You are on page 1of 1

Jenis-jenis Nilai

Terdapat tiga jenis nilai, iaitu nilai pendidikan umum (NPU) yang bertumpu kepada

pembangunan insan, nilai pendidikan matematik (NPM) yang membabitkan nilai yang

diberi perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, dan nilai intrinsic atau

lebih dikenali sebagai nilai matematik (NM) yang menggambarkan sifat pengetahuan

matematik (Bishop, 1999).

NPU terbahagi kepada empat kategori, iaitu nilai asas, nilai teras, nilai utama, dan

nilai kembangan (Nik Azis, 1999b). Manakala, NPM membabitkan nilai dalam pelbagai

konteks pengajaran dan pembelajaran matematik seperti konteks sejarah, penyelesaian

masalah, perwakilan, komunikasi, hubungkait, penaakulan, penghayatan dan

.pembudayaan. Seterusnya, NM membabitkan beberapa dimensi seperti ideologi,

sentimental dan sosiologi. Dimensi ideologi melibatkan nilai rasionalisme, objektvisme

atau empirisisme, konstruktivisme, dan bersepadu; dimensi sentimental melibatkan nilai

kawalan, dan kemajuan; dan akhir sekali sosiologi, iaitu dimensi melibatkan nilai

keterbukaan, misteri, mutlak, boleh silap, terpisah, berkaitan, dan bersepadu sejagat

(Bishop, 1999; Ernest, 1995 seperti di dalam Nik Azis, 2008).

You might also like