You are on page 1of 16

SKRIP PENGACARAAN

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG DAN GRADUASI


SMK SRI AMAN 2009

Aturacara Skrip Catatan


Majlis
Hadirin dan hadirat, (sehingga
tetamu duduk)
1.
Diumumkan ketibaaan,
Ketibaan

Yang Berbahagia EN. WALTER LAMAT ANAK KIYAI,

PEGAWAI PELAJARAN, PEJABAT PELAJARAN DAERAH

SRI AMAN.
Bismillahir Rahmanir Rahim… ( rujuk
kehadiran –
2. protokol )
Assalamualaikum wrwbt…
Sapaan
Protokol

Terdahulu majlis mengalu-alukan kedatangan,

( pastikan kehadiran tetamu )

1. Yang Berbahagia En. Walter Lamat Anak Kiyai, Pegawai

Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah Sri Aman.

2. Yang Berusaha Tuan Haji Mohd. Lela bin Haji Alamsah,

Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Menengah

Kebangsaan Sri Aman

3. Yang Dihormati En. ………………………………. wakil

1
Yang Dipertua PIBG SMK Sri Aman.

4. Yang Dihormati Pengetua-pengetua Sekolah-sekolah

Menengah Kebangsaan Daerah Sri Aman

5. Yang Dihormati Guru-guru Besar Sekolah-sekolah

Kebangsaan Daerah Sri Aman

6. Ketua-ketua Jabatan

7. Guru-guru dan Kakitangan SMK Sri Aman

8. Para ibu bapa

9. Para penerima Anugerah dan semua graduan

Pagi hari mencari lokan

Lokan dicari merata-rata

Kehadiran tuan kami alukan

Semoga berseri majlis kita

Selamat datang ke Majlis Anugerah Cemerlang dan Graduasi

Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Aman bagi tahun 2009.

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan, (sehingga


selesai
3. nyanyian)
Bagi memulakan majlis, dipersilakan seluruh warga dewan
Nyanyian
Lagu
Kebangsaan berdiri bagi menghormati dan menyanyikan lagu kebangsaan –

2
Negaraku

( nyanyian – Negaraku )

Terima kasih diucapkan.


Untuk memberkati lagi majlis pada pagi ini, dengan segala Ustaz
Qamarul
4.
hormatnya dijemput al-Fadhil Ustaz Qamarul Arifin b. Mohd
Bacaan Doa

Azhar bagi bacaan doa. Dipersilakan.

( bacaan Doa )

Terima kasih di atas bacaan doa itu tadi.


Hadirin yang dihormati, Ucapan
pengetua
5.
Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Berusaha Tuan Haji
Ucapan Alu-
aluan
Mohd. Lela bin Haji Alamsah, Penolong Kanan Pentadbiran

SMK Sri Aman, menyampaikan ucapan alu-aluan majlis.

Dengan hormatnya dipersilakan.

( ucapan )

Terima kasih di atas ucapan aluan itu tadi.


Seterusnya beralih kita kepada upacara perasmian, sukacitanya Ucapan YB
6.
majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Yang
Ucapan
Perasmian
Berbahagia En. Walter Lamat Anak Kiyai, Pegawai Pelajaran,

Pejabat Pelajaran Daerah Sri Aman. Untuk menyampaikan

ucapan perasmian dan seterusnya melakukan simbolik perasmian

3
Majlis Anugerah Cemerlang pada kali ini.

Dipersilakan.

( ucapan )

Dijemput Yang Berusaaha Penolong Kanan Pentadbiran dan

tetamu kehormat untuk bersama Yang Berbahagia bagi

menyempurnakan simbolik perasmian.

( simbolik perasmian – paluan gong )

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas

kesudian Yang Berbahagia melaksanakan upacara perasmian

sebentar tadi.

7. Hadirin yang dihormati, ( selaras


Penyampaian dengan hadiah
Anugerah
Tiba kita ke upacara kemuncak Majlis Anugerah Cemerlang dan & penyelia
pelajar )
( maklumat
anugerah ) Graduasi SMK Sri Aman Bagi Tahun 2009, iaitu upacara

penyampaian sijil dan hadiah.

Untuk pengetahuan para hadirin,

Majlis Anugerah Cemerlang ini diadakan adalah sebagai

pengiktirafan dan penghargaan sekolah kepada pelajar-pelajar

yang telah memberikan sumbangan dan menunjukkan prestasi

yang cemerlang dalam bidang kepimpinan, pembentukan

sahsiah, kurikulum dan ko-kurikulum.

4
8. Memulakan penyampaian anugerah bagi sijil penghargaan untuk ( selaras
Penyampaian dengan hadiah
Anugerah
kategori kepimpinan yang terdiri daripada pengawas, pengawas & penyelia
pelajar )
( kategori
kepimpinan ) Pusat Sumber dan pengawas koperasi sekolah.

Bagi menyempurnakan penyampaian sijil penghargaan kategori

kepimpinan, majlis dengan sukacitanya menjemput Puan Ng Boi

Hoi, Guru Kanan Teknik & Vokasional SMK Sri Aman, untuk

menjemput dan mengiringi Yang dihormati Tuan Haji Mohd

Usman bin Bohari, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Sri

Aman naik ke pentas untuk menyampaikan sijil penghargaan.

Dipersilakan.

Diumumkan penerima sijil anugerah bagi kategori :

( rujuk lampiran )

1. Pengawas Sekolah sesi 2009

2. Pengawas Pusat Sumber

3. Pengawas Koperasai Sekolah

Seterusnya disampaikan sijil bagi anugerah Merit Terbanyak.

Untuk maklumat para hadirin, anugerah ini telah diadakan sejak

5
tahun 2007 bersama-sama anugerah Kehadiran 100%, bertujuan

menggalakkan para pelajar sentiasa berdisiplin dan berakhlak

mulia di samping menyahut seruan Kementerian Pelajaran

Malaysia dalam mengatasi gejala ponteng sekolah.

Dipersilakan penerima anugerah Merit Terbanyak…

( rujuk lampiran)

Terima kasih diucapkan kepada PK HEM kerana sudi

menyempurnakan upacara penyampaian sijil sebentar tadi.


9. Hadirin yang dihormati, ( selaras
Penyampaian dengan hadiah
Anugerah & penyelia
Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian sijil bagi
pelajar )
( kategori ko-
kurikulum ) kategori ko-Kurikulum.

Anugerah ini diberikan kepada para pelajar yang bergiat aktif

dalam aktiviti sekolah samada aktiviti yang dianjurkan di

peringkat sekolah, peringkat bahagian,peringkat negeri mahupun

peringkat kebangsaan.

Bagi menyempurnakan penyampaian sijil penghargaan kategori

ko-kurikulum, majlis dengan sukacitanya menjemput Puan Law

Poh Chi, Guru Kanan Sains dan Matematik SMK Sri Aman

6
untuk menjemput dan mengiringi Yang Dihormati En. Stephen

Jack, Penolong Kanan Ko-Kurikulum naik ke pentas untuk

menyampaikan sijil penghargaan. Dipersilakan.

Diumumkan penerima anugerah bagi kategori mewakili sekolah

ke pertandingan peringkat kebangsaan dan negeri.

( rujuk lampiran )

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang dihormati

PKKK di atas kesudian menyempurnakan upacara penyampaian

sijil itu tadi.


10. Hadirin yang dihormati, ( selaras
Penyampaian dengan hadiah
Anugerah & penyelia
Upacara Majlis Anugerah Cemerlang kali ini diteruskan dengan
pelajar )
( kategori
kurikulum ) penyampaian sijil bagi kategori Kurikulum.

Anugerah bagi kategori ini merangkumi anugerah Program

Membaca ( NILAM ), anugerah Peningkatan Ketara, anugerah

Terbaik Setiap Kelas dan anugerah Terbaik Setiap Mata

Pelajaran.

Untuk makluman semua, Program NILAM ( Nadi Ilmu Amalan

7
Membaca ) merupakan satu program yang menggabungkan

kesemua aktiviti galakkan membaca yang dijalankan di sekolah

dengan memberi pengiktirafan yang sesuai, di samping bertujuan

sebagai satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang

menghalang penyuburan tabiat membaca di kalangan pelajar.

Bagi menyempurnakan penyampaian sijil penghargaan kategori

Kurikulum, majlis dengan sukacitanya menjemput En. Pandeta

bin Nen, Guru Kanan Bahasa SMK Sri Aman, untuk menjemput

dan mengiringi Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Lela

Penolong Kanan Pentadbiran SMK Sri Aman naik ke pentas

untuk menyampaikan sijil penghargaan. Dipersilakan.

Diumumkan penyampaian anugerah bagi Program Membaca

NILAM.

( rujuk lampiran )

1. Anugerah pencapaian NILAM/ EMAS/PERAK/GANGSA

Berikutnya, Anugerah Peningkatan Ketara.

8
( rujuk lampiran )

Dipersilakan, mendahului senarai penerima…

Dan bagi Anugerah Terbaik Setiap Kelas.

( rujuk lampiran )

Dipersilakan, mendahului senarai penerima

Terima kasih diucapkan dia atas kesudian yang dihormati PK

Pentadbiran menyempurnaka penyampaian sijil itu tadi.

Seterusnya, Anugerah Terbaik Setiap Mata Pelajaran.

Bagi menyempurnakan penyampaian sijil penghargaan bagi

kategori Terbaik Setiap Matapelajaran, sukacitanya menjemput

En Stinli Muda ak Umok, Guru Kanan Kemanusiaan SMK Sri

Aman, untuk menjemput dan mengiringi Yang Dihormati

En……………………………………….Wakil Yang Dipertua

Persatuan Ibu Bapa SMK Sri Aman naik ke pentas bagi

menyamapaikan sijil penghargaan. Dipersilakan.

( rujuk lampiran )

9
Dipersilakan, mendahului senarai penerima..

Terima kasih diucapkan kepada En. ……………… kerana sudi

menyempurnakan upacara penyampaian sijil sebentar tadi.


11. Hadirin yang dihormati, persembahan
Selingan
Majlis Penyampaian Anugerah diteruskan dengan acara selingan

iaitu satu persembahan tarian khas daripada Kelab Kebudayaan

SMK Sri Aman.

Sebelum itu, dibacakan sinopsis tarian berkenaan.

(rujuk lampiran )

Dengan tunjuk ajar koreographernya Puan Rohayah binti Se’es,

saksikan…………….

( persembahan tarian )

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada kumpulan Tarian

Seri Semerbak.
12. Hadirin yang dihormati, ( selaras
Penyampaian dengan hadiah
Skrol Tamat & penyelia
Majlis diteruskan lagi dengan upacara majlis Graduasi bagi
Pengajian pelajar )

pelajar tingkatan Enam Atas yang akan menamatkan

persekolahan mereka yang merupakan kohort ketiga Tingkatan

Enam Atas di SMK Sri Aman.

10
Bagi menyampaikan sijil tamat pengajian tersebut, majlis dengan

penuh takzim sekali lagi menjemput Yang Berusaha Tuan Haji

Mohd Lela bin Haji Alamsah Penolong Kanan Pentadbiran untuk

menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia En. Walter Lamat

Anak Kiyai, Pegawai Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah Sri

Aman naik ke pentas. Dipersilakan.

Turut mengiringi Tetamu kehormat, Penolong Kanan Hal Ehwal

Murid, Penolong Kanan Ko-kurikulum, Penyelia Petang serta

Guru-guru Kanan. Dipersilakan.

Majlis Graduasi dimulakan, dengan mempersilakan yang

dihormati En. Stinli Muda ak Umok menyarungkan Jubah

Graduasi kepada Yang Berusaha Tuan HJ Mohd Lela bin Hj

Alamsah Penolong Kanan Pentadbiran SMK Sri Aman.

Dipersilakan.

Seterusnya, majlis mempersilakan Tuan Hj Mohd Lela, Penolong

Kanan Pentadbiran menyarungkan Jubah Graduasi kepada Yang

Berbahagia En. Walter Lamat ak Kiyai, Pegawai Pelajaran

11
Daerah Sri Aman. Dipersilakan.

Hadirin dan hadirat,

Diumumkan perarakan masuk graduan tingkatan enam atas tahun Guru kelas &
pelajar T6atas
masuk ke
2009 bagi menerima skrol tamat Pengajian.
dewan.

Bagi mengumumkan para penerima skrol tamat pengajian sesi

2009, dipersilakan En. Mohd Zain bin , Guru Tingkatan Enam

Atas Arif dan Pn. Sim Chiow Tee, Guru Tingkatan Enam Atas

Bestari dan Pn. Lata ak Kinyang Guru Tingkatan Enam Atas

Cemerlang.Dipersilakan.

( penyampaian skrol )

Terima kasih diucapkan.


Hadirin yang dihormati, ( selaras
dengan hadiah
14. & penyelia
Majlis Anugerah Cemerlang diteruskan lagi dengan
Penyampaian pelajar )
Anugerah
KHAS penyampaian Anugerah KHAS.

Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan tertinggi terhadap

pelajar sekolah ini yang telah menunjukkan pencapaian yang

cemerlang dalam pelbagai bidang iaitu sahsiah, ko-kurikulum

dan akademik. Anugerah khas ini merangkumi Anugerah Pelajar

12
Harapan bagi tingkatan tiga, lima serta enam atas, dan Anugerah

Pelajar Contoh SMK Sri Aman 2009.

Bagi menyempurnakan penyampaian Anugerah Khas ini, majlis

dengan sukacita dan penuh takzim sekali lagi mempersilakan

Penolong Kanan Pentadbiran, menjemput dan mengiringi Yang

Berbahagia Pegawai Pelajaran untuk menyampaikan anugerah

tersebut. Dipersilakan.

Bagi mengumumkan penerima-penerima anugerah Khas 2009,

majlis dengan hormatnya mempersilakan En. Raduan Ismail,

Penyelia Petang SMK Sri Aman Dipersilakan


Penerima
( penyampaian anugerah khas 2009 ) anugerah khas
dihimpunkan
ke semua

1. Pelajar Terbaik Sahsiah Sijil & hadiah


disampaikan
2. Pelajar Terbaik Ko-kurikulum

3. Pelajar Terbaik Kurikulum


Ruang
bergambar
4. Pelajar Harapan PMR bersama vip

5. Pelajar Harapan SPM

6. Pelajara Harapan STPM


Ibu bapa

13
7. Pelajar Contoh dijemput
bergambar

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat

kerana sudi menyempurnakan penyampaian Anugerah KHAS

sebentar tadi.
Burung Belatuk burung Kedidi, ( hadiah )

15.
Terbang hinggap di pinggir kali,
Penyampaian
Cenderamata
Penyampaian cenderamata pengikat hati,

Bingkisan kenangan SMK Sri Aman kekal abadi.

Hadirin yang dihormati,

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih tulus ikhlas

daripada seluruh warga SMK Sri Aman, majlis dengan

sukacitanya menjemput tuan pengetua menyampaikan

cenderamata kenang-kenangan kepada Yang Berbahagia En.

Walter Lamat Anak Kiyai di atas kesudian Yang Berbahagia

memenuhi undangan bagi menyempurnakan perasmian Majlis

Anugerah Cemerlang Dan Graduasi Smk Sri Aman tahun 2008.

Dipersilakan.

Majlis dengan ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

14
terima kasih kepada Yang Berbahagia.
Hadirin dan hadirat, (pengumuman
semasa )
16.
Sempurna sudah upacara Majlis Anugerah Cemerlang dan
Penutupan

Graduasi SMK Sri Aman bagi tahun 2009.

Sekalung doa dan tahniah diucapkan kepada para pelajar yang

telah berjaya mencapai prestasi yang membanggakan. Semoga

memperolehi kejayaan demi kejayaan di masa-masa mendatang.

Bagi pihak jawatankuasa pengelola Majlis Anugerah Cemerlang

dan Graduasi 2009, sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih

kepada Yang Berbahagia, para tetamu jemputan, ibubapa, guru-

guru, kakitangan sokongan, para pelajar dan kepada semua yang

terlibat samada secara langsung dan tidak langsung.

Mengakhiri majlis kita pada kali, sekali dijemput sidang hadirin

berdiri bagi menghormati dan menyanyikan lagu kebangsaan –

IBU PERTIWIKU.

( Lagu IBU PERTIWIKU)

Sekian, terima kasih hingga bertemu lagi pada majlis-majlis akan

datang.

15
PENGUMUMAN:
1. TEMPAT JAMUAN

16

You might also like