You are on page 1of 1

TRIFFLE

(Bahan A). (Bahan B).


300ml susu sejat 1 peket serbuk jelly(perisa pilihan)
500ml air 200ml air
3 biji telur 2 sudu besar gula
5 sudu besar gula pasir 2 sudu serbuk agar-agar
1 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila (Bahan C).
1 peket agar-agar 1 Kek gulung
6 sudu besar tepung kastard 1 tin buahan campuran

Cara:

Potong kek gulung dan penuhkan bekas loyang sebagai lapisan pertama. Ketepikan bekas loyang.

Untuk bahan (A), masakkan agar-agar sehingga kesemuanya cair. Masukkan gula dan biarkan di atas dapur dengan api
kecil. Sementara itu pukul telur sehingga kembang dan masukkan tepung kastard yang telah dibancuh dengan air sejuk
teruskan pukul sehingga kembang.

Masukkan susu sejat,mentega dan esen vanila kedalam agar-agar. Kacau sebati dan masukkan adunan telur dan
kastard yang telah dipukul tadi sedikit demi sedikit. Adunan hendaklah sentiasa dikacau sehingga masak. Setelah
masak, tuangkan ke atas kek yang telah disusun tadi sebagai lapisan kedua dan biarkan sejuk.

Setelah sejuk dan mengental, taburkan buah-buahan campuran (yang telah diasingkan dari sirapnya terlebih
dahulu).Ketepikan.

Seterusnya bancuh serbuk jelly dengan sirap dari buah-buahan dalam tin tadi. masakkan atas dapur dan masukkan
semua bahan B. Selepas mendidih, tuangkan ke dalam loyang sebagai lapisan ke tiga.
Biarkan sejuk dan mengental.

Sedia untuk dihidang.

Cadangan Hidangan:

Adunan puding ini adalah untuk acuan loyang berukuran 25-30cm.

Untuk hidangan lebih menarik, anda boleh cuba terus tuangkan bahan kedalam beberapa mangkuk kaca yang boleh
dihidangkan terus.

Tambahan:

Buah-buahan campuran dalam tin bolehlah ditukar mengikut citarasa. Saya cadangkan buah-buahan kegemaran segar
seperti strawberi atau mangga dipotong kecil dan disusun bagi menggantikan buah-buahan dalam tin tadi.

Variasi rasa kek gulung juga adalah mengikut citarasa anda masing-masing.

Hidangan puding ini nampak meriah dan begitu menarik sesuai juga untuk hidangan majlis keraian.

Selamat mencuba.

triffle raya baru ni aku olah dr resepi ni la...bila nak buat ?? buat open house lg ke..

You might also like