You are on page 1of 5

HBHE2103_SEMSEP09/F_CC

BAHAGIAN A

ARAHAN

Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan.

SOALAN Markah

1. Nyatakan EMPAT objektif Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS).


(4)

2. Aktiviti Kemahiran Kesihatan Diri boleh dijalankan melalui pendidikan


formal dan tidak formal di sekolah. Jelaskan DUA daripada aktiviti
Kemahiran Kesihatan Diri yang dijalankan menerusi pendidikan formal di
sekolah.
(4)

3. Terangkan DUA matlamat utama Pertolongan Cemas.


(4)

4. Berdasarkan pengalaman atau keterlibatan dalam Program Bersepadu


Sekolah Sihat (PBSS), lakarkan carta organisasi bagi jawatankuasa PBSS
yang dibentuk di peringkat sekolah.
(4)

5. Kenal pasti EMPAT kriteria yang membolehkan murid layak menerima


bantuan program pemakanan Rancangan Makanan Tambahan (RMT).
(4)

(Jumlah: 20)

1…
HBHE2103_SEMSEP09/F_CC

BAHAGIAN B

ARAHAN

Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

SOALAN Markah

1. (a) Bantuan mula merupakan aspek penting yang perlu guru ketahui
dalam berhadapan dengan situasi murid-murid di sekolah.
(i) Pada keadaan manakah Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) dan
Resusitasi Udara Hembusan (EAR) sesuai diaplikasikan? (5)
(ii) Terangkan langkah-langkah utama menjalankan CPR dan
EAR. (5)

(b) Guru berhadapan dengan pelbagai kecederaan yang boleh berlaku


terhadap murid di sekolah. Apakah tindakan guru apabila
berhadapan dengan keadaan berikut?
(i) Murid pengsan di sekolah.
(ii) Murid terkena renjatan di sekolah. ( 10 )
(Jumlah: 20)

2. (a) Perkhidmatan Kesihatan Sekolah yang dijalankan dengan kerjasama


Kementerian Kesihatan memberikan manfaat kepada murid-murid
di sekolah.
(i) Terangkan LIMA manfaat yang boleh murid peroleh daripada
Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.
(ii) Bincangkan LIMA aktiviti yang dijalankan oleh Perkhidmatan
Kesihatan Sekolah. ( 10 )

2…
HBHE2103_SEMSEP09/F_CC

(b) Masalah kesihatan dan penyakit-penyakit yang dikaitkan dengan


alam sekitar semakin meruncing pada masa kini.
(i) Terangkan LIMA penyakit yang dikaitkan dengan
pencemaran alam sekitar.
(ii) Bincangkan langkah-langkah pencegahan untuk setiap
penyakit yang dinyatakan. ( 10 )
(Jumlah: 20)

3. Bagi memastikan program-program Rancangan Kesihatan Sekolah


mencapai objektif masing-masing, Kementerian Pelajaran Malaysia tidak
terkecuali daripada berhadapan dengan pelbagai masalah dan isu.

(a) Terangkan faktor-faktor yang menyebabkan masalah atau isu-isu


tersebut. ( 10 )

(b) Beri cadangan anda bagi mengatasi faktor-faktor yang


menyebabkan masalah atau isu-isu yang dinyatakan di atas. ( 10 )
(Jumlah: 20)

4. Rancangan Kesihatan Sekolah dengan kerjasama Kementerian Pelajaran


Malaysia telah mewujudkan pelbagai program bagi meningkatkan
pengetahuan dan kesedaran murid mengenai amalan dan cara hidup sihat,
bersih dan selamat.

Taksirkan kejayaan yang dicapai oleh program-program berikut:


(i) Pendidikan Pencegahan AIDS
(ii) Projek Anti Denggi
(iii) Program Doktor Muda
(iv) Program Perkhidmatan Pergigian
(Jumlah: 20)

3…
HBHE2103_SEMSEP09/F_CC

5. (a) Persekitaran fizikal sekolah yang sihat dan selamat ialah keadaan
sekolah yang mempunyai kemudahan asas dan fizikal yang sentiasa
bersih, ceria, selamat dan sihat.
(i) Apakah tujuan persekitaran fizikal sekolah yang sihat dan
selamat?
(ii) Cadangkan LIMA langkah dalam meningkatkan persekitaran
fizikal sekolah yang sihat dan selamat. ( 10 )

(b) Persekitaran sosial sekolah ialah persekitaran yang boleh


membentuk sikap dan amalan ke arah membina sahsiah warga
sekolah yang murni dan dapat mengatasi segala cabaran.
(i) Ramalkan perkara berlaku sekiranya persekitaran sosial
sekolah tidak dititikberatkan.
(ii) Beri cadangan anda untuk mengatasi perkara yang dinyatakan
dalam (i) di atas. ( 10 )
(Jumlah: 20)

4…
HBHE2103_SEMSEP09/F_CC

BAHAGIAN C

ARAHAN

Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

SOALAN Markah

1. Amalan Kebersihan Sekolah perlu disemai dan dipupuk sejak awal dari
rumah dan diperkukuh serta diperkembangkan di sekolah agar dapat
menjadi amalan sepanjang hayat. Salah satu daripada objektif program
Amalan Kebersihan Sekolah adalah untuk mewujudkan iklim, serta
identiti sekolah sebagai institusi yang sihat, bersih,indah dan ceria.

Rancangkan satu program kesihatan di sekolah dengan menyatakan secara


jelas peranan yang seharusnya dimainkan oleh pentadbir, guru, murid,
warga sekolah, agensi kerajaan dan masyarakat dalam usaha mencapai
objektif murni tersebut.

(Jumlah: 20)

2. Kejayaan dan kemajuan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS)


memerlukan pemantauan dan penilaian yang berterusan dalam mencapai
matlamat dan objektifnya. Nilai kejayaan atau kegagalan PBSS di sekolah
anda dengan mengemukan faktor-faktor yang menyebabkan perkara
tersebut berlaku.
(Jumlah: 20)

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like