You are on page 1of 5

Jenayah Komersial/kolar putih hollowstudiofaiq

Jenayah kolar putih semakin berleluasa kini. Jenayah ini dilakukan oleh golongan profesional secara halus dan
sukar dikesan.

langkah-langkah yang dapat membendung jenayah kolar putih ini.

• Jenayah kolar putih dilakukan oleh golongan profesional dan dilakukan secara halus tanpa kekerasan.

• Misalannya pelesapan wang, penyelewengan kuasa dan rasuah.

• Jenayah ini akan menjejaskan imej negara dan keselamatan sosial.

• Jadi, langkah-langkah segera perlu diambil.

1. Penguatkuasaan undang-undang amat penting dalam hal ini.

• Hukuman yang berat berkesan dalam hal ini..

• Penjenayah harus dikenakan hukuman penjara yang lama.

• Hukuman sebat juga perlu dikenakan.(pencegahan)

• Harta yang dilesapkan juga hendaklah dirampas balik oleh kerajaan.

• Dengan ini, golongan bakal penjenayah akan berasa takut.

• Mereka akan memikirkan kesan buruk kegiatan mereka.

• Sekiranya mereka tertangkap dan sabit kesalahan, mereka akan hilang segala-galanya.

(Penjara min 14 hari hingga 20 tahun. Denda min RM 10,000 atau 5 kali ganda yang mana lebih tinggi)

2. Didikan agama untuk melahirkan insan yang beriman juga penting.

• Agama akan mengajar kita berkelakuan baik.

• Agama membantu kita mengawal nafsu.

• Agama menjauhkan nafsu ghairah mementingkan keseronokan dan kekayaan.

• Sebaliknya mengajar kita hidup penuh kejujuran dan kesederhanaan.

• Kita juga akan takut kepada balasan di akhirat nanti.

• Jadi, kita tidak mudah digoda kebendaan mahupun wanita.

• Dengan ini, pegawai polis, imigresan dan sebagainya tidak tergamak melakukan rasuah dan sebagainya.
(Pegawai-pegawai bank tidak akan melakukan jenayah melesapkan wang bank.)
3. Kawalan prosedur kerja yang ketat juga boleh membendung masalah ini.

• Prosedur kerja awam yang ketat dapat mengelakkan menyalahgunakan kuasa.

• Kuasa kelulusan tender atau lesen harus melalui pelbagai peringkat. (Isu AP import kereta)

• Dengan ini, tiada pegawai tinggi yang berkuasa penuh dlm sesuatu kelulusan.Ketelusan kelulusan juga harus ada.

• Dengan ini, gejala rasuah dan pilih kasih dapat dihindari.

• Banyak kes lesapan wang bank berlaku kerana kawalan kerja yang longgar.

• Jadi, institusi kewangan harus mengawal ketat kakitangan bawahannya.

• Dengan ini pegawai bank yang mengendalikan wang yang banyak tiada peluang mencurinya

4.Kakitangan yang menjalankan siasatan dan dakwaan jenayah kolar putih juga perlu ditambah.

• Kita memerlukan lebih banyak pegawai Polis atau Badan Pencegah Rasuah yang profesional.

• Hal ini kerana jenayah ini dilakukan oleh golongan profesional.

• Jenayah ini sukar dikesan dan penjenayah susah disabitkan kesalahan.Goay Teck Chong

• Misalnya dalam jenayah perdagangan, kita memerlukan pegawai penyiasat yang tahu selok-belok perakaunan
dan undang-undang perdagangan.

• Bilangan pegawai Polis dan BPR yang ramai juga dapat mempercepatkan siasatan kes dan dakwaan.

• Akta Pencegahan Rasuah 2005 yang memberi kuasa lebih kepada BPR juga penting.

• Tindakan BPR yang lebih bebas membolehkan tindakan segera diambil.

5.Kempen kesedaran juga penting dalam hal ini.

• Kempen ini boleh dijalankan di peringkat sekolah mahupun kebangsaan.

• Misalnya seruan PM kita tentang kesan buruk politik wang penting.

• Melaluinya orang ramai didedahkan tentang betapa bahayanya jenayah ini.

• Dengan ini, orang ramai sedar bahawa akhirnya kita sendiri akan menjadi mangsa.

• Dengan ini orang ramai lebih bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membendung gejala ini.

Pemimpin India yang terkenal, Mahatma Ghandi pernah berkata: “Dunia ini cukup untuk semua orang kecuali
mereka yang tamak haloba. Tempat yang terbaik untuk golongan ini ialah di penjara.”

• Jadi sama-samalah kita menjauhi gejala buruk ini.


Punca-punca:

1 Kelonggaran undang-undang.

2. Kekurangan keimanan

3. Kelonggaran prosedur kerja.

4. Penghasut dan penyogok.

5. Budaya tradisi kaum tertentu

6. Kuasa eksekutif tanpa sekatan.

Contoh kes

curi wang ATM

lesap wang bank

pegawai imigresen minta layanan seks

polis menerima rasuah

beri kontrak kepada syarikat sendiri

1991

2 Rasuah adalah satu amalan yang amat mudah merebak dalam sistem hidup masyarakat hingga boleh
meruntuhkan struktur masyarakat itu sendiri. Cara rasuah merebak seumpama kanser yang membunuh setiap tisu
anggota secara senyap dan akhirnya membunuh pesakit berkenaan.

Bincangkan sebab-sebab berlakunya amalan rasuah dan kesannya terhadap masyarakat.

1999 2 Menurut sebuah majalah tempatan, jumlah jenayah komersil di Malaysia pada tahun 1997 telah meningkat
kepada 7137 kes berbanding 4807 kes pada tahun 1996. Nilai yang terbabit dalam kes-kes pada tahun 1997
meningkat sebanyak 134 peratus kepada RM556 juta berbanding RM238 juta pada tahun sebelumnya.

BM 2008 2. Kerajaan telah berusaha untuk membanteras gejala rasuah, namun amalan yang telah berakar umbi
dalam kalangan masyarakat ini masih wujud. Pada pendapat anda, mengapakah gejala rasuah perlu dibendung?
Jenayah kolar putih merujuk jenayah halus tanpa kekerasan yang biasanya dilakukan oleh golongan profesional.
Kegiatan jenayah ini sukar dikesan kerana pelakunya berkemahiran, berpendidikan dan berjawatan tinggi. Mereka
melakukan jenayah ini kerana mereka memahami prosedur perundangan atau yakin kesalahan mereka sukar
dikesan. amalan rasuah, pecah amanah dan menyelewengkan wang syarkat merupakan antara kes jenayah kolar
putih yang terkena. sememangnya ada pelbagai kaedah untuk mengatasi masalah ini.

Sememangnya penguatkuasaan undang-undang mampu membanteras kegiatan ini. Tindakan memecat pesalah
jenayah ini terutamanya jika mereka yang terbabit merupakan kaki tangan kerajaan menjadi langkah yang bijak.
Hukuman sebat atau penjara yang lama turut memberi kesan jika hukuman dijatuhkaan tanpa mengira status dan
kedudukan seseorang pesalah itu. Sesungguhnya, tindakan undang-undang yang tegas mampu memberi keinsafan
kepada masyarakat untuk menghindari jenayah kolar putih ini.

Selain itu, penyeliaan yang ketat terhadap jabatan-jabatan yang mudah terjebak dalam penyelewengan atau
sering berusan dengan orang ramai harus dilaksanakan. Semua prosedur harus diteliti dan dikaji serta mana-mana
kelonggaran atau kelemahan prosedur terus diubah atau ditukar untuk memastikan tiada ruang kepada kaki
tangan kerajaan untuk melakukan jenayah kolar puth ini. Jadi, prosedur yang ketat memastikan tiada pekerja yang
akan mengambil kesempatan untuk melakukan jenayah ini.

Hubungan yang rapat antara pihak polis dan Badan Pencegah Rasuah amat penting dalam menangani kemelut
yang semakin banyak berlaku ini. kerjasama yang erat ini penting kerana jenayah ini biasanya memerlukan
kemahiran yang tinggi dan perancangan yang lama serta rangkaian pesalah yang ramai. Keadaan in menyukarkan
mana-mana pihak berkuasa untuk mengesannya lebih awal tanpa kerjasama badan-badan kerajaan yang
berkaitan. Oleh itu, kerjasama yang erat harus dipupuk antara agensi kerajaan terutama yang berkaitan dengan
penguatkuasaan undang-undang ini.

Aspek pegangan agama yang kukuh juga penting dalam isu ini. Jenayah kolar putih berlaku akibat rapuhnya
pegangan agama pesalah tersebut. Mereka hanya mementingkan keuntungan jangka masa pendek dan
keseronokan duniawi tanpa mengambil kira impak yang bakal beraku kepada diri dan keluarga mereka jika
jenayah ini dilakuan. Siri ceramah berbentuk keagamaan harus dilaksanakan dengan kerap untuk memberi
peringatan kepada semua ihak agar tidak terjebak dalam jenayah ini. Jadi, aspek agama yang kuat harus diberi
penekanan dalam usaha menangani jenayah kolar putih ini.

Bukan sahaja aspek keagamaan tetapi kendiri seseorang itu harus kukuh. Konsep keinsafan dan kesedaran tentang
impak negatif melakukan jenayah harus ditanam dalam diri seseorang. Kita harus menyedari sebarang kesalahan
jenayah boleh membawa kita kehilangan pekerjaan, keluarga, dan maruah diri. Semua ini bukan sahaja
menyusahkan diri seseorang pesalah itu tetapi turut menjejaskan keharmonian keluarga mereka. Sesungguhnya,
kita harus memiliki sikap memandang jijik terhadap jenayah kolar putih ini.

Kesimpulannya, jenayah kolar putih bukanlah satu jenayah yang mudah untuk diatasi. Ciri-ciri jenayah ini
menyebabkan kerjasama yang lebih erat perlu dipupuk untuk memastikan jenayah ini tidak menular dalam
masyarakat kita. Jenayah ini jika tidak dikawal akan menyebabkan negara menjadi porak-peranda dan imej negara
di persada dunia akan turut terjejas.

You might also like