You are on page 1of 1

1.

Benarkah sejak FELDA ditubuhkan, peneroka tidak pernah diberitahu gred, jumlah tan (terpeninci) dan jumlah
tabungan tanam semula?

2. Benarkah wang tabungan tanam semula tidak dipulangkan kepada peneroka yang menanam sendiri dengan
pelbagai alasan untuk mencuri wang peneroka?

3. Benarkah Felda Holding telah ditubuhkan sebahagian besarnya dari wang caruman peneroka dan hasil
keuntungannya sehingga melebihi RM100 juta . Hanya diagihkan RM350.00 kepada setiap peneroka tahun lalu?

4. Benarkah MPOB diarahkan oleh FELDA untuk menentukkan gred buah sawit pada mutu rendah dan bukan pada
fizikal sebenar?

5. Benarkah setiap kali buah ladang peneroka dihantar ke kilang, anggaran 10 tandan akan dibuang sebagai buah
‘reject’ tetapi tidak boleh dituntut oleh peneroka dan kemudian diproses sekali dengan buah tandan sawit yang
lain? Siapa pula yang menikmati keuntungan buah tanda `reject’ itu?

6. Pernahkah peneroka menerima keuntungan hasil jualan kernel, sabut kelapa, tempurung kelapa kernel dan minyak
`busuk’ yang diambil dari buah sawit peneroka?

7. Benarkah akibat menyerahkan ladang untuk diuruskan oleh Felda, peneroka menanggung hutang antara
RM40,000.00 hingga RM90,000.00? Manakala berhutang pinjaman perumahan mengakibatkan mereka berhutang
sehingga RM130,000.00?

8. Benarkah Felda Technoplant menipu peneroka dan mengenakan cas yang tinggi seperti kos membaja sahaja
RM8,000 belum termasuk cas-cas tersembunyi yang lain?

9. Benarkah ada ladang peneroka yang telah diambil oleh kerajaan tanpa pampasan harga pasaran semasa kerana
mereka berhutang dengan Felda?

10. Benarkah peneroka tidak tahu kenapa terdapat perbezaan pendapatan yang besar antara peneroka yang
menguruskan sendiri ladang dengan yang menyerahkan kepada felda? Ke mana pula perginya perbezaan
pendapatan mereka itu?

11. Benarkah peneroka diugut agar menyerahkan tanam semula kepada Felda? Malah peneroka yang menanam
sendiri ditindas, diugut dan dihalang haknya termasuk menerima kemudahan pinjaman buku dan biasiswa
pendidikan anak-anak?

12. Benarkah tanah ladang peneroka telah dicagarkan kepada bank oleh Felda tanpa pengetahuan peneroka?
Benarkah tanah ladang peneroka dikaveat akibat menyerahkan urusan tanam semula dan pengurusan ladang
kepada Felda?

13. Benarkah jumlah penagih dadah tertinggi di kawasan perkampungan FELDA tetapi setiap 5-10 perkampungan
FELDA hanya ada 1 Balai atau Pondok Polis sahaja?

14. Benarkah FELDA penyumbang cukai antara terbesar Negara, tetapi prasarana perkampungan FELDA dibiayai
majoritinya oleh peneroka melalui pemotongan gaji hasil sawit-getah?

15. Benarkah sejak 15 tahun lalu kerajaan dan Felda telah mengistiharkan 'tanah poket' perkampungan FELDA akan
diberikan kepada pewaris peneroka tetapi hingga kini tidak terlaksana?

16. Benarkah ada peneroka yang telah menjelaskan bayaran kembali (BK) hutang mereka melebihi 5 tahun lalu tetapi
masih belum mendapat geran hak milik?

17. Benarkah berbillion ringgit dipinjamkan kepada syarikat dan individu oleh FELDA Holding dari hasil caruman
tanaman semula dan tipu gred sawit kepada peneroka. FELDA Holding tidak umumkan peminjam tersebut kepada
pencarum.

18. Benarkah Felda Holding telah kerugian RM1 Billion tahun lepas akibat kecuaian pentadbiran Felda tetapi peneroka
tidak pernah diberitahu?

19. Benarkah kakitangan Felda terutama pengerusi dan ahli lembaga pengarah menerima gaji, elaun dan bonus
menjangkau jutaan ringgit setiap tahun? Tetapi peneroka dicengkam hutang, potongan pendapatan dan harga
komoditi yang tidak menentu?

20. Benarkah peserta Felda Plantation adalah buruh yang menerima gaji harian dan tidak mendapat layanan yang
sewajarnya sebagai pekerja?

You might also like