You are on page 1of 20

Teori Behaviouris atau Mekanis

Salah satu daripada bidang ilmu yang banyak mempengaruhi linguistik ialah psikologi.
Mereka yang mengkaji teori behaviouris ini ialah ahli-ahli psikologi seperti Pavlov,
Thorndike, Hull dan Skinner yang menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang
mekanis bagi membentuk sesuatu kebiasaan. Ahli-ahli behaviouris berpendapat
bahawa terdapat perhubungan antara satu rangsangan dengan gerak balas. Sesuatu
gerak balas yang betul akan diulangi jika diikuti dengan ganjaran. Gerak balas yang
diikuti oleh peneguhan yang positif juga akan diulangi. Gerak balas yang sering diulangi
akan membentuk satu kebiasaan.

Skinner (1957), Braine (1963 dan 1965) telah cuba melanjutkan teori behaviouris ini
untuk menghuraikan pembelajaran bahasa. Ahli-ahli behaviouris menekankan
kepentingan pengaruh persekitaran dalam pembelajaran bahasa. Sesuatu ujaran
terbentuk kerana adanya rangsangan dalam bentuk-bentuk bahasa atau bukan bahasa.
Contohnya, seseorang kanak-kanak bertutur kerana ada orang yang bercakap
dengannya ataupun kanak-kanak itu sendiri perlu bercakap untuk memenuhi keperluan-
keperluan asasinya seperti hendakkan makanan atau minuman dan sebagainya lagi.
Bentuk-bentuk bahasa yang betul yang dihasilkan oleh seseorang perlu diteguhkan
supaya bentuk-bentuk tadi akan diulangi lagi. Dalam proses perolehan bahasa, ibu
bapa dan penjaga kanak-kanak menggunakan pelbagai cara untuk

mrneguhkan gerak balas bahasa yang betul. Contohnya, member! senyuman, kata
pujian, menganggukkan kepala dan\ ynng sebagainya lagi. Proses ulangan memainkan
peranan yang pmting dalam perolehan bahasa. Perkataan-perkataan ataupun , IxMituk-
bentuk bahasa yang sering diulang akan cepat • (I i pelajari oleh kanak-kanak. ^

Walau bagaimanapun, teori behaviouris ini tidaklah pula membuat tuntutan yang
khusus mengenai bagaimana bahasa dikuasai. Menurut Abdullah Hassan (1984: 256),
ahli-ahli psikologi yang mengkaji teori behaviouris, hanya menganggap bahawa
kemahiran bertutur itu juga merupakan satu lakuan manusia, sama seperti lakuan lain.
Jadi bagaimana lakuan lain itu dipelajari, maka begitulah juga lakuan bahasa dipelajari.
Kajian mereka hanya ditumpukan kepada lakuan binatang. Kesimpulan daripada kajian
ini dianggap akan dapat diterima sebagai sah untuk sebarang lakuan manusia.

Sebagai kesimpulannya, antara ciri-ciri pembelajaran yang boleh disimpulkan daripada


teori behaviouris atau mekanis ini adalah seperti yang berikut:-

i. Pembelajaran ialah satu proses mekanis yang terjadi daripada perhubungan


antara rangsangan (stimulus) dan gerak balas (respon).
ii. Sesuatu gerak balas akan diulangi jika diikuti dengan

ganjaran. in. Sesuatu gerak balas yang diikuti dengan peneguhan yang

positif juga akan lebih sering diulangi. iv. Sesuatu gerak balas yang sering diulangi
akan membentuk

kebiasaan.

Ivan Pavlov

Ivan Pavlov dilahirkan pada tahun 1849 dan meninggal dunia pada tahun 1939. Beliau
ialah pelopor kepada mazhab teori pembelajaran rangsangan gerak balas. Pavlov
menjalankan penyelidikannya dengan menggunakan anjing peliharaannya sendiri.
Anjing itu ditambatkan pada satu pasungan. Satu pembedahan kecil dilakukan pada
pipi anjing itu untuk 88 / TeoriBahasa

menyalurkan air liurnya melalui satu saluran ke dalam satu lubang penyukat. Apabila
anjing itu diberikan daging, air liurnya mengalir dengan banyak. Bagi anjing tersebut
daging yang diberikan kepadanya merupakan rangsangan semula j adi dan air liur yang
keluar kerana melihat daging ialah gerak balas semula jadi atau gerakan pantulan.
Setelah anjing itu biasa dengan situasi itu, loceng dibunyikan beberapa saat sebelum
daging dikeluarkan. Air liur anjing itu tetap keluar seperti biasa. Setelah keadaan ini
diulang beberapa kali, apabila loceng dibunyikan tanpa membawa daging, air liur anjing
\\,\ i tetap keluar seperti biasa. Hal ini ialah hasil pelaziman anta t, i bunyi loceng
dengan daging. Bunyi loceng merupak;m rangsangan terlazim dan air liur yang keluar
itu dinamakangerak balas terlazim.

Pelaziman yang dihasilkan secara yang dibuktikan olrli -

Pavlov ini dikenali dengan nama Pelaziman Klasik kern mi I

pelaziman cara inilah yang mula-mula sekali ditemui. I

Apabila loceng dibunyikan tanpa pengukuhan (daging): u r I

liur anjing itu masih juga keluar tetapi kadar banyaknytfl

berkurangan. Lama-kelamaan air liur anjing itu terus berhc i ilil

Peringkat ini dinamakan penghapusan apabila kcHitfl

kelaziman itu telah hilang. Namun demikian, gerak halfl

terlazim itu dapat dihasilkan semula selepas berehat beboruM

waktu. Hal ini dapat dilakukan dengan memberikan gerak ball

terlazim yang berkenaan. Walau bagaimanapun, gerak b|fl

terlazim ini akan terhapus jikalau tidak disertakan dni^l


rangsangan semula jadi. Jikalau selepas penghapusan, ('«^l

diberikan semula dan air liur anjing itu keluar sepert.i '>^H

peringkat ini dinamakan sebagai peringkat pembcl:ij^H

semula. ^1

Apabila sesuatu gerak balas terlazim terhadap <-iii^l

rangsangan (Rl), rangsangan yang hampir-hampir sen 11 "lH

R3, R4 dan seterusnya) akan menghasilkan gerak balas i < 11^1

yang sama. Umpamanya, loceng yang hampir-hampn il^l

bunyinya dengan loceng yang menjadi gerak balas I'-c^H

yang mula-mula tadi akan mengeluarkan air liur jugii. 1 \ "^1*

ini dipanggil "penyeluruhan rangsangan". Dalam kclil^H*

sehari-hari, misalnya, seseoranganakyangbaharu mciu|)^l<

Teori-teori Pemerolehan dan Pembelajaran Bahasa I 89

atau mengenal emaknya, akan mendapati bahawa semua orang perempuan yang
serupa dengan emaknya akan dipanggilnya

(>mak.
Seterusnya, dalam proses pelaziman, seseorang itu akan dapat membezakan
rangsangan. Umpamanya, seperti cksperimen terhadap anjing tadi; apabila dibunyikan
loceng, daging akan diberikan kepada anjing itu tetapi kalau lampu
11 i nyalakan, air minuman pula yang akan diberikan kepadanya. Hal ini bermakna
seseorang kanak-kanak akan dapat membezakan bunyi langkah daripada ibunya
dengan bunyi l.mgkah daripada orang lain. Jikalau kanak-kanak itu nH-ndengar bunyi
langkah daripada ibunya, bunyi itu akan ""•nyenangkan kanak-kanak itu. Sebaliknya,
jikalau kanakI uiak itu mendengar bunyi langkah daripada orang lain,

Inak-kanak itu akan gelisah. Rangkaian pembelajaran cara pelaziman klasik ini telah x-
rluas kepada pelaziman peringkat kedua, ketiga dan U'rusnya. Umpamanya bunyi
loceng terlazim dapat nUarkan kepada rangsangan yang lain. Misalnya, sebelum i-nif
dibunyikan, lampu akan dinyalakan terlebih dahulu. m keadaan ini dibuat secara
berulang-ulang, maka an lampu itu juga akan menghasilkan gerak balas im, iaitu
berlakunya pengeluaran air liur, seperti yang i pada anjing Pavlov.

kinner

i1 i cori pembelajaran melalui teori lakuan ini, nama ahli

Iio-i yang masyhur sekali ialah B.F. Skinner. Beliau p. i k an seorang sarjana
behaviouris yang mengajar di i ily Havard. Beliau telah mengkaji dan memperbaiki i"
luiviouris. Mengikutnya, pembelajaran akan berlaku HI ada rangsangan dan tindak
balas yang berulang-

nner membahagikan tingkah laku kepada dua i yang besar, iaitu tingkah laku pantulan
yang dapat ri mengikut pelaziman klasik Pavlov dan tingkah 90 I Teori Bahasa "vV
H<-^;;.i;<>,:,vn^ rw iWifV

laku 'operant', iaitu tingkah laku yang dibuat oleh seseorang itu tanpa rangsangan yang
nyata. Tingkah laku inilah yang dititikberatkan oleh Skinner. Keadaan ini sama halnya
dengan percubaan yang dijalankan oleh Thorndike terhadap kucingnya. Hasil kajian
yang dijalankannya, didapati bahawa apa juga tingkah laku yang diikuti dengan
pengukuhan, atau keadaan yang menyenangkan, maka tingkah laku itu akan menjadi
lazim dan dengan itu berlakulah proses kebiasaan.

Dalam kajian percubaannya, Skinner telah menggunak; i11 tikus dan merpati. Tikus
telah dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Pada dinding kotak itu, terdapat sebuah alat
yang bo I < • 11 mengeluarkan biji-biji makanan. Biji-biji makanan itu bold) dimakan oleh
tikus. Dalam percubaan awalnya, didapati tik 11 itu membuat tingkah laku rawak
sahaja. Walau bagaimanapi 111 setelah beberapa lama, tikus itu dengan tidak sengaja
telah tertekan pada alat yang boleh mengeluarkan biji-biji makana 11, Lalu tikus itu pun
memakan biji-biji makanan yang keluar, Setelah itu, tikus itu tidak berhenti-henti
menekan alntj tersebut, sehinggalah tikus itu kenyang. Dengan demikinnJ tikus itu telah
belajar bagaimana untuk mendapatkuH makanan. •

Seterusnya dalam kajian yang lain, Skinner Id ill menggunakan prinsip yang sama
terhadap dua ekor buninfl merpati untuk bermain ping pong. Setiap kali burung mcrpilB
itu dapat melepaskan bola ping pong ke sebelah jarinj H terentang di tengah-tengah
meja di antara kedua-diJ >^l burung merpati itu, sebiji kacang hijau akan diberikann^
1^1 ini telah dilakukan secara berulang-ulang. Kacanghija . j^l diberikan itu ialah
sebagai pengukuhan. ^1

Daripada kedua-dua kajian yang dijalankan oleh S > ^1 itu menunjukkan bahawa
proses pembentukan telah 1) ^1 secara perlahan-lahan dan secara beransur-ansur.
Dala n i i ^1 awal itu, Skinner mendapati bahawa tikus yang bei <^l dalam kotak itu tidak
terus menekan alat penekan yarii <^l mengeluarkan makanan.tetapi dilakukan melalui
r'"^l kebiasaan. Perbuatan tikus itu menekan alat penekan ' i^l satu pembelajaran dan
makanan yang didapati i i^l ganjaran sebagai pengukuhan kepada tikus itu supaya
mrnoj^l

Teori-teori Pemerolehan dan Pembelajaran Bahasa I 91


Intfi alat peix,ekan ^u untuk mendapatkan makanan. Begitulah i' 11 \A nalnya <^engan
(jua ekor burung merpati tadi, kacang hij au

"l£ erylkan itu merupakan ganjaran pengukuhan i >adanya.

rerkar^ yang penting hasil kajian daripada pembelajaran

•. ira pelaz^man jsiasj]s; itu a(jaiah antara sesuatu tingkah laku

iigan Pen^rukunan jika sekiranya sesuatu tingkah laku itu

der^gan pengukuhan positif atau perkara yang

nyenang4san^ ma]fa tingkah laku itu pasti akan diulang-

nig. ^"^iJcnya^ sekiranya tingkah laku itu diikuti dengan

iguKunai^ ngga^i^ maka pelaziman tidak akan terbentuk

' LM gka^ laku tidak akan diulans-ulang-

VLengiK^. g]jjnner) pengukuhan boleh dibahagikan kepada n )tinagi^n^ ^a^u


pengukuhan positif, pengukuhan negatif "ll;lda Pengukuhan.

onguJ^ujian pOSitif dibahagikan pula kepada dua bahagian,

u |)engu|su].ian positif berterusan dan pengukuhan positif

ll' a< .^gukuhan positif berkala ialah pengukuhan yang


"' "-k^u1 ^a^a- Seterusnya, pengukuhan positif berkala pula

1111 »anallg^]ian jjepa^a (jua> iaitu pengukuhan positif berkala

1''(lar^P^ ngukuhan positif berkala tidak tetap. Selanjutnya,

1 ^unaK positif berkala tetap pula terbahagi kepada dua,

''n^u\uhan positif berkala tetap mengikut nisbah, iaitu

'u \ hanya diberikan setiap lima kali tingkah laku itu

Ivan. Yang kedua ia]ah pengukuhan positif berkala tetap

u [ asa, iaitu pengukuhan yang diberikan pada setiap

n^u\uhan negatif ialah rangsangan yang menyakitkan

iin d%ngan sesuatu tingkah laku. Dengan meninggalkan

1 \u itu akan menghasilkan satu keadaan yang

"'mkan atau tidak menerima kesakitan. Contohnya

"'llf'u^kuhan negatif ini telah ditunjukkan oleh Skinner

1M K Ul baannya yang menggunakan peti yang mempunyai

1 ul%. Apabila tikus itu menekan alat penekan yang

'' '"'Via dinding peti itu, tikus itu akan terkena kejutan
IJL^K . ''^giah dilakukannya berkali-kali akhirnya tikus itu

' ^B*'1 ''• '.ak daripada menekan alat penekan itu supaya tidak

'^^B'" H%kit. Menahan diri daripada menekan alat penekan

:an 92 I Teori Bahasa

itu ialah akibat pengukuhan negatif (kejutan elektrik) yang diterima oleh tikus itu akibat
menekan alat tadi. Dalam kehidupan harian, pengukuhan negatif ialah bentuk deraan.
Umpamanya, seorang kanak-kanak melihat api (rangsangan) ia menyentuhnya (gerak
balas) dan ia menghasilkan kesakitan (pengukuhan negatif). Kanak-kanak itu akan
belajar untuk tidak menyentuh api itu lagi supaya ia tidak mendapat kesakitan. Dalam
hal ini, pengukuhan negatif hendaklah berlaku serta-merta akibat daripada sesuatu
tingkah laku. Jika sekiranya pengukuhan negatif ini ditangguhkan, kesannya akan
berkurangan.

Sekiranya sesuatu tingkah laku itu tidak diberikan pengukuhan, waima pengukuhan
negatif atau pengukuhan positif, tingkah laku itu tidak akan mendapat perhatian dan
pelaziman tingkah laku itu tidak akan tercapai.

Pelaziman 'operant' ini telah digunakan oleh Skinner dan ahli-ahli psikologi yang lain
untuk membentuk tingkah laku binatang dan manusia.

Berdasarkan pengkajiannya, Skinner telah dapat membezakan dua jenis pembelajaran


yang berlainan kerana ada dua jenis lakuan tindak balas. Pertama ialah lakuan
automatik yang tetap. Contoh lakuan automatik yang paling mudah ialah lutut akan
terangkat yang ada rangsangan (ketuk) dan ada tindak balas (kaki terangkat). Lakuan
seperti ini dianggap sebagai tindak balas automatik dan berlaku secara tidak sedar dan
tetap. Kedua ialah lakuan 'operant'. Bagi beliau kebanyakan lakuan yang kita lakukan
ialah sejenis operan. Lakuan automatik ini akan hanya berlaku sekiranya ada
rangsangan tetapi lakuan operan akan berlaku dalam sesuatu lingkungan atau
keadaan. Dengan kata lain, rangsangannya tidak semestinya menerbitkan tindak balas
tertentu yang tetap, seperti berjalan, bercakap dan yang sebagainya. Misalnya, lakuan
menyuap makanan bukan sahaja kerana rangsangan itu melibatkan makanan, tetapi
juga kerana rasa lapar, lingkungan sosial dan beberapa lingkungan atau suasana yang
berlainan. Proses ini perlulah diambil kira. Belajar melalui lakuan operan itu ialah yang
dikatakan pembelajaran menurut syarat itu timbul daripada lingkungan yang menjadi

Teori-teori Pemerolehan dan Pembelajaran Bahasa I 93

rangsangan yang mendorong lakuan tersebut. Ini jelas berbeza daripada lakuan
sebagai tindak balas otot secara automatik.

Dalam bukunya Verbal Behaviour (1959) Skinner telah membincangkan proses


pembelajaran dengan mendalam, iaitu dengan menggunakan unsur rangsangan, tindak
balas dan segala syarat dan pengukuhan yang terlibat dalam menghasilkan
pembelajaran secara maksimum. Dengan adanya pendapat ahli psikologi ini, maka ia
dapat menjelaskan kekaburan dari segi teori dalam sistem pembelajaran bahasa pada
abad ke-20 itu. Jadi, teori behaviouris itu telah melengkapkan maklumat yang
diperlukan oleh para pendidik. Justeru lahirlah pendapat yang mengatakan bahawa
bahasa itu ialah suatu lakuan dan boleh dipelajari melalui syarat-syarat tertentu,
samalah dengan binatang yang mempelajari lakuan tertentu (G.A. Kelly, 1969). Selepas
Skinner membuat penyelidikan itu, ramai lagi ahli psikologi yang mengkaji bagaimana
sesuatu pembelajaran itu berlaku. Ada antara mereka yang mengkaji bagaimana
seseorang kanak-kanak itu dapat menguasai bahasa dan implikasinya terhadap
pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Teori Kognitif atau Mental is


Antara yang mengkaji teori kognitif atau mentalis ialah Noam Chomsky, Piaget, Robert
Lee, Robin Lakoff, George A. Miller, Gestalt, E.H. Lenneberg dan Kohler. Dalam bidang
psikologi, antara ahli kognitif yang terkenal ialah J. Piaget. Beliau telah mengemukakan
gagasan bahawa perkembangan kognitif bukan hanya hasil kematangan organisme,
bukan pula pengaruh alam sekitar, tetapi ialah interaksi antara keduaduanya.
Organisme aktif mengadakan hubungan dengan alam sekelilingnya. Penyesuaian
terhadap objek-objek yang ada dalam lingkungannya, yang merupakan proses interaksi
yang dinamis inilah yang disebut kognitif. Sebagai fungsi mental yang mempunyai
hubungan dengan proses mengetahui, proses kognitif merangkumi aspek-aspek
persepsi, ingatan pemikiran, simbol dan pemecahan masalah.

94 I Teori Bahasa

Teori-teori 1'emerolehan dan Pembelajaran Bahasa I 95

Selain itu, J. Piaget berpendapat bahawa manusia memiliki peringkat otak (mental) dan
saraf yang tinggi dan dengan otaknya manusia mempunyai kebolehan untuk
mempelajari pelbagai perkara. Tegasnya, proses pembelajaran ialah proses mental dan
bukannya proses mekanis. Proses mental melibatkan seseorang kanak-kanak
menyerapkan ataupun menyesuaikan pengetahuan yang telah sedia ada dalam
otaknya dengan data-data yang diperoleh daripada persekitarannya. Pembelajaran
sesuatu konsep akan hanya terjadi apabila seseorang kanak-kanak telah mencapai
taraf kematangan yang tertentu.

Selain itu, teori kognitif, terutamanya teori Gestalt, berpendapat bahawa penyingkiran
kesedaran atau fikiran yang telah dilakukan oleh ahli-ahli behaviouris ialah satu
kesilapan besar. Sebaliknya, mereka menganggap teori pembelajaran menjadi sangat
bermakna hanya jikalau fikiran dimasukkan ke dalamnya sebagai satu bahagian yang
tidak dapat dipisahkan. Tegasnya, binatang sekalipun menggunakan pola fikiran,
sebagaimana yang dibuktikan oleh Kohler, dalam eksperimennya terhadap seekor
cimpanzi, apatah lagi bagi manusia sebagai makhluk yang jauh lebih tinggi
pemikirannya.

Dalam satu eksperimennya dengan seekor cimpanzi yang bernama Sultan, Kohler telah
menggantungkan sebuah keranjang berisi pisang pada sebatang pokok, manakala
hujung talinya disangkutkan pada salah satu dahan sehingga terlihat oleh Sultan
bahawa lingkaran tali pada dahan pokok itu dapat dilepaskannya dengan mudah.
Lantas, Sultan telah memanjat pokok itu, lalu terus meragut tali dengan kuat sehingga
lingkaran tali dan keranjang terlepas daripada sangkutannya. Dengan demikian,
dapatlah Sultan memakan pisang yang ada di dalam keranjang itu. Daripada
eksperimen ini, kita lihat bahawa, walaupun Sultan tidak melakukan sebarang yang
diramalkan oleh Kohler, iaitu melepaskan lingkaran tali dari dahan pokok, tetapi jelaslah
bahawa Sultan dapat mengenal hubungan antara tali dengan keranjang.

Percubaan Kohler ini bertujuan untuk menarik perhatian golongan behaviouris tentang
pentingnya pola fikiran yang disebut sebagai 'insight'. Dalam percubaan yang dilakukan
oleh

Kohler itu, 'insight' bagi cimpanzi ialah penglihatan terhadap batang kayu, tali dan
keranjang pisang sebagai satu keseluruhan. Kesimpulannya, apa yang sebenarnya
penting dalam pembelajaran dan pemecahan masalah ialah perubahan yang terjadi
pada 'insight' dan perubahan itu diperoleh dengan mempelajari situasi secara
keseluruhan kemudian mempelajari elemen-elemen situasi itu.

Walau bagaimanapun, teori Gestalt tidak menganggap bahawa semua pemecahan


masalah dengan 'insight'. Menurut Mangantar Simanjuntak, pengalaman juga ada
peranannya dalam pembelajaran. Teori tersebut juga mengaku bahawa adanya
pembelajaran melalui 'trial dan error', tetapi hal itu dilakukan dengan kesedaran. Dalam
pengajaran bahasa, teori ini merupakan satu proses mental dan bukannya mekanikal
sahaja.
Dalam pembelajaran bahasa, Chomsky berpendapat bahawa teori behaviouris tidak
dapat menghuraikan proses perolehan aspek-aspek bahasa yang kompleks. Tegasnya,
pembelajaran bahasa bukanlah proses mekanis tetapi merupakan proses mental.
Chomsky berpendapat bahawa seorang kanak-kanak telah dilahirkan dengan
kecekapan semula jadi untuk menguasai bahasa apabila sampai peringkat
kematangannya yang tertentu. Pada tiap-tiap peringkat kematangan kanak-kanak
tersebut akan membentuk hipotesis-hipotesis terhadap peraturan-peraturan ahli
masyarakatnya. Segala pembetulan kesalahan yang dibuat oleh ahli masyarakatnya
akan memperkukuh lagi rumusrumus bahasa yang tersimpan di dalam otaknya.

Selain itu, Chomsky dan rakan-rakan yang sealiran dengannya telah banyak
menumpukan perhatian terhadap unsur yang tidak ternyata pada manusia dan
bukannya terhadap sesuatu lakuan yang dapat dilihat semata-mata. Mereka mendapati
bahawa manusia sejak lahirnya sudah memiliki kemampuan untuk memperoleh sistem
komunikasi, iaitu bahasa. Tegasnya, bahawa kemampuan itu ialah Jentera Penguasaan
Bahasa (Chomsky 1965). Selanjutnya ditegaskannya bahawa kanak-kanak yang
terdedah kepada sesuatu bahasa itu memiliki keupayaan yang semula jadi untuk 96 I
Teori Bahasa

merumus dan membentuk hukum bahasa. Hal itu bermakna, jikalau kanak-kanak itu
tidak diberi sebarang pendedahan, maka penguasaan bahasa juga tidak akan berlaku.
Misalnya, ada cerita seperti yang diberitakan di India yang mengisahkan bagaimana
seorang kanak-kanak telah dipelihara oleh binatang. Apabila dijumpai, kanak-kanak itu
tidak dapat bercakap. Hal ini bermakna bahawa seseorang itu tidak akan memperoleh
bahasa seandainya dia diasingkan daripada manusia lain sejak kecil kerana Jentera
Penguasaan Bahasa itu tidak mendapat sebarang bahan untuk diproses. Di samping
itu, mereka juga telah mendapati bahawa ada satu batas waktu yang subur untuk
bahasa berkembang dan seandainya waktu itu terlepas, maka pemerolehan bahasa
juga akan terganggu.
Seperkara lagi tentang teori penguasaan bahasa oleh Chomsky ini ialah penekanannya
terhadap analisis dan pembelajaran melalui proses deduktif. Teori penguasaan bahasa
yang dikemukakannya itu mempunyai hubungan yang rapat dengan teori psikologi
kognitif pembelajaran dan berasaskan konsep Gestalt, iaitu keseluruhan struktur
dianggap sebagai satu unit, dan tidak wajar dipecah-pecahkan bahagiannya. Sebagai
contohnya, dalam bidang bahasa dilihat satu pertalian antara pengajaran
fonetik/fonologi, morfologi, sintaksis, semantik, hatta pragmatik ataupun
digabungjalinkan pengajaran mendengar, menutur, membaca dan menulis.

Salah satu daripada teori E.H. Lenneberg (1967) tentang pemerolehan bahasa ialah
bahawa semua kanak-kanak yang sihat dan normal mulai bercakap dan bertutur pada
peringkat umur yang agak sama. Hal ini bermakna bahawa perkembangan dan
kebolehan untuk berbahasa itu terjadual secara biologis. Oleh itu, apabila sudah
sampai masanya, maka seseorang kanak-kanak itu akan dengan serta-merta menjadi
tertarik terhadap segala bunyi yang didengarnya dan dia dapat menajamkan
pancainderanya. Dengan itu, dia berupaya untuk memahami dan memilih bunyi yang
penting dan mengetepikan segala yang lain, seperti yang diperhatikan oleh Lenneberg.

Kajian Lenneberg telah mengatakan bahawa pemerolehan bahasa itu bergantung


kepada suatu jadual biologi dan bukan terbit daripada rangsangan yang datang
daripada lingkungan.

Teori-teori Pemerolehan dan Pembelajaran Bahasa I 97

Misalnya, seorang anak yang lahir daripada kedua-dua orang i bu dan bapa yang pekak
dan bisu tentu sekali tidak mempunyai lingkungan bahasa, tetapi mereka juga akan
mula belajar bertutur pada peringkat umur yang sama dengan kanak-kanak lain dan
perkembangannya dapat dijangka, yang seolah-olah telah terjadual. Jadi benarkah
bahawa bahasa itu suatu f enomena biologi? Persoalan ini membawa dua implikasi.
Yang pertama ialah bahawa kanak-kanak itu tidaklah bergantung kepada ibu bapanya
untuk menguasai atau mengajarnya sesuatu bahasa. Kanak-kanak mempunyai
keupayaan untuk merumus sendiri. Kita tidak akan dapat mengajarnya, walaupun kita
mahu berbuat begitu. Implikasi yang kedua ialah perkembangan bahasa ini hanya
terbatas kepada manusia. Manusia melahirkan bayi yang sejak dilahirkan memerlukan
perhatian dijaga dan disusui, yakni pada peringkat awalnya bayi itu tidak mempunyai
keupayaan sebagaimana anak binatang yang boleh terus makan sendiri dan berlari
setelah beberapa saat sahaja dilahirkan. Selain itu, otak manusia memakan masa yang
panjang untuk pertumbuhan dan perkembangan bahasa. Mungkin itulah sebabnya
bahasa boleh berkembang. Sebaliknya anak binatang tidak memiliki kebolehan
sebagaimana manusia. Cuma anak binatang hanya membesar dari segi fizikal.

Seperkara lagi ialah Lenneberg telah membezakan antara kemahiran memahami


sesuatu dan bertutur. Dia mengatakan bahawa seseorang itu akan menguasai
kebolehan memahami sesuatu terlebih dahulu sebelum dikuasainya kebolehan bertutur
kerana kebolehan memahami sesuatu itu lebih dasar dan mudah. Tegasnya, bahawa
pada peringkat awal, kanak-kanak dapat mengenali dan terus membezakan pola-pola
pertuturan yang berlainan. Misalnya kebolehan kognitif di kalangan kanak-kanak pekak,
yang tentunya tidak terdedah kepada bunyi-bunyi bahasa pendengaran tetapi
memperoleh keupayaan memahami sesuatu yang sama pantas dengan kanak-kanak
biasa. Hal ini menunjukkan kebolehan memahami sesuatu pada seseorang itu telah
pun wujud. Kehilangan salah satu daripada pancaindera, tidaklah akan mencacatkan
kebolehan asas untuk berbahasa. Bahkan, kanak-kanak mula memberi nama kepada V

98 I Teori Bahasa

barang-barang pada sesuatu peringkat yang tertentu dalam perkembangan bahasa.


Walau bagaimanapun, dapat kita perhatikan bahawa ada arah tertentu dalam hal ini,
iaitu kanak-kanak sentiasa menamakan barang-barang daripada yang umum kepada
yang khusus atau yang tertentu. Misalnya kanak-kanak di peringkat awal pertuturan,
mungkin mulamula memanggil dan menamakan segala makanan dengan panggilan
'mamam'. Kemudiannya, penamaan atau panggilan itu menjadi lebih khusus serta
dapat membezakannya kepada sebutan 'susu', 'nasi', 'roti' dan sebagainya. Mereka
mempelajari sesuatu benda sebagai satu keseluruhan atau satu golongan dahulu, dan
kemudian baharulah dia mengetahui anggotaanggota atau bahagian golongan itu.

Sebagai kesimpulannya, yang berikut ialah ciri-ciri pembelajaran yang boleh


disimpulkan daripada teori Kognitif atau Mentalis:

i. Pembelajaran ialah satu proses mental.

ii. Semua kanak-kanak dapat mempelajari pelbagai perkara

kerana mereka dilahirkan dengan kebolehan semula jadi

untuk berbuat demikian. in. Dalam keadaan yang normal, kadar perkembangan mental

bagi kanak-kanak pada satu peringkat umur adalah sama. iv. Kanak-kanak
mempelajari benda-benda sebagai satu

golongan dahulu dan kemudian baharu dia mengetahui

anggota-anggota atau bahagian golongan itu.

Teori Interaksional

Teori pemerolehan bahasa ini baru berkembang dalam bidang psikolinguistik terutama,
pada tahun-tahun enam puluhan dan tujuh puluhan. Ahli-ahli 'interactionalisme', seperti
Bloom (1970), Bowennan (1973, 1976), Cromer (1976) dan yang lain lagi, sependapat
bahawa kebolehan kognitif sahaj a tidak dapat menjelaskan pemerolehan bahasa
kerana perkembangan kognitif hanya melengkapkan seseorang kanak-kanak dengan
kebolehan mentafsir makna, tetapi pentafsiran ini tidak boleh dilahirkan dalam bentuk
bahasa. Kanak-kanak yang berkenaan perlu didedahkan kepada interaksi linguistik
supaya mereka boleh mempelajari cara-cara menggambarkan makna-makna kognitif
dalam bentuk-bentuk bahasa yang tepat.

Hasil-hasil kajian Snown (1972,1977), Ringler (1978) dan y. i ng lain lagi telah
menunjukkan bahawa pemerolehan bahasa K;mak-kanak ialah hasil daripada interaksi
penjaga-penjaga ulau ahli-ahli masyarakat dengan kanak-kanak. Kajian yang
111 buat oleh mereka itu telah memperkukuh lagi pendapat ahli,• 1111 i inter aksional.

Sebagai kesimpulannya, yang berikut ialah ciri-ciri pembelajaran yang dapat


disimpulkan daripada teori interaksional.

i. Pembelajaran bahasa ialah proses mental dan linguistik.

ii. Dalam sesuatu interaksi bahasa, penyampaian makna boleh diutamakan daripada
struktur bahasa.

in. Struktur bahasa dapat dikuasai dengan cara yang lebih berkesan jika pelajar-pelajar
menumpukan perhatian terhadap tugas-tugas atau aktiviti-aktiviti yangbermakna.

iv. Pembelajaran ialah satu proses yang aktif. Sesuatu pengetahuan tidak akan diterima
secara terus tetapi akan diproseskan dahulu. Pengetahuan baru haruslah dapat
disesuaikan dengan pengetahuan sedia ada agar dapat diterima dengan berkesan.

v. Proses pembelajaran berlaku dalam beberapa cara mengikut keadaan dan masa
tertentu, misalnya sesuatu hal itu mungkin mudah diterima, sekiranya ada kaitannya
dengan perkara yang menggembirakan.

vi. Pembelajaran berlaku sekiranya sesuatu yang disampaikan itu mempunyai makna,
dan hubungan dengan pengalaman sedia ada.
vii. Antara pengaj aran dan pembelaj aran tidak ada hubungan secara langsung.
Pembelajaran tidak boleh disamakan dengan pengajaran. Sesuatu yang diajar tidak
semestinya dapat dipelajari. Itulah sebabnya guru harus memahami strategi
pembelajaran murid untuk menimbulkan suasana pembelajaran yang berkesan

viii. Pembelajaran melibatkan perasaan, dan berkait rapat dengan emosi seseorang.
Peranan pelajar haruslah dijaga agar timbul rasa yakin terhadap diri sendiri.

ix. Pembelajaran juga melibatkan pemikiran. Pengetahuan, kecerdasan dan kebolehan


dalam bahasa saling berkait.

x. Pembelajaran berlaku sedikit demi sedikit, iaitu dari sudut kuantiti dan masa. Ada
antaranya dapat dipelajari dengan banyak dalam masa yang pendek atau sebaliknya.
Oleh itu, guru tidak harus membuat kesimpulan bahawa tiaptiap yang diajar dapat
dipelajari terus dalam masa yang ditetapkan.

Teori-teori Pembelajaran Bahasa

Sebagai kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa ada sekurang-kurangnya lapan


teori pembelajaran bahasa (Robert Lado, 1980: 47). Istilahnya, isinya dan kadang-
kadang definisi pembelajarannya berbeza-beza. Teori-teori ini didasarkan kepada
eksperimen-eksperimen yang dijalankan terhadap binatang, dapat menerangkan
sebahagian daripada proses pembelajaran dalam dunia binatang.

Sebagai contohnya, E.L. Thorndike berpendapat bahawa pembelajaran sebagai aktiviti


mencuba-cuba dan yang betul itu diperkukuh oleh hasil yang memuaskan. Apabila dia
mencuba untuk menghubungkannya dengan aktiviti otak dan saraf, dia berjaya dalam
mencari fokus yang boleh digunakan terhadap binatang tetapi tidak berguna sangat
pada manusia. Manakala W. Kohler dan K. Koffka pula menerangkannya melalui teori
Gestalt, bahawa seseorang akan mengambil sesuatu itu secara keseluruhan dan tidak
akan mengambilnya bahagian demi bahagian. Walau bagaimanapun, mereka juga
hanya menyentuh sebahagian daripada proses pembelajaran. Pembelajaran bahasa
tidak boleh difahami secara mencubacuba, asosiasi, gestalt atau hanya lakuan.
Pembelajaran memerlukan penerangan yang lebih menyeluruh sebab pembelajaran
melibatkan aktiviti manusia yang luas.

Konsep-konsep utama yang akan dibincangkan dalam bab ini hanyalah istilah-istilah
seperti 'pendekatan', 'kaedah', 'teknik', 'prinsip', 'pengajaran', 'pengajaran bahasa' dan
'pembelajaran'. Beberapa pendapat daripada sarjana tempatan tentang konsep-konsep
itu akan diketengahkan dahulu dan kemudiannya akan dibuat kesimpulan.

Pendekatan

Salleh Mohd Akib, Ismail Idris dan Hamzah Mohmood (1977:


99) telah mendefinisikan 'pendekatan' membawa maksud 'cara penyampaian'.

Menurut Othman Zakariah (1985: 1), pendekatan ialah satu peraturan pengajaran dan
pembelajaran yang diyakini berkesan jika dilaksanakan mengikut falsafah dan andaian
yang tertentu. Dari segi pengajaran bahasa, pendekatan itu boleh mengandungi banyak
kaedah.

Khatijah Ab. Hamid (1985: 1), berpendapat bahawa 'pendekatan' ialah teori pendidikan
yang biasanya melahirkan pernyataan mengenai strategi pembelajaran kanak-kanak
dan pelajar.

Namun, Mangantar Simanjuntak (1985: 7) mengatakan bahawa 'pendekatan' ialah teori


bahasa yang menghasilkan teori membaca yang kita anut. Walau bagaimanapun,
ditegaskannya bahawa yang dimaksudkan dengan 'penekatan' dalam pengajaran
bahasa ialah satu kumpulan asumsi (andaian) yang saling berkaitan dengan hakikat
bahasa, hakikat pengajaran bahasa, dan hakikat pembelajaran bahasa (1982: 70). Jadi
setiap 'pendekatan' itu baru mencerminkan satu.

You might also like