You are on page 1of 2

Dokumen Maklumat Perancangan

4.0 ISU-ISU PERANCANGAN

Di dalam kajian rancangan pemajuan terdapat penemuan-penemuan dari segi isu perancangan
sektor pelancongan dan warisan yang sama. Antaranya yang utama adalah dirumuskan seperti
berikut:-

• Tahap kemudahsampaian yang rendah terutama produk pelancongan di luar bandar dan
pulau-pulau.
• Kurangnya bahan interpretasi.
• Penyelenggaraan, promosi dan pemasaran yang kurang berkesan.
• Pembangunan produk pelancongan tidak secara bersepadu, berskala sederhana dan kecil
tidak berupaya menarik kedatangan pelancong baru dan lawatan ulangan.
• Pakej-pakej pelancongan kurang melengkapi antara satu sama lain.
• Kekurangan kemudahan penginapan pelancongan yang pelbagai menjadi salah satu
penyebab pelancong tidak tinggal lama.
• Tumpuan kemudahan sokongan seperti penginapan, pengangkutan dan agensi
pelancongan lebih kepada kawasan bandar.
• Tiada produk pelancongan yang khusus dan istimewa yang mampu menjadi tarikan utama.
• Pakej-pakej pelancongan tidak dijual atau di promosi oleh pengusaha atau operator
pelancongan.
• Kurang penumpuan terhadap isu-isu pemeliharaan alam sekitar. Pencemaran air, udara
dan alam sekitar yang kurang menarik.
• Kurang mendapat publisiti yang meluas.
• Kurang daya usaha yang agresif terhadap pelancongan kesihatan, pendidikan dan MICE
oleh semua pihak yang terlibat.
• Hampir semua memberi penekanan kepada produk yang sama. Oleh itu, berlaku
persaingan kurang sihat serta pembaziran sumber yang terhad.

13
Sektor Pelancongan Dan Warisan
Dokumen Maklumat Perancangan

14
Sektor Pelancongan Dan Warisan

You might also like