You are on page 1of 14

AYAM MASAK CENDAWAN ALA CINA

INGREDIENTS:

1/2 ekor ayam


8 keping Cendawan hitam - direndam 1/2 jam
1 inci halia - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
6 ulas bawang putih - dicincang
4 ~ 5 tangkai cili padi
Sedikit kicap lemak manis
Sedikit sos tiram

METHODS:

1. Ayam dibasuh dan dipotong kecil2.  Cendawan yang dah lembut ditoskan, buang
tangkainya dan dipotong 4 (memanjang).
2. Panaskan minyak dan tumis halia.  Bila dah naik bau (halia dah kekuningan) angkat halia
dan buang.  Kalau tak buang pun tak apa.
3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis hingga naik bau baru
masukkan ayam. Kacau sekejap.
4. Masukkan kicap dan sos tiram.  Kuantiti kicap terpulang. Tak payah letak garam sebab
sos tiram dah memang masin.  Kalau untuk yang kuat masin, bolehlah letak garam
sedikit.  Kacau. 
5. Selepas tu, masukkan air secukupnya (dalam 2 cawan biasa).
6. Bila dah mendidih baru masukkan cendawan.  Kecilkan api dan biarkan hingga kuahnya
pekat. (biasanya dalam 10 hingga 15 minit).

PES TOMYAM

INGREDIENTS:

15 tangkai cili kering


1 s/b udang kering
1 s/b belacan
1 s/b asam jawa dibancuh dengan sedikit air
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
3 batang serai [hiriskan]
2 cm lengkuas
1 s/b gula
garam
2 s/b jus limau nipis

Minyak untuk menggoreng

METHODS:

1. Mesinkan semua bahan sehingga halus.


2. Panaskan minyak. Tumiskan hingga naik bau.
3. Goreng hingga kekuningan dengan api perlahan. Kacau rata.
4. Masakkan sehingga pecah minyak dan tidak terlalu garing.

Nota Tambahan
Ia akan menghasilkan lebih kurang 1/2 kilo paste. Sejukkan dan simpan di dalam peti ais.

45737559.doc -1-
AYAM GORENG TOMYAM

INGREDIENTS:

300 gm isi ayam [potong nipis]


2 s/b pes tomyam [boleh beli atau buat sendiri]
1 batang serai [ketuk]
5 biji limau kasturi [ambil jusnya]
1 batang kecil carrot [potong kecil]
3 batang putik jagung [potong kecil]
2 biji buah tomato [belah 6]
1 pokok daun ketumbar [potong kecil]
minyak
garam

BAHAN MAYANG / HIRIS:

2 labu bawang besar


5 biji cili merah
8 biji cili api
2 cm halia

METHODS:

1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan hiris, pes tomyam dan serai ketuk sehingga layu.
2. Masukkan isi ayam dan kacau rata. Masakkan sehingga lembut.
3. Masukkan carrot, tomato buah dan putik jagung. Kacau rata & biarkan sehingga lembut.
4. Tutup api dan masukkan jus limau dan daun ketumbar. Kacau rata.
5. Hidangkan dengan nasi atau roti.

45737559.doc -2-
AYAM GORENG PEAS

INGREDIENTS:

1 tin kacang peas atau kacang peas frozen


500 gm ayam [buangkan kulit dan potong kecil]
3 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos cili
1 biji bawang besar (hiris)
2 ulas bawang putih (cincang)
3 biji cili merah [hiriskan)
garam dan gula
1 pokok kecil daun sup [cincang]
minyak

METHODS:

1. Panaskan minyak.
2. Tumis bawang putih & halia.
3. Masukkan ayam (seeloknya ditutup bagi mempercepatkan daging itu masak).
4. Masukkan tomato sos.
5. Masukkan kacang peas, cili merah dan bawang besar. Gaul hingga rata.
6. Taburkan daun sup dan tutup api.
7. Hidang bersama roti bakar atau garlic bread.

45737559.doc -3-
AYAM KASTURI

INGREDIENTS:

300 gm isi ayam [hiris nipis tetapi agak lebar]


3 biji limau kasturi [ambil air]
2 sudu besar air
minyak untuk tumis
garam
kunyit

BAHAN MAYANG / HIRIS:

5 biji cili merah


3 biji cili hijau
5 biji cili api
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

METHODS:

1. Gaulkan ayam dengan kunyit dan garam.


2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mayang. [Kalau nak pedas boleh tambah ciliapi].
3. Bila dah layu dan wangi masukkan ayam dan sedikit air.
4. Bila ayam telah lembut masukkan jus limau kasturi dan gaulkan rata.
5. Boleh angkat dan hidangkan.

45737559.doc -4-
KUNG PAO CHICKEN

INGREDIENTS A:

600 gm isi ayam - potong dadu


1 s/b tepung jagung
1 sk garam

- isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - then goreng dan toskan.

INGREDIENTS B:

100 gm kacang gajus - [kakliza beli yg dalam paket kat kedai tu]
30 gm lada kering - pilih yg lebar2 dan potong dlm 1 - 1.5 inchi panjang
2 biji bawang besar (kuning) - potong dadu besar2
4 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
1 biji lada bangala hijau- potong lebar2 sediikit
3 s/b sos tiram
2 s/b sos tomato
1/4 cwn air
minyak tuk menumis

METHODS:

1. Panaskan sedikit minyak dlm kuali.


2. Goreng lada kering hingga garing dak ketepikan.
3. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar.
4. Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air.
5. Biakan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api.

45737559.doc -5-
BLACK PEPPER CHICKEN

INGREDIENTS:

500 gm ayam
1 batang carrot [potong kecil]
1 s/b kicap pekat
2 s/b sos tiram
1 s/b tepung jagung ] bancuh
1/2 cawan air ]
2 s/b lada hitam [tumbuk]
3 s/b minyak untuk menumis
garam secukup rasa...

BAHAN TUMIS:

5 ulas bawang merah/kecil


2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar

BAHAN HIASAN:

2 tangkai daun sup ]


2 tangkai daun bawang ]potong 1 inci]
1 biji tomato [belah 6]
2 biji cili merah [hiris]

METHODS:

1. Ayam dibuangkan kulit, potong kecil dan bersihkan.


2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
3. Masukkan ayam dan carrot dan gorengkan sehingga masak/lembut.
4. Masukkan bancuhan air tepung jagung, kicap pekat dan sos tiram.
5. Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan.
6. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.

45737559.doc -6-
AYAM MADU

INGREDIENTS:

500 gm ayam [buangkan kulit dan potong kecil]


3 s/b tomato sos
1 cawan kacang peas
1 labu bawang besar [mayang kasar]
3 s/b madu
minyak
garam
kunyit

BAHAN MESIN:

20 tangkai cili kering


1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia

BAHAN TUMIS:

1 inci kulit kayu manis


1 kuntum bunga lawang
1 kuntum buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih

METHODS:

1. Ayam digaulkan dengan garam dan kunyit.


2. Panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga masak.
3. Angkat ayam dan ketepikan.
4. Tinggalkan minyak gorengan ayam secukup untuk menumis [anggaran 1 senduk].
5. Tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
6. Masukkan bahan kisar dan kacau sehingga naik minyak semula.
7. Masukkan ayam, sos tomato, kacang peas, bawang besar dan madu.
8. Kacau rata. Bila dah nampak pekat dan naik minyak boleh angkat dan hidangkan.

45737559.doc -7-
AYAM MASAK KICAP

INGREDIENTS:

1 ekor ayam [potong kecil]


2 biji kentang [potong baji dan gorengkan sehingga masak]
2 biji tomato [potong 4]
1 pokok daun bawang [potong kecil]
3 s/b kicap pekat
3 s/b sos tomato
1/2 cawn air
1 s/b kunyit
5 s/b minyak

BAHAN MAYANG:

1 ulas bawang besar


2 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia

METHODS:

1. Bersihkan ayam dan gaulkan dengan kunyit.


2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mayang sehingga wangi.
3. Masukkan ayam dan goreng sehingga garing.
4. Masukkan air, kicap dan tomato. Biarkan sehingga mendidih.
5. Bila mendideh masukkan ayam, tomato, daun bawang dan kentang.
6. Gaulkan dan angkat.

45737559.doc -8-
AYAM SAMBAL KICAP

INGREDIENTS:

500 gm ayam
1 batang serai [ketuk]
5 helai daun limau purut [koyakkan]
3 s/b sos tamato
5 s/b kicap
minyak
garam [jika perlu]

BAHAN MESIN:

20 tangkai cili kering


5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1/2 cawan air

METHODS:

1. Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil. Basuh dan toskan.


2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dengan serai sehingga wangi dan garing.
3. Masukkan ayam dan kacau. Biarkan sehingga ayam lembut dan naik minyak.
4. Masukkan daun limau purut, sos tomato dan kicap.
5. Masakkan sehingga naik minyak.
6. Hidangkan.

45737559.doc -9-
BAKED BEANS CHICKEN

INGREDIENTS:

1 tin baked bean


500 gm ayam [potong kecil]
3 s/b minyak
3 s/b tomato sos
1/2 cawan air
garam dan gula
1 pokok kecil daun sup [cincang]
kentang goreng [jika suka]

BAHAN TUMIS:

1 biji bawang besar (hiris)


2 ulas bawang putih (cincang)
1 cm halia (hiris nipis )
3 biji cili merah [cincang]

METHODS:

1. Panaskan minyak.
2. Tumis bawang putih & bawang besar.
3. Masukkan ayam (seeloknya ditutup bagi mempercepatkan daging itu masak).
4. Masukkan air dan tomato sos.
5. Masukkan baked bean dan gaul hingga rata.
6. Taburkan daun sup dan tutup api.
7. Hidang bersama roti bakar atau garlic bread atau nasi.

45737559.doc - 10 -
SOSEJ BAKED BEAN

INGREDIENTS:

1 tin baked bean


10 batang sosej [potong2]
1 sudu makan minyak
3 sudu makan tomato sos
1 biji bawang besar (hiris)
2 ulas bawang putih (cincang)
3 biji cili merah [cincang]
garam dan gula
1 pokok kecil daun sup [cincang]

METHODS:

1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang putih & bawang besar
3. Masukkan sosej dan gorengkan sehinga garing.
4. Masukkan tomato sos
5. Masukkan baked bean dan gaul hingga rata.
6. Taburkan daun sup dan tutup api.
7. Hidang bersama roti bakar atau garlic bread.

45737559.doc - 11 -
TOMYAM AYAM

INGREDIENTS A:

500 gm ayam [potong kecil]


1 batang carrot [potong pendek]
1 biji bawang besar (dihiris)
2 batang serai (diketuk)
8 biji cili padi (diketuk)
2 cm lengkuas (diketuk)
1 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu besar pes tomyam
1 batang celery (potong kecil)
3 helai daun limau purut (koyakkan)
Air & garam secukupnya

INGREDIENTS B:

100 gm bunga kobis


2 biji tomato (dibelah 4)
2 biji limau nipis (ambil jus)
1 pokok daun ketumbar (cincang)

METHODS:

1. Masukkan semua bahan A dan renehkan sampai lembut


2. Masukkan bunga kobis dan buah tomato. Biarkan mendideh dan tutup api.
3. Masukkan air limau nipis dan daun ketumbar dan hidangkan.

45737559.doc - 12 -
SUP STEAMBOAT

INGREDIENTS:

2 ekor kerangka ayam [potong kecil]


500 gm ayam [potong kecil]
3 biji tomato (dibelah 4)
2 biji bawang besar (dihiris)
2 batang serai (diketuk)
8 biji cili padi (diketuk)
1 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu besar pes tomyam
1 batang celery (potong kecil)
3 helai daun limau purut (koyakkan)
Air & garam secukupnya
2 biji limau nipis (ambil jus)
1 pokok daun ketumbar (cincang)

METHODS:

1. Masukkan semua bahan kecuali limau nipis dan daun ketumbar dan renehkan selama 1
jam.
2. Masukkan dalam stembot pot dan rebuskan dengan chicken ball, fishball, sotong ball,
prawnball dan juga apa-apa bahan yg disukai.

45737559.doc - 13 -
SOS CILI

INGREDIENTS:

10 tangkai cili kering


1 s/b udang kering
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 s/b oren sunquick

BAHAN TUMIS:

minyak
gula
garam

METHODS:

1. Mesinkan semua bahan dan tumiskan dengan sedikit minyak.


2. Bila telah wangi masukkan gula dn garam.
3. Kacau rata dan bila nampak agak pekat boleh angkat dan hidangkan.

45737559.doc - 14 -

You might also like