You are on page 1of 3

How Computers Can Be Used in Classrooms.

“Communication tools-the use of computers in the classroom helps students get


used to email and it facilitiates communication among students and teachers”

Ulasan ini bertujuan untuk menyokong kenyataan yang dipetik daripada salah
satu petikan yang telah dipilih. Heinich (1996) menyatakan komputer berkemampuan
mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer
berinteraksi dengan pengguna membolehkan pengajar-pengajar menerapkan
pengajaran dan pembelajaran secara lebih mudah serta menarik. Ini adalah kerana
komputer dijadikan sebagai pangkalan data, dapat memberikan maklumat yang dicari
atau diminta oleh orang ramai.

Perlaksanaan konsep Sekolah Bestari iaitu salah satu contoh aplikasi perdana
dalam Koridor Raya Multimedia adalah usaha kerajaan yang berterusan bagi
membentuk generasi baru yang mempunyai daya saing dalam era teknologi maklumat
dan komunikasi. Inovasi dalam teknologi maklumat ini dapat menyebarkan segala
maklumat kepada pelbagai lapisan masyarakat (Nik Azis, 1996). Komunikasi Mail
Elektronik (E-mel) merupakan antara perkhidmatan internet yang digunakan dengan
meluas. Selain itu, listservs, Newsgroups dan Chat juga merupakan perkhidmatan
internet yang membolehkan kita berkomunikasi. Sesiapa sahaja boleh berkomunikasi
antara satu sama lain dengan menggunakan komputer yang dihubungkan dengan
internet.

Melalui kajian Hampton (2000) terhadap 40,456 responden di Amerika Syarikat.


Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat hubungan positif antara penggunaan e-mel.
Kajian menunjukkan semakin kerap seseorang menggunakan internet maka semakin
kerap mereka berhubung dengan rakan atau -saudara melalui e-mel. Ini jelas
menunjukkan penggunaan e-mel dapat membentuk isolasi masyarakat. Melalui
penggunaan e-mel juga, guru dengan pelajar boleh menyertai kumpulan perbincangan
untuk bersoaljawab, bincang soalan dan berkongsi pengalaman serta pengetahuan.
Berkongsi dan bertukar pendapat berhubung dengan proses pengajaran dan
pembelajaran teknik pengajaran terbaik, idea kreatif dan inovatif, latihan dan penilaian,
bahan bantu mengajar dan sebagainya. Berbincang dengan rakan dari kalangan
berbagai budaya dan latar belakang negara mengenai berbagai isu semasa.
Mengalakkan perkembangan bahasa melalui komunikasi dengan rakan pena di luar
Negara.

Pelajar dan pengajar boleh berkongsi sebarang maklumat tanpa batasan dalam
bidang-bidang khusus mereka. Terdapat beribu-ribu kumpulan perbincangan yang
boleh disertai oleh pendidik bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan
pendidikan. Aplikasi IRC ini juga membolehkan komunikasi dua hala dilakukan antara
dua atau lebih orang pengguna. Melalui penggunaan video interaktif ini membolehkan
seorang pengajar pakar yang berada dalam satu lokasi mengajar pelajar-pelajar yang
berada dalam lokasi yang berlainan dan jauh antara satu sama lain. Menurut J. Maki
(2001), menyatakan penggunaan telesidang video ini menyelesaikan masalah dalam
P&P, walaubagaimanapun penggunaannya memerlukan perancangan dan latihan yang
rapi supaya perancangan mengajar adalah lebih berkesan dan efektif. Telesidang juga
membolehkan pendidik dan pelatih mempersembahkan maklumat yang ditayangkan
pada skrin televisyen di lokasi pedalaman. Peserta boleh melihat apa yang sebenarnya
berlaku dan berinteraksi dengan orang pada lokasi yang dihubungkan itu.

Bahan pengajaran dalam bentuk laman web bagi memudahkan pelajar


memahami pengajaran pengajar ketika atau selepas kuliah. Ia menyediakan ruang
untuk pelajar berinteraksi dengan pengajar menerusi e-mel serta dapat menggalakkan
pelajar dengan menggunakan kemudahan internet untuk tujuan pembelajaran. Guru
juga dapat menyebarkan maklumat kuliah supaya dapat dicapai oleh pelajar di mana-
mana sahaja dengan menggunakan teknologi internet. Dengan kaedah ini secara tidak
langsung ia menyokong pembinaan pengetahuan sosial melalui komunikasi pakatan
kerjasama. Internet menyediakan pelbagai cara untuk berbincang tanpa sempadan
tempat atau negara. Melalui internet pelajar boleh berbincang tentang apa yang telah
dipelajari, memperkayakan pemikian input yang disumbangkan oleh pelajar lain.
Menurut Skinner (1974), melalui teori pembelajaran behaviorisme pembelajaran
berlaku apabila seseorang bertindakbalas terhadap ransangan dan kemudiannya diberi
pengukuhan. Teori kognitisme pula menegaskan pembelajaran merupakan satu proses
maklumat diterima, diproses dan disimpan dalam pemikiran seseorang. Implikasi ini
menunjukkan maklumat dianggap sebagai objek yang boleh dipindahkan kepada murid
(Newell, 1990). Di bawah pembelajaran secara behaviorisme dan kognitisme setiap
guru berperanan sebagai penyampai maklumat dan memastikan bahawa pelajar telah
mempunyai pengetahuan sedia ada. Guru kontruktivis menggunakan tugasan yang
berdasarkan kepada keadaan sebenar di dalam bilik darjah. Semasa pembelajaran
kontruktivis guru berperanan sebagai pembimbing atau fasilitator yang mana
melibatakan pembelajaran secara koperatif dan koloboratif dan belajar melalui
perayauan.

Dalam kaedah berkomunikasi ini pelajar juga akan menggunakan kognitif,


Kaedah ini lebih bersifat analisis sedangkan kaedah dengar sebut pula digerakkan
secara analogi. Dengan analisis, pelajar menggunakan fikirannya untuk memahami
sesuatu rumus tatabahasa sesuatu penyampaian maklumat yang diterima. Azman Wan
Chik (1968) menerapkan beberapa ciri kaedah kognitif ini, iaitu menguasai dengan
secara sedar pola-pola fonologi, sintaksis dan leksikal sesuatu bahasa, pembelajaran
dengan menganalisis pola-pola, dan menekankan pemahaman para pelajar akan
struktur sesuatu bahasa daripada kesenangan menggunakan struktur tersebut. Para
pengkaji pendidikan menyifatkan kaedah ini merupakan lanjutan atau penyesuaian
daripada kaedah Nahu terjemahan. Dalam bentuknya yang baru, kaedah ini
memberatkan soal penguasaan bahasa secara sedar, iaitu bahasa sebagai satu sistem
yang bermakna. Ini dapat diperhatikan ketika aktiviti komunikasi sedang berlaku.
Penggunaan teknologi ini dapat mempertingkatkan serta menjadikan sesi P&P lebih
mudah disampaikan, melalui jaringan yang disediakan mahupun secara perbincangan
dan komunikasi.

You might also like