You are on page 1of 10

Mesir Purba

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.


Lompat ke: pandu arah, gelintar

Peta Mesir Silam

Zaman Purba Mesir merujuk kepada kebudayaan di Hulu Lembah Nil menganjur dari
ke selatan sehingga Jebel Barkal, Napata [1], keutara sehingga Laut Mediterranean,
walaupun mempunyai saiz berbeza sepanjang sejarahnya antara sekitar 3200 SM dan 332
SM, dengan penaklukan oleh Alexander the Great. Sebagai kebudayaan yang berasaskan
pengairan ia merupakan contoh jelas (quintessential example) empayar hidrolik.

Isi kandungan
[sorok]
 1 Geografi
 2 Sejarah
 3 Kerajaan
 4 Bahasa
o 4.1 Penulisan
o 4.2 Tulisan
 5 Kebudayaan
 6 Asas tamadun maju Mesir
 7 Permulaan Zaman Kuno
 8 Kerajaan Lama
 9 Zaman Perantaraan Pertama
 10 Kerajaan Pertengahan
 11 Zaman Perantaraan Kedua
 12 Kerajaan Baru
 13 Kejatuhan politik Mesir Purba
 14 Bacaan lanjut

 15 Pautan luar

[sunting] Geografi
Kebanyakan daripada geografi Mesir terletak di Afrika Utara, walaupun Semenanjung
Sinai adalah dalam Asia Barat daya. Negara ini mempunyai persisiran pantai Laut
Mediterranean dan Laut Merah; ia bersempadan dengan Libya di barat, Sudan di selatan,
dan Semenanjung Gaza, Palestin dan Israel ke timur. Mesir Purba terbahagi kepada dua
kerajaan, dikenali sebagai Mesir Hulu dan Hilir. Berlainan dengan kebiasaan, Mesir Hulu
(Upper Egypt) terletak di selatan dan Mesir Hilir (Lower Egypt) di utara, dinamakan
menurut aliran sungai Nil. Sungai Nil mengalir ke utara dari titik selatan ke
Mediterranean bukannya kebahagian selatan daripada titik utara. Sungai Nil, yang
merupakan tumpuan penduduk negara tersebut telah menjadi sumber kehidupan bagi
kebudayaan Mesir semenjak kebudayaan Naqada dan Zaman Batu.

Kedua kerajaan membentuk Kemet ("tanah hitam"), nama bagi tanah hitam yang
dimendak oleh air bah sungai nil. Gurun pula dikenali sebagai Deshret ("tanah merah"),
menurut Herodotus: "Mesir merupakan negara tanah hitam.... Kita ketahui bahawa
Libya mempunyai tanah lebih merah." (Histories, 2:12). Tetapi Herodotus turut
menyatakan "Colchians adalah penduduk Mesir...berdasarkan fakta bahawa mereka
berkulit hitam dan mempunyai rambut kerinting (wooly hair)." (Histories Book 2:104),
dan Champollion yang lebih muda (yang mendikripsi Batu Rosetta) dalam Expressions et
Termes Particuliers (Expression of Particular Terms) mendakwa bahawa Kemet
sebenarnya tidak merujuk kepada tanah, tetapi kepada penduduk negro dalam ertikata
"Negara Hitam - (Black Nation)".

[sunting] Sejarah
Rencana utama: Sejarah Mesir purba

Penduduk Mesir purba sendiri menjejak asal keturunan mereka kepada tanah yang
mereka kenali sebagai Punt, atau "Ta Nteru" ("Tanah Dewa-dewa"). Suatu suatu masa
dahulu, ia biasanya diagak sebagai terletak di apa yang sekarang ini dikenali sebagai
persisiran Somalia, Punt sekarang ini dipercayai sebagai terletak samaada di selatan
Sudan atau Eritrea. Sejarah Mesir purba sebenar bermula dengan Mesir sebagai negara
bersatu, yang berlaku pada satu ketika sekitar 3000 SM, walaupun bukti arkeologi
menunjukkan bahawa masyarakat Mesir maju mungkin telah wujud untuk tempoh yang
lebih lama.

Sphinx Agung Giza, dipercayai menyerupai Khafre, c. 2600 SM. Ciri-ciri muka dijumpai
di Timur laut Afrika. Ukiran batu tunggal terbesar di dunia.

Sepanjang Sungai Nil, pada milenium ke-10 SM, kebudayaan mengisar bijirin yang
menggunakan jenis mata sabit terawal telah digantikan dengan kebudayaan penduduk
pemburu, pengail, dan pengumpul-pemburu yang menggunakan peralatan batu. Bukti
turut menunjukkan kehadiran manusia di barat daya Mesir, berhampiran sempadan
Sudan, sebelum 8000 SM. Pertukaran cuaca dan/atau terlebih ragut sekitar 8000 SM mula
mengeringkan padang ragut di Mesir, yang akhirnya mendorong kepada pembentukan
Sahara (2500 SM), dan puak-puak awal dengan sendirinya terdorong untuk berpindah ke
sungai Nil di mana mereka memajukan ekonomi pertanian setempat dan masyarakat yang
lebih berpusat. Terdapat bukti ternakan dan penanaman bijirin di Timur Sahara pada
milenium ke-7 SM. Sehingga 6000 SM penduduk Mesir purba di sudut baratdaya Mesir
telahpun mengembala lembu dan membina bangunan besar. Mortar dalam pembinaan
bangunan telah digunakan menjelang 4000 SM. Tempoh Pradinasti Mesir berterusan
sepanjang tempoh masa ini, sebelumnya dipegang pelbagai oleh kebudayaan Naqada.
Sesetengah pakar bagaimanapun memulakan Predinasti Mesir lebih awal, di Paleolithik
Bawah (lihat Pradinasti Mesir).

Mesir bersatu sebagai satu negara sekitar 3000 SM. Kronologi Mesir termasuk
menetapkan permulaan dan pengakhiran sesuatu dinasti sekitar tempoh masa ini.
Kronologi Mesir biasa adalah yang diterima pakai semasa abad ke 20, tetapi tidak
termasuk cadangan rombakan besar yang turut diajukan ketika itu. Malah dalam hasil
kerja yang sama, seringkali pakar kaji purba menawarkan beberapa tarikh yang mungkin
atau beberapa khronologi lain sebagai mungkin. Disebabkan itu, kemungkinannya
terdapat beberapa perbezaan antara tarikah ditunjukkan di sini dan dalam rencana
pemerintah tertentu. Seringkali juga terdapat beberapa variasi ejaan nama.
 Senarai firaun -- Firaun telah wujud semenjak sebelum 3000 SM sehingga
sekitar 30 SM.
 Dinasti (lihat juga: Daftar dinasti Mesir):
o Tempoh Dinasti Awal Mesir (Early Dynastic Period of Egypt) (Dinasti 1 -
ke 2; sehingga sekitar abad ke-27 SM)
o Kerajaan Lama (Old Kingdom) (Dinasti ke-3 - ke-6; abad ke-7 - ke-22
SM)
o Tempoh Perantaraan Pertama (First Intermediate Period) (abad ke-7 - ke-
11 SM)
o Kerajaan Pertengahan Mesir (Middle Kingdom of Egypt) (Dinasti ke-11 -
ke-14; abad ke-20 - ke-17 SM)
o Tempoh Perantaraan Kedua (Second Intermediate Period (Dinasti ke-14 -
ke-17)
 Hyksos (Dinasti ke-15 - ke-16)
o Kerajaan Baru Mesir (New Kingdom of Egypt) (Dinasti ke-18 - ke-20;
abad ke-16 - ke-11 SM)
o Tempoh Perantaraan Ketiga (Third Intermediate Period (Dinasti ke-21 -
ke-25; abad ke-11 - ke-7 SM)
o Tempoh Akhir Mesir Silam (Late Period of Ancient Egypt) (Dinasti ke-26
- ke-31; Abad ke-7 SM - 332 SM)
 Dinasti Akhaemenid
o Mesir Yunani-Rom (Graeco-Roman) (332 SM - 639)
 Dinasti Ptolemaik
 Empayar Rom

[sunting] Kerajaan
Nomes merupakan separa kebangsaan division pentadbir Mesir Atas dan Bawah (Upper
and Lower Egypt). Firaun merupakan pemerintah kedua kerajaan ini dan mengetuai
struktur negara Mesir silam. Firaun bertindak sebagai raja, pemimpin kerohanian dan
panglima besar bagi kedua-dia tentera dan tentera laut. Firaun dianggap dewa, hubungan
antara manusia dan para dewata. Di bawahnya adalah kerajaan, adalah 2 wazir (satu bagi
Mesir Atas dan satu lagi bagi Mesir Bawah) dan pelbagai pegawai. Di bawahnya di
sebelah keugamaan adalah paderi besar dan pelbagai paderi lain. Secara umumnya,
kedudukan ini diwarisi dari bapa kepada anak lelaki sulung. Kadang-kala aturan ini
terbantut, dan kadang-kala wanita memegang kuasa. [2]

[sunting] Bahasa
Mesir silam bertutur bahasa Afro-Asiatik berkait dengan bahasa Chadic, Berber dan
Semitik. Rekod bahasa Mesir silam telah ditarikh sekitar 3200 SM. Para sarjana
meletakkan bahasa Mesir kepada enam pembahagian mengikut kronologi:

 Mesir Silam (Archaic Egyptian) (sebelum 2600 SM)


 Mesir Lama (Old Egyptian) (2600–2000 SM)
 Mesir Tengah (Middle Egyptian) (2000–1300 SM)
 Mesir Akhir (Late Egyptian) (1300–700 SM)
 Mesir Demotik (Demotic Egyptian) (abad ke-7 SM–abad ke-4)
 Bahasa Coptik (Coptic language) (abad ke-3–abad ke-12)

[sunting] Penulisan

Pengkaji Mesir Purba (Egyptologis) merujuk kepada tulisan Mesir sebagai hieroglif,
bersama dengan skrip baji (cuneiform script) Mesopotamia ranking sebagai sistem
penulisan tertua di dunia. Skrip hieroglif sebahagiannya syllabik, sebahagiannya
ideografik. Hieratic adalah bentuk hieroglif Mesir bersambung (cursive) yang pertama
sekali digunakan semasa Dinasti Pertama (kk. 2925 SM - kk. 2775 SM). Istilah Demotik
dari sudut Mesir, Ia itu, "asal - indigenous" dari sudut pandangan Hellenistik, berubah
menjadi merujuk kepada kedua-dua skrip dan bahasa yang selepas tahap Mesir Silam
Akhir (Late Ancient Egyptian) daripada Nubian dinasti ke-25 sehingga ia dipinggirkan
oleh Greek Koine pada awal abad AD. Selepas penaklukan oleh Umar ibn al-Khattab,
bahasa Coptic kekal sehingga Zaman Pertengahan sebagai bahasa keugamaan (liturgical)
oleh minoriti Kristian.

Skrip hieroplif akhirnya tidak lagi digunakan sekitar abad ke-4, dan mulai dijumpai
kembali semenjak abad ke-15 (lihat Hieroglfika).

Abjad terawal juga dicipta di Mesir Purba, sebagai hasilan dari hieroplyphik sylabik
(syllabic).

[sunting] Tulisan

 kk. 1999 SM - Papyrus Westcar


 kk. 1800 SM Cerita Sinuhe
 kk. 1800 SM - Papyrus Ipuwer
 kk. 1800 SM - Papyrus Harris I
 kk. 1000 SM Cerita Wenamun

[sunting] Kebudayaan
Kolossus Memnon

[sunting] Asas tamadun maju Mesir


Mesir purba telah banyak dipengaruhi oleh sungai Nil, yang telah membolehkan negara
Mesir didiami manusia. Sungai Nil yang banjir secara berkala dengan tetap pada musim
panas membawa bersamanya lumpur yang subur, dan surut tepat pada masanya pada
musim menanam, memberikan penduduk Mesir satu perasaan bahawa alam semulajadi
adalah tenang dan memberi banyak kebajikan.

Negara Mesir yang dikelilingi oleh gurun dan Laut Merah menjadikannya agak bebas
daripada ancaman negara luar. Kepentingan sungai Nil pada penduduk Mesir dapat
dilihat melalui perkataan mengembara bagi orang Mesir, iaitu khed menghilir atau khent
mudik ke hulu. Malah pakar sejarah Yunani, Herodotus menggelarkan Mesir sebagai
hadiah daripada sungai Nil.

Walaupun sebelum Zaman Kuno, penduduk Mesir telahpun mengorak langkah kearah
membina tamadun yang maju. Terutama sekali mereka telah mulai bercucuk tanam;
menggunakan perkakasan tembaga menggantikan perkakasan batu dan , tidak lama
sebelum 3100 SM, mereka telah membangunkan tulisan yang dikenali sebagai hieroglif
(dari perkataan Yunani bagi Ukiran Pendita). Pakar kaji purba tidak pasti sama ada
penulisan ini dimajukan oleh orang Mesir sendiri ataupun datangnya daripada penduduk
Mesopotamia. Ini berdasarkan tulisan hieroglif jauh berbeza dengan pepaku
Mesopotamia, tetapi kemunculan hieroglif secara tiba-tiba membayangkan
Pendita/pentadbir Mesir telah memulakan sistem penyimpanan rekod berasaskan
pengaruh asing yang lebih awal. Walau apapun puncanya, penulisan memberikan peluang
bagi kemunculan kerajaan yang berkesan dan syarat awal dalam sejarah politik Mesir,
penyatuan daerah utara dan selatan.
[sunting] Permulaan Zaman Kuno
Penyatuan Mesir yang menandakan permulaan Zaman Kuno bermula sekitar 3100 SM
Sebelum itu kuasa di Mesir Atas (Selatan) dan Mesir Bawah (Utara) dikuasai oleh
pemerintah yang berlainan. Dengan penyatuan kedua jajahan ini, ia membenarkan sistem
saliran pusat dan pengaliran perdagangan sepanjang sungai Nil. Dalam riwayat tradisi,
penyatuan Mesir dikatakan dilakukan oleh pahlawan dari selatan yang bernama Narmer,
firaun pertama yang berjaya menguasai seluruh Mesir utara sehingga ke delta
Mediterranean. Kemungkinannya proses penyatuan tersebut berlaku secara perlahan-
lahan, tetapi tidak dapat dipertikaikan lagi bahawa kedua dinasti firaun berikutnya telah
menguasai keseluruhan Mesir.

[sunting] Kerajaan Lama


Kedua dinasti firaun Mesir kemudiannya digantikan oleh Zoser perkasa sekitar 2770 SM,
firaun pertama bagi Dinasti Ketiga dan pengasas kepada Kerajaan Lama. Walaupun
perbezaan antara sistem kerajaan Kerajaan Lama dengan sebelumnya tidak diketahui
dengan jelas, ianya pasti bahawa pemerintahan Zoser memulakan tempoh pemerintahan
raja mutlak dan kuasa negara yang lebih kukuh. Ini dapat dilihat dengan bukti bahawa
Zoser memulakan pembinaa piramid pertama. Di bawah pemerintahan Zoser dan
penggantinya Kerajaan Lama, kuasa firaun tidak terbatas. Firaun dianggap anak Dewa
Matahari, dan secara adat akan mengahwini saudara perempuannya bagi mengekalkan
darah keturunannya tulen. Tiada perbezaan antara politik an keagamaan wujud. Orang
bawahan utama firaun adalah paderi, dan firaun sendiri merupakan ketua paderi.

Corak Kerajaan Lama adalah berasaskan polisi keamanan. Dari segi ini, ia adalah unik
dikalangan negara silam. Firaun tidak memiliki askar sepenuh masa, dan tidak memiliki
pasukan bersenjata kebangsaan. Setiap kawasan memiliki pasukan bersenjata sendiri
tetapi ia diperintah oleh pegawai am, dan sekiranya dipangil bertugas, ia kebiasaannya
bagi kerja awam. Bagi menangani ancaman serangan, unit tempatan berlainan akan
digabungkan dibawah pemerintahan pegawai am firaun. Pada masa lain ketua kerajaan
tidak mempunyai penguasaan diatas pasukan bersenjata.

Kerajaan Lama Mesir berpuas hati memerintah negara mereka sendiri. Keadaan ini wujud
akibat negara Mesir yang terlindung dan terasing daripada pengaruh luar, memiliki tanah
yang subur, dan pentadbiran kerajaan secara kerjasama dan bukannya secara peras-ugut .

[sunting] Zaman Perantaraan Pertama


Setelah beberapa abad tenteram dan aman, Kerajaan Lama berakhir dengan kejatuhan
Dinasti Keenam sekitar 2200 SM Ini disebabkan oleh beberapa sebab antaranya:-

 Perbendaharaan negara muflis akibat projek besar-besaran firaun seperti


pembinaan piramid.
 Perubahan cuaca mengakibatkan kegagalan tanaman.
 Bangsawan daerah yang mengambil kuasa semakin banyak sehinggakan kuasa
pemerintahan pusat hampir lenyap.

Tempoh yang berikutnya dikenali sebagai Zaman Perantaraan pertama. Keadaan huru-
hara berleluasa dan keadaan anarki wujud. Kaum bangsawan membina pemerintahan
mereka sendiri dan kekecohan politik diburukkan lagi oleh perompakan dari dalam dan
oleh puak gurun. Zaman Peralihan pertama tidak berakhir sehingga kebangkitan Dinasti
Kesebelas yang mengembalikan pemerintahan pusat sekitar 2050 SM dari pengkalannya
di Thebes (Mesir Atas). Kebangkitan ini menandakan permulaan Kerajaan Pertengahan.

[sunting] Kerajaan Pertengahan


Sepanjang tempoh Kerajaan Pertengahan, tanggung jawab masyarakat lebih ditekankan,
berbanding Kerajaan Lama. Walaupun Dinasti ke Sebelas tidak mampu menandingi
kuasa bangsawan tempatan, Dinasti ke Duabelas yang berikutnya sekitar 1990 SM dan
berakhir sekitar 1786 SM diperintah dengan gabungan dengan golongan pertengahan
yang terdiri daripada pegawai, pedagang, seniman, dan petani. Gabungan ini menahan
kaum bangsawan dan meletakkan asas bagi keamanan yang tiada tandingnya. Semasa
pemerintahan Dinasti ke Duabelas terdapat perkembangan dalam keadilan masyarakat
dan pencapaian pemikiran. Kerja awam yang memberi faedah kepada keseluruh
penduduk seperti projek pengairan dan saliran, menggantikan pembinaan piramid yang
tidak mempunyai kegunaan pratikal. Terdapat juga perubahan dalam keagamaan di mana
orang biasa mampu mencapai keselamatan denganperbuatan moral yang baik dan
bukannya melalui upacara yang bergantung kepada kekayaan seseorang. Berasaskan
sebab-sebab di atas, zaman Dinasti ke Duabelas dianggap sebagai Mesir klassik atau
zaman kegemilangan.

[sunting] Zaman Perantaraan Kedua


Pada zaman berikutnya bagaimanapun, Mesir memasuki Zaman Peralihan kedua. Ini
merupakan era kekacauan dan penjajahan asing yang berakhir selama dua abad, atau dari
1786 sehingga sekitar 1560 SM Rekod semasa dari tempoh itu jarang dijumpai,
bagaimanapun ia menunjukkan bahawa pergeseran dalaman merupakan akibat
pemberontakan balas kaum bangsawan. Firaun kembali tidak berkuasa, dan kebanyakan
kemajuan masyarakat Dinasti ke Duabelas musnah. Sekitar 1750 SM. Mesir dijajah oleh
Hyksos, atau Pemerintah Tanah Asing, puak campuran yang berasal dari Asia barat.
Keunggulan ketenteraan mereka biasanya dikatakan kerana mereka memiliki kuda dan
pedati perang. Tetapi kemenangan mereka turut disumbangkan oleh fakta bahawa Mesir
berpecah sesama sendiri. Pemerintahan mereka memberi kesan yang besar kepada sejarah
Mesir. Tidak hanya mereka memperkenalkan perperangan kaedah baru kepada Mesir,
tetapi ia juga memberikan penduduk Mesir matlamat yang sama dengan pemerintahan
yang menindas, mendorong mereka melupakan pertelingkahan sesama mereka dan
bergabung bagi mencapai matlamat yang sama, iaitu membebaskan diri daripada
pemerintahan asing.
[sunting] Kerajaan Baru
Pada akhir abad ketujuh belas SM pemerintah selatan Mesir (Atas) melancarkan
pemberontakan terhadap Hyksos, pergerakan yang kemudiannya disertai oleh
keseluruhan rakyat Mesir. Menjelang sekitar 1560 SM penjajah terakhir yang tidak
dibunuh atau dijadikan hmba telah dihalau keluar daripada Mesir. Horo kejayaan ini,
Ahmose merupakan pengasas Dinasti ke Lapan belas, selepas itu menubuhkan regim
yang lebih padu berbanding yang sebelumnya. Dalam pergerakan patriotik menentang
penjajah melawan Hyksos, ketaatan kepada bangsawan tempatan menjadi lemah dengan
itu melemahkan kuasa bangsawan tempatan.

Tempoh yang berikut selepas kebangkitan Ahmose dikenali sebagai Kerajaan Baru, dan
oleh sesetengah pakar sejarah lain sebagai tempoh Empayar. Ia berkuasa dari sekitar
1560 SM - 1087 SM, ketika mana Mesir diperintah oleh tiga dinasti secara berturutan.
Dinasti kelapan belas, Dinasti Kesembilan Belas, dan Dinasti Kedua Puluh. Dengan
kebangkitan Kerajaan Baru, tiada lagi semangat aman dan mengasingkan diri; semangat
imperial yang agresif melanda Mesir dan kecenderungan kearah ketenteraan yang
berpunca daripada kejayaan dalam perperangan kemerdekaan melawan Hyksos telah
menimbulkan keinginan bagi kemenangan lebih lanjut. Tambahan lagi mesin ketenteraan
yang dibina bagi menghalau penjajah, ternyata terlalu berharga sebagai menyokong kuasa
firaun untuk dihapuskan begitu sahaja.

Langkah pertama kearah polisi baru diambil oleh pengganti Ahmose dengan melakukan
serangan kilat ke Palestin dan menguasai Syria. Debgan askar yang terkuat pada zaman
purba, firaun baru itu dengan pantas mematahkan semua tentangan di Syria dan
menjadikan diri mereka tuan kepada jajahan yang terbentang luas dari tebing sungai
Euphrates sehingga ke selatan sungai Nil. Tetapi mereka tidak pernah berjaya menjadikan
penduduk yang dijajah sebagai rakyat yang taat dan kelemahan ini merupakan punca
pemberontakan meluas di Syria. Sungguhpun pengganti mereka menindas
pemberontakan tersebut dan berjaya memegang Empayar seketika, malapetaka akhir
tidak dapat dielakkan. Lebih banyak jajahan telah ditakluk dari apa yang boleh
dikendalikan dengan berkesan. Jumlah kekayaan yang mencurah-curah memasuku Mesir
melemahkan asas nasional dengan menggalakkan penyelewengan, dan pemberontakan
yang berpanjangan oleh tanah jajahan melemahkan kekuatan negara melebihi apa tahap
ia mampu pulih. Menjelang abad ke dua belas kebanyakan tanah jajahan telah kekal
bebas.

Corak pemerintahan Kerajaan Baru menyerupai Kerajaan Lama, tetapi lebih mutlak.
Kuasa ketenteraan kini menjadi asas pemerintahan firaun. Tentera terlatih sentiasa
bersedia bagi mengkagumkan rakyatnya. Kebanyakan bekas kaum bangsawan kini
menjadi bangsawan istana atau ahli kepada birokrasi firaun di bawah penguasaan penuh
firaun.

Firaun agung terakhir adalah Ramses III yag memerintah dari 1182 - 1151 SM. Dia
diganti oleh ramai pemerintah yang mearisi namanya tetapi tanpa keupayaannya. Pada
akhir abad ke dua belas, Mesir menjadi mangsa penjajahan pemangsa baru. Pada masa
yang sama Mesir kehilangan daya ciptaan. Untuk mendapatkan kehidupan abadi, ilmu
sihir menjadi minat utama rakyat seluruh golongan. Proses kejatuhan ini dipercepatkan
lagi oleh peningkatan kuasa Paderi, yang mengambil alih keistimewaan firaun dan
menentukan pengistiharan firaun.

[sunting] Kejatuhan politik Mesir Purba


Dari pertengahan abad ke sepuluh SM sehingga akhir abad ke lapan SM dinasti gasar
Libya memegang kuasa. Mereka diikuti oleh penguasaan sementara kaum Nubia yang
menjajah Mesir dari gurun barat Nil Atas. Pada 671 SM Mesir dijajah oleh Assyrian,
tetapi hanya untuk selama lapan tahun. Selepas keruntuhan pemerintah Assyrian, Mesir
mendapat kemerdekaan mereka dan kebangkitan semula tradisi bermula. Bagaimanapun
ia terbantut dengan tiba-tiba dengan penjajahan Parsi pada 525 SM apabila tentera Parsi
mengalahkan tentera Mesir yang bertahan dalam pertempuran yang sengit. Mesir dengan
itu menjadi sebahagian Empayar Parsi dan kemudiannya ditadbir oleh Yunani dan Rom.

You might also like