You are on page 1of 2

Sheikh Muszaphar Shukor bin Sheikh Mustapha (lahir 27 Julai 1972) merupakan doktor bedah ortopedik

dari Malaysia dan dijadualkan akan menjadi angkasawan Malaysia yang pertama dapat menjejakkan kaki
ke angkasa lepas setelah diumumkan oleh Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada 25
September 2007 (Selasa) tepat jam 12.00 tengah hari.

Misi angkasawan Malaysia


Beliau akan berlepas ke angkasa pada 10 Oktober 2007 dengan menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan
oleh Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Beliau menyertai program ini di bawah perjanjian bersama
Russia menerusi program Angkasawan, dan akan kembali ke Bumi bersama ahli-ahli Ekspedisi 15, Fyodor
Yurchikhin dan Oleg Kotov selepas sembilan hari berada di stesen berkenaan

Misi ini selama 10 hari 21 jam 14 minit dari 10 Oktober 2007 jam 9.21 malam waktu Malaysia hingga 21
Oktober 2007. Beliau orang Islam pertama akan sembahyang dan berpuasa dan menyambut hari raya
Aldilfitri di angkasa lepas.

Semasa sidang akhbar NASA dengan ahli-ahli Ekspedisi 16 pada 23 Julai 2007, Shukor menyatakan
bahawa beliau berharap untuk membawa pelbagai kultur sel hidupan untuk dipelajari semasa
penerbangannya.

Kerjaya
Dilahirkan di Kuala Lumpur, Malaysia, Sheikh Muszaphar berjaya menamatkan pendidikan sekolah tinggi
di Maktab Rendah Sains MARA di Muar. Beliau kemudian melanjutkan pelajarannya melalui ijazah
perubatan MBBS di Kolej Perubatan Kasturba, Manipal.

Beliau menjadi doktor ortopedik, dan menjadi pensyarah perubatan pelatih di Hospital Universiti
Kebangsaan Malaysia (HUKM). Sebelum itu, beliau berkhidmat di Hospital Seremban (1998), Hospital
Besar Kuala Lumpur (1999) dan Hospital Selayang (2000-2001).

Beliau juga merupakan model di kebanyakan iklan komersial.

Pemilihan angkasawan Malaysia


Kerajaan Malaysia telah mengadakan Program Angkasawan Malaysia bagi memilih calon angkasawan
yang sesuai. Seramai 11000 calon telah mendaftarkan diri dengan pelbagai kelayakan akademik ,
ketahanan fizikal , emosi dan mental. Mereka menjalani latihan terakhir di Baikonur Cosmodrome,
Kazakhstan.

Kerajaan Malaysia telah bekerjasama dengan kerajaan Russia.Peluang ini sebahagian daripada pakej
pembelian jet pejuang Russia bernilai AS$1 bilion (RM3.44 bilion).
Muszaphar dan tiga calon akhir yang lain dipilih pada awal tahun 2006 daripada Program Angkasawan
Malaysia. Setelah selesai menjalani latihan di Star City, Russia, Sheikh Muszaphar dan Faiz Khaleed
akhirnya dipilih untuk latihan 18 bulan di Russia. Akhirnya, beliau dipilih sebagai calon utama
Angkasawan Pertama Malaysia, sementara, Faiz Khaleed dijadikan calon simpanan.

Nama: Dr Sheikh Muszaphar Shukor AL Masrie Bin Sheikh Mustapha

Tarikh Lahir: 27 Julai 1972

Umur: 37 tahun

Merupakan anak ketiga daripada lima orang adik-beradik.

Pekerjaan: Doktor Ortopedik, Model, Angkasawan, Pemilik Restoran Rebung Bersama Chef Ismail.

You might also like