You are on page 1of 5

1

Penghayatan Puisi Tradisional : Lagu Rakyat

(Mohd. Fauzi bin Abdullah, IPG Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai, Kuala Lumpur)

(a) Definisi dan konsep lagu @ nyanyian rakyat

Lagu rakyat adalah salah satu bentuk puisi yang sangat digemari oleh

masyarakat tradisional untuk menghiburkan hati. Lagu rakyat (puisi lirik) ialah ‘puisi

pendek yang tidak bercorak naratif yang dinyanyikan secara berlagu. Puisi seperti ini

bercorak universal yang lahir dalam berbagai kebudayaan’(Ismail Hamid, 1986: 81).

Lagu rakyat adalah sejenis puisi lisan yang lahir dan berkembang dalam

masyarakat illiterate iaitu masyarakat yang tidak tahu membaca dan menulis. Ia

tersebar melalui pertuturan lisan dan disampaikan dari mulut ke mulut. Hasil lisan ini

diwarisi dalam bentuk ingatan dari satu generasi ke generasi. Ia adalah paparan

pengalaman dan perasaan manusia terhadap alam dan kemanusiaan yang

digunakan untuk tujuan hiburan dan pendidikan secara tidak langsung oleh ahli

masayarakat.

Tradisi ini termasuk di dalam tradisi folklore/ folk-life/ oral tradition/ traditional

culture/ volkskunde iaitu ‘istilah yang merujuk kepada tradisi yang terdapat dalam

satu budaya yang dipersambungkan melalui jalan lisan, baik dari segi masa iaitu dari

satu generasi kepada generasi yang lebih muda ataupun dari segi ruang iaitu dari

seorang anggota masyarakat kepada anggota masyarakat lain dalam bidang yang

sama’(Taib Osman, 1976: 4). Lagu rakyat ini terus hidup hingga ke hari ini walaupun

___________________________________________________________________

( Dibentangkan dalam Bengkel Penghayatan Lagu Rakyat, IPGM Kampus Ilmu

Khas, Cheras, Kuala Lumpur, pada 25 April 2010 )


2

masyarakat sudah menguasai sistem tulisan (baca-tulis). Jan Harold Brunvand

(1968) menyatakan bahawa lagu / nyanyian rakyat adalah ‘satu genre atau bentuk

folklore yang terdiri dari kata-kata dan lagu yang beredar secara lisan di antara

anggota kolektif tertentu, berbentuk tradisional serta banyak mempunyai

variasi’(James Danadjaja, 1984: 141). Lagu rakyat digubah berdasarkan berbagai

sumber dan masih terus dinyanyi serta disesuaikan dengan peredaran masa,

contohnya lagu rakyat Inggeris ‘Twinkle Twinkle Little Star’ dan ‘Baa Baa Black

Sheep’. Lagu rakyat harus wujud dalam bentuk lirik (puisi) dan kod lagunya. Namun

teks yang sama kadang-kala mempunyai variasi lagu yang berbeza. Lagu rakyat

mempunyai ruang lingkup peredaran yang lebih luas berbeza dengan nyanyian pop

masa kini yang konsep penciptaan dan penyebarannya lebih berasaskan ekonomi

dan perdagangan. Lagu rakyat beredar di antara masyarakat kolektif yang buta/

separuh buta huruf dan masyarakat celik huruf. Usia lagu rakyat juga cukup tua dan

sukar ditentukan tarikh penciptaannya. Bentuk dan irama nyanyiannya juga

beraneka ragam dari yang paling sederhana ke corak yang cukup rumit bergantung

kepada tujuan lagu rakyat dinyanyikan.

Menurut Brunvand lagi, lagu rakyat tidak bersifat abadi (satatik), malah lagu-

lagu pop semasa yang baik mungkin menjadi lagu rakyat (klasik) yang akhirnya

tersebar secara lisan. Sukar menentukan lagu ‘Naik-Naik Ke Puncak Gunung’

(Indonesia), ‘Tepuk Amai-Amai’ (Malaysia), ‘Smoke Gets In Your Eyes’ (Inggeris)

dan ‘The Wedding March’ (Jerman) adalah lagu pop atau lagu rakyat (James

Danadjaja, 1984: 144-145).

(b) Jenis @ golongan lagu rakyat

Brunvand menjeniskan lagu rakyat kepada dua jenis iaitu proto folksong

(worldless folksong) dan near folksongs. Worldless folksongs ialah satu bentuk lagu
3

di mana muzik nyanyian lebih dipentingkan dari lirik / puisi lagu tersebut. Lagu ini

bisanya hanya digunakan untuk mengiringi tarian rakyat. Misalnya nyanyian yang

mengiringi ‘tarian Kecak’ (Bali - Indonesia) di mana penggunaan suara hanya

digunakan untuk meniru bunyi gamelan sahaja.

Lagu rakyat jenis near folksongs ialah lagu di mana lirik (puisi) lebih

dipentingkan dari muziknya. Alatan muzik yang digunakan adalah ringkas dan asas

seperti rebana, serunai, gendang, biola atau gamelan sahaja. Contohnya di

Indonesia , lagu rakyat yang dinyanyikan dalam ‘tembang’ Jawa menggunakan

muzik gamelan.

Lagu rakyat yang disertai oleh lirik puisi dan muzik digolongkan oleh

Brundvand ke dalam tiga jenis iaitu , lagu rakyat berfungsi (fungsional songs) , lagu

rakyat berlirik (lyrical folksongs) dan lagu rakyat bercerita (narrative folksongs).

Lagu rakyat berfungsi ialah lirik puisi yang berfungsi untuk hiburan dan pendidikan

dan lagunya yang menghiburkan. Antara fungsinya ialah untuk hiburan (ketenangan)

seperti lagu ‘Nina Bobok’ (Indonesia) dan ‘Tepuk Amai-Amai’ (Malaysia).Ia juga

berfungsi untuk menaikkan semangat bekerja seperti ‘Rembate Rata’ (Sulawesi) .

Selain itu ia juga berfungsi untuk melahirkan suasana kegembiraan dan kelucuan -

biasanya mengiringi sesuatu permainan kanak-kanak (play songs) seperti lagu

‘Baris Cerek Tempe’ (Jawa) dan ‘Enjit-Enjit Semut’ (Malaysia).

Lagu rakyat berlirik ialah ‘lagu rakyat yang teksnya bersifat lirik (puisi) yang

merupakan cetusan rasa sedih pengarangnya, tanpa menceritakan kisah yang

bersambung’(James Danadjaja, 1984: 147).

Jenis ini dibahagikan pula kepada lagu rakyat lirik yang sesungguhnya dan lagu

rakyat lirik yang bukan sesungguhnya. Lagu rakyat lirik yang bukan sesungguhnya

terbahagi pula kepada :


4

1. Lagu rakyat kerohanian / keagamaan (spiritual and religious songs)

2. Lagu rakyat pemberi nasihat berbuat baik (homeletic songs)

3. Lagu rakyat berkasihan dan perkahwinan (folksongs of courtship and marriage)

4. Lagu kanak-kanak (nursery and children songs)

5. Lagu bertimbun banyak (cumulative tale)

6. Lagu daerah dan pekerjaan (regional and accupational folksongs)

7. Lagu jenaka (humorous songs) - lagu dialek (dialect songs), lagu bukan-bukan

(nonsense songs) dan lagu ejekan (parody songs).

Lagu rakyat bercerita ialah nyayian rakyat yang menceritakan suatu kisah.

Kisah yang diceritakan mungkin berbentuk balada (ballad) - kisah sentimental /

romantik / cinta ataupun epos (epic) - kisah kewiraan / kepahlawanan.

(c) Fungsi lagu rakyat

Lagu rakyat mempunyai fungsi yang tersendiri dalam masyarakat Melayu

tradisional. Sesuai dengan liriknya sebagai sejenis puisi lama , ia sememangnya

merupakan pancaran masyarakat lama. Sutan Takdir Alisjahbana (1971 : 5)

menegaskan ‘puisi lama ialah ‘sebahagian daripada kebudayaan lama yang

dipancarkan oleh masyarakat lama. Jadi, kalau kita hendak mengenali puisi lama itu,

maka pertama sekali mestilah kita mengenali kebudayaan dan masyarakat lama itu.’

Dalam tradisi kolektif masyarakat lisan , lagu rakyat mempunyai peranan

sebagai alat hiburan - ‘escapisme’ diri dari kemelut hidup dan persekitaran yang

merungsingkan fikiran agar mendapat kedamaian jiwa , contohnya lagu-lagu jenaka

dan lagu-lagu permainan. Ia juga berfungsi untuk meningkatkan semangat bekerja

dalam suasana yang lebih ceria dan bertanggungjawab. Di Jawa, lagu rakyat juga

digunakan untuk menceritakan salasilah keluarga atau keturunan. Ia juga

berperanan sebagai wahana protes sosial dan protes ketidakadilan dalam


5

masyarakat. Selain itu lagu rakyat juga berperanan sebagai alat untuk pendidikan

dan pengajaran sama ada secara langsung atau tidak langsung - pendidikan moral /

akhlak dan tauhid / iman.

Sekian, wassalam. Terima Kasih.

Putra Tropika
Bandar Seri Putra, Bangi.
12.30 mlm; 10 April 2010

You might also like