You are on page 1of 2

Apa itu sel stem tali pusat?

Sel Stem adalah sel-sel tidak matang yang boleh bertukar kepada sel-sel
jenis yang lain yang boleh membiak dengan sendirinya untuk membentuk
sel-sel organ yang lain dalam badan kita. Sel Stem boleh digunakan untuk
merawat penyakit yang berkait dengan darah seperti leukemia, lymphoma,
aplastic anemia dan lain-lain.

Ia juga boleh digunakan untuk merawat sel sum-sum tulang yang rosak
semasa rawatan kemoterapi atau radioterapi. Semasa rawatan, darah ini
akan di suntik kedalam darah dengan harapan ia akan membentuk sel-sel
baru yang sihat. Dimasa hadapan sel-sel ini mungkin akan digunakan untuk merawat penyakit seperti diabetes ,
Alzheimer's dan lain tapi setakat ini ia cuma sebahagian dari teori sahaja.

Bagaimana sel stem tali pusat ini dikumpulkan?

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, tali pusat bayi akan di kepit dan dipotong. Dengan mengunakan pembersih kuman,
doktor akan menyuntik jarum pada tali pusat dan darah dalam talipusat akan mengalir kedalam plastik bag.
Keseluruhan prosedur cuma mengambil masa beberapa minit sahaja dan ia adalah selamat kepada ibu dan bayi.

Tidak semua sel stem tali pusat berjaya diambil, Sekiranya berlaku komplikasi kelahiran, doktor akan lebih
menumpukan perhatian untuk menyelesaikan masalah tersebut daripada mengambil darah tali pusat tersebut.

Berapa lama darah tali pusat ini dapat bertahan semasa disimpan?

Sebaik sahaja dikumpulkan, darah akan dibawa ke tempat peyimpanan dan akan dibekukan. Darah tali pusat apabila
disimpan dengan baik dapat bertahan sehingga 10 tahun.

Adakah darah tali pusat satu-satu sumber sel stem?

Tidak. Sel stem yang sama juga boleh didapati pada sum-sum tulang. Kedua-dua sumber ini mengandungi sel
hematopoietic progenitor (HTC) yang boleh disuntik pada pesakit untuk membaik-pulih bekalan sel-sel darah merah,
sel darah putih dan platelet. Secara teori, sel-sel ini juga mungkin akan dapat membentuk sel asas yang lain yang
boleh digunakan untuk membaik-pulih organ lain.

HTC adalah berbeza dengan sel stem embryonic yang datang dari embrio. Sel stem embryonic boleh memberi sel-
sel asas penting yang lain, tetapi kerana ia melibatkan kemusnahan embrio, ia memberikan persoalan terhadap etika
perubatan dan sehingga kini penyelidikan tentang pengunaan embryo sebagai sumber sel stem ini masih hangat
diperdebatkan.

1
Apa bezanya diantara sel stem daripada tali pusat dan daripada sum-sum tulang?

Keduanya menpunyai sel HPC yang boleh digunakan untuk merawat penyakit berkait dengan darah. Darah tali pusat
mempunyai kelebihan kerana sel imun didalamnya adalah tidak matang dan kurang rejeksi terhadap transfusi.
Kelebihan yang lain : ia lebih selamat dan senang dikumpulkan. Menderma sum-sum tulang pula memerlukan proses
yang lebih kompleks dan menyakitkan, juga terdapat risiko jangkitan kuman dan kesan sampingan dari ubat bius.
Walaubagaimanapun, sel stem dari tali pusat mengambil masa yang lebih lama untuk memberi kesan terhadap
rawatan berbanding sum-sum tulang.

Apakah kebaikkannya sekiranya saya ingin menyimpan dengan tabung darah tali
pusat swasta?

Tabung darah tali pusat swasta mengenakan yuran untuk penyimpanan darah
tali pusat anak anda dan ia memastikan anda mendapat manfaat
penyimpanan tersebut bila perlu. Walaubagaimanapun, peluang untuk anak
anda memerlukan darah tersebut sebagai rawatan dimasa hadapan adalah
sangat rendah. Lagipun, penyakit yang boleh dirawat mengunakan darah tali
pusat pula jarang berlaku seperti leukemia, lymphoma, sickle cell anemia,
aplastic anemia, masalah penyakit imun rendah dan lain-lain. Sekiranya pun
anak anak mengalami masalah ini dimasa hadapan, darah tali pusat tidak
semestinya menjadi rawatan yang terbaik untuknya.

Persatuan Academy of Pediatrics dari America menyarankan penyimpanan darah tali pusat kepada ibubapa cuma
apabila terdapat anak mereka yang mengalami penyakit seperti diatas, dan anak yang seterusnya mungkin
bermanfaat dari penyimpanan darah tali pusat. Walaubagaimanapun persatuan tersebut tidak menyarankan kepada
semua ibupada untuk penyimpanan kerana pada dasarnya cuma terdapat 1 dalam 1000 sehigga 1 dalam 200000
peluang yang anak anak mungkin akan mengunakan darah yang disimpan dimasa hadapan.

Apa yang saya perlu buat sekiranya saya merancang untuk menyimpan darah tali
pusat saya untuk kegunaan saya dimasa hadapan?

Buat kajian sedikit tentang tabung-tabung darah tali pusat swasta yang ada di Malaysia. Pastikan anda memilih
tabung darah yang mempunyai reputasi yang baik dan kadar yuran yang tidak terlalu tinggi. Baca dengan teliti hak-
hak anda semasa perbincangan dan bertanya soalan kepada agen sekiranya keliru. Anda juga boleh cuba mendapat
nasihat dari doktor anda samada anda perlu mendapatkan khidmat tersebut berdasarkan latar belakang keluarga
anda.

You might also like