You are on page 1of 16

PROSES PENGELUARAN BIJI BENIH

BETIK EKSOTIKA DAN EKSOTIKA II


(BB/P04)

CARTA ALIR

MULA

Penerimaan arahan,
6.1 perancangan dan
permohonan pelanggan

TOLAK 6.2 TERIMA

6.3 Pengwujudan kebun biji benih

6.4 Kawalan pendebungaan

Penuaian buah dan


6.5 pemprosesan biji benih

Ujian percambahan
6.6
TOLAK TERIMA

Pembungkusan dan pelabelan


6.7

Penyimpanan
6.8

Penjualan dan agihan


6.9

Analisa Data
6.10

TAMAT

Isu : 04 No. Prosedur : BB/P04


Tarikh : 28 Disember 2009 ms : 1
PROSES PENGELUARAN BIJI BENIH
BETIK EKSOTIKA DAN EKSOTIKA II
(BB/P04)

1.0 Tujuan

Prosedur ini menggariskan kaedah pengeluaran biji benih betik yang


bermutu.

2.0 Skop

Dokumen ini mengandungi prosedur yang terlibat dalam pengeluaran biji


benih betik Eksotika dan Eksotika II di Stesen Penyelidikan MARDI Pontian,
Johor .

3.0 Tanggungjawab

Secara keseluruhan, prosedur ini diselaraskan oleh Ketua Unit Pengeluaran


Bahan Tanaman, Biji Benih Dan Baka Ternakan (KUBB) MARDI.
Tanggungjawab secara spesifik mengikut perkara/aktiviti adalah seperti yang
tercatit dalam Seksyen Prosedur.

4.0 Definisi

4.1 Antesis : Bunga kembang dan sedia untuk didebungakan

4.2 Biji benih : Biji yang digunakan sebagai bahan tanaman.

4.3 Betik Eksotika : Varieti betik hasil kacukan balik antara varieti `
Subang 6 dan Hawaiian Sunrise Solo. Varieti
ini juga dikenali sebagai Titisan 20.

4.4 Betik Ekstotika II : Varieti betik hasil kacukan antara Titisan 19 dan
Eksotika.

4.5 Bunga Betina : Bunga yang mempunyai anggota pembiakan


betina (ovari) sahaja.

4.6 Bunga Hermafrodit : Bunga yang mempunyai anggota pembiakan


betina (ovari) dan anggota pembiakan jantan
Isu : 04 No. Prosedur : BB/P04
Tarikh : 28 Disember 2009 ms : 2
PROSES PENGELUARAN BIJI BENIH
BETIK EKSOTIKA DAN EKSOTIKA II
(BB/P04)

(stamen) pada satu bunga yang sama.

4.7 Pendebungaan : Satu proses dimana debunga (benih jantan


daripada bunga penderma dipindahkan ke stigma
(bahagian bunga betina yang menerima
debunga) bunga penerima.

4.8 Pokok betina : Pokok yang mempunyai bunga betina sahaja.

4.9 Pokok hermafrodit : Pokok yang mempunyai bunga hermafrodit


sahaja.

4.10 Sarkotesta : Lapisan selaput jernih yang menyerupai agar-agar


yang terdapat pada setiap biji betik.

4.11 UBB : Unit Pengeluaran Bahan Tanaman, Biji Benih dan


Baka Ternakan (Unit Benih dan Baka)

4.12 KP : Ketua Pengarah MARDI

4.13 TKP : Timbalan Ketua Pengarah

4.14 KUBB : Ketua Unit Benih dan Baka

4.15 Peg. Peny. : Pegawai Penyelidik

4.16 Pen. Peg. Peny. : Penolong Pegawai Penyelidik

4.17 Pemb. Peny. : Pembantu Penyelidik

4.18 PT(P/O) : Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

4.19 PS : Pengurus Stesen MARDI Pontian

4.20 PAR : Pembantu Am Rendah

4.21 PRA : Pekerja Rendah Awam

4.22 PP : Pemilik Proses


Isu : 04 No. Prosedur : BB/P04
Tarikh : 28 Disember 2009 ms : 3
PROSES PENGELUARAN BIJI BENIH
BETIK EKSOTIKA DAN EKSOTIKA II
(BB/P04)

4.23 Peny. Setor : Penyelenggara Setor

5.0 Rujukan

5.1 BB/S04 Penanaman betik. Kuala Lumpur: Institut Penyelidikan dan


Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

5.2 BB/S05 Tatacara Perlaksanaan Dana Tabung Pusingan


Pengeluaran Bahan Tanaman Biji Benih dan Baka
Ternakan MARDI.

5.3 PK/S04 Manual Perolehan MARDI

5.5 BB/SN (05) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

5.6 BB/SN (06) Akta Racun Makhluk Perosak 1994

5.7 BB/SN (07) Akta Racun Makhluk Perosak (Pindaan 2004)

5.8 BB/SN (08) Akta Perlindungan Varieti Baru tumbuhan (PVBT)


2004

Isu : 04 No. Prosedur : BB/P04


Tarikh : 28 Disember 2009 ms : 4
PROSES PENGELUARAN BIJI BENIH
BETIK EKSOTIKA DAN EKSOTIKA II
(BB/P04)

6.0 Prosedur

Tindakan Tanggungjawab

6.1 Penerimaan arahan, perancangan dan permohonan KP


pelanggan

6.1.1 Pengeluaran biji benih dibuat berdasarkan kepada

(a) Arahan pihak atasan dan Perancangan TKP


dalaman.

(b) Permohonan dari pelanggan. KUBB

6.1.2 Perancangan dalaman

(a) Perancangan dalaman dibuat berdasarkan KUBB


kepada anggaran permintaan tahunan dan
kapasiti pengeluaran tahun semasa.

(b) Keputusan perancangan dan peruntukan PP


kewangan disampaikan kepada Peg.Peny./
Pen. Peg. Peny. yang berkaitan untuk
perlaksanaan

6.1.3 Permohonan dari pelanggan. KUBB

(a) Permohonan biji benih yang diterima dari


pelanggan diproses dan dipertimbangkan
untuk kelulusan (Borang tempahan biji benih/
anak pokok buah-buahan).

(b) Sekiranya biji benih tiada dalam simpanan


semasa (stok bahan siap), salinan Borang
Tempahan Biji Benih/Anak Pokok Buah-Buahan
akan disimpan dalam Fail UBB:02.5.1(0109)-1
[Borang BB/P03-(1)].

Isu : 04 No. Prosedur : BB/P04


Tarikh : 28 Disember 2009 ms : 5
PROSES PENGELUARAN BIJI BENIH
BETIK EKSOTIKA DAN EKSOTIKA II
(BB/P04)

Tindakan Tanggungjawab

6.2 Permohonan dan pemeriksaan bahan input/


perkhidmatan

6.2.1 Mengenalpasti dan memohon keperluan input dan Pen. Peg. Peny.
perkhidmatan kepada PS (Rujukan: PK/S04 – Manual
Perolehan MARDI)

6.2.2 Meluluskan permohonan dan menguruskan PP


pembelian input dan perkhidmatan

6.2.3 Pemeriksaan bahan input/perkhidmatan dilakukan Pen. Peg. Peny.


sebelum diterima. Jika tidak menepati pada apa
yang dipohon/dikehendaki bahan input perlu
dikembalikan pada pembekal berkaitan

6.3 Pengwujudan kebun biji benih

6.3.1 Kebun biji benih diwujudkan di kawasan yang PP


mempunyai tanah bersaliran baik dan berdekatan
dengan sumber air

6.3.2 Amalan kultura seperti penyediaan semaian, Pen. Peg. Peny.


penyediaan kawasan penanaman, penanaman,
pembajaan, pengairan dan pengurusan makhluk
perosak, dilaksanakan berpandukan kepada buku
Penanaman Betik (BB/S04).

6.3.3 Semua aktiviti amalan kultura direkodkan dalam Buku Pemb. Peny
Rekod Kerja Harian [UBB:02.5.1(0109)-13]

Isu : 04 No. Prosedur : BB/P04


Tarikh : 28 Disember 2009 ms : 6
PROSES PENGELUARAN BIJI BENIH
BETIK EKSOTIKA DAN EKSOTIKA II
(BB/P04)

Tindakan Tanggungjawab

6.4 Kawalan pendebungaan

6.4.1 Untuk pengeluaran biji benih betik Eksotika :

a) Bunga hermafrodit betik Titisan 20 yang matang Pen. Peg. Peny.


dipilih dan dibungkus dengan kertas lilin. Pemb. Peny.
Bunga hermafrodit dikira matang apabila lebih
kurang 75% daripada bunga tersebut bertukar
warna dari hijau keputihan kepada putih
kekuningan.
b) Kerja-kerja ini hendaklah dilakukan oleh
Pen. Peg. Peny.
pekerja yang terlatih.
Pemb. Peny.
6.4.2 Untuk pengeluaran biji benih betik Eksotika II :

a) Bunga dari betik Titisan 20 yang matang (kelopak Pemb. Peny.


bunga telah 75% berwarna putih kekuningan,
tetapi masih belum kembang) dipetik dan
digunakan untuk proses pendebungaan pada hari
yang sama. Jika tidak ianya perlu disimpan di
dalam peti sejuk dan digunakan dalam masa 24
jam.
b) Organ pembiakan jantan (stamen & anther) dari Pemb. Peny.
bunga tersebut diambil dengan forsep dan
disapukan ke atas stigma bunga penerima Titisan 19
yang telah dibuang stamennya
c) Bunga penerima Titisan 19 yang dipilih adalah bunga Pemb. Peny.
hermafrodit
d) Setelah dilakukan kerja-kerja pendebungaan, bunga Pemb. Peny
tersebut ditanda menggunakan tali dan dibungkus
dengan kertas lilin

6.4.3 Semua aktiviti yang dijalankan direkodkan dalam Pemb. Peny


Buku Rekod Kerja Harian [UBB:02.5.1(0109)-13]

Isu : 04 No. Prosedur : BB/P04


Tarikh : 28 Disember 2009 ms : 7
PROSES PENGELUARAN BIJI BENIH
BETIK EKSOTIKA DAN EKSOTIKA II
(BB/P04)

Tindakan Tanggungjawab

6.5 Penuaian buah dan pemprosesan biji benih

6.5.1 Buah dipetik pada indeks kemasakan antara 3 - 5 iaitu Pemb. Peny.
apabila warna kulit buah mula menunjukkan warna
kekuningan (Rujukan: BB/S04).

6.5.2 Bilangan buah yang dipetik direkodkan dan Pemb. Peny.


dimasukkan ke dalam bakul yang bertanda E bagi
benih Eksotika dan E II bagi benih Eksotika II.

6.5.3 Biji benih yang dikeluarkan dari buahnya dibasuh dan Pemb. Peny.
tisu-tisu buah yang terlekat bersama biji dibuang.
Semasa membasuh, biji benih yang timbul dibuang

6.5.4 Biji benih yang sudah dibasuh, diletakkan didalam Pemb. Peny.
bekas dan disimpan di tempat yang mempunyai
peredaran udara yang baik untuk mereputkan
sarkotesta

6.5.5 Untuk memudahkan penanggalan sarkotesta, biji Pemb. Peny.


benih disimpan selama tidak melebihi 24 jam sebelum
dibasuh dan dibersihkan

6.5.6 Biji benih yang telah bersih diberi rawatan seperti Pemb. Peny.
berikut :

- Biji benih digaul rata bersama racun yang telah


dibancuh dengan air.

- Kadar yang digunakan ialah:

1 kg biji benih
1 liter air
2 gm benlate ATAU 5 gm Thiram

Isu : 04 No. Prosedur : BB/P04


Tarikh : 28 Disember 2009 ms : 8
PROSES PENGELUARAN BIJI BENIH
BETIK EKSOTIKA DAN EKSOTIKA II
(BB/P04)

Tindakan Tanggungjawab

6.5.7 Biji benih dikeringkan di atas tray berjaring yang Pemb. Peny.
dilabel mengikut jenis biji benih dan diletakkan
ditempat teduh sehingga kandungan lembapan biji
benih pada paras 8 -13% dengan menjalankan ujian
lembapan menggunakan Borang BB/P04–(4).

6.5.8 Biji benih yang telah kering ditimbang beratnya, Pemb. Peny.
disimpan dalam beg plastik P.E. dan di’seal’ serta
disimpan pada suhu tidak melebihi 150C sementara
menunggu ujian percambahan.

6.5.9 Rekod biji benih hendaklah disimpan menggunakan Pemb. Peny


Borang Pengeluaran Biji Benih Betik [Borang BB/P04-
(2)]

6.6 Ujian percambahan

6.6.1 Ujian percambahan dijalankan dalam masa 14 hari Pemb. Peny.


atau selepas 50 hari biji benih diproses. Dalam kes
pertama (14 hari), biji benih perlu diberi rawatan
rendaman selama 24 jam dalam larutan 1.0% KNO3
untuk mengatasi kedormanan biji benih sebelum ujian
percambahan dilakukan(Borang ujian percambahan)

6.6.2 Setiap replikasi mengandungi 50 biji benih yang Pemb. Peny.


disemai diatas media kertas dalam bekas yang
sesuai. Kertas media hendaklah sentiasa lembab.
Kelembapan yang sesuai ialah apabila tiada air
berkumpul di tepi bekas apabila bekas disengetkan.
Ujian percambahan dibuat dalam 4 replikasi

6.6.3 Peratus percambahan dikira 21 hari selepas semai Pemb. Peny.


berdasarkan bilangan anak benih yang tumbuh
normal. Peratus percambahan bagi setiap lot (batch)
biji benih yang diuji direkodkan menggunakan borang
yang khusus [Borang BB/P04-(1)].

Isu : 04 No. Prosedur : BB/P04


Tarikh : 28 Disember 2009 ms : 9
PROSES PENGELUARAN BIJI BENIH
BETIK EKSOTIKA DAN EKSOTIKA II
(BB/P04)

Tindakan Tanggungjawab

6.6.4 Sekiranya peratus percambahan kurang daripada Pemb. Peny.


70%, ujian percambahan dijalankan sekali lagi
dalam masa 14 hari selepas tarikh pengiraan ujian
pertama.

6.6.5 Biji benih hanya akan diterima-pakai sekiranya Pemb. Peny.


percambahannya 70 % atau lebih. Biji benih yang
mempunyai percambahan kurang daripada 70%
hendaklah diasingkan, dan direkodkan
menggunakan Borang Hapus Kira Produk [Borang
SQF–(1)].

6.7 Pembungkusan dan pelabelan

6.7.1 Biji benih dibungkus dalam beg plastik yang di’seal’ Pemb. Peny.
dalam kuantiti 100 gram, 50 gram, 20 gram, 10 gram,
5 gram atau mengikut permintaan pelanggan.

6.7.2 Penimbang yang digunakan ditentukurkan sekali Pen. Peg. Peny.


setiap tahun

6.7.3 Beg plastik yang berisi biji benih dilabelkan seperti Pemb. Peny.
berikut :

E = Biji benih Eksotika


E II = Biji benih Eksotika II

6.8 Penyimpanan

6.8.1 Bungkusan-bungkusan biji benih yang telah siap untuk Pemb. Peny.
jualan disimpan pada suhu tidak melebihi 150 C.

Isu : 04 No. Prosedur : BB/P04


Tarikh : 28 Disember 2009 ms : 10
PROSES PENGELUARAN BIJI BENIH
BETIK EKSOTIKA DAN EKSOTIKA II
(BB/P04)

Tindakan Tanggungjawab

6.8.2 Semasa dalam simpanan, ujian percambahan Pemb. Peny.


akan dibuat sekali dalam setiap tahun dan selepas 2
tahun ujian percambahan akan dibuat sekali setiap 6
bulan. Borang yang berkenaan digunakan untuk
merekod keputusan ujian percambahan.

6.9 Penjualan dan Agihan Pen. Peg. Peny.

6.9.1 Pelanggan yang membuat tempahan diberitahu


sama ada melalui telefon, faks ataupun surat setelah
biji benih yang ditempah siap sedia untuk diambil.

6.9.2 Penjualan Tunai menggunakan Borang Surat


Pengeluaran/Pembelian Produk UBB [Borang BB/P03-
(2)], manakala Penjualan Kredit dan Pindah Stok
menggunakan Borang Surat Pengeluaranan Barang-
Barang – MDI 86/83 [Borang BB/P03-(3)].

6.9.3 Kaedah penjualan dilakukan mengikut arahan


Rujukan BB/S05 – Tatacara Perlaksanaan Dana
Tabung Pusingan Pengeluaran Bahan Tanaman Biji
Benih dan Baka Ternakan MARDI.

6.10 Analisis Data PP

6.10.1 Pengumpulan dan penganalisis data akan dibuat


untuk memastikan kesesuaian dan keberkesanan
sistem pengurusan kualiti dan memberi panduan
untuk tindakan pencegahan dan pembaikan.

Isu : 04 No. Prosedur : BB/P04


Tarikh : 28 Disember 2009 ms : 11
PROSES PENGELUARAN BIJI BENIH
BETIK EKSOTIKA DAN EKSOTIKA II
(BB/P04)

Tindakan Tanggungjawab

6.11 Penilaian Prestasi Pembekal


PP
6.11.1 Penilaian prestasi pembekal akan dilaksanakan pada
setiap enam bulan berdasarkan prosedur PK/P01
dengan mengisi Borang PK/P01-(9). Analisis kesesuaian
pembekal akan dibuat sekurang-kurangnya setahun
sekali.

6.11.2 Pembekal dengan skor 4.0 atau kurang dianggap


sebagai pembekal yang baik dan boleh diteruskan
perkhidmatannya

6.11.3 Satu salinan hasil penilaian pembekal perlu dihantar


kepada Pemilik Proses PK/P01

6.12 Maklumbalas dan Kepuasan Pelanggan PP

6.12.1 Maklumbalas dan kepuasan pelanggan akan


dilaksanakan selaras dengan prosedur UK/P04. Borang
yang berkaitan perlu dilengkapkan.

6.12.2 Sebarang bentuk maklumbalas dan aduan


pelanggan akan dilapor kepada Pemilik Proses
UK/P04 untuk penyelarasan dan tindakan seterusnya.

6.13 Kawalan Ke Atas Produk Yang Tidak Memenuhi PP


Keperluan Yang Ditetapkan

6.13.1 Produk yang dihasilkan tidak memenuhi keperluan


yang ditetapkan seperti berlaku jangkitan penyakit/
rosak/sebab lain hendaklah dihapus kira

Isu : 04 No. Prosedur : BB/P04


Tarikh : 28 Disember 2009 ms : 12
PROSES PENGELUARAN BIJI BENIH
BETIK EKSOTIKA DAN EKSOTIKA II
(BB/P04)

Tindakan Tanggungjawab

6.13.2 Pemilik Proses perlu mengisi Borang SQF-(1) yang


perlu disahkan dan diluluskan oleh Pengarah
Pusat/Bahagian atau Ketua Unit. Tindakan hapus kira
boleh dilakukan selepas mendapat kelulusan dan
sebarang tindakan hendaklah direkodkan.

Isu : 04 No. Prosedur : BB/P04


Tarikh : 28 Disember 2009 ms : 13
PROSES PENGELUARAN BIJI BENIH
BETIK EKSOTIKA DAN EKSOTIKA II
(BB/P04)

7.0 Rekod

Bil. Rujukan Rekod/Fail Lokasi/ Tempoh


Tanggungjawab Penyimpanan
1 UBB:02.5.1(0109)-1 Borang Tempahan Biji Stesen MARDI 5 tahun
Benih/Anak Pokok Pontian/Pen.
Buah-Buahan [Borang Peg. Peny
BB/P03–(1)]
2 UBB:02.5.1(0109)-2 Surat Pengeluaran/ Stesen MARDI 5 tahun
Pembelian Produk UBB Pontian/Pen.
[Borang BB/P03-(2)] Peg. Peny.
3 UBB:02.5.1(0109)-3 Surat Pengeluaran Stesen MARDI 5 tahun
Barang Barang MDI Pontian/PS
86/83 [BB/P03-(3)]
4 UBB:02.5.1(0109)-4 Rekod Ujian Stesen MARDI 5 tahun
Percambahan Biji Pontian/Peny.
Benih Betik [Borang Setor
BB/P04–(1)]
5 UBB:02.5.1(0109)-5 Rekod Pengeluaran Biji Stesen MARDI 5 tahun
Betik [Borang BB/P04- Pontian/Pemb
(2)] Peny
6 UBB:02.5.1(0109)-6 Rekod Kerja Bulanan Stesen MARDI 5 tahun
[Borang BB/P04-(3)] Pontian/Pen.
Peg. Peny.
7 UBB:02.5.1(0109)-7 Borang Ujian Stesen MARDI 5 tahun
Kandungan Pontian/Pen.
Lembapan [BB/P04- Peg. Peny.
(4)]
8 UBB:02.5.1(0109)-8 Borang Permohonan Stesen MARDI 5 tahun
Pembelian Bahan Pontian/Pen.
Input/Perkhidmatan Peg. Peny.
9 UBB:02.5.1(0109)-9 Salinan Pesanan Stesen MARDI 5 tahun
Tempatan (LO) Pontian/Pen.
Pembelian Input/ Peg. Peny.
Perkhidmatan/T&T/
OT dll

Isu : 04 No. Prosedur : BB/P04


Tarikh : 28 Disember 2009 ms : 14
PROSES PENGELUARAN BIJI BENIH
BETIK EKSOTIKA DAN EKSOTIKA II
(BB/P04)

Bil. Rujukan Rekod/Fail Lokasi/ Tempoh


Tanggungjawab Penyimpanan
10 UBB:02.5.1(0109)-10 Borang Stesen MARDI 5 tahun
Permohonan/ Pontian/
Pengeluaran PT(P/O)
Barang/Penerimaan
Bahan Input/
Salinan Surat
Penghantaran
Bahan Input
11 UBB:02.5.1(0109)-11 Surat-surat/arahan/ Stesen MARDI 5 tahun
pekeliling dll. Pontian/Pen.
Peg. Peny.
12 UBB:02.5.1(0109)-12 Salinan Minit Stesen MARDI 5 tahun
Mesyuarat Pontian/Pen.
Peg. Peny.
13 UBB:02.5.1(0109)-13 Rekod Kerja Harian Stesen MARDI 5 tahun
Pontian/Pen.
Peg. Peny/
Pemb. Peny.
14 UBB:02.5.1(0109)-14 Salinan Laporan Stesen MARDI 5 tahun
Prestasi Aktiviti Pontian/Pen.
Peg. Peny.
/Pemb. Peny.
15 UBB:02.5.1(0109)-15 Maklumbalas Stesen MARDI 5 tahun
Pelanggan [Borang Pontian/Pen
UK/P04-(1) dan Peg Peny.
Borang UK/P04-(2)]
16 UBB:02.5.1(0109) -16 Penilaian Prestasi Stesen MARDI 5 tahun
Pembekal (MDI 04A) Pontian/PP/
[Borang PK/P01-(9)] Peg. Peny.
17. UBB:02.5.1(0109)-17 Borang Hapus Kira Stesen MARDI 5 tahun
Produk (Borang SQF- Pontian/PP
(1)

Isu : 04 No. Prosedur : BB/P04


Tarikh : 28 Disember 2009 ms : 15
PROSES PENGELUARAN BIJI BENIH
BETIK EKSOTIKA DAN EKSOTIKA II
(BB/P04)

18 UBB:02.5.1 (0109) 18 Borang Daftar Stesen MARDI 5 tahun


Utama Bangunan Pontian / PS
KJ / P01 – (1)

19 UBB:02.5.1(0109) 19 Borang Lapuran Stesen MARDI 5 tahun


Kerosakan Pontian / PS
Bangunan dan
Infrastruktur. KJ / P01
–(2)

Isu : 04 No. Prosedur : BB/P04


Tarikh : 28 Disember 2009 ms : 16

You might also like