You are on page 1of 21

1.

0
BIODATA
PROFIL DIRI

NAMA : NUR FARHANA BTE A. RAZAK

NO. IC : 890501-01-5284

UNIT : KAJIAN SOSIAL 1

KURSUS : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

PERGURUAN (PISMP)

AMBILAN : JANUARI 2010

TARIKH PBS : 22 MAC HINGGA 26 MAC

NAMA SEKOLAH : SK BINDU, BATU PAHAT, JOHOR


2.0 Pernyataan professional / kontrak aktiviti

2.1 Pernyataan sebelum PBS

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu tugas yang perlu


dilakukan oleh setiap guru pelatih dari institut-institut perguruan di seluruh Malaysia.
Oleh itu, saya menerima tugas ini sebagai satu cabaran yang perlu ditempuhi agar
dapat mendedahkan diri dengan persekitaran sekolah. Sebagai Budak Baru Belajar,
pengalaman dan pengetahuan amatlah perlu dalam profesion keguruan. Untuk kali
ini saya memilih Sekolah Kebangsaan Bindu.

Seperti yang diketahui berdasarkan Falsafah pendidikan kebangsaan (FPK),


matlamat pendidikan Negara dapat dinyatakan sebagai satu usaha untuk melahirkan
insan yang mempunyai sahsiah yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Namun sejauh manakah sekolah telah berjaya merealisasikan hasrat FPK
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Saya berharap saya akan dapat
merungkai persoalan yang bermain di minda saya apabila saya menjalankan PBS
kelak.

Sebagai seorang bakal guru adalah penting bagi saya menimba ilmu dan
mencedok pengalaman orang-orang yang lebih lama dalam bidang keguruan. Oleh
itu PBS merupakan satu platform yang baik untuk saya mendapatkan teknik-teknik
pengajaran yang berkesan dan cara menguruskan kelas dengan baik daripada guru-
guru yang sebenar.

Harapan saya semoga program PBS ini dapat membuka jalan kepada saya
untuk lebih mengetahui lebih lanjut tentang dunia keguruan. Saya juga berharap
untuk mendapat kerjasama yang baik daripada kakitangan sekolah bagi
mengumpulkan maklumat yang diperlukan.
2.2 laporan perlaksanaan aktiviti yang difokuskan

22 Mac 2010

Hari pertama melaporkan diri kepada sekolah. Guru Besar memberikan


taklimat tentang organisasi dan pentadbiran sekolah, prasarana dan kemudahan
sekolah, pencapaian akademik pelajar-pelajar SK Bindu. Beliau telah memberikan
carta organisasi pentadbiran dan carta organisasi kurikulum untuk tahun 2010.
Beliau juga telah memberikan takwim sekolah untuk tahun 2010. Bagi memudahkan
saya untuk bergerak mencari maklumat beliau telah memberikan pelan sekolah
sebagai panduan.

Menurut beliau pencapaian akademik palajar-pelajar Sekolah kebangsaan


Bindu adalah di tahap sederhana. Susah untuk mendapatkan pelajar yang mendapat
5A setiap tahun. Beliau mengatakan pencapaian yang paling terbaik adalah pada
tahun 2002 iaitu seramai 3 orang mendapat 5A.

23 Mac 2010

Saya berjumpa dengan Guru Penolong Kanan Kokurikulum iaitu EN.Rosli Bin
Asther untuk mendapatkan maklumat tentang aktiviti kokurikulum yang terdapat di
SK Bindu. Menurut beliau walaupun SK Bindu mempunyai bilangan murid yang
sederhana aktiviti Kokurikulum tetap dijalankan sama seperti di sekolah Bandar yang
lain. Menurut beliau di SK Bindu terdapat 3 badan beruniform iaitu Pengakap,
Persatuan Bulan Sabit Merah dan juga Puteri Islam. Manakalaa bagi persatuan pula
sebanyak 4 persatuan telah diwujudkan iaitu Persatuan Bahasa Melayu, English
Club, Persatuan ICT dan Komputer serta Persatuan Sains dan matematik. Semua ini
bertujuan untuk melengkapkan diri pekajar dengan kemahiran-kemahiran lain selain
ilmu yang mereka perolehi di bilik darjah. Menurut beliau lagi terdapat dua aktiviti
tahunan yang wajib diadakan iaitu perkhemahan tahunan serta hari sukan di mana
aktiviti ini melibatkan penglibatan semua pelajar.

Selain itu, SK Bindu juga menjadi johan pertandingan sepak takraw peringkat
daerah. Namun beliau berasa hampa kerana SK Bindu sering dikecualikan untuk
mewakili daerah kerana peluang itu hanya diberikan kepada sekolah-sekolah
Bandar oleh itu bakat pelajar SK Bindu tidak dapat ditonjolkan.
24 Mac 2010

Pada hari ketiga PBS saya berjumpa dengan Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid. Melalui perbincangan saya bersama beliau saya mendapat maklumat
bahawa di SK Bindu terdapat Lembaga Pengawas Sekolah yang terdiri daripada
pelalajar SK Bindu itu sendiri. Tujuan penubuhan Lembaga pengawas Sekolah ini
adalah untuk membantu guru mengawal pelajar sekiranya guru-guru mempunyai
komitmen lain. Selain itu kewujudan badan ini diharapkan dapat mendidik sikap
bertanggungjawab dalam kalangan diri pelajar.

Menurut beliau lagi dari segi pencapaian akademik, sekolah sedar akan
prestasi pelajaran pelajar yang lemah. Oleh itu, pihak sekolah telah mengambil
pelbagai tindakan untuk mengatasi masalah tersebut. Beliau mengatakan terdapat
satu program yang itu buddy support system yang diajalankan sebulan sekali.
Program ini bertujuan supaya pelajar yang pandai boleh memimpin pelajar yang
lemah dalam bidang akademik. Selain itu juga sekolah telah mengadakan program
kelas malam kepada pelajar darjah 6 pada setiap hari persekolahan. Namun,
program ini tidak mendapat sambutan kerana kurangnya kesedaran pelajar dan ibu
bapa dalam kepentingan penguasaan akademik.

Selain itu juga saya telah mengambil data-data daripada buku pengurusan
sekolah. Saya juga diberikan kebenaran untuk mendapatkan maklumat melalui
komputer pentadbiran sekolah.

25 Mac 2010

Hari keempat merupakan Hari ujian bulanan SK Bindu. Guru-guru agak sibuk.
Oleh itu saya mengambil kesempatan ini untuk melihat prasarana sekolah. Sekolah
ini boleh dikategorikan sebagai sekolah yang cantik kerana landskap dan
persekitaran yang menarik. Terdapat banyak kemudahan yang disediakan untuk
pelajar seperti taman permainan, makmal komputer, padang sekolah dan
sebagainya. Walaupun SK Bindu dikategorikan sebagai sekolah luar Bandar tetapi
prasarana yang disediakan seiring dengan sekolah Bandar.

Terdapat juga banyak kata-kata hikmah, formula-formula sains dan


matematik, Falsafah pendidikah Negara, visi dan misi sekolah menghiasi dinding
dan laluan gajah menyusur di sekolah.
26 Mac 2010

Merupakan hari terakhir. Pada hari jumaat setiap minggu setiap sekolah di
negeri Johor perlu membuat program membudayakan Al-Quran. Tidak terkecuali SK
Bindu. Tetapi terdapat sedikit keunikan Program Membudayakan Al-Quran di
sekolah ini. Hal ini kerana sebelum memulakan majlis para pelajar akan
diperdengarkan nasyid yang berkaitan tajuk tazkirah pada hari itu. Hal ini bertujuan
supaya pelajar lebih mudah faham tentang ilmu yang ingin disampaikan. Pelajar-
pelajar mendengar dengan khusyuk. Saya meninggalkan sekolah dengan harapan
ilmu yang saya dapat dapat membentu saya menjadi seorang insan pendidik yang
cemerlang.
3.0
MAKLUMAT
SEKOLAH
4.0 Instrumen Pengumpulan Data Berhubung tugasan

Bagi mendapatkan maklumat daripada guru-guru SK Bindu saya


menggunakan kaedah temu bual kerana saya merasakan kaedah ini releven untuk
digunakan. Di antara soalan yang saya kemukakan ialah:

Soalan 1

Sٍejauh manakah penggunaan Rancangan Pengajaran Semester dan harian?


Apakah kaedah pengajaran yang biasa digunakan oleh cikgu?

Soalan 2

Apakah set induksi memainkan peranan penting dalam penggunaan Rancangan


Pengajaran harian?

Soalan 3

Apakah yang perlu dilakukan supaya dapat memupuk minat murid-murid untuk
belajar?

Soalan 4

Adakah perlu bagi guru untuk mengetahui latar belakang pelajar? Kenapa?

Soalan 5

Adakah aktivti yang dijalankan oleh pihak sekolah dapat meningkatkan prestasi
pelajar SK Bindu.
5.0
KOLABORASI
6.0 Ilmu Pengetahuan baru

6.1 Pemerhatian

Daripada pemerhatian yang dibuat saya mendapati semua guru


mengamalkan penggunaan sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, buku teks
dan buku panduan guru. Panduan Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran,
Buku Teks dan buku Panduan Guru merupakan salah satu daripada buku yang
diberikan kepada guru sebagai persediaan sebelum mengajar di sekolah. Ia penting
kepada guru sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Buku-
buku ini juga dapat memberi gambaran awal kepada guru mengenai perkara-perkara
yang akan diajar di dalam kelas. Contohnya, penggunaan Sukatan Pelajaran secara
efektif dan bersistematik dapat memberi ruang kepada guru untuk melaksanakan
P&P yang berkesan kerana guru telah didedahkan dengan apa yang bakal diajar
oleh guru. Guru dapat menyediakan bahan-bahan seperti bahan bantu mengajar
(ABM) dan buku rujukan tambahan sebelum memulakan sesi Pengajaran dan
Pembelajaran di dalam kelas mahupun diluar kelas. Buku panduan ini dikeluarkan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, memberi banyak manafaat dan bantuan
kepada guru.
Selain itu perkara lain yang dapat dilihat ialah penggunaan alat bantu
menganjar (ABM). Menurut Mohd Sobri (2000), proses pengajaran tidak hanya
tertumpu kepada penggunaan buku teks, kapur tulis dan papan hitam sahaja,malah
lebih dari itu termasuklah penggunaan komputer yang meyediakan pembelajaran
secara interaktif bagi menarik minat pelajar. Pengajaran yang dilaksanakan haruslah
melibatkan pelbagaibagai teknik agar tidak hanya menghasilkan pengajaran yang
mendatar. Ini akan menjadikan pembelajaran pelajar tidak menarik. Di dalam Mohd
Fazreen (2003) ada dinyatakan bahawa pembelajaran lebih berpusatkan guru
sahaja (dalam bentuk satu hala) di mana guru menyampaikan isi pelajaran dan
pelajar hanya mendengar telah menjadikan pelajar peserta pasif atau ‘passive
learner’. Ini akan menyebabkan pelajar akan merasa mudah bosan dan sedikit
sebanyak akan melunturkan minat pelajar untuk belajar. Strategi yang digunakan ini
bolehlah dikatakan sebagai kaedah tradisional dan haruslah di perbaiki agar dapat
mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang aktif di mana pelajar turut berfikir
untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Oleh itu, penggunaan alat bantu mengajar
amatlah digalakkan kerana ia merupakan salah satu kaedah bagi melahirkan
suasana pembelajaran yang aktif antara pelajar dan guru. Di dalam Asri(2000),
dinyatakan alat bantu mengajar dapat menarik minat dan perhatian pelajar
memahami sesuatu konsep dan isi pelajaran yang mudah, mewujudkan suasana
pengajaran yang aktif dan menarik. Pelajar juga dikatakan akan terus tertarik untuk
belajar dan berinteraksi dengan aktif. Proses ini dikatakan dapat mendorong ke arah
peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran yang hanya
menggunakan sumber yang ada semata-mata seperti buku teks, kapur tulis, papan
hitam dan buku latihan bolehlah dianggap sebagai satu pengajaran yang
mengenepikan teknologi pengajaran terkini yang banyak menggunakan komputer
sebagai kaedah terbaru di dalam pembelajaran.
Selain itu, rumus-rumus dan nota-nota yang diletakkan di dinding-dinding
sekolah dan di laluan gajah menyusur mempunyai tujuan tertentu. Nota yang
diletakkan di merata tempat dapat meransang minda pelajar dan membuatkan
pelajar lebih mudah untuk mengingat kerana mereka melihat nota itu setiap kali
mereka melalui tempat berkenaan. Kaedah ini berkesan untuk membantu pelajar
yang tidak dapat menguasai akademik dengan baik.
Menjadi seorang guru bukan tugas yang mudah. Guru yang baik akan dapat
menguruskan kelas dengan sempurna. Sekiranya guru gagal menguruskan kelas
beribu anak bangsa akan hidup dalam kesusahan. Tugas guru amat penting.
Kegagalan seorang doctor menyebabkan kematian seorang pesakit tetapi kegagalan
guru dalam mendidik akan menyebabkan kematian seluruh umat manusia.
6.2
SENARAI
SEMAK
6.3 Temu bual
Melalui kaedah temu bual saya mendapat banyak input berguna bagi
menyiapkan diri saya sebagai seorang guru. Melalui temu bual saya bersama Guru
Beasr, beliau mengatakan dalam mendidik pelajar kita bukan sahaja berdepan
dengan karenah pelajar itu sendiri malah terpaksa berhadapan dengan keluarga
yang kadang kala mengganggu proses sosialisasi di antara guru dan pelajar.sebagai
seorang guru yang baik kita haruslah jangan cepat melatah dan cuba menyelesaikan
sesuatu perkara dengan baik. Guru juga tidak harus menjadi kera sumbang.
Selalulah bergaul dengan masyarakat supaya hubungan kita dengan ibu bapa
pelajar bertambah erat.
Selain daripada Guru Besar, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid juga ada
menyatakan bagi melahirkan seorang pelajar yang bergelar insane adalah tugas
yang sukar. Oleh itu tekni yang sesuai digunakan. Terutama sekali dalam dunia
yang serba moden proses mendidik adalah sukar kerana terdapatnya campur
tangan orang luar terutama sekali keluarga. Beliau mengatakan pelajar yang kurang
pandai hendaklah dilayan berbeza dengan pelajar yang pandai. Mereka bukan
sahaja perlu bimbingan daripada kita malah mereka memerlukan semangat dan
bimbingan daripada seorang guru. Jangan sesekali merendah-rendahkan
kemampuan mereka dan cuba cari bakat terpendam yang dimiliki oleh mereka.
7.0
REFLEKSI
8.0 Laporan akhir

Amalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diaplikasikan di Sekolah


Kebangsaan Kampung Bindu, Batu Pahat, Johor.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan dasar kepada pendidikan di


Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia
mestilah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Justeru setiap bakal guru di
Malaysia diwajibkan membaca, memahami,menghayati dan seterusnya mengamalkan
falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran
sentiasa berada di landasan yang betul. Intipati utama dalam falsafah Pendidikan
Kebangsaan ini ialah untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan rohani (JERIS). Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara
keempat-empat unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada
intelek atau sebaliknya. Oleh yang demikian sesiapa sahaja yang terlibat dalam profesion
keguruan haruslah menghayati dan mendalami falsafah ini agar elemen-elemen dan
kandungan serta hasratnya dapat dilaksanakan dengan jayanya dalam usaha mendidik dan
melahirkan generasi kamil yang mampu memacu pembangunan negara.

Matlamat Pendidikan Kebangsaan juga bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia


yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri tertentu iaitu percaya dan patuh pada
tuhan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat,
agama dan negara, memiliki sahsiah yang seimbang dan bersatu padu serta yang terakhir
memupuk perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang kaum.

Berdasarkan pemerhatian saya sepanjang Program Pengalaman Berasaskan


Sekolah (PBS) yang berlangsung bermula daripada 22 Mac 2008 hingga 26 Mac 2010,
elemen-elemen yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan diaplikasikan
secara menyeluruh di sekolah. Pihak sekolah memainkan peranan masing-masing dalam
merealisasikan matlamat falsafah pendidikan kebangsaan di sekolah itu merangkumi aspek
sahsiah, ko-kurikulum, budaya sekolah, dan guru sebagai model dalam menunjukan contoh
teladan kepada para pelajar.

SAHSIAH

Sahsiah boleh didefinisikan sebagai keperibadian. Aspek sahsiah merupakan salah


satu aspek terpenting yang diberi penekanan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam
usaha melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah yang luhur dan mulia pekertinya.
Sekolah Kebangsaan Bindu amat menitiberatkan sahsiah dan akhlak para
pelajarnya. Segala salah laku dan masalah disiplin yang timbul disekolah diatasi dengan
berhemah dan penuh bertoleransi oleh Badan Displin yang diketuai oleh Guru Besar, Encik
Jalal Bin A.Aziz. Sebagai orang yang telah lama dalam bidang keguruan, beliau begitu tegas
dalam masalah disiplin dan sahsiah pelajar.

Berdasarkan pemerhatian yang di buat, sahsiah para pelajar di sini begitu baik dan
terbukti bahawa sekolah adalah tempat pembinaan sahsiah yang terbaik. Segala
pergerakan pelajar dari satu lokasi ke lokasi adalah dalam keadaan berbaris dan di pantau
oleh pengawas ataupun ketua darjah masing-masing. Para pelajar akan sentiasa patuh
kepada arahan pengawas bertugas dan mengikut laluan masing-masing. Oleh itu, pada
masa hadapan mereka tidak akan janggal untuk mengikut peraturan negara dan patuh
kepada arahan penguatkuasa seperti polis,tentera dan sebagainya.

Para pelajar di sekolah ini juga bersifat ringan tulang. Mereka tidak berasa berat
tulang untuk membantu guru mengangkat barang-barang. Malah mereka begitu
menghormati guru mereka. Mereka akan bersalaman dengan guru mereka tidak kira di
mana sahaja mereka bertemu dengan guru mereka. . Hal ini menjadi bukti bahawa Malaysia
tidak akan ketandusan individu yang sanggup bekorban dan memberi sumbangan untuk
negara. Sikap sanggup dan sedia membantu ini berjaya diterapkan sebagai amalan harian
di sekolah ini dan ternyata elemen yang ditekankan dalam Falsafah pendidikan Kebangsaan
berjaya diaplikasikan di sekolah ini.

Dalam usaha membentuk sahsiah dan akhlak mulia, pihak sekolah tidak
megetepikan peranan agama yang dikatakan faktor utama yang mempengaruhi tingkah laku
pelajar. Setiap pagi, pengawas bertugas akan mengetuai bacaan doa untuk memohon
ketenangan dan di buka pintu hati mereka untuk menimba ilmu sebelum masuk ke kelas.
Antara isi kandungan doa yang dibacakan setiap hari adalah :

i. memohon keampunan daripada Allah atas kesilapan yang dilakukan oleh diri
sendiri, ibubapa, guru-guru dan umat manusia.
ii. mendoakan kesejahteraan diri, ibubapa, guru- guru dan sekalian makhluk.
iii. dipermudahkan segala urusan harian.
iv. memohon keredhaan tuhan agar kehidupan mereka dirahmati dan di buka
pintu syurga untuk mereka.
Selain itu sebelum makan juga mereka akan menunggu semua rakan-rakan

mengambil makanan untuk membaca doa bersama-sama. Selepas makan iaitu sebelum
masuk ke kelas mereka akan berkumpul di tapak perhimpunan untuk membaca doa selepas
makan diketuai oleh ketua pengawas. Kemudian barulah mereka masuk ke kelas masing-
masing.

Ko-kurikulum.

Ko-kurikulum adalah aktiviti lanjutan kepada proses pengajaran dan pembelajaran di


bilik darjah yang di kenali sebagai kurikulum. Aktiviti ko-kurikulum adalah aktiviti luar bilik
darjah yang memberi peluang kepada para pelajar untuk menambah kemahiran,
pengetahuan dan nilai yang dipelajari di dalam kelas. Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian
daripada pendidikan yang membantu dalam membina sahsiah diri serta membangunkan
modal insan para pelajar. Terdapat pelbagai faedah dalam kegiatan kokurikulum antaranya;

· Memperluaskan pengetahuan dan pengalaman pelajar

· Membentuk sahsiah dan membina konsep kendiri

· Meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan diri pelajar

· Memupuk interaksi dan integrasi kaum

· Menyemai daya kepimpinan

· Mengurangkan masalah sosial

· Mencabar minda dan ketahanan diri

· Mempelajari situasi kehidupan sebenar

· Memupuk semangat setia kawan

· Menggunakan masa lapang secara berfaedah

Sekolah Kebangsaan Bindu juga menitiberatkan aktiviti kokurikulum ini. Setiap


pelajar tahap 2 iaitu para pelajar tahun 4 hingga 6 diwajibkan mempunyai satu badan
beruniform dan satu persatuan untuk dianggotai. Antara badan beruniform yang boleh di
pilih ialah :

i. Pengakap.
ii. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
( PBSM)
iii. Persatuan Puteri Islam Malaysia

Manakala bagi persatuan pula, para pelajar boleh memilih :

i. Persatuan Bahasa Melayu.


ii. English Club
iii. Kelab Komputer
iv. Persatuan Sains dan Matematik

Pada setiap hari Rabu para pelajar diwajibkan memakai pakai beruniform masing-
masing. Guru-guru pembimbing juga dikehendaki memakai pakaian beruniform. Waktu
untuk aktiviti persatuan dan badan beruniform ini ialah pada waktu petang iaitu antara pukul
3 hingga pukul 5. Disebabkan pelajar di Sekolah Kebangsaan Bindu yang sedikit
menyebabkan persatuan yang diwujudkan tidak mempunyai banyak variasi. Acara wajib
bagi badan beruniform yang akan diadakan setiap tahun ialah perkhemahan tahunan.
Semasa perkhemahan ini banyak aktiviti yang dilakukan seperti pertandingan memasak dan
sebagainya.

Walaupun bilangan pelajar di Sekolah Kebangsaan Bindu hanya berjumlah 126


orang, namun banyak bakat baru yang mengharumkan nama sekolah. Sekolah Kebangsaan
Bindu telah menjadi johan peringkat negeri pertandingan takraw bawah 12 tahun. Selain itu,
pemidato Sekolah Kebangsaan Bindu telah mengharumkan nama sekolah kerana mendapat
tempat ke-2 peringkat kebangsaan.

Selain itu, hari keusahanan juga diadakan bagi mencungkil bakat untuk berniaga
pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Bindu. Pada Hari Keusahawanan ini pelajar-pelajar
diberikan gerai untuk menjalankan perniagaan mereka sendiri. Aktiviti ini dipantau oleh guru-
guru Sekolah Kebangsaan Bindu itu sendiri.

Aktiviti ko-kurikulum yang diadakan dan disertai oleh para pelajar sekolah ini amat
bertepatan dengan saranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan
kebangsaan ingin melahirkan insan mempunyai tubuh badan atau fizikal yang baik. Bakat
dan potensi diri pelajar dapat di kesan dan di cungkil melalui aktiviti ko-kurikulum ini. Bakat
kepimpinan juga dapat di latih dan dikembangkan melalui aktiviti seumpama ini. Setelah
diteliti melalui aktiviti yang ada di sekolah ini, saranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
agar potensi diri pelajar dikembangkan di aplikasi di sekolah ini.
Budaya Sekolah.

Budaya suatu istilah yang boleh didefinasikan sebagai suatu amalan yang dilakukan
secara kerap dan akhirnya menjadi satu kebiasaan dalam kehidupan harian. Selain menjadi
tempat menyalurkan pengetahuan dan melatih kemahiran akademik, sekolah juga
merupakan agen budaya. Melalui pendidikan di sekolah, nilai-nilai budaya yang diperlukan
dalam dan negara dapat diserapkan dan disemaikan dalam kehidupan harian para pelajar.

Pada era globalisasi ini, masalah keruntuhan moral dan jenayah dalam
kalangan remaja dan murid-murid semakin meningkat. Mereka terdedah dengan
masalah penagihan dadah, minum minuman keras, merokok, pergaulan bebas dan
melakukan perkara-perkara jenayah seperti mencuri, merompak, merogol dan
sebagainya. Masalah ini jika tidak dibendung dengan segera, akan merebak dan
membantutkan pembangunan negara.

Menyedari hakikat ini, negara telah mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara


yang bertujuan memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani.. Dengan itu perkembangan kurikulum harus sejajar
dengan perubahan sosial agar nilai-nilai murni dalam diri individu tidak pupus ditelan
arus pembangunan (Mohammad Nor, 1990; Kamaruddin Hj. Husin, 1994).

Sekolah Kebangsaan Bindu menekankan budaya ilmu di sekolah. Konsep


pembelajaran sepanjang hayat di aplikasi di sekolah ini. Dinding-dinding sekolah di
hias dengan nota-nota pelajaran supaya para pelajar sentiasa berada dalam mood
belajar. Sebagai contoh, pada laluan gajah menyusur, rumus matematik di tampal
agar pelajar dapat mengingati rumus-rumus penting.

Para pelajar di sekolah ini juga didedahkan dengan budaya membaca.


Falsafah Pendidikan kebangsaan menekankan elemen ilmu pengetahuan. Rakyat
yang berilmu pengetahuan lahir daripada budaya suka membaca. Di sekolah ini,
budaya membaca dititikberatkan oleh pihak pengurusan agar para pelajar mendapat
ilmu melalui pembacaan. Perpustakaan diselengara dengan baik serta bahan-bahan
bacaan yang mencukupi membuatkan para pelajar di sini minat dan suka membaca.
Bagi menggalakan pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Bindu untuk membaca,
anugerah nilam disediakan bagi pelajar yang membaca paling banyak pada setiap
tahun. Anugerah seperti ini secara tidak langsung menggalakan pelajar untuk
membaca.

Pada setiap pagi sebelum masuk ke kelas, semua dikehendaki beratur diluar
kelas untuk membaca sifir dan mengeja. Budaya ini diamalkan selaras dengan
matlamat FPK supaya menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Budaya
ini telah membuatkan ramai pelajar menghafal sifir dan dapat membaca sejak
berada di dalam darjah satu lagi. Di sini dapat dilihat bagaimana guru-guru begitu
komited untuk memastikan pelajar-pelajar mereka berjaya.

Prasarana

Walaupun SK Bindu merupakan sekolah luar Bandar namun prasarana yang


disediakan standing dengan sekolah luar bandar. Bagi menstabilkan emosi pelajar di
sekolah ini terdapat landskap yang menarik seperti kolam ikan, taman herba dan
sangkar burung kenari. Pelajar-pelajar ditugaskan untuk menjaga landskap tersebut.
Hal ini dapat memupuk sikap bertanggungjawab dalam diri pelajar-prlajar dan
semangat cintakan alam sekitar. Selain itu juga disepanjang laluan gajah menyusur
digantung pokok-pokok yang beranika warna yang boleh meransang minda pelajar-
pelajar. Di sekolah ini juga terdapat taman permainan di mana di sinilah pelajar-
pelajar menghabiskan waktu terluang mereka bersama kawan-kawan.

Bagi memudahkan proses P&P di sekolah ini juga terdapat makmal komputer
yang membolehkan pelajar mencari maklumat. Malah dalam jadual juga
diperuntukan waktu ICT bagi setiap kelas bagi member peluang pelajar-pelajar
menggunakan kemudahan komputer. Hal ini dapat mendedahkan pelajar dengan
teknologi moden dan supaaya mereka tidak hidup seperti katak bawah tempurung
berseusaian dengan matlamat FPK untuk melahirkan masyarakat yang
berintelektual tinggi.

Bagi menjalankan aktiviti seperti program membudayakan Al-Quran, dataran


kejat digunakan. Di dataran ini berlakunya semua aktiviti yang ingin dilakukan di
sekolah memandangkan sekolah ini tidak mempunyai dewan. Tetapi perkara itu
tidak menghalang mereka daripada melakukan aktiviti yang sepatutnya.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah satu asas yang kukuh dalam usaha
melahirkan insan yang kamil, berketrampilan dan seimbang yang mampu memberi
sumbangan kepada pembangunan negara khususnya dalam bidang ekonomi.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini juga merangkumi segala aspek dunia dan
akhirat. Keseimbangan antara aspek dunia dan akhirat begitu penting bagi
melahirkan pelajar yang cemerlang tanpa melupakan kewajipan kepada tuhan dan
sentiasa berakhlak mulia.

Sekolah adalah tempat yang sesuai untuk menimba ilmu, membentuk sahsiah
dan membangunkan potensi diri. Pengurusan sekolah yang berkualiti dan sistematik
akan menjadikan sekolah sebagai sebuah institusi yang dihormati dan disanjungi.
Kewajipan sebagai seorang guru perlu ditunaikan secara professional agar bakal
pemimpin yang akan muncul adalah pemimpin yang adil, berilmu pengetahuan, taat
kepada tuhan dan mempunyai peribadi yang mulia. Tugas yang di amanahkan perlu
di galas sebaiknya dengan penuh dedikasi, bertanggungjawab dan ikhlas kerana
golongan guru umpama pencating batik yang menentukan corak batik.

You might also like