You are on page 1of 2

Sayangi alam sekitar

Sejambak kasih sekalung budi saya nobatkan kepada Tuan Pengerusi Majlis.Yang berusaha barisan
hakim yang arif lagi bijaksana,guru-guru besar,guru-guru dan seterusnya sidang hadirin yang saya
hormati.Berdirinya saya di sini pada pagi yang mulia ini adalah untuk menyampaikan pidato saya
yang bertajuk “ Sayangi alam sekitar.”

Hadirin yang saya hormati,

Sebelum mengupas tajuk pidato saya ini , terlebih dahulu izinkan saya mendefinisikan tajuk pidato
yang menjadi tunjang pidato saya pada pagi ini. “Sayangi” menurut Kamus Dewan bermaksud
mengasihi atau mencintai. Manakala “alam sekitar” pula bermaksud dunia atau bumi. Jadi ,
berdasarkan maksud yang telah saya kemukakan sebentar tadi dapatlah disimpulkan bahawa setiap
kita perlu menyayangi alam sekitar kita.

Sidang hadirin yang saya hormati,

Mutakhir ini,arus modenisasi menderaskan lagi pembangunan negara.Pelbagai projek sosioekonomi


dijalankan dengan begitu rancak namun secara tidak sedar alam sekitar sudah terjejas.Satu kemelut
yang terpaksa dihadapi oleh negara kita.Kita sebenarnya tersepit antara keinginan menjadi sebuah
negara maju dengan alam sekitar yang perlu dipelihara,nak kata pepatah “ditelan mati mak,diluah
mati bapa”.Kehidupan manusia banyak bergantung kepada persekitaranya.Alam sekitar yang bersih
dan tidak tercemar akan menjadikan hidup kita lebih selesa dan bahagia.Sebaliknya,jika alam sekitar
tempat di kediaman kita kotor,maka kita akan menghadapi pelbagai masalah yang tidak
menyenangkan hidup ini.Alam sekitar yang kotor akan menyebabkan hidup kita terdedah kepada
pelbagai penyakit.Alam sekitar yang tercemar pula akan menyebabkan udara yang kita hirup dan air
yang kita minum dipenuhi dengan pelbagai bahan yang boleh membahayakan tubuh kita.Oleh
itu,kita harus sentiasa menjaga supaya alam sekitar kita tidak tercemar.

Hadirin sekalian,

Sekiranya kita membiarkan sampah-sarap tidak dibuang dengan teratur,maka hidupan seperti
tikus,lalat,lipas,dan sebagainya akan membiak.Haiwan-haiwan ini boleh mengakibatkan pelbagai
jenis penyakit yang membahayakan kesihatan kita. Lalat boleh mengkibatkan kita terkena penyakit
taun dan cirit-birit.Tikus pula boleh mengakibatkan demam kancing gigi.Di samping itu,kawasan
sekitar yang tidak dibersihkan akan menjadi kawasan tersebut tempat pembiakan nyamuk .Nyamuk
adalah punca utama penyakit demam denggi yang telah mengorbankan banyak nyawa di negara
kita.

Selain daripada itu,alam sekitar yang tercemar pula menyebabkan kehidupan kita tidak selesa.Asap
yang dihasilkan oleh asap kenderaan dan kilang-kilang perindustrian menyebabkan udara yang kita
sedut telah tercemar.Contohnya ,gas-gas beracun,zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap
kenderaan ,dan jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya.ini akan
menyebabkan kita terdedah kepada penyakit barah dan sesak nafas .Kesan yang amat dirasai
sekarang akibat pencemaran udara ialah pemanasan global yang semakin meningkat dari hari ke
hari.Pemanasan global ini telahh mengubah cuaca dan system iklim dunia.
Pencemaran air yang diakibatkan oleh pembuangan sisa-sisa kilang,kegiatan penyemburan racun
serangga dan rumpai di kawasan perladangan dan tumpahan minyak juga menyebabkan air yang kita
minum tercemar.Ini mengakibatkan sungai-sungai tersebut menjadi busuk,hidupan akuatik dan
tumbuhan akuatik pupus serta menjadi punca pembiakan nyamuk yang membahayakan kesihatan
penduduk sekitarnya. Sungai-sungai ini juga terkambus dan menjejaskan sumber ikan air
tawar.Pencemaran air juga mengakibatkan bekalan air yang kita gunakan boleh menjejaskan
kesihatan.Sebagai bukti,seperti yang berlaku di Jepun iaitu Teluk Minamata,Jepun.Pencemaran
toksik terdapat dalam air menyebabkan simptom kebas-kebas,sakit kepala,kabur pengelihatan dan
pertuturan yang tidak betul.Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui
maut.Simptom ini disebabkan oleh keracunan raksa ini membabitkan beratus-ratus keluarga
nelayan. Penyakit ini seterusnya dinamakan penyakit Minamata.

Hadirin yang saya hormati,

Jika diteliti memang benar pencemaran banyak dicetuskan oleh manusia sendiri.Apabila keuntungan
yang tergambar di depan mata,nilai-nilai murni tidak lagi menjadi pegangan.Yang menyedihkan
semua penduduk dunia akan merasai kesan negatifnya sedangkan yang melakukan kerosakan
hanyalah segelintir manusia.Tuntasnya,kita harus bekerjasama dan memainkan peranan ini untuk
mengekalkan kebersihan alam sekitar.Kita tidak seharusnya meletakkan masalah ini di atas bahu
kerajaan semata-mata.Sewajarnya kita sedar akan bumi ini sahajalah tempat tinggal kita .

Sekian sahaja pidato yang dapat saya sampaikan pada hari ini.Saya akhiri pidato ini dengan
serangkap pantun.

Izinkan saya mengundur diri,


Seraya menyusun sepuluh jari,
Sehingga kita berjumpa lagi,
Salah dan silap harap dimaafi.

Sekian ,terima kasih.

You might also like