You are on page 1of 2

HUBUNGAN KAUM DI MALAYSIA BAGAI BOM JANGKA

~MataHatiJohor~ : Bagi saya hubungan kaum di Malaysia umpama 'time bomb' yang menunggu
masa untuk meletup pada bila-bila masa sekiranya tidak diuruskan dengan baik dan cermat.

Sebab itu saya bersetuju apabila YAB Tun mengatakan bahawa Malaysia, sebagai sebuah negara
berbilang kaum, memerlukan sebuah kerajaan yang kuat. Tanpa sebuah kerajaan yang kuat,
khususnya seperti kerajaan hari ini, akan memberikan ruang kepada 'kumpulan pelampau kaum'
untuk membuat tuntutan-tuntutan yang ekstrim yang akan membuat kaum yang lain merasa
tergugat.

Keadaan ini akhirnya akan mewujudkan ketegangan di dalam hubungan di antara kaum yang jika
tidak segera dikawal akan membawa bencana yang amat dahsyat kepada negara. Contoh yang jelas
kepada keadaan ini boleh kita lihat seperti yang berlaku di antara ethnik Bosnia, Crotia dan Serbia.

Dalam konteks Malaysia, kedaan hubungan kaum yang turun naik adalah mengikut iklim politik
negara. Dalam keadaan UMNO dan Barisan Nasional yang kukuh, hubungan kaum dilihat lebih
mesra sebaliknya apabila UMNO dan Barisan Nasional dalam keadaan lemah, keadaan hubungan
kaum akan menjadi lebih tegang disebabkan oleh wujudnya parti yang bersifat 'perkauman
melampau' seperti DAP.

Namun begitu, punca utama kepada ketidaktentuan hubungan kaum di Malaysia adalah kesilapan
lampau semasa 'sosial kontrak' di antara kaum terbentuk. Kelonggaran dalam sistem pendidikan
yang membenarkan setiap ethnik utama menubuhkan sekolah mereka sendiri tetapi dengan bantuan
kerajaan adalah penyumbang terbesar kepada ketidaktentuan hubungan kaum di Malaysia.

Keterasingan dalam sistem persekolahan menyebabkan tidak wujud proses integrasi di antara kaum
pada peringkat awal usia kanak-kanak lagi. Hanya apabila kanak-kanak memasuki persekolahan
menengah barulah proses integrasi dapat dilakukan.

Lebih memburukkan lagi, apabila terdapat usaha untuk melaksanakan proses integrasi dari
peringkat sekolah rendah seperti sekolah wawasan, usaha ini dibantah oleh parti komponen dalam
Barisan Nasional sendiri.

Bantahan dari kumpulan ini sebenarnya boleh mencerminkan keikhlasan kaum-kaum tertentu
terhadap usaha untuk mewujudkan hubungan kaum yang harmoni secara terancang oleh kerajaan.

Kini, setelah 52 tahun negara mencapai kemerdekaan, generasi pertama yang mula mendapat
pendidikan secara terasing ini telah pun berusia 59 tahun. Bermakna juga generasi berusia 7 hingga
59 tahun yang wujud di Malaysia pada hari ini adalah yang terdiri dari kaum-kaum yang telah
melalui sistem pendidikan yang terasing di antara satu sama lain.

Dan dari keseluruhan jumlah mereka ini, mereka yang berusia 21 tahun hingga 59 tahun adalah
mereka yang telah membuang undi pada PRU12 yang lalu.

Beberapa soalan yang timbul,

1) Apakah mereka yang pernah mendapat pendidikan di SRJK Cina & Tamil dapat memahami
'sosial kontrak' sebagaimana mereka yang bersekolah di dalam sistem pendidikan kebangsaan.

2) Apakah mereka boleh menerima kedudukan istimewa pribumi Melayu sebagai penduduk asal
negara ini.

3) Apakah pandangan mereka tentang kuota-kuota yang diperuntukkan kepada bumiputera dan
tidak kepada kaum mereka.

4) Apakah perasaan mereka apabila terpaksa membeli rumah pada harga yang berlainan dari yang
ditawarkan kepada bumiputera Melayu?.

Banyak lagi soalan yang boleh timbul. Kerajaan yang kuat dan kukuh sahaja yang boleh menangani
segala persoalan ini.

Apa pun tindakan segera perlu dilakukan samada mewujudkan hanya satu sistem pendidikan
ataupun membentuk sebuah kerajaan yang kukuh. Pilihan pertama agak sukar dilaksanakan
khususnya dalam keadaan kerajaan yang lemah pada hari ini. Pilihan yang ada hanyalah
memastikan wujudnya sebuah kerajaan yang kukuh dan kuat untuk menangani permasalahan ini.
Sebab itu, untuk memastikan wujud sebuah kerajaan yang kuat perlu dimulai dengan perletakan
segera jawatan Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional dan Perdana Menteri oleh Seorang
yang bernama Abdullah Bin Ahmad.

You might also like