You are on page 1of 23

Demokrasi berasal dari perkataan Yunani iaitu Demos (bermaksud rakyat) dan kratein

(bermaksud memerintah). Oleh itu demokrasi bermakna rakyat memerintah. Kamus Oxford
mentakrifkan demokrasi sebagai sebuah negara yang diperintah oleh rakyat atau wakil yang
dilantik[i]. Disamping itu, unsur-unsur utama dalam sebuah demokrasi ialah kebebasan
berpolitik, hak menubuhkan persatuan, hak bersuara, hak beragama dan berpolitik, hak
golongan majoriti dalam proses membuat keputusan dan hak golongan minoriti menentukan
kehidupan mereka[ii].

Abe Lincoln (1931) pula mendefinisikan demokrasi sebagai "a people's government, a
government by the people, for the people." Profesor Carl Cohen dari University of Michigan
melalui bukunya Democracy (1971) mentafsir demokrasi sebagai satu bentuk kerajaan
komuniti yang mana warganya boleh terlibat secara sama rata dan saksama dalam
menentukan keputusan-keputusan yang mempunyai implikasi langsung kepada rakyat.

Ringkasnya, demokrasi ialah suatu bentuk pemerintahan dalam mana setiap warganegaranya
mempunyai hak untuk membentuk kerajaan dan memerintah negara samada secara langsung
atau melalui pemberian mandat kepada wakil-wakil rakyat, rakyat mempunyai hak untuk
membentuk pertubuhan-pertubuhan, hak untuk menyuarakan pendapat politik mahupun sosio-
ekonomi, hak beragama dan hak golongan minoriti untuk hidup bebas sebagaimana yang
dikecapi oleh golongan majoriti.

DIMENSI DAN PERSPEKTIF DEMOKRASI

Walaupun pada awalnya demokrasi bukan sejenis pemerintahan yang popular dalam sejarah
dunia tetapi akhir-akhir ini pemerintahan berbentuk demokrasi dianggap paling dominan.
Terdapat tiga klasifikasi atau perspektif utama demokrasi yang wujud ialah Natural Rights
Democracy, Democratic Liberalism dan Contemporary Democracy [iii] . Natural Rights
Democracy merupakan asas kepada demokrasi yang menjadi amalan hari ini. Teori awal ini
diambil dari undang-undang alami (law of nature) yang telah diletakkan oleh Tuhan dimana
semua manusia dianggap sebagai warga alam semesta.

Wujud satu kod semesta yang menegakkan hak dan kebenaran dalam konteks ini. Dalam Kod
kebenaran ini, semua insan mempunyai hak yang sama untuk bebas dan terlibat dalam proses
pemerintahan negara. Sebenarnya idea ini pernah diketengahkan oleh John Locke (1632-
1704) melalui tulisannya, Second Treatise of Government.

Walaubagaimanapun, idea awal ini berubah kepada apa yang dikenali sebagai Democratic
Liberalism pada abad ke-19 apabila sistem demokrasi mula mendapat tempat dalam komuniti
kebanyakan masyarakat Eropah dan Amerika Utara. Teori ini berpendapat bahawa demokrasi
hendaklah berasaskan kepada konsep untuk mencapai kegembiraan manusia atau kebaikan
mutlak untuk jumlah terbesar: the greatest good for the greatest number. Ini secara tidak
langsung bermaksud golongan minoriti akan terpinggir dalam arus politik negara.

Selain itu, wujud pendapat yang menyokong idea Natural Rights Democracy iaitu manusia
harus bebas dan sama rata. Walaubagaimanapun, konsep ini menolak kepentingan ketuhanan
dan kuasa alam semata. Mereka berpendapat bahawa elemen bebas dan sama rata ini sudah
cukup untuk menjadi asas kepada satu masyarakat yang diimpikan oleh semua.

Seperti teori awal demokrasi, teori Democratic Liberalism juga mengalami proses evolusi. Di
akhir abad ke-19 dan awal ke-20, ahli demokrat liberal mengakui perlunya keadaan kebebasan
positif dan negatif. Ruang lingkup kebebasan individu itu adalah mutlak dan peribadi.
Walaubagaimanapun, perlu diadakan ruang lingkup yang boleh 'dicerobohi' atau campur
tangan kerajaan demi melindungi orangramai seperti mewujudkan prasarana asas umpama
sekolah, industri, kebajikan sosial dan lain-lain. Namun demikian, timbul pula persoalan
sejauh manakan kerajaan boleh campur tangan dalam urusan-urusan ini.

Teori kontemporari memperlihatkan wujudnya dua mazhab di bawah teori Contemporary


Democracy iaitu democratic capitalism dan democratic socialist. Democratic capitalism
bersandarkan kepada prinsip-prinsip yang memperakui campur tangan pemerintah dalam
aspek ekonomi tetapi memberi penekanan penting terhadap kebebasan individu dalam aktiviti
ekonomi atau persyarikatan sebagaimana hujah Burke dan Bentham.

Democratic sosialism pula menitikberatkan perubahan radikal struktur masyarakat dan


menekankan perlunya pengawalan komuniti yang lebih daripada keadaan lazim serta
kerjasama dalam mencapai objektif ekonomi yang sama. Ini merupakan teori Hobhouse dan
Dewey. Kedua-dua teori ini mengekalkan komitmen dalam menyokong idea-idea asas
demokrasi dan prosedur-prosedur di dalamnya.

KONSEP KEBEBASAN BERSUARA

Kebebasan bersuara bermaksud bebas untuk menyuarakan apa sahaja pendapat, samada
melalui lisan mahupun tulisan. Dalam konteks Malaysia, ia merupakan salah satu hak yang
dijamin oleh Perlembagaan negara seperti yang termaktub dalam Fasal 10, Perlembagaan
Malaysia[iv]. Walaupun begitu, ini bukan bermaksud rakyat boleh bertindak secara anarkis
tanpa mematuhi undang-undang. Orangramai juga perlu menjaga sensitiviti terutamanya
persoalan hak istimewa Melayu, kerakyatan jus soli, ketuanan Melayu dan isu-isu keagamaan.
Isu-isu ini amat sensitif dan mudah mencetuskan konflik perkauman. Lantaran itu Akta
Hasutan[v] telah digubal bertujuan untuk mencegah orangramai dari mempermain-mainkan
isu-isu racism dan isu-isu yang dinyatakan tadi.

Dalam batas-batas yang diterima sebagai satu konvensyen, hak bersuara merupakan saluran
bagi seseorang menyampai dan menerima maklumat bagi pembangunan dan kebaikan semua
pihak. Perkembangan dan kemajuan intelek rakyat di negara-negara yang menghormati hak
bersuara ini jelas dapat dilihat di negara maju sementara negara yang menghadkan kebebasan
bersuara ternyata mundur dari segi perkembangan minda rakyatnya.

Dalam konteks Malaysia, kebebasan bersuara telah dinikmati sejak merdeka dalam tingkat
kebebasan yang berbeda-beda bermula dari zaman pemerintahan Perdana Menteri Tunku
Abdul Rahman hingga sekarang. Ringkasnya, hubungan antara demokrasi dan hak bersuara
masih relevan. Walaupun semakin terbatas, hak bersuara masih terpelihara di bawah
Perlembagaan negara dan Parlimen tidak boleh sesuka hati membatalkan atau meminda
sesuatu undang-undang berhubung hak ini.

KEBEBASAN MENGUNDI

Undi adalah penentu siapa yang nantinya layak untuk di lantik dan diberi mandat untuk
mewakili rakyat bagi sesuatu kawasan konstituensi. Lantaran itu proses pengundian perlu
dilaksanakan secara adil, bebas, saksama serta tanpa sebarang desakan fizikal mahupun
tekanan emosi dari mana-mana pihak. Oleh itu proses pengaruh-mempengaruhi dari mana-
mana pihak yang berkepentingan tidak sepatutnya timbul dalam proses ini.
CORAK DEMOKRASI AMALAN MALAYSIA

Malaysia mengamalkan konsep Demokrasi Berparlimen [vi] di mana Parlimen merupakan


badan legislatif yang berkuasa dalam menggubal rang undang-undang negara. Selain itu
Parlimen merupakan tempat utama dimana proses-proses seperti membuat undang-undang,
akta, mengawal dan mengawasi perbelanjaan am kerajaan ditentukan.

Walaubagaimanapun, hak-hak rakyat terpelihara di bawah Perlembagaan Negara dan


Parlimen tidak boleh sesuka hati membatalkan sesuatu undang-undang seperti yang dilakukan
oleh Parlimen Britain. Ini adalah kerana Parlimen Malaysia memperolehi peruntukan kuasa
dari Perlembagaan[vii]. Dengan ini, hak-hak dan undang-undang yang termaktub dalam
Perlembangan adalah terjamin.

Walaubagaimanapun, adakah negara telah benar-benar mengamalkan konsep demokrasi


sebagaimana yang diamalkan oleh negara-negara democratic capitalism barat? Yang nyata,
Malaysia telah mengamalkan konsep-konsep berikut:

· Negara mengamalkan corak demokrasi berparlimen di mana Parlimen merupakan badan


yang amat berkuasa di dalam negara dan mampu melakukan perkara-perkara seperti membuat
undang-undang atau akta, mengawal dan mengawasi perbelanjaan am kerajaan.

· Demokrasi berparlimen wujud di negara ini apabila kerajaan yang memerintah dipilih
melalui sistem pilihanraya. Dalam konteks Malaysia, ia dijalankan pada setiap lima tahun
berpandukan ketetapan dalam perlembagaan. Oleh itu Perlembagaan merupakan tonggak
kepada sistem pemerintahan di Malaysia. Struktur Parlimen merangkumi Yang Dipertuan
Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

· Maksud Raja Berperlembagaan ialah Ketua Negara iaitu Yang di-Pertuan Agong yang
dipilih daripada kalangan Raja-Raja Melayu secara bergilir-gilir untuk terma lima tahun
sahaja. Yang DiPertuan Agong bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri.

· Demokrasi di Malaysia memberi ruang kepada rakyat untuk memilih wakil dalam
membentuk pemerintah disamping menuntut hak-hak rakyat dari segi politik, sosial dan
ekonomi seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan.

Ringkasnya, berdasarkan kepada contoh tadi ialah demokrasi di negara adalah demokrasi
terkawal atau demokrasi terbatas tetapi kawalan itu wujud untuk melindungi kedudukan dan
kepentingan umum yang lebih besar jumlahnya, sama seperti konsep dalam Democratic
Liberalism - the greatest good for the greatest number.

KEBEBASAN BERSUARA DI MALAYSIA

Dalam masyarakat yang telah mencapai kematangan demokrasi yang agak tinggi, tulisan yang
kritis lagi mencabar minda sentiasa digalakkan dan menghiasi halaman akhbar dan majalah
atau ruang TV dan radio. Malah, dalam kebanyakan akhbar yang berwibawa, satu halaman
besar dikhaskan untuk para pembaca yang prihatin dan berminat meluahkan pandangan
mereka mengenai satu-satu isu, pro dan kontranya. Ini selain daripada media itu berbuat
laporan yang seadil mungkin.
Melalui pendekatan demokratik, wacana politik boleh dipertingkatkan supaya warga
masyarakat yang berkenaan dapat mengetengahkan isu-isu yang luas dan lebih pokok dan
membincangkannya secara terperinci. Inilah juga cara untuk mengangkat martabat politik dan
budaya intelek tanah air ke peringkat yang boleh dibanggakan.

Ini bukanlah bermakna rintihan rakyat, misalnya, mengenai longkang yang tersumbat, atau
lampu jalan tidak bernyala tidak mempunyai tempat dalam wacana media ini. Tetapi cara
rintihan ini dipersembahkan oleh media arus utama (mainstream) di negara kita kadangkala
membayangkan usaha untuk menjauhkan rakyat dari perkara yang lebih pokok lagi.
Maksudnya, sampah yang terbiar itu, misalnya, mungkin ada kaitannya dengan dasar baru
pemerintah tertentu, tetapi gambaran luas ini tidak disediakan kepada khalayak ramai untuk
pengetahuan dan pemahaman mereka yang menyeluruh dan mendalam.

Walaupun diberi hak kebebasan bersuara oleh Perlembagaan, ia bukan bermaksud rakyat
boleh melakukan sesuatu sesuka hati dan bertindak secara tidak rasional. Sebagai contoh,
penyuaraan pendapat adalah dibenarkan dalam negara kita tetapi jika pendapat yang
dikeluarkan adalah berbentuk hasutan dan boleh mengancam kestabilan negara maka beliau
boleh di tahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA - Internal Security Act)[viii]
dan kebebasan hak bersuara beliau telah menjadi void kerana tindakannya itu.

KESIMPULAN

Untuk mendapatkan suasana intelek yang positif ini, pembaca dan penulis serta warga negara
lain memerlukan keadaan di mana perasaan takut atau malu tidak boleh membelenggu
mereka. Malah mereka harus berasa yakin dan bangga dengan pandangan yang diluahkan
dalam media arus utama. Walaubagaimanapun, unsur-unsur anarkis mungkin sukar di terima.
Kesimpulannya, bolehlah kita katakan bahawa Malaysia masih mengamalkan konsep
demokrasi dengan mengasaskan kepada konsep demokrasi berparlimen. Selain itu,
orangramai masih bebas bersuara walaupun peluang untuk menyuarakan sesuatu itu kian
terbatas lantaran pelbagai peraturan-peraturan baru yang dikeluarkan oleh pemerintah dari
semasa ke semasa.
MEMORANDUM KEPADA SURUHANJAYA
PILIHANRAYA
 

Demokrasi bermaksud " Kerajaan milik rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat". Makanya kuasa yang
memerintah perlulah mengambilkira kehendak sebenar rakyat seperti yang di manifestasikan oleh
proses pilihanraya yang dijalankan dari masa ke semasa secara adil dan jujur menerusi undian rahsia.
Penglibatan aktif oleh rakyat yang prihatin perlu dialu-alukan secara terbuka, kerana ia
menggambarkan kesedaran mereka terhadap hak-hak demokrasi dan kuasa memilih(mengundi).

Berdasarkan kefahaman ini 42 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) telah memberi persetujuan
terhadap satu usahasama yang di panggil " Pemantau Pilihanraya Rakyat Malaysia" yang bertujuan
untuk mengawal dan memelihara dan melindungi prinsip-prinsip demokrasi melalui pilihanaya yang
bebas, saksama dan jujur. Antara prasyarat konsep pilihanraya yang bebas , saksama dan jujur
adalah:

1. Penyediaan satu senarai daftar pemilih pengundi yang telus, tepat dan terkini serta bebas dari
sebarang unsur dan bentuk penipuan.
2. Tugas pengurusan pilihanraya perlu dijalankan oleh badan bebas dan separa bebas seperti
yang diperuntukkan oleh Perlembangaan Persekutuan.
3. Kerahsiaan undi dan proses pengiraannya dijamin keselamatannya secara total daripada
sebarang bentuk manipulasi dan penipuan.
4. Hak parti-parti politik yang bertanding dan pemerhati dari rakyat sebagai saksi terhadap
proses pelaksanaan pilihanraya, bagi menjamin ketelusan dalam seluruh proses
pelaksanaannya.
5. Penguatkuasaan yang tegas terhadap syarat-syarat yang telah ditetapkan berhubung dengan
perbelanjaan pilihanraya parti-parti yang bertanding dan perlindungan dari "pembeli undi".
6. Peruntukan kepada hak (peluang) yang sama rata kepada semua parti untuk menjalankan
kempen mengikut cara yang mereka tentukan.
7. Hak mendapatkan liputan yang adil dan saksama dalam sidang akhbar dan hak
menggunakan radio dan tv awam diberi kepada semua parti politik dan calon-calon bebas
yang mengambil bahagian dalam pilihanraya.

Berdasarkan kepada item no 2 di atas, PEMANTAU dengan berbesar hati memaklumkan bahawa
Suruhanjaya Pilihanraya telah dengan jelas menyatakan bahawa suruhanjaya ini adalah satu badan
bebas. Bebas dari segala pengaruh politik seperti yang termaktub dalam artikal 114 Perlembagaan
Persekutuan.

Untuk mengekalkan keyakinan dan kepercayaan rakyat bahawa Suruhanraya Pilihanraya ini benar-
benar sebuah badan bebas, dan untuk menghapuskan keraguan terhadap "status kebebasan"
tersebut maka PEMANTAU dengan berbesar hati menyerahkan memorandum ini kepada
Suruhanjaya Pilihanraya dengan harapan tindakan pembetulan terhadap situasi-situasi berikut:

I. Kod Perlakuan. (Code of Conduct)

Suruhanjaya Pilihanraya mestilah menerbitkan satu buku peraturan "Kod Perlakuan" untuk pilihanraya
umum ke - 10 ini sebagai panduan menyeluruh yang mesti ditaati oleh semua parti politik, calon dan
orang ramai supaya semua pihak mengetahui dengan jelas had dan sempadan yang telah ditetapkan
dalam undang-undang bagi mewujudkan pilihanraya yang benar-benar bebas dan saksama. Kod
Perlakuan seharusnya meliputi di antara lain perkara - perkara berikut:
1. Kempen yang mengaburi (memerangkap) pengundi disepanjang tempoh pra pilihanraya
(sebelum parlimen dibubarkan).
2. Penyalahgunaan media awam untuk berkempen bagi kepentingan mana-mana parti politik
tertentu.
3. Penyalahgunaan kemudahan awam , tempat, harta benda awam dan peruntukan kewangan
negara semasa berkempen bagi kepentingan mana-mana satu parti politik tertentu.
4. Garis panduan lengkap bagi menjelaskan perbezaan di antara kepentingan awam dengan
kepentingan politik parti.
5. Peranan , fungsi dan kuasa pemegang amanah mentadbirkan negara dalam tempoh
pilihanraya dijalankan (di antara tempoh pembubaran parlimen hinggalah kepada
pembentukan kerajaan yang baru selepas pilihanraya).
6. Garis panduan berhubung dengan tingkahlaku dan gerak geri calon dalam tempoh pilihanraya
termasuk tindakan yang boleh ditakrifkan sebagai mengugut, mengancam, memujuk dan
menjual janji berunsur rasuah.
7. Garis panduan berhubung dengan perbelanjaan kempen yang dibuat oleh calon dan parti-
parti politik.

II. Daftar Pemilih Pilihanraya Tekal

Berdasarkan pengalaman pilihanraya yang lalu yang mana terdapat wujudnya pengundi-pengundi
hantu, yang menimbulkan kesangsian dan keraguan terhadap senarai pemilih pilihanraya. Apa yang
amat diharapkan ialah perkara ini telah diambil tindakan dan telah diselesaikan. Meluasnya dakwaan
bahawa terdapat perkara yang telah berlaku dalam pilihanraya negeri Sabah bulan Mac 1999 di mana
telah dilapurkan berlakunya penipuan di dalam senarai daftar pemilih, seperti pengundi didaftar dua
kali sehingga menyebabkan beberapa kes-kes tertentu masih di dalam proses perundangan.
Pernyataan Suruhanjaya Pilihanraya bahawa pembetulan dan pembersihan terhadap senarai pemilih
sudah dibuat tidak cukup untuk meyakinkan rakyat. Proses pembersihan perlu dijalankan dengan
telus agar dapat menyakinkan rakyat bahawa senarai tersebut telah dibetulkan dengan sepenuhnya.

Satu senarai daftar pemilih yang bersih, diyakini tekal kesahihannya adalah prasyarat bagi mana-
mana pilihanraya yang bebas dan saksama, supaya keputusan pilihanraya benar-benar
mencerminkan kehendak rakyat dan tidak boleh dipersoalkan atau di buat sebarang bantahan
penolakan.

Maka kami dengan ini menggesa pihak Suruhanjaya Pilihanraya agar mengatasi semua masalah
yang berkaitan dengan kesahihan senarai pemilih dengan cara menjalankan pendaftaran pemilih yang
baru untuk semua pengundi yang layak agar maklumat pemilih benar-benar tepat , bersih dan terkini
diperolehi. Kami amat yakin bahawa dengan bantuan teknologi komputer canggih yang ada,
pendaftaran sedemikian bukanlah perkara yang mustahil untuk dilaksanakan.

Kami amat prihatin terhadap hasil semakan senarai pemilih baru-baru ini yang mana masih terdapat
beberapa isu yang menimbulkan banyak keraguan. PEMANTAU telah menerima banyak aduan dari
pemilih yang menjelaskan yang alamat mereka telah ditukar tanpa pengetahuan mereka.

Kami juga telah mendapati banyak nama-nama pemilih yang telah didaftar secara bertindih yang tidak
dipenduakan. Sedangkan pemilih yang nama mereka telah dipenduakan telah dibatalkan dari senarai
pemilih.

III. Pengundi Yang Tidak DiSenaraikan.

Pihak Suruhanjaya Pilihanraya telah memaklumkan jika pilihanraya diadakan pada tahun ini , pemilih
berdaftar yang baru berdaftar pada tahun ini tidak dibenarkan mengundi kerana proses untuk
mendaftarkan nama-nama tersebut kedalam senarai pemilih mengambil masa 7 bulan. Prosidur dan
peraturan ini telah digunapakai sejak tahun 1971 iaitu zaman penggunaan teknologi komputer belum
diperkenalkan. Sepatutnya dengan sokongan penggunaan komputer urusan pendaftaran tersebut
dapat dilaksanakan dalam tempoh paling singkat. Akibat dari proses sebegini Suruhanjaya Pilihanraya
akan menafikan hak mengundi bagi sebilangan besar daripada rakyat yang berhak mengundi iaitu hak
asasi yang diperuntukkan di dalam Perlembangaan Persekutuan. Dengan kata lain pemilih terpaksa
menunggu lima tahun lagi untuk menggunakan hak mereka sebagai warganegara ini. Mengundi
adalah hak asasi setiap rakyat dan perlu dihormati serta tidak boleh disekat atau diganggu gugat
dengan apa cara sekalipun.

IV. Undi Pos

Undi pos merupakan satu lagi masalah yang berlanjutan dari dulu hingga sekarang. Proses mengundi
yang dijalankan oleh tentera, polis dan pasangan mereka masih didapati kurang telus dan membuka
peluang kepada penyalahganaan kuasa dan penipuan. Pihak PEMANTAU telah menerima laporan
daripada pihak tentera, polis dan pasangan mereka yang menjelaskan perkara berikut:

 tidak pernah diberi kertas undi.


 tidak pernah diberi peluang mengundi semasa dalam perkhidmatan.
 tidak diancam oleh pegawai atasan
 tidak diberi taraf kerahsiaan semasa mengundi.
 menerima arahan untuk mengundi bagi pihak rakan sejawat.

Pernyataan Suruhanjaya Pilihanraya yang menjelaskan bahawa pegawai mereka sendiri yang
mengendalikan proses undian pos kepada pengundi terlibat adalah tidak mencukupi dan tidak dapat
diterima. Penyerahan kertas undi dan proses pembuangan undi pos mesti dijalankan dihadapan agen-
agen pilihanraya yang mewakili semua parti politik yang bertanding dan badan pemerhati bebas.
PEMANTAU menyarankan dengan tegas kepada Suruhan Pilihanraya agar mengizinkan
(membenarkan) semua pegawai polis, tentera dan pasangan mereka mengundi sepertimana rakyat
biasa keluar mengundi. Undian melalui pos hanya digunakan kepada rakyat Malaysia yang berada
diluar negara sahaja.

V. Tempoh Berkempen.

PEMANTAU mengalu-alukan pernyataan Suruhanjaya Pilihanrayaiaitu sebaik sahaja parlimen


dibubarkan Suruhanjaya Pilihanraya akan menentukan semua hal ehwal yang berkaitan dengan
pilihanraya termasuk menentukan hari penamaan calon, tempoh masa berkempen dan hari
membuang undi. Suruhanjaya Pilihanraya mestilah mempunyai kebebasan mutlak dan dengan itu
tidak dengan sewenang-wenangnya menerima arahan dari pihak kerajaan yang memerintah
berhubung dengan tempoh waktu berkempen pilihanraya.

Oleh kerana peraturan telah memperuntukan tempoh minimum dan maksimum untuk berkempen,
maka Suruhanjaya Pilihanraya diberi kuasa untuk menentukan tempoh berkempen yang munasabah.
Tempoh tersebut termasuk urusan mengedarkan kertas undi dan menerima balik kertas undian pos.
Memandangkan terhadnya peluang atau kesempatan parti pembangkang dan calon bebas untuk
menggunakan saloran media utama untuk berkempen, maka adalah wajar pihak Suruhanjaya
Pilihanraya menyediakan satu tempoh masa berkempen yang munasabah untuk membolehkan parti
pembangkang dan calon bebas menemui bakal pengundi mereka.

VI. Media

Pilihanraya yang bebas dan saksama tidak akan dapat dilaksanakan sekiranya media awam tidak
dapat digunakan oleh semua calon parti politik yang bertanding dalam pilihanraya. Dalam negara
demokrasi rakyat bukan sahaja mempunyai hak untuk mengundi dan menentukan kerajaan, tetapi
mereka juga berhak untuk mendapat maklumat (diberi maklumat) berdasarkan pilihan dan selera
mereka. Rakyat berhak mendapat maklumat yang lebih baik daripada maklumat semasa yang berat
sebelah, di mana media utama (awam) menyuarakan dengan panjang lebar apa yang dikatakan oleh
pemimpin parti yang memerintah dan menyiarkan semua yang negatif dan memburukan parti
pembangkang, tanpa memberi ruang kepada pembangkang menyampaikan pandangan mereka.

Dalam hal ini PEMANTAU menggesa Suruhanjaya Pilihanraya supaya bertegas menentang apa
sahaja bentuk penggunaan media awam yang tidak adil oleh parti yang memerintah untuk kempen
mereka. RTM adalah media awam yang berfungsi sebagai sumber maklumat dan hiburan bagi rakyat
keseluruhan. Rakyat melalui cukai dan bayaran lesen radio dan t.v. membiayai kewangan RTM.
Media RTM bukanlah alat, harta dan hak milik peribadi mana-mana parti tertentu.

Semua parti perlu diberi peluang yang sama untuk menyampaikan pandangan mereka menggunakan
RTM. Kebebasan menyampaikan pandangan yang berbeza melalui RTM adalah sebahagian dari hak
asasi dalam pemerintahan demokrasi . Sekiranya Suruhanjaya Pilihanraya terus berdiam diri dalam
hal ini, sudah pasti ia menimbulkan impak (kesan) yang negatif dalam pemikiran rakyat terhadap
kewibawaan , kebolehpercayaan dan ketulusan Suruhanjaya Pilihanraya itu sendiri.

PEMANTAU dengan ini ingin menegaskan perkara-perkara berikut:

1. Keyakinan rakyat terhadap proses pilihanraya yang benar-benar bebas dari ancaman,
penyalahguanaan dan pengaruh politik adalah asas utama pembentukan sebuah negara yang
demokratik.
2. Petunjuk terhadap pilihanraya yang bebas dan saksama adalah nilai sejagat, satu pematuhan
yang menentukan bahawa semua rakyat dapat melaksanakan hak mengundi mereka secara
bebas dan berkeyakinan bahawa proses pilihanraya akan menggambarkan dengan tepat
inspirasi rakyat yang sebenar.
3. Penyertaan aktif oleh kumpulan-kumpulan tertentu rakyat dan rakyat umum dalam usaha
melindungi hak untuk mereka membuat pilihan akan membantu usaha untuk mencapai
matlamat melindungi dan mengekalkan prinsip dan amalan demokrasi dalam negara kita yang
tercinta.

Bersama kita menjadikan pilihanraya yang akan datang sebagai pilihanraya yang benar-benar bebas,
saksama dan bermakna.

Kamar Ainiah Kamaruzaman


Lima juta abai hak mengundi
Date: Sunday, October 24 @ 22:17:47 PDT
Topic: Fokus Isu

Oleh AMINUDIN MANSOR

Hak mengundi dalam satu-satu pilihan raya, sama ada pilihan raya umum
atau pilihan raya kecil sangat penting. Jika seseorang itu tidak
mendaftarkan dirinya sebagai pengundi atau pemilih, dia tidak berhak
untuk mengundi dalam pilihan raya.

Bagaimanapun, pada masa kini fenomena remaja atau warganegara yang


cukup umur 21 tahun liat untuk mendaftar sebagai pengundi. Apa yang
dikesalkan kebanyakan mereka adalah kalangan Bumiputera, khususnya
orang Melayu.

Hal ini telah disuarakan banyak pihak, dan dikatakan negara akan mengalami kerugian
apabila kira-kira 5 juta rakyat dijangka tidak dapat mengundi pada Pilihan Raya Umum
(PRU) ke-13 berikutan kedegilan warganegara berusia 21 tahun ke atas mendaftar sebagai
pemilih.

Perkara ini pernah disuarakan oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),
Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menyatakan sehingga 30 Mei lalu terdapat 4.3 juta
rakyat yang sudah cukup umur belum mendaftar.

Menurutnya, jumlah itu akan terus meningkat kerana pertambahan warganegara yang
mencapai umur 21 tahun adalah kira-kira 450,000 setahun, manakala jumlah mendaftar
mengikut tahunan adalah kira-kira 250,000 sahaja.

Katanya, dengan jumlah baki tidak mendaftar dan tertunggak kira-kira 200,000, maka jumlah
rakyat tidak mendaftar terus meningkat kira-kira 200,000 setiap tahun.

“Jika pertambahan ini konsisten, menjelang PRU ke-13 akan datang jumlah rakyat tidak
dapat mengundi dijangka meningkat kepada hampir 5 juta.

“Ini satu fenomena yang serius dan merugikan negara kerana kira-kira 30 peratus jumlah
rakyat yang layak tidak dapat menggunakan hak selaku pengundi dalam proses demokrasi
menentukan masa depan negara,” katanya.

Beberapa kajian dan langkah drastik perlu dilakukan bagi menggalakkan kalangan remaja
atau generasi muda mendaftar sebagai pengundi. Antaranya melalui pendekatan urusan
pendaftaran di tempat strategik seperti di pasar raya, pasar tani, pasar malam dan sebagainya.

Tumpuan juga boleh dilakukan di pusat pengajian tinggi kerana kalangan remaja yang
berusia 21 tahun adalah kebanyakannya penuntut. SPR dikatakan sehingga kini telah
melantik 2,373 penolong pendaftar pemilih (PPP) daripada kalangan wakil parti politik untuk
membuat pendaftaran pemilih. Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga harus berusaha
menarik remaja mendaftar sebagai pemilih.

Justeru, ibu bapa dan juga orang ramai boleh mengingatkan anak-anak tentang kepentingan
mengundi dan mendaftar sebagai pemilih. Orang ramai dan pemimpin masyarakat juga boleh
menggalakkan anak-anak mendaftar di kaunter pendaftaran seperti di pejabat Pos. SPR telah
melantik 699 pejabat pos (berkomputer) di seluruh negara untuk menerima permohonan
pendaftaran pemilih.

* Penulis ialah penyair, pengamal media. PhD Persuratan Melayu, UKM, Bangi.

This article comes from Detikdaily


http://www.detikdaily.net/v5

The URL for this story is:


http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=10355
 Laman Utama
 Berita Terkini
o Isu Umum
o Isu Makanan
o Perumahan
o Pengangkutan Awam
o Rencana
o Kesihatan
o Hak Asasi Manusia
o Polisi Awam
o Pendidikan
o Alam Sekitar
o Perubahan Iklim
o Isu OKU
o Memorandum
o Keselamatan Asas
o Keselamatan Produk
o Kempen
o
 Mengenai KonsumerKINI
 Hubungi Kami
 My Lifestyle Tips
o Archive
o

Laman Utama Berita Terkini Hak Asasi Manusia Antara Hak Mengundi Automatik dan Sistem
Pengundian Awal
Antara Hak Mengundi Automatik dan Sistem
Pengundian Awal

Thursday, 28 January 2010 00:59

Baru-baru ini Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah mengumumkan bahawa mereka akan
mengkaji keperluan untuk melaksanakan sistem pengundian lebih awal (advance voting).

Sistem pengundian awal bermaksud pengundi boleh membuang undi sehari atau beberapa
hari lebih awal. Tujuannya bagi meningkatkan jumlah pengundi serta mengurangkan
kesesakan pada hari mengundi. Menurut Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan
Omar, sistem ini telah dijalankan di beberapa buah negara termasuklah negara jiran seperti
Thailand dan Indonesia.

Apa yang menjadi persoalannya di sini ialah bukankah lebih baik jika SPR memfokuskan
kepada sistem pendaftaran pengundi secara automatik sekiranya objektif untuk mengadakan
sistem pengundian awal ini, adalah untuk meningkatkan jumlah pengundi pada hari
mengundi?

Sehingga kini, terdapat 4.4 juta rakyat Malaysia yang layak untuk mengundi tidak atau belum
mendaftar dengan SPR. Ini adalah sesuatu yang membimbangkan kerana ia menunjukkan
kurangnya kesedaran dalam kalangan rakyat, atau sikap tidak lagi peduli tentang situasi
politik negara. Ini bakal merugikan banyak pihak termasuk pengundi itu sendiri kerana
mereka hanya diberikan hak mengundi sekali sahaja setiap lima tahun dalam menentukan
kepimpinan kerajaan tetapi menafikan atau dengan sengaja mengabaikan hak tersebut.

Jika MyKad dijadikan sebagai kad pelbagai fungsi (merujuk juga kepada fungsi MyKad akan
dijadikan sebagai saluran untuk mendapatkan subsidi minyak dan fungsi-fungsi lain yang
pernah diperkenalkan seperti kad TouchNGo dan kad ATM), mengapa seorang pemegang
MyKad yang telah berumur 21 tahun, berwarganegara Malaysia tidak boleh diklasifikasikan
sebagai pengundi secara automatik? Dan jika pihak bank dan TouchNGo Sdn Bhd boleh
bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara, mengapa hal yang sama tidak boleh berlaku
antara SPR dan JPN?

Saya pernah bertanya kepada beberapa rakan yang masih belum mendaftar, dan jawapan yang
mereka berikan adalah ‘menjadi kerja untuk pergi mendaftar’, ‘kalau mendaftar, bila
mengundi, perlu pulang ke kampung halaman’, ‘sudah tidak percayakan sistem pengundian’
dan alasan-alasan lain yang mengejutkan.

Melihat kepada masalah pengundi akan menyalahkan pihak SPR mengenai alamat tempat
tinggal, kerana alamat tempat tinggal yang berbeza dalam MyKad dan tempat tinggal
sekarang pengundi itu sendiri, ia merupakan tanggungjawab pengundi itu sendiri. Ingin saya
bertanya, berapa ramai rakyat Malaysia yang sedar bahawa mereka perlu menukar alamat
tempat tinggal setiap kali mereka berpindah dan menetap di satu-satu kawasan?

Apa yang ingin saya jelaskan di sini adalah, sayang jika dibiarkan pengundi terus tidak
berdaftar. Mereka mungkin tidak tahu atau tidak mahu mengambil tahu. Tetapi, tidakkah
akan menjadi satu titik permulaan kepada rakyat bagi mempunyai kesedaran dalam memiliki
hak untuk keluar mengundi? Bukankah ini akan menjadikan SPR dan JPN yang lebih efektif
dan mesra rakyat? Tidakkah ini juga akan meningkat keupayaan JPN sebagai menyahut
konsep KPI yang diperkenalkan kerajaan? SPR patut melihat jauh di dalam isu ini selain
daripada memfokuskan kepada sistem pengundian awal.
Azwa Abdul Rahman
27 Januari 2010

 
 

Carian Carian

search com_search 175

Laman Utama

Berita Terkini

Isu Umum

Isu Makanan

Perumahan

Pengangkutan Awam

Rencana

Kesihatan

Hak Asasi Manusia

Polisi Awam

Pendidikan

Alam Sekitar

Perubahan Iklim

Isu OKU

Memorandum

Keselamatan Asas

Keselamatan Produk

Kempen

Mengenai KonsumerKINI

Hubungi Kami

My Lifestyle Tips
Maklumat Kepada Semua

Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan
diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi
tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau
ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak
KonsumerKINI terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI


bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak
yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat
lanjut.

 Add a Link
 Maklum Balas Anda
 Hubungi Kami
 Mengenai KonsumerKINI
 Laman Utama

Copyright © 2010. Konsumer KINI. Published by National Consumer Campaign (3K)


Pengenalan
7.1 Proses perindustrian, pemodenan dan globalisasi mencetuskan pelbagai
isu dan cabaran baru dalam masyarakat yang berkait dengan soal
keselamatan daripada pelbagai aspek, baik keselamatan negara
mahupun keselamatan insan. Proses globalisasi membawa manfaat dan
juga permasalahan baru bagi negara dan masyarakat, khususnya negara
membangun. Di satu pihak, terdapat ledakan media internet dan
maklumat serta proses liberalisasi kewangan. Di pihak lain, proses
globalisasi juga mencetuskan cabaran yang tidak menentu ke atas
anggota masyarakat, sehingga ada yang menjadi pemenang dan ada
pula menjadi pihak yang kalah.
7.2 Untuk menangani permasalahan seperti ini, satu dasar yang proaktif
bagi menangani globalisasi termasuk mekanisme perkhidmatan sosial
yang komprehensif dan berkesan perlu diwujudkan. Cabaran globalisasi
termasuk keselamatan insan khususnya dihadapi oleh golongan

BAB 7
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” -
Bab 7 Impak Globalisasi, Keselamatan dan Perkhidmatan Sosial serta Hak Asasi Manusia
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
7--2
masyarakat bawahan, para pekerja di pelbagai industri dan juga
golongan mudah terancam lain seperti ibu tunggal, penganggur, dan
golongan kurang upaya. Selain itu, para migran khususnya pendatang
asing yang datang mencari nafkah di negara tuan rumah juga
menghadapi masalah keselamatan insan. Dalam konteks perubahan
masyarakat dan dampak globalisasi seperti ini, isu hak asasi manusia
menjadi semakin penting. Fenomena ini semakin ketara di Malaysia
khususnya sejak tahun 1980-an sehingga sekarang.
Bilangan Kajian dan Dana
7.3 Bagi membolehkan pihak Kerajaan dan lain-lain untuk memahami dan
seterusnya menangani permasalahan ini dengan berkesan, maka kajian
yang terperinci mengenai perkara ini perlu dilakukan secara berterusan.
Secara keseluruhannya, bagi tempoh 2001-2005, terdapat 274 kajian
yang meliputi tema impak globalisasi, keselamatan sosial dan hak asasi
manusia. Daripada jumlah itu, 60 kajian (21.9%) secara khusus tentang
impak globalisasi, 188 kajian (68.6%) boleh dikategorikan dalam
bidang keselamatan dan perkhidmatan sosial serta 26 kajian (9.5%)
yang menyentuh isu hak asasi manusia. Daripada jumlah 274 kajian itu,
kajian rundingan/kontrak amat sedikit iaitu empat sahaja (1.5%),
manakala kajian asas/gunaan sebanyak 126 buah (46%). Kajian tesis
paling banyak iaitu 144 buah (52.4%) dengan kajian Sarjana sebanyak
121 buah dan PhD sebanyak 23 buah.
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” -
Bab 7 Impak Globalisasi, Keselamatan dan Perkhidmatan Sosial serta Hak Asasi Manusia
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
7--3
7.4 Dari segi dana pula, kajian rundingan/kontrak memperoleh peruntukan
dana yang agak besar, iaitu antara RM99,464 hingga RM125,400. Bagi
kajian asas/gunaan pula, dananya agak kecil, daripada serendah
RM1,000 sehingga RM25,000 daripada geran galakan universiti.
Namun terdapat satu kajian asas/gunaan yang memperoleh dana yang
besar sedikit iaitu sebanyak RM105,900 di bawah peruntukan IRPA.
Kajian tesis PhD dan Sarjana umumnya menggunakan biaya sendiri
ataupun memperoleh zamalah kecil daripada pihak universiti.
Kajian Mengenai Impak Globalisasi
7.5 Kesemua 60 kajian tentang impak globalisasi ke atas Malaysia itu boleh
dikategorikan secara kasar menurut beberapa tema seperti berikut:
 Impak ke atas ekonomi
 Internet, media, e-kerajaan dan e-dagang
 Globalisasi, komuniti dan identiti
Impak Ke Atas Ekonomi
7.6 Bagi kajian berkaitan tema impak globalisasi ke atas ekonomi terdapat
18 kajian – sebelas kajian asas/gunaan dan enam kajian tesis (satu
kajian PhD dan enam Sarjana). Antara kajian yang agak besar ialah
mengenai cabaran terhadap industri kecil berjudul “Cabaran Industri
Pemprosesan Makanan Halal Bersaiz Kecil dan Sederhana Menghadapi
AFTA” oleh Noraini Idris (2004) daripada UKM. Kajian ini merupakan
kajian asas/gunaan yang memperoleh dana sebanyak RM183,490
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” -
Bab 7 Impak Globalisasi, Keselamatan dan Perkhidmatan Sosial serta Hak Asasi Manusia
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
7--4
daripada IRPA. Satu lagi kajian berjudul “How Information System and
Technology Can Help Malaysian Food Sector Enter the Global Market”
(asas/gunaan) oleh Noor Azman Ali (2006) dari UPM memperoleh dana
sebanyak RM50,000. Sayangnya, kedua-dua kajian ini tidak dibekalkan
dengan abstrak untuk diulas isinya.
7.7 Satu lagi kajian asas/gunaan berjudul “Peranan dan Cabaran Agensi
Pelancongan Bumiputera dalam Era Globalisasi” menumpukan pada
sembilan agensi pelancongan di Melaka dan 11 agensi yang sama di
Negeri Sembilan. Kajian yang dilakukan oleh tiga orang pensyarah
UiTM iaitu Habsah Kasim et.al (2006) mendapati memang agensiagensi
pelancongan Bumiputera itu menghadapi cabaran dan masalah
dalam perniagaan mereka seperti persaingan hebat daripada agensi
pelancongan bukan-Bumiputera, lokasi perniagaan yang tidak strategik,
kesulitan mendapat pinjaman, pengurusan pentadbiran dan kewangan
yang tidak cekap, modal yang kecil, tidak mematuhi kontrak dengan
pembekal yang mengakibatkan mereka kehilangan kontrak. Cadangan
yang dikemukakan untuk menangani cabaran ini ialah
memperbanyakkan produk-produk pelancongan baru seperti heritage
historical tourism, homestay, perkampungan Minangkabau, cosmetic
and health tourism dan lain-lain.
7.8 Selain itu, terdapat satu kajian PhD yang menyentuh persoalan impak
globalisasi ke atas ekonomi khususnya syarikat kecil dan sederhana.
Kajian berjudul “Strategi Pengambilgunaan Teknologi di Kalangan
Syarikat IKS di Malaysia” oleh Noraini Ismail dari USM mengambil
ingatan bahawa lebih 84% pertubuhan pengeluaran di Malaysia terdiri
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” -
Bab 7 Impak Globalisasi, Keselamatan dan Perkhidmatan Sosial serta Hak Asasi Manusia
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
7--5
daripada perusahaan kecil dan sederhana. Kajian ini menegaskan
bahawa soal kegagalan prestasi perniagaan kecil terutamanya dalam hal
pengambilgunaan dan pengurusan teknologi telah banyak dibincangkan.
Kajian ini turut mengukuhkan penemuan ini dengan menunjukkan
bahawa banyak syarikat IKS lembab dan kurang tangkas dalam
mengambilguna teknologi. Mereka banyak bergantung pada kaedah
pengurusan tradisional dan tidak mempunyai polisi dan strategi rasmi
berkaitan teknologi baru. Antara cadangan penting kajian ini ialah
perlunya polisi dan strategi teknologi digubal secara formal sebagai
garis panduan syarikat IKS untuk menentukan halatuju teknologi
mereka.
Kajian Mengenai Internet, e-Kerajaan dan e-Dagang
7.9 Bilangan kajian mengenai tema Internet, e-Kerajaan dan e-dagang
lebih besar iaitu sebanyak 20 buah. Sebanyak 11 kajian merupakan
kajian asas/gunaan manakala 9 lagi adalah kajian tesis (dua PhD dan
tujuh Sarjana). Akan tetapi, disebabkan sistem pengurusan
penyelidikan yang masih belum sempurna di pelbagai universiti,
pihak pengkaji dapat mengumpul abstrak untuk satu kajian sahaja.
Kajian itu ialah kajian asas/gunaan oleh Mariam Kaliannan et.al
(2003), UiTM berjudul “Electronic Government: Meeting Citizens’
Aspiration In The Internet Age”. Kajian ini menghujahkan
perkembangan yang paling ketara di web ialah kemunculan e-
Kerajaan dan mengubah fungsi-fungsi tradisional yang dimainkan
oleh kerajaan. Di Malaysia, dengan kemunculan Koridor Raya
Multimedia, salah satu projek perdananya ialah membina sistem e Laporan
Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” -
Bab 7 Impak Globalisasi, Keselamatan dan Perkhidmatan Sosial serta Hak Asasi Manusia
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
7--6
kerajaan. Kajian ini meneliti persepsi dan harapan pengguna terhadap
perkhidmatan e-Kerajaan. Berdasarkan satu survei melalui telefon ke
atas 1,000 responden dengan menggunakan sampel rambang yang
dipilih daripada senarai pengguna telefon bagi tahun 2003, kajian ini
mendapati paras kesediaan pengguna untuk memanfaatkan
perkhidmatan e-kerajaan adalah tinggi. Akan tetapi, kekurangannya
ialah maklumat yang diberikan oleh agensi-agensi Kerajaan tidak
kemaskini dan laman webnya pula tidak begitu menonjol untuk
mudah dikesan oleh bakal pengguna. Kajian ini menyimpulkan
bahawa kejayaan e-Kerajaan bergantung pada kualiti
perkhidmatannya.
7.10 Terdapat empat kajian asas/gunaan mengenai e-dagang yang
dilakukan kesemuanya dilakukan oleh pensyarah UUM. Dana untuk
kajian-kajian ini kecil iaitu RM17,920 manakala tiga yang lain
masing-masing memperoleh RM3,000 sahaja. Roslan Jamaluddin,
Abdul Razak Saleh dan Azizah Haji Ahmad mengkaji tingkah laku
pembeli secara atas talian di kalangan komuniti akademik di
universiti-universiti di Malaysia. Kajian oleh Norsafinas Md Saad
juga mengkaji sikap pengguna terhadap pembelian atas talian, kajian
Adam Dilip Mutum pula tentang penerimaan e-dagang di kalangan
pengguna internet, manakala kajian Khairul Anuar Adnan meneliti
penggunaan perbankan internet oleh pelanggan runcit.
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” -
Bab 7 Impak Globalisasi, Keselamatan dan Perkhidmatan Sosial serta Hak Asasi Manusia
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
7--7
Kajian Mengenai Globalisasi, Komuniti Dan Identiti
7.11 Bagi kajian mengenai globalisasi, komuniti dan identiti, terdapat
sembilan kajian sahaja mengenai tema ini, enam daripadanya kajian
asas/gunaan manakala tiga lagi merupakan tesis iaitu dua pada
peringkat PhD dan satu Sarjana. Persoalan kelestarian komuniti dalam
era globalisasi menjadi persoalan penting untuk diteliti. Ini dilakukan
antara lain melalui kajian asas/gunaan bertajuk “Community
Sustainability and Globalization” oleh Jahara Yahaya dari UM dengan
dana sebanyak RM50,000,00.
7.12 Persoalan identiti dan nilai-nilai budaya di bawah pengaruh
globalisasi dan ICT memang penting dikaji. Terdapat dua buah kajian
asas/gunaan yang agak besar untuk tema ini. Kajian oleh Zaid Ahmad
(2002), UPM berjudul “Perception and Understanding of Rural
Malaysians Towards the Process of Globalisation” memperoleh dana
sebanyak RM241,000. Kajian oleh Samsudin Abd. Rahim (2004),
UKM pula mengkaji “Media Global dan Pembentukan Identiti
Budaya Generasi Muda: Respons Industri Kandungan Tempatan
Terhadap Perisian Media” berjumlah RM179,700.
7.13 Satu kajian PhD mengenai persoalan identiti juga dilakukan oleh Abd
Rashid Rahman (2005), UiTM berjudul “Globalisation, ICT and
National Identity: The Case of Malaysia”. Selain itu, terdapat satu lagi
kajian PhD oleh Azizul Halim Yahya (tanpa tarikh), UiTM berjudul
“The Globalisation of Western Advertising: A Case Study of the
Impact of Imported Advertising on Cultural Values in Malaysia” yang
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” -
Bab 7 Impak Globalisasi, Keselamatan dan Perkhidmatan Sosial serta Hak Asasi Manusia
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
7--8
meneliti kesan ke atas nilai budaya akibat daripada pengglobalan
pengiklanan Barat. Juga terdapat kajian peringkat Sarjana mengenai
persepsi dan pemahaman komuniti luar bandar terhadap globalisasi
yang dilakukan oleh Mohd Sabri Md Nor dari UPM.
Kajian Mengenai Keselamatan dan Perkhidmatan Sosial
7.14 Tema keselamatan menjadi persoalan kajian daripada pelbagai
dimensi, seperti keselamatan perairan, keselamatan di tempat kerja,
keselamatan di jalan raya dan keselamatan persekitaran yang
kesemuanya memberi kesan ke atas pembangunan sosial. Antara isu
keselamatan yang dikaji ialah keselamatan perairan Malaysia yang
muncul akibat aktiviti pelanunan di Selat Melaka, perairan Sabah dan
Selat Singapura untuk membentuk kerjasama serantau dan
antarabangsa. Terdapat dua kajian mengenai tema ini yang keduaduanya
dilakukan oleh Hanizah Idris mengenai keamanan dan
keselamatan di perairan Selat Melaka dan Sabah yang muncul akibat
pelanunan, rompakan laut, penyeludupan dan pencemaran air laut.
7.15 Isu keselamatan pekerjaan menjadi semakin penting kerana
berlakunya kemalangan di tempat kerja. Namun kajian yang
dijalankan kecil sahaja. Sebagai contoh, kajian lain tentang ialah
keselamatan pekerjaan yang dilakukan oleh Vijaya Letchimi S.
Thayan dari UiTM dengan dana sebanyak RM8,000. Begitu juga isu
keselamatan dan kesihatan persekitaran yang boleh dicetuskan oleh
fasiliti pengurusan sampah sarap; tema ini dikaji oleh Seow Ta Wee
dari UTHM. Keselamatan kehidupan di kampus pula dikaji oleh
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” -
Bab 7 Impak Globalisasi, Keselamatan dan Perkhidmatan Sosial serta Hak Asasi Manusia
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
7--9
sekumpulan tiga orang pengkaji USM iaitu Aldrin Abdullah, Mohd
Fadzil Mohd Idris dan Nor A’zam Shuib (2002) melalui kajian
mereka berjudul “Kampus Sejahtera: Kajian Dari Aspek Keselamatan
Pelajar” yang memperoleh dana galakan sebanyak RM9,367.
7.16 Dari segi keselamatan jalan raya pula, walaupun kadarnya semakin
meningkat, kajian mengenainya bagi tempoh 2001-2005 bukan sahaja
sedikit tetapi kecil pula. Sebagai contoh, kajian Wong Tho Foo (tanpa
tarikh), UM berjudul “Analysis of Road Accidents in Malaysia”
(asas/gunaan) memperoleh dana galakan sebanyak RM3,000.00
sahaja. Kajian oleh Mazdi Marzuki dan Hj Abdul Jalil Hj Ishak dari
UPSI berjudul “Penggunaan Pengangkutan Jalan Raya dan
Keselamatan Pelajar Sekolah: Kajian Kes di Batang Padang”
memperoleh peruntukan sebanyak RM5,788.00 sahaja. Hanya kajian
Rohaiza Zakaria (2005), UUM berjudul “Analisis Kuantitatif Bagi
Menentu Faktor Risiko Kes Kemalangan Maut dan Cedera Parah di
Jalan Raya di Negeri Kedah” agak besar sedikit dananya iaitu
sebanyak RM26,604.00 tetapi skop kajian itu juga kecil iaitu di Kedah
sahaja.
7.17 Tentang kajian mengenai perkhidmatan sosial pula, terdapat kajian
mengenai NGO dan usaha amal, tentang perumahan yang baik dan
mampu milik, kerja sosial dan khidmat sosial untuk warga tua dan
lain-lain. Satu kajian asas/gunaan yang penting adalah berkaitan
dengan badan amal seperti rumah anak-anak yatim yang merupakan
sebuah pusat perkhidmatan sosial yang penting bagi mengurus tempat
perlindungan dan penjagaan anak-anak yatim. Institusi ini mendapat
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” -
Bab 7 Impak Globalisasi, Keselamatan dan Perkhidmatan Sosial serta Hak Asasi Manusia
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
7--10
sumbangan derma bakti daripada Kerajaan dan juga para dermawan
dalam masyarakat. Justeru, untuk memberikan perkhidmatan yang
baik kepada anak yatim dan mengelakkan daripada penyelewengan
berlaku, soal pertanggungjawaban dan ketelusan kewangan sangat
penting. Hal ini diteliti dalam kajian “Financial Accountability of the
Homes of the Orphans in the States of Johor and Malacca” oleh
Ruhaya Haji Atan et.al (2004), UiTM dengan dana sebanyak
RM19,308,00. Kajian ini menunjukkan sehingga setakat ini belum
terdapat kerangka kawalselia yang teratur ataupun amalan perakaunan
yang boleh diterimapakai untuk sektor amal ini sedangkan terdapat
lebih 26,579 NGO berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan pada tahun
2003. Kajian ini mengemukakan dua cadangan penting, iaitu (a)
Kerajaan mengkaji semula Akta Pertubuhan 1966 yang mendaftar
badan-badan amal ini agar penyata kewangan badan-badan ini boleh
diperiksa, sungguhpun tidak diisytiharkan kepada umum; dan (b)
Kerajaan menubuhkan sebuah mekanisme kawalselia (oversight
mechanism).
7.18 Kajian asas/gunaan oleh Adi Fahrudin dari UMS mencuba meneliti
persoalan gerontologi dan membincangkan keperluan kerja sosial dan
khidmat sosial untuk warga tua. Kajian oleh Che Hashim Hassan dari
UM tentang masalah yang dihadapi Bandaraya Kuala Lumpur juga
mempunyai erti penting bagi perkhidmatan sosial. Begitu juga kajian
mengenai Majlis Perbandaran Kota Setar bertajuk “Pandangan
Penduduk Kawasan Kediaman Majlis Perbandaran Kota Setar
terhadap Pengurusan Bekalan Air Bersih” oleh Muhamad Sukrei
Khalid, Mohd Fo’ad Saidan dan Yusof Pon dari UUM juga
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” -
Bab 7 Impak Globalisasi, Keselamatan dan Perkhidmatan Sosial serta Hak Asasi Manusia
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
7--11
menyentuh soal perkhidmatan sosial agensi pihak berkuasa tempatan
(PBT).
Kajian Mengenai Migrasi dan Pendatang Asing
7.19 Terdapat 19 kajian sahaja mengenai tema ini, tujuh daripadanya kajian
asas/gunaan dan 12 tesis Sarjana. Tidak ada kajian rundingan/kontrak
atau kajian PhD bagi tema ini untuk tempoh 2001-2005. Dua daripada
kajian asas/gunaan itu ialah mengenai pembantu rumah asing di
Malaysia, iaitu meneliti pandangan ejensi pembantu rumah dan juga
pandangan majikan terhadap pembantu rumah tersebut. Kedua-dua
kajian itu dilakukan oleh penyelidik yang sama iaitu Asmah Laili
Yeon dari UUM, masing berjudul “Pandangan Ejensi Pembantu
Rumah Asing terhadap Kontrak Perkhidmatan Pembantu Rumah di
Malaysia” dan “Pandangan Majikan Terhadap Kontrak Perkhidmatan
Pembantu Rumah Asing”. Dua kajian secara khusus tertumpu pada
pekerja asing di Sabah, kajian Azizah Kassim (ketika itu berkhidmat
di UMS, tetapi sejak awal 2007 berkhidmat di UKM) meneliti
masalah pekerja asing di Sabah di bawah judul “Respon Pemerintah
dan Rakyat Tempatan Terhadap Pendatang Asing di Sabah”
(asas/gunaan). Kajian Misrinah Misban (2006), UUM berjudul
“Pendatang Asing Filipina di Kota Kinabalu: Implikasi terhadap
Sosial, Ekonomi dan Politik Sabah” (asas/gunaan) meneliti kesan
terhadap Sabah dari segi sosial, ekonomi dan politik akibat
kemasukan pendatang Filipina yang begitu ramai di negeri itu.
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” -
Bab 7 Impak Globalisasi, Keselamatan dan Perkhidmatan Sosial serta Hak Asasi Manusia
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
7--12
7.20 Tiga lagi kajian dilakukan masing-maisng oleh Marsitah Mohd Radzi
dari UKM yang meneliti soal penyesuaian identiti pekerja asing;
Mohamad Raduan Mohd Ariff dari UM mengenai penglibatan buruh
perikanan asing di Malaysia; dan Norchaya Talib dari UM melihat
kesan ke atas undang-undang kesihatan akibat kemasukan buruh
asing.
7.21 Kajian Sarjana lebih tertumpu pada pekerja Indonesia di Malaysia,
antaranya tentang jenayah kekerasan yang melibatkan pendatang
tanpa izin dengan rakyat Malaysia oleh Chandrasekharan Muthu dari
USM; kajian perbandingan mengenai undang-undang perburuhan
Indonesia dengan Malaysia oleh Indah Sari Amita dari UKM; dan
kajian mengenai masalah buruh asing dalam sektor pembinaan
tempatan daripada perspektif kontraktor binaan oleh Aryani Ahmad
Latiffi dari USM.
Kajian Mengenai Hak Asasi Manusia
7.22 Terdapat hanya 26 kajian yang menyentuh secara langsung atau tidak
langsung tema hak asasi manusia. Lebih separuh daripadanya (14
kajian) ialah kajian asas/gunaan yang berkaitan dengan hak asasi
manusia, namun tidak ada sebarang kajian rundingan/kontrak. Dua
kajian yang dilakukan oleh Sharon Kaur Chalil daripada UiTM
menyentuh secara langsung tentang hak asasi manusia. Salah satu
kajiannya ialah “A Survey of Constitutionalism: The Limitations of
Governmental Power and the Protection of Fundamental Liberties
within the Malaysian Federal Constitution” yang berusaha
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” -
Bab 7 Impak Globalisasi, Keselamatan dan Perkhidmatan Sosial serta Hak Asasi Manusia
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
7--13
menunjukkan batasan kuasa kerajaan dan perlindungan kebebasan
asasi yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan. Meletakkan
batas kepada kuasa pemerintah sangat penting agar tidak berlaku salah
guna kuasa dan hak kebebasan asasi warganegara tergugat.
7.23 Kajian tentang kesedaran mengenai hak asasi manusia bersifat
runcitan. Dua kumpulan pensyarah UUM masing-masing mengkaji
tentang kesedaran terhadap hak asasi manusia hanya di kalangan
pelajar UUM. Kajian-kajian lain ada yang menyentuh keberkesanan
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ke atas
pembentukan dasar awam di Malaysia.
7.24 Bagi kajian tesis pula, terdapat hanya satu kajian di peringkat PhD
yang dilakukan oleh Norraihan Zakaria (2003), UKM dengan judul
“Hak Asasi Manusia: Satu Rekonseptualisasi.” Enam kajian peringkat
Sarjana menyentuh soal hak asasi secara tidak langsung sahaja,
misalnya, melihat diskriminasi pekerja remaja di Perlis oleh Ida
Rosnita Ismail dari UKM.
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” -
Bab 7 Impak Globalisasi, Keselamatan dan Perkhidmatan Sosial serta Hak Asasi Manusia
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
7--14
Kesimpulan
7.25 Kebanyakan kajian mengenai impak globalisasi, keselamatan dan
perkhidmatan sosial serta hak asasi manusia bersifat kecil-kecilan
dengan jumlah dana yang kecil atau sederhana kuantumnya. Agak
penting diperhatikan ialah hakikat tidak ada kajian rundingan di
bawah keselamatan dan perkhidmatan sosial, pendatang asing dan hak
asasi manusia. Selain itu, sesetengah kajian tentang internet dan edagang
agak runcit sifatnya, dan kelihatan mendatar sahaja. Cuma ada
beberapa kajian yang menarik dan penting yang memberi input
terhadap dasar. Misalnya, kajian mengenai pertanggungjawaban dan
ketelusan kewangan rumah anak yatim dan perlunya satu kerangka
kawal selia yang teratur diwujudkan terhadap mereka adalah satu
contoh kajian yang penting dan patut diteruskan oleh pengkajipengkaji
lain.

You might also like