You are on page 1of 3

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBML 3403: LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK


SEMESTER SEPTEMBER 2010

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja. Sila jawab dalam Bahasa
Melayu.

2. Tugasan anda perlu ditaip atas kertas A4 dengan menggunakan saiz font 12 “Times New
Roman” dan langkau baris 1.5.

3. Tugasan ini menyumbang sebanyak 30% kepada gred akhir kursus.

4. Tugasan ini perlu disiapkan secara individu.

5. Anda perlu menghantar tugasan kepada tutor bersemuka.

6. Tugasan anda hendaklah diserahkan sebelum atau pada Tutorial ke 4. Serahan selepas
tarikh tidak akan diterima.

7. Tugasan ini terhad kepada 10-12 muka surat sahaja.

8. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda menghuraikan persoalan
yang diberikan dengan disokong oleh hujah-hujah dan bahan-bahan bukti yang tepat
dan relevan.

9. Plagiarisma dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Bahan tugasan yang
diplagiat tidak akan diterima dan markah sifar (0) akan diberikan.

1
SOALAN TUGASAN

SOALAN 1 : (LINGUISTIK)

…tanggapan umum mengatakan bahasa ilmu linguistik


hanya perlu bagi mereka yang terlibat dalam bidang
bahasa sahaja. Dalam konteks kehidupan umum,
manusia menggunakan bahasa untuk tujuan tertentu.
Hal ini bermakna keperluan bahasa dalam kehidupan
manusia sangat besar (Arbak Othman: 2009).

Berdasarkan kenyataan tersebut, hasilkan kertas kerja ilmiah berdasarkan tajuk


“Kepentingan ilmu linguistik dalam kehidupan masyarakat”.
(15 markah)

SOALAN 2 : (SOSIOLINGUISTIK)

… Hubungan bahasa dan masyarakat sangat erat.


Bahasa adalah cerminan budaya dan akal budi
manusia dan penuturnya. Bahasa bukan sekadar media
komunikatif semata-mata tetapi bahasa adalah
lambang jati diri bangsa (Arba’ie Sujud :2009).

Berasaskan pernyataan tersebut, hasilkan satu kajian ilmiah berhubung tentang keprihatinan
rakyat Malaysia terhadap penggunaan bahasa Malaysia. Laporan kajian perlu mengambil kira
beberapa perkara antaranya:
(i) Pengenalan dan latar belakang kajian
(ii) Objektif Kajian
(iii) Sampel/ responden kajian
(iv) Hasil/ dapatan kajian
(v) Cadangan dan rumusan
(15 markah)

[Jumlah: 30 Markah]

2
PANDUAN PELAJAR

Anda dinasihatkan:

1. Merujuk kepada modul dan sumber-sumber bercetak lain atau sumber dalam Internet
yang boleh dipercayai untuk memahami konsep sebelum pelajar dapat memberi
contoh yang tepat dan sesuai.

2. Setiap huraian perlu disertakan contoh-contoh yang berkaitan dan relevan.

3. Kedua-dua soalan memerlukan pelajar memberikan contoh berdasarkan aplikasi


pengajaran di dalam kelas atau kerangka disiplin linguistik iaitu dalam bidang
psikolinguistik dan semantik.

4. Pemarkahan juga dinilai berdasarkan kreativiti dan “keupayaan berfikir di luar kotak”
dalam menterjemah pengajaran dan pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan
pembelajaran bahasa dan pemahaman terhadap disiplin linguistik.

You might also like