You are on page 1of 11

BUDAYA

Pesepsi dan Pandangan Dunia


• Semua budaya mempengaruhi cara ahli kumpulan mereka mengalami &
melihat dunia. Ahli-ahli kumpulan suatu budaya membentuk
pandangan dunia (worldview) yg mempengaruhi komunikasi mereka
dgn org lain

• Budaya yg berlainan mengajar ahli-ahli mereka melihat dunia dgn cara


yg berbeza

• Cth: org Cina & Jepun menganggap nombor 4 sebagai tidak bertuah
tetapi di AS nombor 13 dianggap begitu & di Itali nombor 17

• Cth: Ramai org Asia mempunyai perasaan negatif terhadap bunga


berwarna putih kerana dikaitkan dgn kematian tetapi org Peru, Iran &
Mexico mempunyai perasaan negatif terhadap bunga berwarna kuning
• Sungguhpun objek sama (nombor, bunga dll), respon berbeza
mengikut persepsi budaya tersebut

• Pesepsi - cara kita memberi makna kpd dunia fizikal & sosial kita. Ia
melibatkan proses memilih, menyusun & mengintepretasi
maklumat yg diperolehi melalui ke5 pancaindera kita yg
membolehkan kita memberi makna kpd dunia disekeliling kita

• Pesepsi kita memberi makna kpd kuasa-kuasa luaran; ia


membolehkan kita menukar aspek-aspek fizikal dunia luaran
menjadi pengalaman dalaman yg bermakna bagi diri kita
Pesepsi dan Budaya

• Samada kita seronok atau jijik bila fikirkan tentang memakan daging lembu,
khinzir, anjing atau ular bergantung kpd apa yg budaya kita telah mengajar
kita tentang isu makanan

• Budaya menghasilkan makna-makna yg sama dan perlakuan yg sama di


kalangan 1 kumpulan besar manusia yg telah melalui pengalaman yg sama

• Cth: pesepsi kita tentang org/usia tua dipengaruhi oleh budaya kita. Di AS,
budaya memberi nilai yg tinggi kpd generasi muda & menolak konsep
menjadi tua (botox, pembedahan plastik dll supaya nampak muda)

• Keadaan ini berbeza dlm budaya yg lain. Dlm budaya Asia, Arab dan
Amerika Selatan, usia tua dipandang positif. Di Afrika, dianggap bahawa
semakin tua seorang itu, semakin bijak beliau & semakin dia dihormati
oleh masyarakat & org muda
• Budaya mempunyai pengaruh yg kuat ke atas realiti subjektif kita &
terdapat hubungan yg langsung antara budaya, pesepsi &
perlakuan

• Setiap insan lahir ke dlm dunia tanpa sebarang pemahaman atau


pengertian terhadap dunianya. Budaya yg memberikan makna kpd
pengalaman seorang itu

• Pesepsi ditentukan oleh budaya; kita melihat dunia dgn cara yg


tertentu berdasarkan latarbelakang budaya kita

• Pesepsi tersimpan dlm setiap org dlm bentuk kepercayaan & nilai-
nilai yg sama-sama membentuk corak budaya kita
Kepercayaan

• Menjadi asas kpd semua yg kita fikirkan

• 1 sistem dlm mana terkandung semua pengalaman kita yg lalu, fikiran, ingatan &
kenangan kita & juga intepretasi peristiwa oleh kita

• Dikongsi oleh ahli-ahli suatu kumpulan budaya

• Penting kerana ia suatu yg dianggap sebagai kebenaran (Purnell & Paulanka)

• Selalunya dicerminkan dlm perbuatan & perlakuan komunikasi kita


• Cth: jika kita percaya ular itu merbahaya, kita akan mengelakkannya atau membunuhnya.
Sebaliknya mereka dari mazhab agama tertentu percaya Tuhan boleh menjelma dlm
bentuk ular & keyakinan ini akan melindungi mereka dari gigitan ular yg bisa

• Org beragama Hindu percaya lembu adalah binatang yg suci; justeru itu mereka tidak
memakan daging lembu. Kepercayaan ini tidak dikongsi oleh mereka yang beragama Islam
misalnya
• Mereka yg beragama Islam percaya Quran adalah sumber kebenaran &
pengetahuan. Sebaliknya mereka yg beragama Kristian percaya sumber
kebenaran terletak dlm Injil & org Hindu, Bhagavad Gita

• Mereka yg dibesarkan dlm budaya di mana agama Islam atau Kristian


adalah agama dominan/utama percaya dlm konsep syurga-neraka tetapi
mereka yg beragama Hindu percaya dlm konsep kelahiran semula

• Budaya yg berlainan mempunyai sistem kepercayaan & realiti yg berbeza

• Kepercayaan - sebahagian daripada budaya yg sangat penting


menyebabkan kita jarang mempersoalkan kepercayaan kita atau
meminta bukti kebenaran suatu kepercayaan itu. Kita menerima
kepercayaan itu kerana kita ‘tahu’ ianya benar
Nilai-Nilai

• Salah 1 fungsi paling penting kepercayaan ialah ia menjadi asas kpd nilai-nilai yg kita
pegang

• Nilai-nilai - pendapat yg dikongsi tentang apa yg betul, baik, benar, sesuai dll yg
menjadi asas corak budaya kita & yg memberi pedoman kpd masyarakat dlm
interaksinya dgn persekitaran fizikal & sosial

• 1 sistem criteria yg menetapkan kelakuan yg betul, sesuai dsbnya

• Hofstede menyenaraikan elemen-elemen yg boleh dinilai spt jahat/baik,


kotor/bersih, merbahaya/selamat, tidak senonoh/bersopan, hodoh/cantik, tidak
bermoral/bermoral, tidak rasional/rasional, tidak normal/normal, luar biasa/biasa dll

• Wujud mengikut 1 skala (continuum) dgn tahap yg berbeza-beza & mempunyai


kepentingan yg relatif

• Boleh dikelaskan sebagai nilai utama, nilai sekunder & nilai peringkat ketiga
• Nilai utama - nilai yg paling penting di mana individu rela mati memperjuangkan
nilai ini. (Cth: di AS, demokrasi, kebebasan dan perlindungan diri & keluarga)

• Nilai sekunder - nilai yg penting tetapi tidak sepenting nilai utama – individu
tidak bersedia mati memperjuangkan nilai ini. (Cth: di AS, bantuan yg diberi utk
mengurangkan kesakitan & penderitaan org lain, mengumpul harta kekayaan)

• Nilai peringkat ketiga - di tahap paling rendah hierarki nilai (cth: di AS, layanan
mesra kpd tetamu & kebersihan)

• Samada 1 nilai itu dianggap nilai utama, sekunder atau peringkat ketiga berbeza
mengikut budaya; ianya bukan sejagat
(cth: utk org Jepun, keharmonian masyarakat & membuat keputusan secara
konsensus adalah nilai utama tetapi utk masyarakat Pakistan, bertingkahlaku
menurut adat resam & persaudaraan Islam adalah nilai utama (sanggup
membunuh anak perempuan yg berkahwin dgn lelaki yg bukan beragama Islam)
• Menunjukkan emosi adalah 1 lagi nilai yg berbeza di antara budaya; Di AS,
individu digalakkan menunjukkan perasaan secara terbuka. Individu
digalakkan supaya tidak segan melahirkan perasaan tidak puas hati, marah
dsbnya. Di negara Cina, masyarakat diajar supaya tidak menunjukkan emosi
peribadi secara terbuka terutamanya emosi yg mendalam & negatif

• Nilai-nilai dipelajari awal dlm hidup kita dlm konteks budaya

• Nilai-nilai dicerminkan dlm tindakan atau perlakuan; pengetahuan tentang


perlakuan yg diharapkan dlm suatu situasi KAB amat berguna

• Cth: memandangkan org Jepun memberi nilai yg tinggi kpd butiran/


perincian dan kesopanan, adalah penting utk meneliti kad perniagaan yg
dihulurkan mereka dan tidak terus meletakkan kad dlm poket/ dompet
 
Rujukan

• Martin, J. and Nakayama, T. (2008). Experiencing Intercultural


Communication. McGraw Hill: New York.

• Neuliep, J. W. (2003). Intercultural Communication: A


Contextual Approach. Houghton Mifflin: Boston, MA.

• Samovar, L. A. and Porter, R. E. (2004). Communication


between Cultures. Thomson-Wadsworth: Belmont, CA.

• Martin, J. and Nakayama, T. (2007). Intercultural


Communication in Contexts. McGraw Hill: New York.
TUTORIAL MINGGU 5

1. Ceritakan 1 kisah dongeng daripada budaya anda kpd kelas. Apakah nilai-nilai budaya yg
terkandung dlm cerita ini? Bandingkan dgn cerita dongeng dari 1 budaya yg lain. Adakah
terdapat persamaan atau perbezaan antara kedua-dua cerita ini?
 
2. Pilih 5 peribahasa dari budaya anda yg mencerminkan nilai-nilai yg penting dlm budaya anda
dan kongsikan peribahasa-peribahasa ini dgn kelas. Nyatakan samada terdapat peribahasa-
peribahasa dari budaya lain yg membawa erti (nilai) yg sama
 
3. Huraikan pandangan budaya anda terhadap aspek-aspek berikut:
• kerja
• pakaian
• kebersihan
• ‘dating’
• status
 
4. Bincangkan nilai-nilai utama budaya anda dengan memberi contoh-contoh yang sesuai
 
5. Bagaimanakah sistem kepercayaan dan nilai mempengaruhi perlakuan manusia?
 

You might also like