You are on page 1of 18

Masalah Pendidikan, 31(1)

PENGGUBALAN PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN


(PIPP) 2006-2010: ISU DAN PELAKSANAANNYA

FORMULATION OF THE NATIONAL EDUCATIONBLUEPRINT (PIPP)


2006-2010: ISSUES AND IMPLEMENTATION

Shahril @ Charil Hj. Marzuki


Norfizah Hayati Ahmad
Muhammad Faizal A. Ghani
Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya

This article examines and analyzes critically the National Education


Blueprint (NEB) (PIPP) (2006- 2010) which has six main thrusts: (i)
building a nation and people that is united and proud of its national
identity; (ii) developing human capital that is knowledgeable and
skilled with an appreciation of pure values; (iii) strengthening
national schools, making national schools the main choice without
obstructing the development of vernacular school; (iv) narrowing the
education gap in terms of location, socio-economic status and
student' abilities so that all schools and students will be given the
same opportunities to achieve exellence; (v) improving the teaching
profession; and (vi) accelerating excellence at educational
institutions, through cluster schools (which are centers of excellence)
so that they will become showcase or model schools. It discusses
whether the NEB had been formulated based on Vision 2020, which
has nine main strategies, the Education Development Plan (2001-
2010) which has four main thrusts, and the Ninth Malaysia Plan
which has six core strategies It also discusses the issues and
implementation of the NEB.

Pada abed ke-21 ini, Malaysia sedang menghadapi cabaran dan tekanan hebat
dalam bidang ekonomi dan tenaga kerja, ditambah pula dengan keadaan ekonomi
dan politik global yang tidak menentu. Justeru, satu anjakan yang besar
diperlukan bagi membangunkan negara khususnya dalam bidang pendidikan,
untuk mencapai matlamat Wawasan 2020. Negara perlu membangunkan modal
insan secara menyeluruh yang bercorak progresif, bermoral dan beretika tinggi
bagi melahirkan tenaga kerja pengetahuan atau "knowledge worker". Malah,
sebuah sistem pendidikan yang mampu membangunkan masyarakat bersatu padu
dan bertoleransi turut diperlukan kerana Malaysia merupakan sebuah negara
majmuk (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006).
Bagi kebanyakan negara lain khususnya negara maju, fokus utama mereka
untuk melahirkan modal insan adalah lebih tertumpu kepada pembentukan
kandungan kurikulum dan kaedah penyampaian terhadap kandungan tersebut

117
Masalah Pendidikan, 31(1)

agar produk yang dilahirkan adalah tenaga kerja yang berpengetahuan dan
berkemahiran tinggi. Namun, pendidikan di Malaysia bukan sahaja bertujuan
untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran murid, malah skopnya
lebih meluas. Pandangan tersebut dinyatakan dalam Penyata Razak (1956) yang
menegaskan sistem pendidikan di Malaysia turut digunakan sebagai alat untuk
menyatupadukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum menerusi
penggunaan bahasa kebangsaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah.
Implikasi daripada sistem pendidikan sebegitu rupa akan melahirkan corak
masyarakat yang dihasratkan dalam Wawasan 2020 dan hasrat tersebut merupakan
satu tugas yang berat. Justeru, negara memerlukan satu sistem pendidikan yang lebih
sistematik dan menyeluruh. Bertepatan dengan hasrat tersebut, Kementerian
Pelajaran Malaysia telah melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
2006-2010 yang menggariskan halatuju dan strategi sistem pendidikan negara pada
masa kini dan hadapan bagi mencapai kualiti pendidikan yang bertaraf dunia.

Analisis Kaitan Antara PIPP 2006-2010 dengan Pembangunan Pendidikan Malaysia


(PPM) 2001-2010, Rancangan Malaysia Ke-9 (R1LK9) dan Wawasan 2020

Seperti mana yang telah sedia maklum PIPP dilancarkan pada 6 Februari 2006.
Berdasarkan kronologi pelancaran PIPP, Wawasan 2020 telah dilancarkan pads
tahun 1991 dengan menyenaraikan beberapa cabaran mengenai bidang pendidikan.
Begitu juga dengan pembentukan teras-teras dalam PPM 2001-2010 adalah turut
berlandaskan Wawasan 2020. Selanjutnya, pada tahun 2006 kerajaan telah
melancarkan RMK9 dengan menggariskan lima teras untuk menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020. Persoalannya kini,
adakah PIPP digubal berasaskan PPM 2001-2010, RMK9 dan Wawasan 2020?
Jawapan kepada persoalan tersebut dapat dilihat dalam Jadual 1 menerusi
perbandingan terhadap teras-teras bagi setiap dasar tersebut.

Jadual 1
Teras Atau Cabaran Dalam PIPP, PPM, RMK9 dan Wawasan 2020

TERAS ATAU CABARAN DALAM DASAR KERAJAAN

PIPP PPM RMK9 Wawasan 2020


(2006-2010) (2001-2010) (2006-2010) (dilancarkan 1991)

• Membina negara • Meningkatkan • Meningkatkan • Pembentukan


bangsa akses kepada ekonomi dan masyarakat
pendidikan rantaian nilai yang bersatu
• Membangun yang lebih tinggi padu
modal insan • Meningkatkan
ekuiti • Meningkatkan • Pembentukan
• Memperkasakan keupayaan masyarakat
sekolah • Meningkatkan pengetahuan dan yang bebas,
kebangsaan kualiti inovasi serta merdeka dan
pendidikan memupuk minda cemerlang
kelas pertama

118
Masalah Pendidikan, 31(1)

Jadual 1 (Sambungan...)

TERAS ATAU CABARAN DALAM DASAR KERAJAAN

PIPP PPM RMK9 Wawasan 2020


(2006-2010) (2001-2010) (2006-2010) (dilancarkan 1991)

• Merapatkan • Meningkatkan • Menangani • Pembentukan


jig tahap kecekapan masalah masyarakat
pendidikan serta ketidakseimbang- demokratik yang
keberkesanan an sosio-ekonomi matang,
• Memartabatkan pengurusan yang berterusan berakhlak mulia
profesion pendidikan secara membina dan utuh
kegunian dan produktif
• Pembinaan
• Melonjakkan • Meningkatkan masyarakat yang
kecemerlangan tahap dan bermoral dan
institusi kemampuan beretika
pendidikan kualiti hidup
• Pembentukan
• Mengukuhkan masyarakat yang
keupayaan matang dan
institusi dan bersifat liberal
pelaksanaan lagi toleran

• Pembangunan
masyarakat
saintifik, berdaya
cipta, maju dan
berpandangan
jauh

• Pembinaan
masyarakat
penyayang

• Pembentukan
masyarakat
keadilan
ekonomik-sosial

• Pembentukan
masyarakat
dayasaing dan
makmur

Selanjutnya, artikel ini membincangkan asas pembentukan enam teras PIPP


2006-2010 yang bersumberkan teras atau cabaran dalam Wawasan 2020, PPM

119
Masalah Pendidikan, 31(1)

2001-2010 dan RMK9. Ringkasan perbincangan ditunjukkan dalam jadual jadual


berikutnya.

Teras 1: Membina Negara Bangsa

Teras ini merupakan kesinambungan dasar yang terdapat dalam kesemua cabaran
dalam Wawasan 2020 serta satu teras dari RMK9. Membina negara bangsa yang
merupakan teras pertama dalam PIPP telah memberikan penumpuan kepada
usaha untuk menyatupadukan kaum serta merealisasikan Malaysia ke arah negara
maju menjelang tahun 2020. Hasrat tersebut amat bergantung kepada perkongsian
nilai serta semangat patriotisme, lingua franca, integrasi, kewarganegaraan dan
demokrasi. Ianya dicapai menerusi usaha-usaha seperti memperkasakan bahasa
kebangsaan sebagai asas perpaduan, integrasi nasional dan bahasa ilmu, di
samping memupuk semangat cintakan nilai sejarah Malaysia atau "value
Malaysia's heritage" (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006).
Realitinya, pembentukan teras ini turut selaras dengan cabaran yang terdapat
dalam Wawasan 2020 iaitu mewujudkan negara Malaysia bersatu yang berkongsi
matlamat. Hasrat tersebut dicapai menerusi pembentukan negara yang aman,
berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama
sepenuhnya secara adil dan didukung oleh satu bangsa Malaysia yang
mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. Kesemua sembilan
cabaran ini hanya dapat dicapai menerusi sistem pendidikan yang cekap dan
berkesan seperti mana yang ditegaskan dalam teras kedua RMK9 iaitu
meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi serta memupuk minda kelas
pertama. Namun, pembentukan teras pertama PIPP tidak berasaskan secara
langsung kepada teras yang terdapat dalam Pembangunan Pendidikan Malaysia
2001-2010 kerana pembentukan PPM adalah kesinambungan daripada Dasar
Wawasan Negara. Ringkasan pembincangan ditunjukkan dalam Jadual 2.

Jadual 2
Perbandingan Teras Pertama Dalam PIPP Dengan PPM, RMK9 Dan Cabaran Wawasan
2020

TERAS ATAU CABARAN DALAM DASAR KERAJAAN

PIPP PPM RMK9 Wawasan 2020


(2006-2010) (2001-2010) (2006-2010) (dilancarkan 1991)

• Membina negara Meningkatkan • Pembentukan


bangsa keupayaan masyarakat yang
pengetahuan dan bersatu padu
inovasi serta
memupuk minda • Pembentukan
kelas pertama masyarakat yang
bebas, merdeka
dan cemerlang

120
Masalah Pendidikan, 31(1)

Jadual 2 (Sambungan...)

TERAS ATAU CABARAN DALAM DASAR KERAJAAN

PIP? PPM RMK9 Wawasan 2020


(2006-2010) (2001-2010) (2006-2010) (dilancarkan 1991)

• Pembentukan
masyarakat
demokratik yang
matang,
berakhlak mulia
dan utuh

• Pembinaan
masyarakat yang
bermoral dan
beretika

• Pembentukan
masyarakat yang
matang dan
bersifat liberal
lagi toleran

• Pembangunan
masyarakat
saintifik, berdaya
cipta, maju dan
berpandangan
jauh

• Pembinaan
masyarakat
penyayang

• Pembentukan
masyarakat
keadilan
ekonomik-sosial

• Pembentukan
masyarakat
dayasaing dan
makmur

121
Masalah Pendidikan, 31(1)

Teras 2: Membangunkan Modal Insan

Pembangunan modal insan bertujuan untuk melahirkan anak bangsa Malaysia


yang berpengetahuan dan berkepakaran tinggi bagi penyediaan guna tenaga
dalam pelbagai jenis pekerjaan. Bagi mencapai hasrat tersebut PIPP berusaha
untuk meningkatkan kemahiran belajar dalam kalangan murid terhadap mata
pelajaran tertentu khususnya Sains dan Matematik. Usaha memperkasakan
kurikulum telah dilaksanakan bagi melahirkan murid yang celik IT, berkemahiran
untuk berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006). Kerajaan juga telah memperkenalkan
konsep sekolah bestari bagi melahirkan murid yang kreatif dan berdaya saing.
Begitu juga dengan agenda utama RMK9 yang menekankan pembentukan
modal insan dalam kalangan rakyat Malaysia. Penekanan kepada hasrat tersebut
dinyatakan dalam teras kedua dan ketiga yang lebih memfokuskan ke arah
meningkatkan kapasiti pengetahuan dan inovasi serta memupuk minda kelas
pertama dalam kalangan masyarakat. Untuk melahirkan masyarakat yang
bermentaliti kelas pertama antara usaha berikut yang bercorak pendidikan akan
dilaksanakan iaitu meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan,
memperkukuhkan keupayaan sains, penyelidikan dan pembangunan (R&D),
inovasi serta memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.
Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi
menegaskan perlunya negara kepada hasrat tersebut ketika membentangkan
ucaptamanya dalam majlis pelancaran RMK9 pada 31 Mac 2006:

Pembangunan modal insan yang berkualiti akan diperluas.


Pendekatan perlu bercorak holistik dan memberi penekanan kepada
pembangunan pengetahuan, kemahiran, modal intelektual di dalam
bidang seperti sains, teknologi dan keusahawanan. Pada masa yang
lama kita mesti membangunkan satu budaya yang progresif, diiringi
dengan nilai-nilai etika dan moral yang tinggi. Inilah yang
dimaksudkan dengan modal insan mentaliti kelas pertama. (Utusan
Malaysia, 1 April 2006)

Jadual 3
Perbandingan Teras Kedua dalam PIPP dengan PPM, RAK9 dan Cabaran Wawasan 2020

TERAS ATAU CABARAN DALAM DASAR KERAJAAN

PIPP PPM RMK9 Wawasan 2020


(2006-2010) (2001-2010) (2006-2010) (dilancarkan 1991)

• Membangun • Meningkatkan Meningkatkan • Pembentukan


modal insan kualiti keupayaan masyarakat yang
pendidikan pengetahuan dan bersatu padu
inovasi serta
memupuk minda
kelas pertama

122
Masalah Pendidikan, 31(1)

Jadual 3 (Sambungan...)

TERAS ATAU CABARAN DALAM DASAR KERAJAAN

PIP? PPM RMK9 Wawasan 2020


(2006-2010) (2001-2010) (2006-2010) (dilancarkan 1991)

• Meningkatkan • Pembentukan
tahap dan masyarakat yang
kemampuan bebas, merdeka
kualiti hidup dan cemerlang

• Pembentukan
masyarakat
demokratik yang
matang, berakhlak
mulia dan utuh

• Pembinaan
masyarakat yang
bermoral dan
beretika

• Pembentukan
masyarakat yang
matang, liberal
lagi toleran

• Pembangunan
masyarakat
saintifik, berdaya
cipta, maju dan
berpandangan
jauh

• Pembinaan
masyarakat
penyayang

• Pembentukan
masyarakat
keadilan
ekonomik-sosial

• Pembentukan
masyarakat
dayasaing dan
makmur

123
Masalah Pendidikan, 31(1)

Berikut merupakan fokus utama untuk membangunkan modal insan sepanjang


tempoh RMK9 (Unit Perancang Ekonomi, JPM, 2006):

1. Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa;


2. Meningkatkan keupayaan minat murid untuk menguasai ilmu
pengetahuan dan kemahiran;
3. Memupuk murid supaya memiliki kemahiran dan ketrampilan diri;
4. Memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih menyeluruh;
5. Memantapkan kajian dan penyelidikan pembangunan saintifik;
6. Membentuk masyarakat yang memiliki nilai-nilai yang utuh.

Selanjutnya, kesembilan cabaran dalam Wawasan 2020 menunjukkan bahawa


asas pembentukan PIPP adalah berdasarkan Wawasan 2020. Manakala, teras
kedua dalam PPM iaitu meningkatkan kualiti pendidikan adalah selaras dengan
teras kedua dalam PIPP. Dalam PPM, pembangunan modal insan dan anjakan
minda dan pemikiran warga merupakan salah satu cabaran terbesar untuk
membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang maju menerusi kewujudan
ekonomi negara yang berpaksikan pengetahuan. Ringkasan perbincangan ini
ditunjukkan dalam Jadual 3.

Teras 3: Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

Dalam PIPP usaha memperkasakan Sekolah Kebangsaan (SK) adalah tertumpu


kepada sekolah rendah. Ini disebabkan SK merupakan peringkat awal alam
persekolahan bagi murid. Justeru, SK berperanan sebagai asas untuk menyemai
serta memupuk perpaduan dalam kalangan kaum di Malaysia. Untuk mencapai
hasrat tersebut, PIPP telah menggariskan peranan SK sebagai institusi pendidikan
pilihan kepada semua masyarakat tanpa mengganggu pembangunan sekolah
vernakular. Ini dilaksanakan menerusi proses pemantauan terhadap kepimpinan
SK, membangunkan infrastruktur sekolah dan menambah program pra-sekolab.
Misalnya, program pendidikan pra-sekolah yang diperkenalkan pada tahun 2005
dengan bilangan enrolmen sebanyak 92,303 orang kanak-kanak berumur melebihi
5 tahun dengan penyediaan sebanyak 3,868 buah bilik darjah (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2006). Penekanan terhadap pendidikan pra-sekolah turut
ditekankan dalam PPM, RMK9 dan Wawasan 2020. Ini disebabkan pendidikan
yang mantap haruslah bermula dari peringkat awal alam persekolahan.
Dalam RMK9, membaikpulih kualiti sistem pendidikan pada semua
peringkat pendidikan amat ditekankan. Ini dapat dilihat melalui terasnya yang
kelima iaitu mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan. RMK9 juga
mencadangkan agar SK menjadi pilihan utama kepada semua masyarakat di
negara ini. Antara tiga strategi utama dalam RMK9 untuk memperkasakan
sekolah kebangsaan adalah meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu
pengetahuan agar sejajar dengan matlamat pendidikan, merancang norma
penempatan guru pada kadar 100% guru di sekolah menengah dan 25% guru
sekolah rendah memiliki ijazah menjelang tahun 2010 dan merangka agar semua
SK dibestarikan atau pembestarian (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006). Di
samping itu juga, kerajaan akan berusaha untuk mengurangkan jurang antara
kawasan bandar dan luar bandar dengan memastikan bahawa kemudahan asas
sekolah mestilah disediakan secukupnya seperti mana di kawasan bandar. Selain

124
Masalah Pendidikan, 31(1)

itu juga, cadangan penempatan bagi guru berpengalaman di kawasan pedalaman


akan diimplimentasikan pada masa terdekat. Ringkasnya, kesemua perancangan
tersebut menunjukkan kerajaan amat bersungguh untuk memperkasakan SK bagi
meningkatkan mutu sistem pendidikan yang sedia ada (Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2006).
Namun, tiada satu cabaran dalam Wawasan 2020 dapat dikaitkan secara
langsung dengan pembentukan teras ketiga dalam PIPP walaupun tumpuan
Wawasan 2020 adalah untuk membangunkan masyarakat Malaysia. Kenyataan
ini dapat digambarkan dalam Jadual 4.
Teras pertama PPM iaitu meningkatkan akses kepada pendidikan adalah
selaras dengan teras pertama PIPP. Begitu juga dengan terasnya yang keempat
iaitu meningkatkan tahap kecekapan serta keberkesanan pengurusan pendidikan
sehingga berjaya mencapai satu tahap yang tinggi bagi menjadikan sekolah
sebagai sebuah institusi yang cemerlang (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006).

Jadual 4
Perbandingan Teras Ketiga dalam PJPP dengan PPM, RMK9 dan Cabaran Wawasan 2020

TERAS ATAU CABARAN DALAM DASAR KERAJAAN

PIPP PPM RMK9 Wawasan 2020


(2006-2010) (2001-2010) (2006-2010) (dilancarkan 1991)

• Memperkasakan • Meningkatkan Mengukuhkan


sekolah kualiti keupayaan
kebangsaan pendidikan institusi dan
pelaksanaan
Meningkatkan
tahap
kecekapan serta
keberkesanan
pengurusan
pendidikan

Teras 4: Merapatkan Jurang Pendidikan

Perkembangan pendidikan di Malaysia pads peringkat awal tertumpu kepada


pembinaan sekolah di kawasan bandar yang merupakan kawasan pertumbuhan
ekonomi utama negara. Sebaliknya, pertumbuhan ekonomi di kawasan luar bandar
agak terhad. Situasi tersebut menyebabkan wujud ketidaksamarataan dan aspek
bilangan sekolah di kawasan bandar dan luar bandar. Selain itu, wujud juga jurang
antara jenis sekolah, kaum, jantina, taraf ekonomi, tahap keupayaan murid serta
jurang digital. Usaha untuk merapatkan jurang pendidikan telah lama dijalankan
semenjak RMK3 dan tugas tersebut belum selesai dan akan terns diberikan
keutamaan dalam RMK9. Begitu juga dengan cabaran ketujuh dalam Wawasan
2020 yang bertujuan untuk membentuk masyarakat keadilan ekonomik-sosial.

125
Masalah Pendidikan, 31(1)

Cabaran ini merupakan tanggungjawab kerajaan untuk mengurangkan atau


merapatkan jurang tersebut dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2001-2010 turut menyentuh mengenai
usaha untuk merapatkan jurang perbezaan pendidikan antara sekolah di kawasan
bandar dan luar bandar. Namun, tumpuannya menjurus kepada sekolah beruntung
dengan sekolah kurang beruntung. Hal ini dijelaskan dalam teras pertama dan
kedua PPM iaitu meningkatkan akses kepada pendidikan serta meningkatkan
ekuiti dalam pendidikan. Bagi mencapai hasrat tersebut, kerajaan berusaha untuk
mengenal pasti masalah berkaitan dan mengatasinya. Misalnya, kerajaan berusaha
untuk melengkapkan dan membaikpulih kemudahan asas sekolah yang daif dan
juga sekolah luar bandar, dan sekolah yang kurang saiz murid. Kerajaan jugs telah
merancang untuk membina asrama bagi murid yang menetap jauh di pedalaman
serta mewujudkan suasana sekolah yang kondusif agar murid berminat untuk ke
sekolah. Usaha murni tersebut telah dirancang dalam RMK9 iaitu sebanyak 321
buah projek sedang dan akan dibina bagi menempatkan seramai 73,400 orang
murid (Unit Perancang Ekonomi, JPM, 2006).
Dalam usaha untuk menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020,
murid yang merupakan generasi pelapis untuk membangunkan negara perlu dijana
mengikut acuan negara. Justeru, aspek utama yang perlu ditangani adalah masalah
keciciran. Fenomena tersebut semakin membimbangkan dengan peningkatan
dalam bilangan keciciran dalam kalangan murid. Misalnya, kadar peningkatan
berlaku dari tahun 1998 sehingga tahun 2000 khususnya dalam kalangan golongan
pribumi atau orang asli. Bilangan mereka yang keciciran dalam pendidikan dan
tidak berjaya untuk menamatkan pendidikan di peringkat rendah adalah pada kadar
62%. Malah, kajian Kementerian Pelajaran mendapati seramai 138,271 orang
murid tahun satu di Semenanjung Malaysia atau 35.52% keseluruhan murid yang
mendaftar telah gagal untuk mengenal huruf dengan tepat, mengeja dan menyebut

Jadual 5
Perbandingan Teras Keempat dalam PIPP dengan PPM, RMK9 dan Cabaran Wawasan
2020

TERAS ATAU CABARAN DALAM DASAR KERAJAAN

PIPP PPM RMK9 Wawasan 2020


(2006-2010) (2001-2010) (2006-2010) (dilancarkan 1991)

• Merapatkan • Meningkatkan • Menangani • Pembentukan


jurang akses kepada masalah masyarakat yang
pendidikan pendidikan ketidakseimban- bersatu padu
an sosio-ekonomi
yang berterusan
secara membina
dan produktif

126
Masalah Pendidikan, 31(1)

Jadual 5 (Sambungan...)

TERAS ATAU CABARAN DALAM DASAR KERAJAAN

PIPP PPM RMK9 Wawasan 2020


(2006-2010) (2001-2010) (2006-2010) (dilancarkan 1991)

• Meningkatkan • Pembinaan
ekuiti masyarakat
penyayang

• Pembentukan
masyarakat
keadilan
ekonomik-sosial

• Pembentukan
masyarakat
dayasaing dan
makmur

setiap perkataan serta ayat tunggal dengan betul serta memahami perkara yang
dibaca (Utusan Malaysia, 3 Mac 2006). Justeru, kerajaan telah berusaha untuk
mengatasi masalah tersebut dengan memperkenalkan pelbagai program pemulihan
afau penambahbaikan. Misalnya, program KIA2M yang diperkenal untuk
mengatasi masalah buta huruf. Malah, hasrat kerajaan untuk merapatkan jurang
akses dalam pendidikan turut menyeluruh kepada golongan istimewa. Menerusi
Program Pendidikan Khas ibu bapa dan masyarakat dialu-alukan untuk
memberikan sokongan. Pihak ibu bapa digalakkan mengikis rasa malu untuk
menghantar anak istimewa mereka ke sekolah. Manakala orang perseorangan serta
pertubuhan bukan kerajaan turut digalakkan untuk berkongsi membiayai program
pendidikan. Gambaran mengenai kenyataan di atas dapat ditunjukkan dalam
Jadual 5.
Jadual 5 menunjukkan teras keempat PIPP dibentuk berasaskan kepada
RMK9 iaitu menangani masalah ketidakseimbangan sosio-ekonomi secara
berterusan, membina dan produkti£ Manakala bagi Wawasan 2020, cabaran
kepada pembentukan masayarakat bersatu padu, pembinaan masyarakat
penyayang, pembentukan masyarakat keadilan ekonomik dan pembentukan
masyarakat berdaya saing dan makmur adalah selaras dengan teras PIPP
berkenaan.

Teras 5: Memartabatkan Profesion Keguruan

Pendidikan merupakan penyumbang utama kepada kemajuan sesebuah negara dan


guru memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan ini. Peranan guru

127
Masalah Pendidikan, 31(1)

yang ketika dahulu merupakan sumber utama pengetahuan kepada murid adalah
tidak lagi relevan pada masa kini. Sebaliknya peranan guru adalah meluas. Guru
seharusnya bertindak sebagai pemudahcara yang kreatif dan inovati£ Justeru,
sewajamya kerajaan meningkatkan martabat profesion mereka khususnya dari
aspek penambahbaikan terhadap sistem pemilihan calon guru. Syarat-syarat
pengambilan guru seharusnya diperketatkan agar calon yang berkualiti sahaja
terpilih. Hal ini sangat penting kerana hanya guru yang komited sahaja berupaya
untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan cekap dan
berkesan. Selain itu, KPM turut merancang untuk memantapkan latihan perguruan
dengan menaiktarafkan maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG)
serta meneruskan pelbagai latihan dalam perkhidmatan di Institut Aminuddin Baki
(IAB) (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006).
Selanjutnya, KPM telah memantapkan kerjaya guru melalui program-
program latihan dan menambahkan perjawatan serta peluang naik pangkat bagi
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di Kementerian, Jabatan dan Pejabat
Daerah. KPM turut menambahbaik persekitaran kerja serta prihatin dengan

Jadual 6
Perbandingan Teras Kelima dalam PIPP dengan PPM, RMK9 dan Cabaran Wawasan 2020

TERAS ATAU CABARAN DALAM DASAR KERAJAAN

PIPP PPM RMK9 Wawasan 2020


(2006-2010) (2001-2010) (2006-2010) (dilancarkan 1999)

• Memartabatkan • Meningkatkan • Meningkatkan


profesion kualiti ekonomi dan
keguruan pendidikan rantaian nilai
yang lebih
a Meningkatkan tinggi
tahap kecekapan
serta • Meningkatkan
keberkesanan keupayaan
pengurusan pengetahuan
pendidikan dan inovasi serta
memupuk
minda kelas
pertama

Menangani
masalah
ketidakseim-
bangan sosio-
ekonomi yang
berterusan secara
membina dan
produktif

128
Masalah Pendidikan, 31(1)

Jadual 6 (Sambungan...)

TERAS ATAU CABARAN DALAM DASAR KERAJAAN

PIPP PPM RMK9 Wawasan 2020


(2006-2010) (2001-2010) (2006-2010) (dilancarkan 1999)

• Meningkatkan
tahap dan
kemampuan
kualiti hidup

Mengukuhkan
keupayaan
institusi dan
pelaksanaan

Teras 6: Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

kebajikan guru menerusi penyediaan persekitaran kerja yang kondusif serta


menempatkan guru mengikut opsyen dan keperluan (Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2006). Namun, perancangan tersebut semuanya sukar untuk
dilaksanakan sekiranya peruntukan kewangan tidak disediakan. Oleh itu menerusi
RMK9, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM3 10 juta bagi melaksanakan
projek pendidikan guru.
Teras ketiga dan keempat dalam PPM iaitu meningkatkan kualiti pendidikan
dan meningkatkan tahap kecekapan serta keberkesanan pengurusan pendidikan
turut memberi penekanan kepada memartabatkan profesion keguruan seperti rnana
dinyatakan dalam PIPP. Implikasinya, negara berupaya untuk menghasilkan sistem
pendidikan bertaraf dunia agar setanding dengan taraf pendidikan negara-negara
maju. Namun pembentukan teras kelima PIPP tidak berasaskan kepada Wawasan
2020 dan kenyataan tersebut digambarkan dalam Jadual 6.
Bagi melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan dalam sistem
pendidikan negara, KPM telah mengadakan pendekatan, piawaian dan penanda
arcs yang lebih tepat serfs bersesuaian dengan ciri dan keperluan sesebuah institusi
pendidikan yang ada iaitu mengikut bidang khusus (niche areas) masing-masing.
Institusi-institusi pendidikan yang dapat dijadikan contoh akan dibangunkan
sebagai `showcase' di peringkat antarabangsa. Ini bertujuan untuk membuktikan
keupayaan sistem pendidikan negara di samping membantu usaha untuk
menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan dalam pendidikan
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006). Ringkasnya, teras keenam PPIP ini
digubal berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan, Wawasan 2020 serta
Rancangan Malaysia Ke 9. Pemyataan ini dapat ditunjukkan dalam Jadual 7.

129
Masalah Pendidikan, 31(1)

Jadual 7
Perbandingan Teras Keenam dalam PIPP dengan PPM, RMK9 dan Cabaran Wawasan 2020

TERAS ATAU CABARAN DALAM DASAR KERAJAAN

PIPP PPM RMK9 Wawasan 2020


(2006-2010) (2001-2010) (2006-2010) (dilancarkan 1999)

• Melonjakkan • Meningkatkan Meningkatkan • Pembangunan


kecemerlangan akses kepada keupayaan masyarakat
institusi pendidikan pengetahuan dan saintifik, berdaya
pendidikan inovasi serta cipta, maju dan
memupuk minda berpandangan
kelas pertama. jauh

• Meningkatkan • Pembentukan
ekuiti masyarakat
dayasaing dan
• Meningkatkan rnakmur.
kualiti
pendidikan

• Meningkatkan
tahap kecekapan
serta
keberkesanan
pengurusan
pendidikan

Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa penggubalan PIPP 2006-2010 adalah


berdasarkan Wawasan 2020, Pembangunan Pendidikan Malaysia 2001-2010 dan
Rancangan Malaysia Kesembilan. Ini dapat ditunjukkan melalui Rajah 1.

130
Masalah Pendidlkan, 31(1)

WAWASAN
2020

PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN RMK9
(2006-2010)
(2001-2010)

Iiiii PIPP
(2006-2010) g=

Rajah 1. Kerangka perkaitan di antara PIPP 2006-2010, Wawasan 2020, Pelan


Pembangunan Pendidikan 2001-2010 dan RMK9.

Isu dan Cabaran Dalam Pelaksanaan PIPP

Dalam membina sebuah negara bangsa, penyumbang utanta kepada hasrat


tersebut adalah perpaduan, mempunyai jati diri serta bangga menjadi rakyat
Malaysia. Situasi tersebut dapat dibina menerusi sistem pendidikan yang
menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di dalam bilik darjah.
Namun, persoalannya adakah Bahasa Malaysia mampu menjadi alat perpaduan
kaum? Persoalan tersebut timbul akibat daripada pengalaman lalu negara maju
bahawa kejayaan sesebuah negara banyak bergantung kepada usaha untuk
menyaingi negara-negara lain dan i aspek ekonomi dan geo-politik dunia pads
masa kini dan masa hadapan.
Seharusnya, di samping kita menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa
pengantar dalam pendidikan, negara perlu mengutamakan bahasa-bahasa dunia
yang lain seperti Bahasa Inggeris, Arab, Perancis, German, Cina dan Jepun agar
kita tidak jauh ketinggalan dalam memperolehi pengetahuan dalam pelbagai
bidang terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Misalnya, penggunaan
Bahasa Inggeris dalam beberapa mata pelajaran khususnya mata pelajaran
Matematik dan Sains di sekolah tidak akan menjadikan kita kurang patriotik, tapi
dapat membantu kita dalam proses perolehan ilmu yang lebih tinggi dan mantap.
Dalam membangunkan modal insan, negara seharusnya membentuk
generasi akan datang dengan tahap ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bidang
Matematik dan Sains agar berupaya untuk menembusi dunia melalui kemajuan
dunia teknologi. Implikasi daripada pembangunan modal insan yang mantap,

131
Masalah Pendidikan, 31(1)

produktiviti negara akan meningkat menerusi penjanaan pendapatan negara


dengan lebih baik di samping mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih luas.
Pandangan tersebut dibuktikan dengan pengalaman negara-negara yang
mempunyai sumber alam yang terhad seperti Singapura, Taiwan, Korea Selatan
dan Jepun. Mereka berjaya untuk memajukan din dan negara mereka setanding
dengan negara-negara maju lain menerusi pembangunan dalam modal insan.
Rakyatnya mempunyai tahap kesetiaan yang tinggi bukan setakat kepada
negaranya malah kepada pekerjaannya sendiri (Shahril Marzuki & Habib Mat
Som, 1999).
Usaha untuk membangunkan modal insan turut berupaya untuk
mengurangkan jurang perbezaan pendidikan serta taraf hidup dalam kalangan
masyarakat di kawasan bandar dan luar bandar. Mungkin ramai di antara kita
yang tidak menyedari bahawa jurang perbezaan tersebut semakin znelebar.
Misalnya, dalam bidang pendidikan secara keseluruhannya jurang perbezaan
masih ketara dalam kalangan sekolah di kawasan bandar dan luar bandar (Shahril
Marzuki, 2005). Fenomena tersebut disebabkan kurangnya kemudahan asas serta
guru berpengalaman yang mengajar di sekolah luar bandar dan pedalaman
walaupun ada di antara mereka yang mempamerkan pencapaian yang lebih baik
berbanding sebelum ini.
Antara usaha kerajaan untuk mengurangkan jurang perbezaan dalam
pendidikan dari aspek lokasi adalah dengan memberikan penumpuan terhadap
kemudahan infrastruktur di kawasan tersebut. Selain itu, jumlah guru terlatih
turut diperbanyakkan di samping bantuan diberikan kepada murid yang
memerlukannya. Namun, kesemua usaha yang dirancang akan gagal sekiranya
faktor penyumbang utama kepada kejayaan sesebuah sekolah iaitu guru diabaikan
kebajikan mereka (Sufean Hussin, 2004).
Justeru, usaha kerajaan menerusi penggubalan PIPP terhadap terasnya iaitu
memperkasakan sekolah kebangsaan berupaya untuk menangani kemelut yang
dihadapi oleh guru. Apabila sesebuah sekolah mencapai kecemerlangan dari
pelbagai aspek seperti kepimpinan, pengurusan sekolah, akademik dan ko-
kurikulum secara tidak langsung keyakinan ibu bapa terhadap sekolah akan
meningkat. Usaha untuk meningkatkan kerjaya perguruan dan menyediakan
graduan yang dikehendaki pasaran pekerjaan seharusnya dipandang serius.
Kerajaan telah menambahkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan guru-guru
dalam teknologi maklumat dan komunikasi serta memperuntukkan sebanyak
RM40 bilion bagi tujuan pendidikan dan latihan.
Dalam usaha untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh guru, kerajaan
menerusi penggubalan PIPP telah berusaha untuk memartabatkan profesion
keguruan. Kerajaan telah mencadangkan satu sistem untuk menambahbaik
perjawatan guru, menambahkan perjawatan mereka serta perluasan kenaikan
pangkat serta penambahbaikan terhadap persekitaran tempat kerja mereka.
Malah, banyak aspek seharusnya diambil kira agar kedua-dua pihak iaitu kerajaan
dan juga guru berpuashati. Misalnya, walaupun terdapat cadangan agar guru
mengajar mengikut opsyen dan keperluan, namun memandangkan keperluan guru
masih tidak mencukupi bagi mata pelajaran tertentu, maka terdapat juga guru
yang terpaksa mengajar mata pelajaran yang bukan opsyen mereka. Fenomena
tersebut dikhuatiri akan menghalang keberkesanan proses P&P.
Begitu juga dengan pemimpin sekolah iaitu Pengetua dan Guru Besar. Dalam
usaha untuk melonjakkan kecemerlangan pendidikan mampukah mereka menyahut

132
Masalah Pendidikan, 31(1)

cabaran bagi menjadikan sekolah mereka sebagai sekolah berwatak, berkesan atau
cemerlang seperti mana yang diharapkan ketika merangka sekolah kluster.
Akhir sekali isu dan cabaran yang dihadapi adalah jangka masa
pelaksanaan PIPP yang terlalu singkat iaitu selama lima tahun. Persoalannya kini
adakah munasabah untuk melaksanakan ke enam-enam teras PIPP dalam tempoh
masa tersebut sedangkan kita berdepan dengan beberapa kekangan seperti masa,
kewangan dan surnber. Namun, sekiranya matlamat PIPP tidak tercapai sepenuh,
adalah dicadangkan agar PIPP ini digubal semula dengan menjadikannya sebagai
satu pelan strategi jangka masa panjang. Walau bagaimanapun, persoalan
dibincangkan di atas akan terjawab menjelang pada tahun 2010 iaitu tempoh
masa matang PIPP.

Kesimpulan

Kejayaan PIPP amat bergantung kepada kefahaman dan komitmen semua warga
Malaysia khususnya mereka yang terlibat secara langsung dengan PIPP sama ada
sebagai penggubal mahupun pelaksana dasar tersebut. Kejayaan PIPP amat
bermakna bagi kita kerana is berupaya untuk berperanan sebagai batu loncatan
bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara agar bertaraf dunia. Implikasinya,
PIPP berupaya untuk melahirkan modal insan seperti mana dirancangkan bagi
menjamin semua cabaran yang digariskan dalam Wawasan 2020 tercapai.

133
Masalah Pendidikan, 31(1)

Rujukan

Kad Laporan Pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010.


Dimuat turun pada 20 Oktober, 2007, daripada htty://www.moe.gov.my
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Pelan Pembangunan Pendidikan
2001- 2010: Perancangan bersepadu penjana kecemerlangan pendidikan.
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP) 2006-2010. Kuala Lumpur: Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Shahril Marzuki. (2005). Mengurus kewangan sekolah. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing.
Shahril Marzuki, & Habib Mat Som. (1999). Pendidikan di Malaysia: Isu dan
cabaran. Kuala Lumpur: Utusan.
Sistem pendidikan halatuju pendidikan. Dimuat turun pada 27 Julai, 2007,
daripada http://www.moe.g2ymy
Sufean Hussin (Ed.) (2004). Dasar pembangunan pendidikan di Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Unit Perancangan Ekonomi. (2006). Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-
2010). Kuala Lumpur: Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana
Menteri.
Yang Pei Keng. (2003). National education after 44 years Part 1. Dimuat turun
pads 27 Julai, 2007, daripada
http:llwww.johorebar.org.mylcontent/view/1 0 1/27/

134

You might also like