Professional Documents
Culture Documents
0 PENGENALAN
Orienteering ialah satu cabang pengetahuan berkaitan dengan teknik- teknik pergerakan dari satu
tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan kemahiran membaca peta dan kompas. Orienteering
adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan mental dengan baik.
Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan
berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan
dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu. Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure.
Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan
acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan
pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.
Di samping menggunakan kompas dan peta, kita juga boleh menggunakan panduan angin untuk
menentukan arah. Walaubagaimanapun, cara ini memerlukan pengetahuan penelitian yang betul
kerana cara ini kelazimannya bergantung kepada keadaan cuaca dan hari yang terang. Antara panduan
yang lazim dan kerap digunakan ialah pergerakan matahari dari timur ke barat pergerakan bintang arah
ke barat; kumpulan bintang yang dapat menunjuk arah ke utara; pengaliran air mata air ke sungai dan
mengalir terus ke kuala/laut yang selalunya ada terdapat perkampungan dan arah tiupan angin.
Aspek kekuatan mental juga merupakan aspek yang penting dalam aktiviti orienteering kerana
kekuatan mental akan menentukan tahap kesabaran seseorang itu semasa menghadapi liku-liku dan
cabaran dan dugaan dalam mencapai objektif atau tujuan awal yang dirancang sebelum menggapai
kejayaan. Selain penggunaan skil navigasi dalam bentuk mukabumi yang lebih mencabar.
IOF ditubuhkan dalam tahun 1961 dengan 10 negara. Antara-antara Kejohanan-kejohanan dunia yang
dianjurkan oleh IOF adalah seperti World Orienteering Championships (WOC), World Cup (WC), Junior
World Orienteering Championships (JWOC), Asia-Pacific Orienteering Championships (APOC), World
Masters Orienteering Championships (WMOC)- 35 tahun keatas. Acara orienteering terbesar yang
dianjurkan adalah O-Ringen (Swedish Five-Days) yang melibatkan penyertaan antara 15000 hingga
25000 orang.
3.2 Perkembangan di Malaysia
Bermula dari satu bengkel orienteering yang dikendalikan oleh En. Wan Sabri Wan Mansor (Dr),
Pensyarah UPM di Hutan Simpan Air Hitam, UPM pada tahun 1983. Penubuhan Persatuan Orienteering
Pulau Pinang (POA) dalam tahun 1983. Diikuti dengan penubuhan Persatuan Orienteering Selangor &
Wil. Persekutuan (WOA) pada tahun 1986. Kejohanan Orienteering Terbuka Malaysia (MOOC) yang
pertama telah diadakan dalam tahun 1988. Malaysia bergabung dengan IOF dalam tahun 1992 melalui
WOA. Penubuhan Persatuan Orienteering Malaysia (MOA) dalam tahun 1994. Penubuhan 5 buah
cawangan negeri iaitu Kedah, Johor, Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan dalam tahun 1996.
MOA Caw. Pulau Pinang dan MOA Caw. Sabah pula ditubuhkan pada tahun 1997.
Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk mukabumi bagi sesebuah kawasan yang dilihat dari udara.
Peta adalah sumber maklumat bagi kawasan berkenaan. Mempunyai tajuk, kontor, skala, petunjuk,
garisan melaras dan kod warna yang akan memberi kemudahan dan tangkapan yang tepat mengenai
rupa bumi kawasan berkenaan.
Membaca peta ialah proses menafsirkan maklumat yang tergambar di atas peta kepada maklumat
sebenar yang diwakilinya. Peta merupakan satu gambaran yang dapat dilihat dari udara ke atas sesuatu
tempat atau kawasan yang menggambarkan keadaan tempat itu di segi jenis tanaman, bangunan,
jalanraya, sungai, paya, hutan tanah tinggi dan sebagainya. Peta yang selalu digunakan untuk aktiviti
orienteering ialah peta topographi.
ii. Maklumat gambar peta - iaitu maklumat yang menerangkan gambaran sebenar keadaan muka bumi
dan kegunaan tanah.
Dalam aktiviti pandu arah maklumat yang amat penting untuk diketahui dan difahami ialah penafsiran
garisan kontur yang menggambarkan keadaan rupa bumi sesuatu kawasan sama ada berbukit,
permatang, lurah, tanah rata, ataupun sungai. Keadaan rupa bumi diterangkan dengan garisan kontur
di mana jarak kenaikan antara garis kontur dipanggil selang koritur biasanya sama ada 25 kaki, 50 kaki
atau 100 kaki. lanya menggambarkan kenaikan ketinggian mengikut jarak menegak dan bukan mengikut
cerun atau lereng bukit. Selain menggambarkan ketinggian, kontur juga menggambarkan bentuk dan
keadaan cerun. Jika keadaan kontur rapat-rapat, ini berertibahawa cerun adalah curam. Jika jarak
antara garisan kontur sama, maka ia menggambarkan cerun yang seragam. Selalunya garis kontur
berbentuk "V" menunjukkan lurah dan "U" menunjukkan permatang. Arah "V" selalunya menuju ke atas
bukit. Keadaan ini boleh diterangkan seperti di gambarajah 3.
6.1.6 Skala
Skala adalah nisbah satu unit sukatan di atas peta dengan unit sukatan yang sama di atas tanah. Dalam
lain perkataan ianya adalah kaitan di antara jarak di atas peta dengan jarak di permukaan bumi yang
sebenarnya yang ditunjukkan oleh skala peta itu. Contohnya skala peta 1 : 50,000 bermaksud setiap
satu unit sukatan di atas peta mempunyai persamaan jarak 50,000 kali pembesaran di atas tanah
seperti 1 em di atas peta bersamaan dengan 50,000 em (5 km) di atas tanah.
6.2 Kompas
Kompas adalah alat pengemudian arah yang mempunyai jarum magnetic merah hitam serta ditandai
dengan ukuran sama dalam mil atau darjah. Ia merupakan alat bantu dalam sukan orienteering.
Kompas digunakan bagi menentukan arah sesuatu tempat sama ada di atas peta atau di permukaan
bumi. Ketetapan sesuatu kompas adalah bergantung kepada kepekaan jarumnya yang mudah
dipengaruhi keadaan sekeliling terutama badan besi dan magnet. Dua jenis kompas yang selalu
digunakan ialah kompas prismatik dan kompas silva. Kompas dari jenis silva adalah yang paling sesuai
untuk digunakan di dalam aktiviti orienteering.
PETUNJUK
1. Skala dalam mm dan inci
2. Kepingan tapa telus cahaya
3. Utara dial
4. Jarum magnetik Utara
5. Bekas kompas mengandungi cecair dengan dial berpengukur dan garisan pengarah.
6. Anak panah arah perjalanan
7. Kanta pembesar
8. Petunjuk indeks (untuk menetap dan membaca bering)
9. Anak panah
10. Dial
11. Lubang untuk ikat tali
a) Letakkan kompas di atas garis penghubung diantara titik K dan titik L yang ditanda di peta. Jika
garisan penghubung sukar dilihat kerana dilindungi oleh kompas, aturkan supaya satu daripada
bahagian tepi kornpas selari dengan garisan penghubung K dan L. Pastikan anak panah mara menghala
ke arah titik yang hendak dicari bearing. Dalam contoh ini titik yang bearingnya hendak dicari ialah L.
Oleh itu anak panah mara hendaklah menghala ke L dan bukan ke K.
b) Tanpa mengubah kedudukan kompas di atas peta, pusingkan dial sehingga anak panah kompas dan
garisan girid selari dengan garisan penghubung K dan L.Pada masa yang sama jarum utara kompas
hendaklah sama arah dengan utara peta.
c) Bacaan bearing K ke L didapati dari garisan indeks.
a) Peta diletakkan di atas permukaan yang rata. Kemudian letakkan pula kompas di atas peta tersebut
di mana anak panah kompas menghala ke utara peta dan selari dengan garisan grid timuran di peta.
Kemudian pusingkan peta sehingga jarum kompas bertindih selari dengan anak panah kompas. Dalam
keadaan sedemikian peta diorientasikan sejajar dengan bumi.
a) Matahari
Matahari terbit di sebelah timur dan terbenam di barat. Arah ini boleh diketahui melalui bayang-
bayang. Jika kita dapat mengetahui arah barat dan timur, maka bolehlah kita tentukan arah yang
hendak kita tuju.
b) Bulan
Bulan juga terbit di sebelah timur. Oleh yang demikian dapatlah kita mengetahui arah mata angin
dengan berpandukan bulan pada waktu malam
c) Bintang
Bintang bergerak arah ke barat
d) Sungai
Air mengalir kehilir, selalunya ke hilir sungai ada terdapat perkampungan. Oleh yang demikian, jika
kita menghilir sungai, kita akan berjumpa dengan manusia, dan dari situ dapatlah kita menentukan
semula arah.
Tidak ada gunanya menyusur sungai kerana tebing sungai curam di kawasan gunung. Ada baiknya
mendaki dari kawasan A, mengikut permatang dengan ini kawasan menurun yang curam dapat
dielakkan. Di kawasan B, boleh dijadikan tempat berhenti dan rehat diwaktu malam kerana ada air.
Kawasan baik sebagai tempat perlindungan. Perjalanan ke C, mengikut permatang sebelum ke kawasan
lurah. Ikut susuh bukit menuju sungai.
e) Bagi kawasan landai dan rata, menyusur sungai menjadi lebih mudah, walaubagaimanapun patut
mengambil perhatian bahawa kawasan sungai biasanya berpaya, berbelit dan mudah banjir.
Setelah menetapkan tempat yang hendak dituju dan merancang perjalanan untuk sampai ke tempat
tersebut, kita hendaklah sentiasa menjaga arah haluan perjalan yang disesuaikan dengan keadaan
muka bumi dan tumbuh-tumbuhan, supaya ianya tidak menyimpang daripada matlamat asal. Jika
kehilangan haluan kita hendaklah berhenti dengan segera, berehat sebentar, tenangkan fikiran dan
menyemak semula arah laluan.
9.3 Peralatan
a. Kad perlumbaan
Kad ini merupakan kad yang "standard" digunakan untuk menentukan peserta-peserta sampai ke titik-
titik kawalan yang ditetapkan. Kad ini juga memberi maklumat seperti nama, alamat/ institusi, nombor
permulaan, kelas, waktu permulaan, waktu tam at, jumlah masa menamatkan pertandingan dan
tempat penamat. kad ini hendaklah diberikan kepada setiap peserta yang mengikut perlumbaan.
b. Kertas Rekod
Kertas ini disediakan untuk menyenaraikan maklumat-maklumat mengenai semua peserta, nombor
permulaan dan masa, alamat/ institusi, tempat dan markah. lanya dipegang dan disimpan oleh pihak
penganjur di tempat perlumbaan.
c. Peta
Peta mesti disediakan lebih awal. Garis Utara dan Selatan, pembetulan dan tambahan mesti
dimasukkan ke dalam setiap peta. Setiap titik kawalan ditanda atau dibulatkan di dalam peta dan
disambung dengan garis arah laluan mengikut susunan dan setiap titik itu diberi nombor.
d. Kertas Penerangan
Kertas yang menerangkan tempat di mana setiap titik kawalan berada yang mesti ditemui oleh setiap
peserta. lanya diberi kepada para peserta sebelum pertandingan dimulakan.
e. Jam Randik
Sekurang-kurangnya dua jam randik digunakan untuk mencatatkan masa permulaan dan penamat.
f. Kompas
Penganjur metilah menyediakan kompas yang baik dan mencukupi
g. Sepanduk
Digunakan untuk menandakan tempat berhimpun, garis permulaan dan penamat.
h. Penanda Kawalan
Penandan berwarna atau mempunyai kod adalah perlu di setiap titik kawalan.
i. Papan Hitam/Putih
Diperlukan untuk memberi keterangan mengenai keputusan setiap peserta untuk pengetahuan umum.
j. Keperluan Lain
Walaupun barang ini tidak begitu diperlukan tetapi ra boleh melicinkan pengurusan dan keseronokan
untuk para peserta seperti wisel, pembesar suara, minuman dan lain-lain.
10.3 Pengadilan
Pengadil-pengadil yang dilantik hendaklah dari kalangan mereka yang mahir dan berpengalaman dalam
sukan orienteering.Bila peserta sampai ke tempat penamat, kumpulkan perlumbaan dan isikan waktu ia
sampai ke dalamnya. Periksakan penanda-penanda dari setiap titik kawalan yang dilalui peserta
tersebut. Jika terdapat kesilapan atau penipuan, peserta tersebut dianggap batal. Sebaliknya jika
semuanya betul kirakan masa yang diambil oleh peserta tersebut untuk menghabiskan perlumbaan.
selepas itu rekodkan masa tersebut ke dalam kertas rekod peserta itu. Dengan itu peserta boleh
mengetahui jangka masa yang diperolehi dan kedudukannya berbanding dengan peserta lain. Pemenang
pertandingan adalah peserta menamatkan perlumbaan dalam jangkamasa yang pendek.
Kawasan berhimpun adalah tempat di mana semua peserta melapor diri dan menerima segala
maklumat mengenai pertandingan. kawasan ini boleh disediakan di mana-mana tempat yang lapang dan
jauh dari tempat permulaan.
Tempat permulaan hendaklah disediakan jauh dari tempat berhimpun. Jalah dari kawasan berhimpun
ke tempat permulaan hendaklah dltanda dengan jelas. Disini peserta akan diberi semua keperluan yang
dlgunakan dalam sukan ini iaitu peta, kompas dan kertas penerangan. Tempat penamat sebaik-baiknya
berdekatan dengan kawasan permulaan. Di slnl juga merupakan tempat semua pegawai penjaga waktu,
rekod dan pengadil berkumpul.
Semasa perlumbaan peserta adalah terdedah kepada berbagai bahaya seperti kemalangan dan
kecederaan. Oleh ltu langkah-Iangkah keselamatan pertolohgan cemas hendaklah diambil. Peti
pertolongan cemas hendaklah disediakan sebagai bantuan awal kepada peserta yang mendapat cedera
ringan.
Jika perlumbaan ini melibatkan ramai peserta dan masa yang panjang, kehadiran pertolongan cemas
amat digalkkan.
Aktiviti ini membentuk motivasi dan kepimpinan para pelajar dan juga mendekatkan mereka kepada
alam semulajadi berlandaskan soalan-soalan dan pencarian yang perlu mereka jawab dan cari. Dengan
ini, mereka akan lebih prihatin dan sedar akan kepentingan alam sekitar kepada mereka.
OBJEKTIF
• Meningkatkan kemahiran pelajar menggunakan kompas
• Menggalakkan semangat berpasukan dikalangan pelajar
• Meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai khazanah hutan.
PERALATAN
• Kompas
• Kad kompas dan soalan
• Peta kawasan
• Wisel
CARA PERLAKSANAAN
1. Para pelajar dibahagikan kepada kumpulan yang sama bilangan. Setiap kumpulan akan melantik
seorang ketua.
2. Kad kompas dan soalan serta peta kawasan diberikan kepada setiap kumpulan. Pada kad kompas
terdapat beberapa ‘check point’yang perlu dicari. Setiap ‘check point’ pelajar dikehendaki membuat
pemerhatian di stesen tersebut serta menjawab soalan yang telah disediakan.
3. Contohnya mungkin di stesen 1, pelajar dikehendaki mengkaji bentuk-bentuk daun yang ada dan
terangkan fungsi daun. I stesen 2, pelajar dikehendaki membandingkan corakcorak akar banir dan
fungsinya.
4. Setiap kumpulan akan dibekalkan kompas dan wisel. Kumpulan akan menggunakan kompas untuk
mencari arah.
8. Kumpulan yang terawal dari segi masa menamatkan gerak kerja dan menjawab semua soalan dengan
betul akan dikira pemenang.
Contoh Kad kompas dan soalan yang perlu disediakan (Fasilitator terlebih dahulu melalui denai atau
kawasan tersebut menjalankan aktiviti untuk menentukan kesemua ‘check point’ dan soalan yang akan
diberikan).
Check Point 1
Bearing : 156
Aktiviti ini menggunakan konsep sukan ‘orienteering’ dan digabungkan dengan ‘environmental hunt’.
Kesedaran dan keprihatinan masyarakat masa kini terhadap alam semulajadi memberikan satu peluang
yang baik untuk aktiviti ini berkembang. Kelebihan yang sedia ada pada aktiviti ini adalah ianya
merangkumi penglibatan dan pengujian mental dan fizikal sesuatu kumpulan dan individu. Di samping
itu, ia menguji semangat berpasukan serta komitmen yang perlu bagi sesiapa yang terlibat.Aktiviti ini
membentuk motivasi dan kepimpinan para pelajar dan juga mendekatkan mereka kepada alam
semulajadi berlandaskan soalan-soalan dan pencarian yang perlu mereka jawab dan cari. Dengan ini,
mereka akan lebih prihatin dan sedar akan kepentingan alam sekitar kepada mereka.
OBJEKTIF
• Meningkatkan kemahiran pelajar menggunakan kompas
• Menggalakkan semangat berpasukan dikalangan pelajar
• Meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai khazanah hutan.
Peralatan
• Kompas ‘Suunto”
• Kad kompas dan soalan
• Peta kawasan
• Wisel
CARA PERLAKSANAAN
1. Para pelajar dibahagikan kepada kumpulan yang sama bilangan. Setiap kumpulan akan melantik
seorang ketua
2. Kad kompas dan soalan serta peta kawasan diberikan kepada setiap kumpulan. Pada kad kompas
terdapat beberapa ‘check point’ yang perlu dicari. Setiap ‘check point’ akan dipandu dengan “bearing”
serta clue. Di setiap “check point” juga ada disediakan soalan-soalan untuk dijawab.
3. Setiap kumpulan akan dibekalkan kompas dan wisel. Kumpulan akan menggunakan kompas untuk
mencari arah.
4. Fasilitator akan menerangkan penggunaan kompas sebelum aktiviti dijalankan .
5. Wisel digunakan sekiranya kumpulan itu hilang atau sesat.
6. Kumpulan akan dilepaskan satu per satu mengikut masa.
7. Kumpulan yang terawal dari segi masa menamatkan gerak kerja dan menjawab semua soalan dengan
betul akan dikira pemenang.
Contoh Kad kompas dan soalan yang perlu disediakan (Fasilitator terlebih dahulu melalui denai atau
kawasan tersebut menjalankan aktiviti untuk menentukan kesemua ‘check point’ dan soalan yang akan
diberikan).
Check Point 2
Bearing : 156
Clue : Anda harus melangkah sebanyak 60 langkah biasa
Tempat orang berehat