turut mencadangkan agar semua pembangunan yang


melibatkan ksas perlu menyediakan Environmental Statement atau Penyataan
Alam Sekitar bersama-sama di dalam Laporan Cadangan Kemajuan yang
dikemukakan. Ini adalah kerana projek-projek pembangunan yang diwajibkan
penyediaan mengikut Akta Alam Sekeliling (Prescribed Orders) 1987 adalah
projek besaryang lazimnya melebihi 50ha. Bagi projek-projek yang tidak
tersenarai, adalah dikecualikan daripada menyediakan EIA walaupun impak alam
sekitar adalah tinggi, contohnya jika projek pembangunan di jalankan di KSAS.
Bagi projek-projek ini, adalah dicadangkan supaya PBPT mensyaratkan
penyediaan “Environmetal Statement (ES)” sebagai salah satu daripada
keperluan permohonan Kebenaran Merancang (KM).
2.0 KITARAN HIDROLOGI

2.1 Pengenalan

Ayuode, J.O.,(1998) dalam bukunya ‘Tropical Hydrology and Water Resources’


mengatakan hidrologi adalah satu penelitian saintifik tentang kitaran air. Istilah kitaran
digunakan untuk menerangkan pertukaran air yang berterusan pelbagai bentuk seperti
wap, cecair dan pepejal yang melibatkan pelbagai ruang sama ada ruang hidrosfera,
atmosfera, biosfera dan ruang litosfera. Kitaran hidrologi ini sebenarnya tidak ada titik
permulaan dan penamat yang mutlak. Ia merujuk kepada sistem edaran air yang
melibatkan pelbagai storan dan laluan untuk air tersebut berputar dan bertukar bentuk
daripada satu tahap kepada tahap yang lain.

2.2 Definisi

Perkataan "hydrology" adalah gabungan perkataan "hudor" yang bererti "air" dan terma –
logy bermakna "pembelajaran tentang". Ia juga mempunyai perkataan asal dalam bahasa
Latin baru "hydrolgia". Perkataan hidrologi adalah merujuk kepada kajian saintifik
tentang kitaran air dan dan merupakan satu disiplin yang mengkaji sifat air, kewujudan
dan pergerakan di atas dan di bawah permukaan tanah. Pada tahun 1962, panel adhoc
dalam Majlis Bersekutu bagi sains dan teknologi Amerika Syarikat mencadangkan
definisi hidrologi seperti berikut :

" Hidrologi ialah satu bidang sains yang mengambil kira air di dunia ini, kewujudan,
pusingan dan taburan, sifat kimia dan fizik dan tindakbalas dengan persekitaran termasuk
pertalian dengan benda-benda hidup. Ruangnya mencakupi keseluruhan sejarah
kewujudan air di atas bumi ini"
Hidrologi juga meliputi pembangunan, penggunaan dan kawalan sumber air. Dengan itu,
hidrologi mempunyai pertalian dengan subjek sains sosial seperti ekonomi, sains politik
dan sosiologi. Aplikasi hidrologi juga banyak dan pelbagai. Hidrologi mempunyai
aplikasi praktis dalam pembangunan dan pengurusan sumber air, ramalan banjir,
pengurusan lembangan saliran, rekabentuk struktur bagi mengawal air dan sistem saliran,
pengawalan "salt intrusion" dan pencemaran. Bahagian-bahagian ini membentuk
hidrologi gunaan yang amat sukar untuk dibezakan di antara prinsip hidrologi itu sendiri
dengan aplikasi prinsip hidrologi dalam atmosfera ini.

Hidrologi juga boleh didefinasikan sebagai satu sains tanah. Hidrologi merangkumi
kejadian, penyebaran, pergerakan dan ciri-ciri pada dunia ini dan perhubungannya
dengan alam sekeliling.  Bidang yang berkait rapat dengan hidrologi adalah geologi,
kajian iklim, kajian cuaca dan kajian sains laut. (Viessman et al, 1977).

Komponen-komponen asas dalam kitaran hidrologi adalah curahan, sejatan, sejatpeluhan,


penyusupan, aliran permukaan, aliran sungai  dan aliran dalam tanah. Pergerakan air
melalui pelbagai fasa dalam kitaran hidrologi adalah tidak menentu dari segi masa dan
luangan (Bedient, 1988).

Pergerakan berkitar air dari laut ke atmosfera dan kemudiannya sebagai curahan ke atas
bumi, di mana air berkumpul di dalam sungai atau tasik dan mengalir semula ke laut, ini
dikenali sebagai kitaran hidrologi. Apa yang dapat ditunjukkan dalam kitaran hidrologi
adalah air wujud dalam tiga keadaan yang berlainan iaitu pepejal, cecair dan gas.
Konsep kitaran hidrologi ini adalah merupakan satu konsep yang ringkas tetapi terdapat
beberapa proses perlu difahami. Hubungan hujan air larian boleh ditunjukkan dengan
jelas menggunakan kitaran hidrologi seperti dalam Rajah 2.1.

Rajah 2.1 : Kitaran Hidrologi


2.3 Konsep Kitaran Hidrologi

Kitaran hidrologi merujuk kepada pergerakan air yang berterusan samada di atas atau di
bawah permukaan bumi. Kadangkala persoalan ke manakah air yang turun dari langit itu
pergi? Jika ke laut, kenapa air laut sentiasa tidak bertambah? Persoalan di atas dapat
dijawab kerana ia berkait rapat dan dapat dijelaskan dengan mengemukakan konsep
kitaran air atau kitaran hidrologi.
3.4 Proses-Proses Dalam Kitaran Hidrologi

3.4.1 Proses Sejatan

Proses sejatan adalah proses penukaran air daripada bentuk cecair kepada wap
air. Sejatan berlaku apabila tekanan wap pada permukaan air lebih tinggi
daripada tekanan udara di dalam atmosfera yang belum mencapai peringkat tepu.
Sejatan memerlukan tenaga haba yang cukup untuk memanaskan air di
permukaan sama ada daripada lautan, sungai, tasik, kolam dan lain-lain. Proses
Sejatan juga adalah penukaran air daripada bentuk cecair kepada bentuk gas atau
wap. Lautan, laut, tasik dan sungai membekalkan lebih kurang 90% lembapan
atmosfera melalui proses sejatan. Proses sejatan penting bagi air untuk menyerap
semula ke dalam kitaran hidrologi daripada bentuk cecair kepada bentuk wap di
atmosfera.

3.4.2 Proses Perpeluhan Dan Sejat Peluh

Proses perpeluhan dan sejat peluhan juga melibatkan pembebasan wap-wap air
ke atmosfera tetapi ia berlaku menerusi liang-liang stoma daun. Ia terjadi kerana
tekanan wap pada sel-sel permukaan daun lebih tinggi berbanding dengan
tekanan udara dalam atmosfera terutama pada waktu siang yang panas.

3.4.3 Proses Pemeluwapan

Proses pemeluwapan adalah proses penukaran wap air kepada cecair khususnya
titisan hujan (bintik air). Pemeluwapan terjadi akibat kejatuhan suhu dalam jisim
udara apabila ia naik semakin tinggi dalam atmosfera. Proses ini dinamakan
sebagai penyejukan adiabatik (aras semakin tinggi, suhu semakin rendah).

3.4.4 Kerpasan

Kerpasan boleh terjadi melalui tiga cara iaitu hujan perolakan, hujan perenggan,
dan juga hujan relief (bukti). Contoh kerpasan ialah hujan, salji dan embun.
Proses in berlaku apabila bintik-bintik air atau ais di udara turun ke bumi.
3.4.5 Larian Air Permukaan

Larian air permukaan iaitu baki air hujan yang mengalir di permukaan bumi
setelah ditolak dengan yang mengalami sejatan, pintasan, susupan dan juga yang
diguna oleh tumbuhan. Pergerakan larian air di atas permukaan ini biasanya
berlaku setelah semua liang pori tanah tepu dengan air yang telah menyusup ke
dalam tanah.

3.4.6 Susupan Dan Larian Air Bawah Tanah

Sebahagian daripada kerpasan yang jatuh ke permukaan daratan akan diserap


masuk ke dalam bumi untuk membentuk air bawah tanah. Sebaik sahaja berada
di bawah tanah, sebahagian daripada air akan mengalir berdekatan dengan
permukaan bumi dan akan disingkirkan ke dalam dasar alur sungai,tetapi
disebabkan oleh tarikkan graviti,maka kebanyakkannya akan terus diserap ke
dalam kerak bumi.
3.5 Kepentingan Kitaran Hidrologi

Kitaran air berlaku apabila air digunakan secara berulang-ulang di dalam kitaran yang
tidak ada kesudahannya. Jumlah air di dalam kitaran sentias berada pada kadar yang
sama. Ada air yang disimpan di laut, udara dan tanah. Kemudian, terdapat juga yang akan
dipindahkan mengikut kitaran. (Key Geography, Foundations, 1991).

Kitaran hidrologi adalah sangat penting bagi membekalkan air pada unsur yang terdapat
pada bumi. Kitaran hidrologi adalah seluruhnya kitaran air menghuraikan kewujudan dan
pergerakan air di permukaan bumi, di dalam bumi dan di atmosfera atas bumi. Air bumi
sentiasa dalam pergerakan dan sentiasa berubah bentuk, dari cecair ke wap ke ais dan
kembali semula. Kitaran air telah bertindak berbilion-bilion tahun dan semua hidupan di
bumi bergantung kepadanya; Bumi akan menjadi sebuah tempat tanpa hidupan jika
tiadanya.
3.0 KESAN PENCEROBOHAN KE ATAS KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR (KSAS)

3.1 Pengenalan

Isu pencerobohan tanah ke atas kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) memang
tidak asing lagi diperkatakan di negara-negara sedang membangun dan negara
kita tidak terkecuali dari mengalami masalah ini. Pencerobohan tanah ke atas
KSAS sama ada di kawasan bandar mahu pun luar bandar perlu diatasi kerana ia
menggambarkan ketidakcekapan sistem pentadbiran perancangan dan tanah serta
kelemahan unit penguatkuasaan. Disamping itu, masalah pencerobohan ini telah
menyebabkan kerugian besar kepada kerajaan negeri kerana sejumlah besar hasil
tidak dapat diperolehi disebabkan oleh ketiadaan pemilik yang sah. Kegiatan
pencerobohan tanpa kawalan ini bukan sahaja menggugat persekitaran dalam
bentuk pandangan malah keadaannya yang tidak teratur dan terkawal telah
menyebabkan berlakunya isu atau permasalahan lain seperti isu pencemaran,
masalah sosial dan sebagainya.

3.2 Kesan Kepada Alam Sekitar

4.2.1 Gangguan Ekosistem

Pencerobohan tanah ke atas kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) yang


antaranya yang boleh dijadikan contoh ialah terdapat satu kes yang pernah
berlaku di Petaling Jaya Selangor, yang mana kawasan hutan hujan yang
merupakan kawasan tadahan air (water catchment area) ini telah diceroboh oleh
pihak yang tidak bertanggungjawab dan kegiatan pembalakan yang berleluasa
juga telah dilakukan tanpa mendapatkan lesen yang sah. Kawasan tadahan air ini
adalah merupakan kawasan yang sensitif
dan kegiatan pencerobohan tersebut secara tidak langsung telah menyebabkan
taburan hujan dikawasan tersebut terjejas serta mengganggu ekosistem di situ.
Selain dari itu kegiatan pembalakan yang dilakukan tanpa had tersebut juga
menyebabkan kerugian kepada negara kerana pembalakan juga adalah
merupakan hasil penting Negara (Utusan Malaysia).

Prof Dr Chan Ngai Weng, Presiden Water Watch Penang (WWP) menyifatkan
hutan terutamanya hutan bukit dan tanah tinggi serta persekitaran terdekatnya
sebagai sistem semula jadi yang sensitif. Apabila diganggu, jelas beliau,
impaknya bukan sahaja mendatangkan bencana kepada komponen sistem
tersebut malah kepada manusia. "Apabila hutan turut menjadi kawasan tadahan
air, faedahnya lebih banyak selain daripada membilang berapa banyak batang
balak yang boleh ditebang daripada hutan tersebut. "Faedah-faedah tersebut
termasuk fungsi ekologi, kawalan hakisan, kawalan banjir dan kawalan
kepelbagaian hayat," kata Dr Chan. Beliau memberi amaran bahawa sejarah dan
penulisan saintifik menunjukkan pembangunan hutan bukit bukan sahaja boleh
memusnahkan persekitarannya yang berhampiran tetapi juga bahagian bawah
bukit. Paling membimbangkan, kemusnahan yang berlaku tidak boleh diperbaiki.

4.2.2 Kadar Susupan Air Yang Kurang Telap (Ketelapan Air Yang Rendah)

Proses urbanisasi ditakrifkan sebagai perubahan yang berlaku pada kawasan luar
bandar kepada kawasan yang lebih maju daripada keadaan yang sebelumnya.
Pembangunan pesat di
kawasan-kawasan ini telah mengakibatkan perubahan ketara pada bentuk bumi
dan kitaran alam sekitar. Pembangunan kawasan semula jadi untuk tujuan
perumahan dan industri menyebabkan peningkatan kapasiti dan kadar alir air
larian. Ini kerana kawasan telap air telah digantikan dengan kawasan tidak telap
air

Kesan dan akibat yang terjadi hasil interaksi antara komponen kitaran hidrologi
ialah dengan melihat kepada aktiviti yang telah dilakukan oleh manusia.
Misalnya aktiviti perbandaran seperti perumahan, pengangkutan, perindustrian
dan kawasan reakreasi bandar telah memberi impak yang amat buruk terhadap
saliran kerana berlaku perubahan guna tanah secara besar-besaran terhadap
kawasan litupan. Manusia mengubah telah mengubah kawasan telap air menjadi
kawasan yang tidak telap air melalui pembinaan jalan raya, membina bangunan,
kompleks beli-belah, dan kawasan letak kereta. Hal ini menyebabkan proses
susupan tidak dapat di jalankan terutama semasa hujan.

Kesemua air hujan yang turun akan mengalir sebagai air larian permukaan kerana
kawasan permukaan di litupi dengan tar, simen dan aspalt. Air larian juga akan
membawa semua sedimen seperti sampah-sarap, kelodak, pasir dan hakisan terus
ke dalam alur sungai menyebabkan alur sungai tersumbat dan menjadi cetek.
Akhirnya lama-kelamaan alur sungai yang berfungsi sebagai kawasan discas air
tidak lagi mampu untuk menampung kuantiti air yang banyak. Keadaan ini
menyebabkan kawasan Bandar mengalami masalah banjir. Biasanya banjir yang
sering di alami di kawasan Bandar adalah banjir kilat dan ia berlaku setiap kali
hujan lebat.
Daripada rekod yang di peroleh, kawasan Bandar Lembah Klang merupakan
salah satu lokasi banjir kilat yang paling teruk. Contohnya pada Jun 2007, telah
berlaku banjir kilat yang teruk di sekitar Ibu Kota kerana hujan lebat yang luar
biasa turun selama 2 jam. Hal ini menyebabkan Sungai Klang melimpah dan
membanjiri kira-kira 13 buah kawasn seperti Jalan Dang Wangi, Jalan Melayu,
Jalan Pantai Baru, Jalan Tun Sambatahna dan Jalan Melaka. Begitu juga negeri
Johor yang mengalami banjir teruk pada penghujung tahun 2007 di sebabkan
faktor perbandaran. Selain banjir kesan terhadap ekosistem lembanagn saliran
juga menyebabkan kemusnahan habitat, hakisan dan pelebaran alur, serta
perubahan dasar sungai.

Ekoran daripada aktiviti perbandaran, muncul pelbagai kesan negatif yang


terpaksa ditanggung oleh manusia sendiri. Semasa berlakunya banjir, air larian
permukaan membawa sampah sarap dan bahan-bahan yang tercemar masuk ke
dalam alur sungai. Hal ini menyebabkan sungai terpaksa menerima segala bahan
pencemar dan mengubah kualiti dan kuantiti air. Selain itu, sungai juga akan
tercemar kerana buangan sisa dari kawasan perindustrian dan juga sisa domestik
isi rumah. Air sungai yang telah tercemar akan menimbulkan pelbagai gejala
penyakit dan akan menyerang manusia. Oleh itu, manusia bukan sahaja
menderita kerana masalah kekurangan bekalan air bersih bahkan terpaksa
berhadapan dengan wabak penyakit.

4.2.3 Pencemaran

Secara umumnya kegiatan pembalakan haram ini juga turut memberi kesan
kepada alam sektar baik dalam bentuk pencemaran mahupun kesan-kesan yang
lain. Keadaan ini

berlaku kerana penceroboh iaitu pembalak haram yang ingin membuka sesuatu
kawasan akan membuat pembakaran dan pelupusan sampah secara terbuka dan
biasanya dibuat dalam keadaan yang tidak sistematik.

4.2.4 Banjir
Banjir kilat didefinisikan sebagai kejadian banjir di mana kenaikan air berlaku di
dalam jangka masa beberapa jam selepas hujan turun. Aras air meningkat secara
mendadak dan surut juga secara cepat. Banjir kilat berlaku apabila hujan turun
dengan lebat menyebabkan tanah menjadi tepu oleh air dengan cepat sehingga air
tidak dapat menyusup masuk ke dalam tanah lagi. Air larian berkumpul di
kawasan rendah dan mengalir dengan cepat ke kawasan yang lebih rendah.

Banjir kilat merupakan satu ancaman yang dialami seluruh dunia, hujan adalah
satu kejadian yang berlaku hampir di mana-mana sahaja. Kejadian hujan berlaku,
maka akan ada beberapa keadaan di mana keamatan hujan yang tinggi dan
tempoh hujan yang lama mewujudkan potensi untuk berlakunya banjir kilat.
Hidrologi memainkan peranan yang besar dalam masalah banjir kilat apabila
jumlah hujan yang turun mungkin atau tidak mungkin menyebabkan banjir kilat,
bergantung kepada faktor-faktor seperti topografi, jenis tanah, keboleh telapan
tanah dan kecerunan kawasan. Aliran sungai merupakan komponen hidrologi
yang penting untuk meramal banjir, mereka bentuk struktur kawasan hidraulik
dan meramal kesan-kesan akibat perubahan pada kawasan tadahan. Kawasan
tadahan boleh di definisikan sebagai kawasan keseluruhan di mana semua air
larian menuju ke saluran sungai yang berada dalam kawasan tersebut.
Kebanyakan air

hujan yang menyusup ke dalam tanah akan menelus melalui lapisan tanah ke
lapisan air bawah tanah.

Seterusnya tiba di aliran sungai utama sebagai aliran air bawah tanah dengan
menerusi zon tepu. Oleh kerana air pada kedalaman yang dalam hanya boleh
mengalir dengan perlahan, maka aliran keluar dari bawah tanah mungkin didapati
lebih lewat selama beberapa hari, minggu atau tahun berbanding dengan masa
curahan berlaku. Secara umumnya, air bawah tanah mewakili komponen utama
air larian jangkamasa panjang. Sekiranya curahan pada suatu kawasan adalah
lebih besar berbanding kadar penyusupan tanah, air larian permukaan akan
berlaku. Air larian permukaan merujuk kepada pergerakan air meninggalkan satu
kawasan saliran dan mengalir di atas permukaan tanah ke titik-titik yang lebih
rendah. Air larian melibatkan kejadian-kejadian berikut;
Keamatan hujan melebihi kadar penyusupan tanah.
Satu lapisan air mula bergerak disebabkan pengaruh kecerunan dan
graviti.
Air yang mengalir bertambah di lekukan-lekukan.
Lekukan-lekukan melimpah dan membentuk anak-anak sungai kecil.
Anak-anak sungai bergabung untuk membentuk sungai yang lebih
besar.
Sungai mengalir ke tasik atau lautan.

Pada skala global, air larian berlaku kerana ketidak-keseimbangan di antara


sejatan dan curahan pada permukaan tanah dan lautan di bumi. 71% daripada
permukaan bumi terdiri dari lautan dan sinaran matahari yang diterima
menyebabkan proses

penyejatan global berlaku. 86% dari sejatan yang berlaku di bumi berlaku di
lautan. Daripada jumlah keseluruhan air yang tersejat ke atmosfera, hanya 79%
sahaja kembali ke lautan melalui curahan, manakala 21% lagi ke permukaan
bumi. Air larian permukaan menghantar lebihan 7% kembali ke lautan untuk
mengimbangi proses sejatan dan curahan.

4.2.5 Sumber Air Yang Semakin Berkurangan

Membinasakan kawasan sensitif alam sekitar seperti kawasan hutan hujan boleh
menyebabkan kehilangan sumber air yang banyak. Tanpa pokok, sebahagian
besar lembapan di udara akan kekal di tempatnya sehingga proses hujan berlaku.
Yang lebih penting, ialah hakikat tanpa kawasan hutan yang tebal, apa sahaja
lembapan yang ada di atmosfera akan terdedah kepada sistem angin. Angin akan
membawa lembapan itu ke tempat lain, sebagai contoh mengembalikannya ke
lautan tanpa digunakan. Kawasan hutan yang mengalami penyahhutanan juga
tidak akan dapat menampung dan mengekalkan lembapan, sama ada di udara dan
di tanah. Penyahhutanan akan mengeringkan tanah yang terdedah menerusi
proses penyejatan (evaporation) dan mengurangkan sumber air. Dan akibatnya
ialah apa yang sering dialami kini -- kekurangan bekalan air, tarif yang kian
meningkat dan kualiti yang tidak memuaskan sehingga pengguna terpaksa
memasang penapis air sendiri.

Apabila keseluruhan kitaran hidrologi semula jadi terganggu, ini akan


mencetuskan bahaya alam sekitar dan bencana seperti tanah runtuh, banjir di
bahagian hilir, kehilangan fungsi kawasan tadahan air menyebabkan empangan
kekeringan dan air tercemar akibat kadar endapan yang tinggi. Masalah ini
semakin

kerap berlaku di Malaysia dalam dekad-dekad kebelakangan ini apabila semakin


banyak hutan bukit dibangunkan secara mendadak dan membahayakan.
Penyahhutanan yang berleluasa di kawasan sensitif alam sekitar akan
mengurangkan asas sumber air. Untuk itu, perlindungan hutan iaitu sumber
utama air kita merupakan langkah awal ke arah pembangunan sumber air yang
lestari.

4.2.6 Krisis Bekalan Air

Pertumbuhan pesat permintaan air oleh sektor domestik, industri dan pertanian
menambah tekanan ke atas sistem sumber air sedia ada lebih lagi dalam keadaan
kemarau panjang yang sering dikaitkan dengan ENSO (El Nino Southern
Oscillation) seperti Krisis Air 1998 yang telah melanda Lembah Klang. Hampir
keseluruhan sumber bekalan air bagi Selangor termasuk Lembah Klang adalah
berpunca dari sumber air permukaan yang telah dibangunkan melalui pembinaan
empangan. Sumber air permukaan adalah sumber air yang mula-mula terjejas
apabila berlaku kemarau yang berpanjangan. Sumber air permukaan juga mudah
dicemari oleh aktiviti-aktiviti pembukaan tanah, air sisa dan bahan buangan
domestik/ industri serta pencemaran oleh air larian ribut. Keadaan semasa krisis
air telah diburukkan lagi oleh kejadian pencemaran air sungai yang mana loji
rawatan air terpaksa ditutup akibat kualiti air yang rendah.

Krisis ini berlaku apabila kawasan hutan tropika Malaysia yang menjadi sumber
air, sumber kepelbagaian biologi dan pengimbang suhu daratan telah diterokai
dan seterusnya mengganggu ekosistem kawasan tersebut. Oleh itu, adalah
menjadi satu agenda penting untuk mewartakan semua hutan simpan kekal yang
dijadikan kawasan tadahan air di seluruh

negara mengikut ketetapan Majlis Tanah Negara bertujuan bagi mengelak


berleluasa kegiatan pembukaan hutan di hulu sungai, khususnya penebangan
balak secara rakus untuk keuntungan peribadi sehingga menjejaskan kawasan
hutan simpan. Majlis Tanah Negara sudah menetapkan satu dasar supaya semua
kawasan hutan simpan kekal yang menjadi tadahan air tidak sewajarnya
diusahakan menerusi kegiatan yang boleh merosakkan ekosistem hutan yang
menjadi punca utama sumber air negara. Sekiranya tindakan pewartaan tidak
diambil, lebih banyak kawsan tadahan air akan diceroboh yang seterusnya akan
menyebabkan kekurangan tadahan air yang boleh menyumbang kepada krisis air.

4.2.7 Tanah Runtuh

Tanah runtuh merupakan salah satu daripada fenomena geobencana yang sering
berlaku samada secara semulajadi atau akibat aktiviti manusia. Proses kejadian
tanah runtuh melibatkan gelongsoran tanah atau pergerakan tanah dari satu
kedudukan yang tidak stabil dan ianya berlaku secara pantas atau perlahan oleh
tarikan graviti. Sekiranya ia berlaku secara kecillan dan perlahan, ia mungkin
kurang membahayakan alam. Tetapi jika ia berubah kepada skala yang lebih
besar dan pantas, ia boleh memberi kesan buruk dan mengakibatkan kemusnahan
dan kematian pada sesuatu kawasan. Pembangunan yang tidak dirancang dengan
berkesan seperti pembalakan yang giat dan pembukaan tanah secara berleluasa
akan memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar contohnya berlakulah tanah
runtuh, hakisan tanah,berlaku perubahan iklim,kesan kepada rumah hijau dan
banjir.Kejadian tanah runtuh yang disebabkan oleh aktiviti

manusia adalah seperti penarahan kawasan bukit, perlombongan dan aktiviti


pembangunan lain. Pergerakan runtuhan tanah boleh diklasifikasikan secara asas
sebagai jatuhan batuan atau debris, gelongsoran batuan atau debris, aliran debris
atau lumpur dan gelinciran ais (avalanches).
4.0 CADANGAN

Masih belum terlambat untuk rakyat Malaysia dan kerajaan berganding bahu dalam mencari
penyelesaian yang terbaik buat krisis alam sekitar ini. Antara cadangan yang boleh diambil kira
oleh Kerajaan dalam menyelenggara urusan tadbir negeri dalam menjana pertumbuhan ekonomi
negeri:

5.1 Mengadakan semua langkah-langkah perlu dalam memastikan bahawa kesan projek pada
alam sekitar dan sosial masyarakat tidak berlaku dengan melaksanakan
a. Strategic Environment Assessment (SEA) pada semua projek berskala besar.
b. Mengadakan DEIA pada semua projek-projek yang melibatkan penggunaan
khazanah alam dan berdekatan dengan penempatan atau sumber ekonomi
masyarakat
c. Mewajibkan Sosial Impact Assesment (SIA)
d. Menerbitkan kajian kos manfaat bagi projek-projek berkepentingan awam

5.2 Mempertimbangkan semua perundangan berkaitan secara ingrasi dan bukan secara
terpisah-pisah dalam semua kelulusan projek termasuklah Rancangan Fizikal Negera
(RFN), Rancangan Sttruktur Negeri dan Tempatan, Akta Kualiti Sekeliling dan Kajian
Impak Alam Sekitar (EIA), Akta Perhutanaan dan Pewartawaan jenis-jenis kawasan
hutan simpan, panduan pembangunan tanah tinggi dan lain-lain.

5.3 Menggesa kerajaan negeri menunjukkan langkah pro aktif dengan memperbaikki
kelemahan sedia ada dalam pelbagai perundangan alam sekitar sebagai contoh
kelemahan-kelemahan dalam EIA dan Akta Kerajaan Tempatan. Kami juga meminta
kerajaan negeri melakukan

Strategic Environment Assesment ( SEA) makro bagi negeri Kedah yang meliputi kajian
impak menyeluruh kepada alam sekitar dan sosial.

5.4 Menghapuskan Campur Tangan Politik


Campur tangan politik yang ketara dalam isu-isu pembangunan dan alam sekitar
termasuk penguatkuasaan undang-undang oleh agensi kerajaan telah menjadi satu norma
yang sangat biasa sebelum ini. Sebagai contoh, kes penangkapan pencerobohan nelayan
pukat tunda ke kawasan pesisir pantai yang jelas memberi tekanan kepada nelayan pantai
dan memusnahkan alam sekitar. Namun sering sahaja akan berlaku campur tangan politik
untuk membebaskan mereka yang bersalah ini. Mengingatkan kerajaan agar jangan
berlaku sebarang campur tangan politik yang melibatkan proses kelulusan projek dan
polisi serta penguatkuasaan undang-undang yang dapat menjamin pembelaan masyarakat
dan pemuliharaan sumber alam sekitar.

5.5 Aktiviti Dan Cadangan Untuk Melindungi Alam Sekitar

Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah


wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah
tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Kerajaan
patut memperketatkan undang-undang yang melindungi alam sekitar. Rondaan oleh
pegawai Jabatan Alam Sekitar patut diperbanyakkan. Para pengusaha terutama pengusaha
kilang secara besar-besaran patutlah mendapatkan nasihat daripada Jabatan Alam Sekitar
sebelum sesuatu operasi perindustrian dijalankan. Pengguna memainkan peranan yang
terpenting dalam menangani masalah pencemaran. Sebagai seorang pengguna yang
bertanggungjawab, kita perlulah memilih barangan yang mendatangkan pencemaran yang
kurang sekali. Tanpa

permintaan terhadap barangan yang mendatangkan pencemaran, pengusaha kilang juga


akan mula menggunakan bahan-bahan yang lebih sesuai dengan alam sekitar. Sebagai
contoh, kita sepatutnya memilih racun serangga dalam tin aerosol yang tidak
mengandungi CFC. Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah
pencemaran, sudah tentu bumi akan di panjangkan usianya. Antara aktiviti yang boleh
melindungi alam sekitar ialah :

a. Pameran Pencemaran Alam


b. Kempen Melindungi Alam Sekitar
c. Pertandingan
d. Projek Riadah Alam Sekitar
a. Pameran Pencemaran Alam

Pameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan
dengan isu pencemaran. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga
tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam. Pameran ini bolehlah merangkumi
isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh
dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran.Bahan-bahan menarik seperti carta,
polster dan keratan surat khabar bolehlah dipamerkan. Selain itu, pita video dan
slaid-slaid yang ada berkenaan dengan pencemaran juga boleh ditayangkan.Pameran
sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi
alam sekitar.

b. Kempen Melindungi Alam Sekitar

Menyertai sesuatu kempen untuk melindungi alam sekitar adalah sesuatu yang sihat
dan amat digalakkan. Antara kempen-kempen

yang melindungi alam sekitar ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar
semula, sahabat alam dan sebagainya. Kempen-kempen ini dapat memberi kesan
yang mendalam terhadap peserta-pesertanya.

Dalam kempen-kempen ini, peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga


alam sekitar dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya hanya mendatangkan
pencemaran yang minimum kepada alam sekitar. Selain itu, kempen kitar semula
dapat menggalakkan pengguna untuk mengitar semula bahan yang boleh dikitar
semula. Secara tidak langsung juga, peserta akan belajar untuk berjimat-cermat.

Sahabat alam telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti menanam pokok-pokok


bunga, membersihkan kawasan yang kotor dan sebagainya. Penanaman pokok bunga
akan mencantikkan pemandangan sesuatu kawasan. Selain itu, ia juga dapat menapis
debu yang berterbangan di udara. Tumbuhan hijau juga adalah penting untuk
mengurangkan kandungan oksigen yang boleh menyebabkan kesan rumah hijau.
Kempen cintai sungai telah menjalankan banyak aktiviti untuk membersihkan
kawasan sungai. Selain membersih, mereka juga menanamkan kesedaran kepada
penduduk tempatan tentang kepentingan sungai

c. Pertandingan

Pertandingan seperti kuiz tentang pencemaran alam sekitar boleh meningkatkan


pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya melindungi alam sekitar.Dengan
mengadakan kuiz, peserta akan cuba memahami apakah itu pencemaran. Dalam
proses ini, mereka

akan mendapat pengetahuan tersebut. Mereka juga mungkin akan mencari


penyelesaian kepada masalah pencemaran. Ini sudah tentu akan membawa kebaikan
kepada peserta itu dan alam sekitar. Pertandingan melukis poster yang berkaitan
pencemaran juga adalah baik. Ia bukan sahaja memberi kesedaran kepada peserta
sahaja tetapi mesejnya juga akan sampai kepada orang ramai. Selain pertandingan
yang telah disebutkan, pertandingan menulis karangan dan sajak juga dapat
memberikan kesedaran kepada orang ramai.

d. Pendedahan Media Massa

Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara
pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa
tentang isu pencemaran, masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani
masalah pencemaran. Setakat ini, media massa yang paling banyak membuat
pendedahan tentang isu pencemaran ialah majalah dan surat khabar. Televisyen juga
ada membuat pendedahan ini contoh TV3 dan TV7 tetapi adalah terlalu sedikit
ditekankan keutamanya.
6.0 KESIMPULAN

Kawasan tanah tinggi merupakan aset kepada negara Malaysia. Ia mempunyai panorama yang
cantik dan berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan pelancongan atau tempat kediaman
eksklusif. Ia juga merupakan kawasan yang penting bagi tadahan air minum penduduk, kawasan
habitat kehidupan liar dan selalunya merupakan kawasan sensitif alam sekitar. Ini menyebabkan
pembangunan di kawasan tanah tinggi ini memerlukan kawalan yang rapi dan sistematik. Ia bagi
mengelakkan kejadian kemalangan tanah seperti tanah runtuh dan kerosakan harta benda dan
mungkin juga nyawa.

Walaubagaimanapun, masih terdapat segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab menceroboh


kawasan-kawasan ini atas nama pembangunan. Malah pembangunan yang dilakukan tidak
mengambilkira aspek-aspek pemeliharaan alam sekitar disebabkan terlalu asyik mengejar
keuntungan sehingga sanggup mengabaikan kepentingan pihak lain termasuk terhadap alam itu
sendiri. Kejadian tanah runtuh di Highland Tower, Ulu Kelang (1993), Cameron Highlands
(1994), Genting Highland (1995) dan Bukit Fraser (1996) dan lain-lain lagi adalah beberapa
contoh yang membuka mata dan minda serta memberi kesedaran dan keinsafan kepada
masyarakat, mengenai betapa pentingnya pemeliharaan kawasan sensitif alam sekitar seperti
tanah tinggi dan lereng bukit dalam proses pembangunan Negara. Ini adalah disebabkan,
pembangunan di kawasan sensitif alam sekitar seperti di kawasan tanah tinggi dan lereng bukit
mempunyai implikasi keselamatan, alam sekitar dan sosial yang tinggi. Oleh itu, proses kawal
selia pembangunannya, mestilah dijalankan dengan rapi, pantas dan menepati prinsip
perancangan.

Sesungguhnya tanpa kesedaran dan keprihatinan setiap lapisan masyarakat, pastinya usaha
memelihara alam sekitar yang kian terancam saat ini mungkin tidak akan berhasil dan dapat
dizahirkan dengan sebaik mungkin jika tiada pihak yang berusaha melestarikannya. Setiap
manusia perlu sedar bahawa pada hakikatnya tiada kejadian dan makhluk yang kekal di atas muka
bumi ini.

Manusia yang sememangnya lemah dan mudah terpengaruh serta tunduk pada hawa nafsu, tidak
dapat lari daripada melakukan kesilapan dan tiada yang sempurna dalam melaksanakan amanah
Allah bagi memakmurkan bumi.
“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya
Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka
kembali (ke jalan yang benar)”

(Surah ar-Rum, ayat 41)


7.0 RUJUKAN

1. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, “Draf Laporan Akhir Garis Panduan Pemuliharaan
dan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam SEkitar (KSASK Serta Kawasan Sekitarnya”,
Oktober 2004.

2. Kerajaan Malaysia, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

3. Kerajaan Malaysia, Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172), 1976.
8.0 LAMPIRAN

INILAH kesan pembalakan tidak terurus di puncak bukit Hutan Simpan Lojing di Gua Musang, Kelantan.

Tanah, pokok dan hutan di kawasan


sensitif alam sekitar yang 'diganggu rakus' membawa kepada kejadian banjir lumpur di Pos Dipang,
Pahang (1996)
LOKASI rumah
bekas Panglima Angkatan Tentera, Jen (Tan Sri Ismail Omar di Taman Hill View yang musnah dalam
kejadian pada 25 Disember 1997 yang mengorbankan tiga orang terbunuh selepas tertimbus di bawah
runtuhan tanah dan sampah dalam satu kejadian di Km 17 Lebuh Raya Ampang-Hulu Klang.
KUASA ALAM : Permandangan udara memperlihatkan runtuhan tanah yang meranapkan beberapa buah
banglo di Bukit Antarabangsa hari ini. Kejadian tanah runtuh pada pukul 4 pagi semalam mengorbankan
empat nyawa dan meranapkan 14 buah banglo di dua taman perumahan iaitu Taman Bukit Mewah dan
Taman Bukit Utama. – foto BERNAMA

You might also like