You are on page 1of 4

P.

Ramlee
P. Ramlee

Tan Sri Dr. P. Ramlee

Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh


Lahir 22 Mac 1929
Pulau Pinang, Malaysia

27 Mei 1973 (umur 44)


Meninggal dunia Jalan Dedap, Taman P. Ramlee
Setapak, Kuala Lumpur

Tan Sri Dr. P. Ramlee (1929 - 1973) atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak
Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu
terkenal di Malaysia dan Singapura.

Latar belakang
Beliau telah dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri 22 Mac 1929 kepada
pasangan Teuku Nyak Puteh Teuku Karim (1902 - 1955) dan Che Mah Hussein (1904 -
1967). Bapanya yang berasal dari Lhokseumawe, Acheh, telah mendirikan rumahtangga
dengan Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth. P. Ramlee juga
mempunyai seorang adik-beradik tiri, Syeikh Ali, yang sama ibu dengannya.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke
Sekolah Francis Light. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Penang Free School
sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah
Melayu, beliau belajar di Sekolah Tentera Laut Jepun sebelum kembali ke Penang Free
School apabila tamat perang.
Permulaan kerjaya seni
Bermula dengan bermain ukele, P. Ramlee beralih kepada gitar dan biola di bawah
bimbingan Encik Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School). Beliau
menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah
menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai
Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P"
(bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya.

Filem pertama lakonan P.Ramlee adalah "Chinta" pada tahun 1948. Beliau memegang
peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah
berjaya berlakon di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955. Salah seorang
pendorong dan guru P. Ramlee dalam dunia perfileman Melayu adalah Datuk L. Krishnan
(Pengarah filem Melayu tahun 50-an dan 60-an yang terkenal). Gaya lakonan P. Ramlee yang
amat berjaya itu adalah hasil inspirasi P. Ramlee daripada dua pelakon terkenal India Selatan
iaitu MGR dan Sivaji Ganesan. Filem terakhir lakonan beliau ialah "Laksamana Do Re Mi"
pada tahun 1972 dan lagu dan lirik terakhirnya adalah "Ayer Mata Di Kuala Lumpur" pada
tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.

Keluarga
Perkahwinan

P. Ramlee & Salmah Ismail (Saloma)

P. Ramlee pernah berkahwin tiga kali. Kali pertama beliau berkahwin dengan Junaidah
Daeng Harris pada 1950 tetapi perkahwinan hanya bertahan selama empat tahun.
Perkahwinan kedua P. Ramlee adalah dengan Noorizan Mohd Noor pada 6 Februari 1955,
seorang kerabat diraja negeri Perak yang sanggup meninggalkan alam istana demi orang yang
dicintainya itu. Walau bagaimanapun, Norizan mengharapkan sesuatu yang lebih dari
perkahwinan mereka tetapi P. Ramlee lebih menumpukan hidupnya kepada kerjaya seninya
yang menyebabkan perkahwinan mereka retak. Kali terakhir adalah dengan Salmah Ismail
(Saloma) pada 21 November 1961 dalam satu majlis yang sangat sederhana bersama rakan-
rakan terdekatnya.

Wanita dalam hidup P. Ramlee menyintai beliau atas sebab-sebab yang berbeza. Isteri
pertama beliau, Junaidah, menyintai P. Ramlee ketika beliau masih belum ternama manakala
Norizan menyintai P. Ramlee sebagai seorang seniman dan pembikin filem yang terkenal.
Walau bagaimanapun, Saloma menyintai P. Ramlee seadanya iaitu sebagai seorang seniman
dan sebagai seorang yang biasa yang menyebabkan Saloma menjadi teman hidup sehati
sejiwa beliau sehingga ke akhir hayat.

Anak-anak

P. Ramlee mempunyai ramai anak yang dijaga beliau dan tetapi hanya dua orang sahaja yang
merupakan anak kandungnya hasil perkahwinan beliau dengan Junaidah. Anak-anak beliau
banyak membantu beliau dalam kerja seperti menjadi penyanyi latar kanak-kanak (contohnya
lagu Tolong Kami Bantu Kami dari filem 3 Abdul) dan pelakon kanak-kanak tambahan
(contoh Sazali yang berlakon sebagai anak pekerja ladang dalam Anak Bapak). Berikut
merupakan anak-anak yang pernah dijaga beliau:

1. Mohd Nasir : Anak kandung bersama Junaidah (lahir 1953)


2. Arfan : Anak kandung bersama Junaidah (lahir 1954)
3. Sazali : Anak angkat (lahir 1958)
4. Abdul Rahman : Anak tiri (anak Junaidah)
5. Norma : Anak tiri (anak Noorizan)
6. Armali : Anak tiri (anak Saloma dan A.R.Tompel)
7. Betty : Anak angkat
8. Zakiah @ Zazaloma : Anak angkat (lahir 1963)
9. Sabaruddin @ Badin : Anak angkat (lahir 1966)
10. Dian : Anak angkat (keturunan Cina)

Penghargaan selepas pemergian

P. Ramlee menerima Pingat Kebesaran Ahli Mangku Negara(A.M.N.) daripada Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ketiga.

P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa 29 Mei 1973 ketika berusia 44
tahun dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang Kuala Lumpur.
Bagi mengenang jasa dan sumbangannya, Allahyarham telah dianugerahkan Bintang
Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri. Selain itu rumah terakhir beliau di
Jalan Dedap, Setapak telah diubahsuai dan dijadikan sebagai "Pustaka Peringatan P Ramlee"
pada tahun 1986. Manakala di tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur namanya turut
diabadikan pada sebatang jalan iaitu Jalan P.Ramlee (dahulunya Jalan Parry) pada tahun
1982. Di Kuching juga ada sebatang jalan yg dinamakan Jalan P.Ramlee. Beliau turut
mendapat penghargaan doktor falsafah dalam bidang seni persembahan pada tahun 2005
yang membawa gelaran "doktor".

Kemudian, sempena 50 tahun kemerdekaan Malaysia iaitu pada tahun 2007, P. Ramlee telah
terpilih sebagai 10 calon terakhir bagi program "Anak Gemilang Malaysia" yang mengiktiraf
rakyat Malaysia yang banyak memberi sumbangan kepada negara dan kejayaannya
menaikkan nama negara di mata dunia.

Pada tahun yang sama, kisah hidup beliau juga telah dipentaskan dalam satu pementasan
teater muzikal dengan tajuk "P. Ramlee the Musical... Hidup, Cinta and Inspirasi"

---TAMAT---

You might also like