You are on page 1of 3

ARKIB : 30/08/2010

Bernas analisis padi yang dibeli

KUALA LUMPUR 29 Ogos – Padiberas Nasional Berhad, (Bernas) mengamalkan langkah menganalisis mutu
bagi setiap pembelian padi yang dihantar oleh pesawah ke kilang-kilang memproses padi milik syarikat itu di
seluruh negara.
Pengurus Besar Sektor Beras Tempatan, Amiruddin Ahmad Tajudin berkata, lazimnya, pada setiap musim
menuai, Bernas akan menerima hasil tuaian daripada pelbagai kualiti.
‘‘Langkah menganalisis mutu padi yang dibawa oleh setiap lori ke kilang Bernas telah menjadi amalan biasa
bagi membezakan kualiti padi yang dihantar oleh pesawah.
‘‘Amalan itu dilaksanakan bagi memenuhi tanggungjawab penswastaan Bernas sebagai pembeli terakhir padi
dengan menerima semua hasil tuaian yang dihantar ke semua kilang Bernas tanpa mengira rupa bentuk dan
kualiti padi yang dihantar.
‘‘Tanggungjawab ini berbeza dengan kilang-kilang swasta yang mempunyai pilihan sama ada untuk membeli
atau menolak pembelian padi yang ditawarkan oleh pesawah,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini, baru-baru
ini.
Beliau mengulas keluhan beberapa pesawah di Kedah yang mendakwa hasil padi dijual kepada Bernas pada
musim ini dikenakan potongan yang tinggi berbanding kilang-kilang milik syarikat lain sehingga menjejaskan
mata pencarian mereka.
Amiruddin berkata, dalam situasi tertentu, Bernas terpaksa membuat kadar potongan yang lebih tinggi daripada
biasa iaitu sehingga melebihi tahap 25 peratus ke atas padi yang mutunya nyata terjejas dan rosak akibat
diserang penyakit atau makhluk perosak dan tuaian pra-matang.
Beliau menjelaskan, jumlah padi yang kadar potongannya melebihi 25 kilogram untuk setiap 100 kilogram padi
yang dihantar ke kilang Bernas hanya melibatkan tiga peratus daripada jumlah keseluruhan belian padi yang
diurusniaga oleh Bernas.
‘‘Majoriti hasil belian padi masih di bawah tahap potongan kurang daripada 20 kilogram untuk setiap 100
kilogram,’’ katanya.
Bagaimanapun kata beliau, atas dasar tanggungjawab sosial kepada para petani, Bernas masih membeli padi
pada harga pasaran dan bukan pada harga minimum terjamin (GMP).
‘‘Kami juga mengamalkan sikap bertolak ansur dalam menguruskan isu-isu padi yang terjejas mutunya atau
rosak dengan melaksanakan langkah-langkah proaktif bagi meminimumkan masalah mutu padi.
“Bernas mengambil inisiatif untuk memberi penerangan dan maklum balas mengenai hasil padi yang terjejas
serta rosak kepada petani-petani dengan menawarkan bantuan khidmat nasihat yang berada di dalam
kemampuan dan kawalan Bernas bagi mengatasi masalah tersebut daripada berulang lagi,” katanya.
Tambah beliau lagi, bagi kes-kes kerosakan teruk yang melibatkan petani terutama mereka yang setia kepada
Bernas, pihaknya akan menghulurkan bantuan.
‘‘Kita akan memberi pendahuluan bersamaan dengan nilai padi yang rosak dengan tempoh bayaran balik
tertakluk kepada perbincangan serta kemampuan petani terlibat,’’ katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan para petani mengamalkan teknik-teknik amalan pertanian baik dengan
mematuhi jadual kerja ladang seperti mana yang telah disyorkan oleh Jabatan Pertanian.
‘‘Ini bagi memastikan kualiti padi tidak terjejas atau rosak akibat serangan penyakit dan makhluk perosak,’’
katanya.
ARKIB : 26/08/2010

Pesawah boleh buat pilihan

ALOR SETAR 25 Ogos - Para pesawah di negeri ini dinasihatkan supaya menjual hasil padi mereka kepada
pihak yang membuat potongan munasabah bagi mengelakkan kerugian.

Pengerusi Penyelaras Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA),
Ahmad Radin berkata, petani mempunyai dua pilihan sama ada untuk menjualnya kepada Syarikat Padiberas
Nasional Bhd. (Bernas) atau pengilang swasta.

Menurutnya, Bernas dan pengilang swasta telah bersetuju bahawa harga padi bagi musim ini ditetapkan pada
kadar RM1,050 satu tan tetapi terserah kepada mereka untuk membuat potongan selepas menilai kualiti padi
yang dihantar.

"Sewaktu menghantar padi, pesawah boleh mengadakan rundingan mengenai jumlah potongan yang dikenakan.

"Jadi pilihlah pihak yang dirasakan mengenakan potongan munasabah dan dapat menguntungkan mereka,"
katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Kelmarin, Utusan Malaysia menyiarkan kekecewaan pesawah di sekitar Bukit Raya di Pendang dekat ini,
apabila mendapati hasil padi yang dijual kepada Bernas pada musim ini dikenakan potongan yang tinggi
sehingga menjejaskan mata pencarian mereka.

Mereka mendakwa, kilang Bernas di situ mengenakan potongan antara 25 hingga 30 kilogram minimum bagi
setiap 100 kilogram padi yang dihantar.

Menurut mereka yang mendakwa sebagai pelanggan setia Bernas, potongan itu jauh lebih tinggi daripada
dikenakan kilang padi milik swasta di kawasan bekenaan iaitu 17 kilogram sahaja.
ALOR STAR:

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) menetapkan harga minimum bagi satu tan metrik padi
bagi musim 1/2009 dinaikkan kepada RM1,000 berbanding RM950 pada musim lalu.

Pengerusi Mada, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata persetujuan itu dicapai selepas mengadakan
pertemuan serta perbincangan dengan wakil pengilang dan peladang di sini hari ini.

“Tapi harga padi ni untuk kawasan Mada seluas 97,000 hektar dan berdasarkan kepada harga padi
serantau seperti di Thailand, Vietnam dan Myanmar.

“Musim lalu harga (minimum) mula RM950, kemudian naik sampai RM1,150 sebab ada kenaikan
harga padi dalam musim tu,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Pemuafakatan
Industri Padi dan Beras di ibu pejabat Mada di sini.

Beliau berkata mesyuarat itu turut dihadiri oleh wakil Syarikat Padiberas Nasional Bhd (Bernas) dan
Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras.

Mahdzir berkata selain membincangkan mengenai harga padi, mesyuarat turut menyentuh tentang
kualiti padi, kuota dan lesen pembelian padi serta subsidi kerajaan. - Bernama

You might also like