Professional Documents
Culture Documents
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Haqim menceritakan, pada zaman dahulu di sebuah negeri
Arab ada seroang pemuda yang sangat terhormat kerana ketinggian ilmunya.Dia sangat disukai oleh orang ramai
kerana budi dan amalnya.Imunya yang tinggi menyebabkan namanya harum di serata negeri itu.Ibunya sangat
berbangga kerana mempunyai anak yang dihormati oleh setiap orang.Di mana-mana sahaja namanya pasti menjadi
perbualan orang
Pada suatu hari, pemuda tersebut bercadang hendak pergi ke Mekah kerana ingin menuntut ilmu dengan lebih
tinggi.Dia merasakan bahawa ilmu yang ada padanya masih belum mencukupi.Lantas dia cuba memujuk ibunya
agar membenarkan dia pergi.Dengan deraian air mata ibunya berkata,”Anakku, engkau adalah mutiara hatiku, ibu
akan menderita jika engkau pergi ke Mekah.Ibu sudah tua, ibu tidak sanggup berpisah dengan engkau apatah lagi
engkau berada di sana bertahun-tahun lamanya.Batalkanlah sahaja niatmu itu nak”,rayu ibunya menasihatinya
Pemuda itu berasa amat kecewa dengan kata-kata ibunya, tetapi semangatnya untuk menuntut ilmu agama di negeri
Mekah itu tidak luntur dar hatinya.Malah dia akan tetap pergi kerana tekadnya sudah tidak dapat dibendung
lagi.Pada keesokan harinya selepas dia mengerjakan sembahyang subuh, diapun berangkat ke Mekah, dia tidak
Kini tinggallah ibunya yang sudah tua bersendirian dengan deraian air mata.Hatinya begitu sakit apabila
“Ya,Allah” kata ibunya merintih. “ Sesungguhnya anakku telah membakar hatiku dengan permergiannya.Maka
engkau turunkanlah seksa kepada anakku itu, Ya Allah”.
Setiap kali selepas sembahyang ibunya berdoa seperti itu. Akhirnya anaknya sampai di Mekah dan giat mencari ilmu
dan beribadat.
Pada suatu malam yang gelap gelita, berlakulah suatu musibah menimpa dirinya. Pada waktu itu ada seorang
pencuri memasuki rumah saudagar yang kaya. Tetapi disedari oleh tuan rumah tersebut lalu pencuri itu lari lintang
pukang menyelamatkan diri. Tuan rumah itu terus mengejarnya sehingga sampai di sebuah masjid untuk
berlindung.Kebetulan pada masa itu, terdapat seorang permuda yang sedang khusyuk berzikir, Sebagai helah untuk
menyelamatkan diri, pencuri itu terus berteriak sambil menunding-nundingkan jarinya ke arah pemuda yang sedang
Mendengar teriakan itu tuan rumah tersebut terus berlari masuk ke dalam masjid dan menangkap pemuda
itu.Pemuda itu terpinga-pinga apabila dirinya ditangkap,berbagai-bagai penafian dibuat namun tuan rumah itu terus
menyeretnya keluar dari masjid.Kemudian tuan rumah itu mengikat tangannya lalu membawa dia mengadap
raja.Dengan perasan marah tuan rumah itu terus menceritakan kesalahan pemuda tersebut.Tanpa membuat
pertimbangan yang sewajarnya serta soal selidik yang terperinci, maka raja itu menjatuhkan hukuman ke atas
pemuda itu dengan memotong kedua kaki dan tangannya serta biji matanya dicungkil.Dengan perasan yang amat
Setelah hukuman itu dilaksanakan, raja memerintahkan pula supaya pemuda itu diarak di khalayak
ramai.Disepanjang jalan, pegawai-pegawai raja berkata kepada orang ramai.Di sepanjang jalan, pegawai-pegawai
raja berkata kepada orang ramai.” Inilah akibatnya kalau cuba mencuri barang orang” Sewaktu perarakan itu sampai
di sebuah pasar, maka pemuda yang dituduh mencuri itu berkata kepada pegawai-pegawai raja yang
membawanya.”Wahai pegawai janganlah engkau berkata bergitu tetapi sebaliknya katakanlah, inilah balasannya
Para pegawai itu menjadi hairan mendengar saranan pemuda itu.Hati mereka ragu-ragu, apakah ucapan pemuda itu
betul ataupun berpura-pura.Akhirnya para pegawai itu menyelidiki latar belakang pemuda yang dituduh mencuri
itu.Setelah selidik ternyatalah pemuda itu bukanlah pencuri yang sebenar.Dengan perasaan kasihan para pegawai
Ketika sampai di perkarangan rumah ibunya, para pegawai itu terus meletakkannya di muka pintu rumah
ibunya.Keadaannya yang cacat menyebabkan dia tidak dapat berbuat apa-apa kecuali memanggil-manggil ibunya
dai luar, dari dalam rumah terdengar ibunya berdoa , “Ya, Allah, apabila telah turun cubaan kepada anakku,
Oleh kerana dia tidak tahan mendengar doa ibunya itu, tanpa disedarinya air matanya jatuh bercucuran.Lantas dia
“Bagaimana saya hendak masuk sedangkan saya tidak mempunyai kaki.”Jawab anaknya.
“Kalau bergitu hulurkanlah tanganmu.”Jawab si ibu dari dalam yang masih belum mengetahui bawawa itu adalah
anaknya.
“Tuan, maafkanlah saya kerana saya tidak mempunyai tangan, kerana tangan hamba telah dipotong.”
“Kalau begitu bagaimana aku dapat memberimu makanan, sedangkan aku bukan muhrammu.”Jawab ibunya.
“Tuan, janganlah bimbang, kerana kedua belah mata saya telah buta,”jawab anaknya.
Ibunya yang masih belum mengetahui bahawa di luar itu adalah anaknya terpaksa keluar membawa sekeping roti
untuk disuapkan ke mulut anaknya.Sebaik sahaja roti itu hendak disuapkan ke dalam mulutnya, pengemis itu terus
“Ibu maafkanlah saya ibu.Sebenarnya saya adalah anak ibu yang telah mengalami nasib seperti ini.Ibu, saya telah
Setelah dia mengetahui bahawa pengemis itu adalah anaknya, dia terus memeluk anaknya sambil menangis
meraung-raung kerana melihat anaknya yang mengerikan .Oleh kerana tidak sanggup melihat penderitaan anaknya
dia terus menadahkan tangan sambil berdoa.”Ya tuhan, saksikanlah bahawa semua kesalahan anakku telah aku
maafkan, tetapi seksa anakku sungguh mengerikan .Aku tidak sampai hati melihat keadaan anakku yang cacat
sedemikian rupa.Ya tuhan, kau akhirilah hidupku bersama anakku ini agar kami tidak menanggung malu.”
Dengan kehendak Allah yang Maha Esa, doa ibu itu telah dimakbulkan. Akhirnya dia dan anaknya mati bersama-
sama.Bergitulah nasib anak tidak menuruti perintah orang tua dan orang tua yang tidak redha di dalam mencari ilmu.