Elakkan Memasukkan Semua Maklumat Peribadi Secara Terperinci Ke Dalam Profile Anda

You might also like

You are on page 1of 2

# Elakkan memasukkan semua maklumat peribadi secara terperinci ke dalam profile anda.

Ia
mungkin dieksploitasi oleh pihak yang anda tidak ketahui (termasuk FB Corp.).

# Sekiranya anda tak mahu maklumat peribadi terdedah, lebih elok privasikan laman anda (jika anda
bukan ikon masyarakat).

# Setiap gambar manusia yang anda post adalah hak milik orang yang ada dalam gambar tersebut.
Kalau nak post, pastikan minta izin dulu. Boleh jadi orang itu tak suka gambarnya dimasukkan.

# Elakkan tag nama orang dekat gambar-gambar yang tak masuk akal atau tiada kena mengena atau
dengan tujuan seronok-seronok. Ingat, sesetengah orang tak guna FB untuk seronok-seronok.

# Kalau anda kemaruk membuat maksiat, tak perlulah mempamerkan segala-galanya di laman anda.
Simpanlah aib anda dalam hard disc masing-masing. Jangan sampai nanti orang boleh jadikan modal
fitnah. (walaupun masa tu anda dah bertaubat nasuha.)

# Jika anda terlibat dengan aktiviti-aktiviti subversif (cth: parti pembangkang, HAMAS etc.) yang
boleh jadi tidak disukai oleh mana-mana pihak dan anda tak mahu diketahui oleh pihak itu, elakkan
memasukkan maklumat dan gambar-gambar berkaitan secara ekstrim. Cukuplah untuk anda simpan
sendiri-sendiri. (cth: gambar tokoh-tokoh, senapang, bom etc.)

# Jangan mulakan wall post yang provokatif sampai beratus-ratus orang bergaduh kerananya.

# Jika anda berminat dengan games-games yang ada dalam FB, tak perlulah forward kepada semua
kawan-kawan anda yang ada dalam senarai. Boleh jadi mereka tak mahu mencemarkan laman
mereka dengan games-games tak masuk akal itu. Penat pulak mereka nak remove satu persatu.

# Jangan forward kuiz-kuiz yang mengarut. Kalau nak forward juga, pilihlah kepada siapa anda nak
forward, iaitu friends yang anda rasa nak main kuiz itu juga.

# Jangan post urusan-urusan peribadi dekat wall. Cukuplah dengan personal message atau email.
# Jika anda dapat mesej berantai, pastikan mesej itu benar-benar sahih dan tepat. Jika tidak atau
kurang pasti, JANGAN forward kepada semua orang walaupun dinyatakan dalam mesej tersebut. Tak
perlu risau atau rasa bersalah. (juga boleh diaplikasi dalam YM)

# Elakkan accept friend request tanpa mengetahui siapa yang request. Boleh jadi orang itu adalah
musuh atau pemfitnah besar.

# Jangan join group-group yang mengarut atau tiada hala tuju dan yang lebih penting, JANGAN invite
orang lain untuk join group-group yang mengarut.

# Jika anda ingin meringkaskan penggunaan FB tanpa dicemari games, quiz, application yang tak
diingini, gunakan FB Lite

# Elakkan membazir masa yang lama dengan FB. Hidup ni bukan hanya untuk alam virtual.

# Gunakan laras bahasa yang elok dan sopan. Jangan maki hamun orang walaupun orang itu
ternyata salah.

SUMBER:

http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?
forum_id=141&thread_id=21579&pid=378989#post_378989

You might also like