You are on page 1of 2

Tajuk Artikel: E-Kerajaan: Dua isu asas perlu ditangani terlebih dahulu,

kata Najib

Sumber / Tarikh: Bernama Online 18 April 2008 – Jumaat

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
menggariskan dua perkara asas yang perlu ditangani terlebih dahulu bagi merealisasikan wawasan
kerajaan elektronik sepenuhnya.

Dua perkara berkenaan adalah mewujudkan infrastruktur kelas pertama dan melakukan anjakan
paradigma bagi mempromosikan penggunaan atau penerimaan teknologi secara besar-besaran.

Najib berkata secara strukturnya, kerajaan telah mengambil pendekatan kelas pertama dalam
pembinaan kemudahan instruktur teknologi maklumat (IT) seperti kelompok Penyelidikan dan
Pembangunan (R&D) dan hab satelit untuk menggalakkan budaya R&D yang lebih hebat.

Kerajaan juga telah meningkatkan kerjasama antara sektor swasta dan kerajaan bagi membangunkan
penyelesaian innovatif untuk memperbaiki kemudahan dan memberikan maklumbalas segera terhadap
keperluan mereka.

"Membina infrastruktur kelas dunia bagi perkhidmatan penyampaian awam bagaimanapun tidak akan
memberi kesan yang bermakna jika masyarakat umum tidak bersedia dan enggan menerima kaedah-
kaedah baru ini," katanya semasa berucap merasmikan perkhidmatan pembaharuan cukai jalan secara
online di sini.

"Perjuangan seterusnya yang perlu dimenangi adalah peperangan terhadap pemikiran... satu
perubahan budaya yang meliputi anjakan paradigma ke arah penerimaan secara menyeluruh
teknologi," kata Najib.

Dalam konteks ini, Najib berkata kedua-dua kerajaan dan sektor swasta mempunyai peranan masing-
masing untuk meningkatkan keyakinan orang ramai dan penggunaan secara menyeluruh teknologi.

"Saya secara bersungguh-sungguh mengalakkan setiap orang untuk meletakkan minda pemikiran
negara yang progresif dan menerima perkhidmatan awam sedia ada menerusi IT bagi membolehkan
negara merealisasikan wawasan E-Kerajaan," katanya.

Najib berkata kerajaan memperuntukkan sejumlah RM12.9 bilion bagi Aplikasi ICT dalam Rancangan
Malaysia Kesembilan, termasuk pembangunan Aplikasi Multimedua MSC serta Penyelidikan dan
Pembangunan ICT.

Beliau berkata Malaysia sebagai satu pasaran automotif terbesar di Asia Tenggara dengan kira-kira 15
juta kenderaan sehingga hari ini, adalah sangat mustahak bahawa perkhidmatan yang diberikan bukan
sahaja berkesan tetapi juga progresif.-- BERNAMA

Tajuk Artikel: Pembaharuan cukai jalan secara dalam talian

Sumber / Tarikh: Bernama Online 18 April 2008 – Jumaat

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Bermula hari ini, orang ramai mempunyai pilihan baru untuk
memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka dengan pelancaran Perkhidmatan Pembaharuan Lesen
Kenderaan Motor Dalam Talian.
Perkhidmatan dalam talian itu membolehkan orang ramai memperbaharui cukai jalan mereka di mana-
mana tempat yang mempunyai akses internet dan bila-bila masa.

Perkhidmatan itu dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu
majlis di sini hari ini.

Perkhidmatan tanpa banyak masalah itu dibangunkan oleh MY E.G.Services Berhad (MyEG),
pemegang konsesi perkhidmatan E-Kerajaan di Malaysia.

Perkhidmatan baru itu menamatkan penggunaan kad pendaftaran kenderaan dan orang ramai boleh
akses kepada perkhidmatan itu menerusi portal interaktif MyEG di www.myeg.com.my dan laman web
Jabatan Pengangkutan Jalan www.jpj.gov.my

Para pengguna boleh memilik supaya cakera cukai jalan itu dihantar terus ke rumah atau pejabat
mereka.

Selain memperbaharui secara dalam talian, orang ramai mempunyai pilihan untuk memperbaharui
cukai jalan di Kiosk E-Service yang ditempatkan di 54 Pusat E-Service syarikat itu selain cawangan
bank-bank terpilih di seluruh negara.

Pembayaran bagi perkhidmatan pembaharuan cukai jalan secara dalam talian boleh dibuat menerusi
kad kredit atau kad debit atau E-cash (akaun pra-bayar MyEG).

Selain itu, portal intergrasi syarikat itu juga akan membantu dalam pembaharuan polisi insurans
kenderaan.

Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang telah diperkenalkan MyEG sebelum ini adalah pengeluaran
dan pembaharuan lesen memandu dan pembayaran saman trafik secara dalam talian.-- BERNAMA

You might also like