You are on page 1of 8

CONTOH KARANGAN 1

Malaysia terkenal dengan keunikannya yang mempunyai penduduk berbilang kaum namun hidup
rukun damai sejak kemerdekaannya 52 tahun lalu. Inilah yang menjadi resepi dan pemangkin ke arah
pencapaian kejayaan negara. Sebagai rakyat yang prihatin, di bahu kitalah tergalasnya tanggungjawab
untuk mengekalkan keharmonian ini. Di antara kepentingan memelihara perpaduan kaum ialah untuk
mewujudkan suasana kehidupan bermasyarakat yang aman dan harmoni. Semangat saling
menghormati dan memahami antara satu sama lain mampu mengelak sebarang perasaan negatif seperti
hasad dengki, pentingkan diri sendiri dan lain-lain. Hubungan baik yang terjalin erat bukan sahaja
menjadi asas kehidupan yang tenteram bahkan juga memakmurkan negara. Sebagai contoh, setelah
melewati setengah abad negara Malaysia mencapai kemerdekaan, telah banyak perubahan positif yang
berlaku. Malah negara malaysia juga sudah terkenal sebagai sebuah negara membangun.
Selain itu, kehidupan yang harmoni juga merupakan jambatan utama menuju kemajuan. Negara yang
sejahtera membolehkan rakyatnya mengambil peluang meningkatkan taraf hidup. Semua pihak dapat
berganding bahu memikul tugas masing-masing tanpa sebarang perasaan syak wasangka. Hasilnya,
negara kita akan membangun dengan stabil merangkumi segenak aspek kehidupan. Pembangunan pesat
negara kita setanding dengan negara-negara maju di dunia. Menyedari kepentingan perpaduan kaum
maka beberapa langkah yang efisien perlu dijalankan bagi mengekalkannya. Antara lain, kerajaan telah
mewujudkan Sekolah Wawasan. Konsep sekolah wawasan ini adalah untuk memelihara perpaduan
kaum yang dipupuk sejak awal lagi iaitu dalam kalangan kanak-kanak. Institusi pendidikan dengan
corak perpaduan kaum ini membantu masyarakat untuk saling mengenali dan menghormati
kebudayaan serta adat resam kaum-kaum yang lain. Hal ini secara tuntasnya menjamin kestabilan
negara dengan adanya hubungan yang erat di antara kaum.
Selain itu, kemakmuran negara yang wujud dengan resepi perpaduan ini juga adalah hasil daripada
matlamat misi dan visi negara. Sebagai contoh, kerajaan melancarkan Dasar Ekonomi baru dan
Wawasan 2020. Cetusan visi para pemimpin ini menyemarakkan lagi usaha mengekalkan perpaduan
kaum. Ini jelas dibuktikan dengan konsep keadilan dari segi memperolehi kekayaan. Semua kaum
berpeluang menceburi bidang ekonomi mengikut kemahiran dan usaha masing-masing. Kesannya,
kestabilan dari segi ekonomi turut memperkembangkan kemajuan negara sehingga menjadi contoh
kepada negara jiran iaitu Indonesia.
Kesimpulannya, kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara itu amat bergantung pada hubungan baik
yang terjalin antara masyarakat. Perumpaan; ‘bersatu teguh, bercerai roboh’ begitu sinonim dengan
usaha mengekalkan perpaduan kaum demi kesejahteraan hidup .

KARANGAN MODEL 2

Pembentukan masyarakat majmuk yang harmonis merupakan agenda kerajaan yang paling penting
kerana prasangka perkauman boleh menghancurkan perpaduan yang sedia wujud. Menyedari hakikat
dan kepentingan mengekalkan perpaduan maka pelbagai langkah perlu dijalankan bagi memastikannya
berterusan.Antara kepentingan mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk ialah
untuk mengekalkan keharmonian dan mengelakkan perselisihan. Penduduk Malaysia yang terdiri
daripada berbilang bangsa boleh hidup aman damai sejak dahulu lagi kerana adanya perasaan saling
menghormati dan memahami antara satu sama lain. Amalan nilai murni ini menjadi tunjang kekuatan
sesebuah negara. Perkara ini dapat mengelak berlakunya perselisihan seperti kejadian dalam sejarah
hitam negara iaitu peristiwa 13 Mei 1959. Rusuhan kaum yang berlaku tidak memberi apa-apa
keuntungan malah membawa banyak kemudaratan. Perpaduan kaum yang wujud juga turut
mempercepat dan memperkasa pembangunan negara. Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap
bertoleransi dan hidup bersatu- padu memangkinkan usaha memajukan negara dalam segenap aspek
merangkumi ekonomi, sosial, politik dan pendidikan. Pembangunan pesat yang jelas kelihatan pada
hari ini membantu masyarakat menjalani kehidupan seharian dengan selesa.
Sebaliknya, jika keharmonian kaum terancam maka amat sukarlah kerajaan mengatur agenda mencapai
kemajuan negara. Kesannya negara akan ketinggalan dan rakyat menderita kemiskinan. Bagi
merealisasikan kejayaan negara dengan ramuan perpaduan kaum ini, maka pelbagai usaha ke arahnya
hendaklah terus dijalankan. Antara lain, kerajaan mewujudkan banyak dasar bertujuan menerapkan
nilai-nilai bagi mengekalkan perpaduan kaum.Terkini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib
Tun Razak menggunakan konsep ‘1 Malaysia’. Dasar kepimpinan yang memperkenalkan konsep
“rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” memperlihatkan keutamaan masyarakat dalam
pencapaian sesebuah negara. Tanpa rakyat yang bersatu padu maka pincanglah negara itu.
Selain itu, segenap lapisan masyarakat juga berperanan menjalankan tanggungjawab
masing-masing untuk memelihara perpaduan. Media massa sebagai medium komunikasi menjadi
saluran maklumat dan membangkitkan semangat bersatu-padu. Memperbanyakkan iklan dan risalah
melalui kempen-kempen mencintai negara dapat menyedarkan masyarakat tentang peri pentingnya
menjaga keharmonian hidup sesama rakyat. Semua ini dapat dikongsi bersama-sama dengan adanya
alat komunikasi media massa seperti televisyen, radio mahupun internet. Kemudahan yang kita
nikmati sekarang ini adalah bukti nyata hasil kemajuan negara.
Tuntasnya, kemakmuran negara berkait rapat dengan hubungan baik antara kaum yang sama-sama
mendokong usaha ini. Hubungan baik inilah yang perlu diamalkan bila-bila masa dan selamanya agar
kejayaan yang kita nikmati kini tidak ranap begitu sahaja setelah hampir 52 tahun negara kita mencapai
kemerdekaan.

Tajuk Karangan Pilihan SPM Bahasa Melayu 2010


1. Kesedaran mencintai alam sekitar seharusnya wujud dalam diri setiap ahli keluarga. Jelaskan
peranan setiap ahli keluarga untuk merealisasikan hasrat tersebut.

2. Budaya membaca dalam kalangan pelajar sekolah anda belum mencapai tahap yang memuaskan.
Anda ingin mengemukakan cadangan kepada Guru Pusat Sumber Sekolah (PSS) anda agar amalan
membaca dalam kalangan pelajar di sekolah anda dapat ditingkatkan.

3. Perpaduan kaum perlu diberi keutamaan bagi menjamin kesejahteraan hidup rakyat dan kemakmuran
Negara. Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk mengukuhkan perpaduan kaum di
negara ini.

4. Usaha untuk merealisasikan budaya disiplin unggul di sekolah amat penting. Jelaskan peranan anda
dalam membantu pihak sekolah untuk mencapai hasrat tersebut.

5. Pada masa ini, masyarakat Malaysia kurang menitikberatkan amalam membaca sedangkan membaca
memberikan pelbagai faedah. Huraikan peranan yang perlu dimainkan oleh pelbagai pihak untuk
memupuk minat suka membaca dalam kalanagan masyarakat Malaysia

6. Kegiatan lumba haram dalam kalangan remaja telah menjadi tanjuk utama akhbar-akhbar tempatan
negara ini. Masalah semakin berleluasa dan membimbangkan pelbagai pihak. Jelaskan usaha-usaha
yang boleh dilakukan oleh masyarakat untuk mengelakkan remaja daripada terlibat dalam kegiatan
perlumbaan haram

7. Remaja hari ini gemar memakan makanan ringan. Bincangkan punca-punca dan kesan-kesan
pengambilan makanan ringan kepada remaja

8. Anda mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan peringkat sekolah yang dianjurkan
olehKelab Komputer. Tajuk syarahan anda ialah “Usaha-usaha Meningkatkan Pengetahuan Teknologi
Maklumat dan Kommunikasi dalam Kalangan Rakyat”. Sediakan teks syarahan itu sekelengkapnya.

9. Sejak akhir-akhir ini, pelbagai pihak terutama masyarakat mula memberikan perhatian serius
terhadap gejala penderaan kanak-kanak yang semakin menjadi-jadi. Tulis rencana tentang usaha-suaha
menangani masalah tersebut.

10. Kemelesetan ekonomi dunia menjejaskan pembangunan di kebanyakan negara dalam pelbagai
aspek. Ulaskan pernyataan di atas.

11. Semangat patriotisme perIu ada dalam diri generasi muda pada hari ini kerana mereka bakal
menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Bincangkan usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh
remaja untuk memupuk semangat patriotisme dalam diri rnereka.

12. Keprihatinan dan kasih sayang ibu adalah penting dalam menentukan kejayaan hidup anak-anak.
Anda ingin menulis rencana untuk disiarkan dalam majalah tempatan Berdasarkan pernyataan tersebut.
Tulis rencana itu selengkapnya.

13. Perpaduan dalam kalangan rakyat penting daIam usaha menjanakan ekonomi sesebuah negara.
Huraikan kepentingan perpaduan rakyat terhadap perkembangan ekonomi negara tersebut.

14. Konsep Satu Malaysia yang diwara-warakan oleh Pendana Menteri kita mampu menjadi teras
keharmonian hubungan masyarakat pelbagai bangsa di negara ini. Sebagai pelajar yang
bertanggungjawab, bincangkan peranan anda untuk merealisasikan hasrat tersebut.

15. Sebagai pegawai kesihatan, anda telah dijemput oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di
tempat anda untuk menyampaikan sebuah ceramah yang bertajuk “Keluarga Memainkan Peranan
Penting Melahirkan Anak-anak yang Cemerlang” . Tulis ceramah itu selengkapnya.

16. Disiplin diri merupakan faktor penting untuk melahirkan pelajar yang cemerlang, jelaskan
kepentingan mengamalkan disiplin diri kepada pelajar

17. Selaku pegawai kesihatan daerah, anda telah dijemput untuk menyampaikan satu ceramah tentang
peranan ibu bapa untuk melahirkan keluarga yang sihat. Tuliskan ceramah itu selengkapnya.

18. Gejala ponteng sekolah merupakan antara kes disiplin yang paling banyak berlaku di sekolah-
sekolah. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menangani masalah
tersebut.
19. Malaysia ketandusan atlet yang berbakat dalam bidang sukan. Semua pihak termasuk keluarga
berperanan penting dalam mencungkil bakat anak-anak mereka sejak kecil lagi.
Huraikan peranan ibu bapa untuk menggilap bakat anak-anak dalam bidang sukan.

20. Peranan jiran sangat penting dalam kehidupan berkomuniti. Jiran bukan sahaja berperanan sebagai
ahli masyarakat setempat, malah menjadi orang yang paling dekat dengan kehidupan kita. Hal ini
sesuai dengan cogan kata “Jiran Sepakat Membawa Berkat”. Tuliskan suatu karangan berdasarkan
cogan kata tersebut menurut konteks masyarakat masa kini.

21. Warga emas sering diabaikan oleh anak-anak dan keluarga mereka sehingga terpaksa menumpang
di rumah-rumah orang tua. Isu ini semakin hangat diperkatakan oleh pelbagai pihak termasuklah media
massa. Anda ingin mengemukakan pendapat tentang faktor-faktor pengabaian warga emas dan cara
menanganinya. Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-
anak.

22. Penggunaan telefon bimbit amat berleluasa di negara kita pada masa ini. Boleh dikatakan hamper
segenap lapisan masyarakat termasuk pelajar sekolah menggunakan alat ini. Tulis rencana tentang
kesan penggunaan alat ini kepada masyarakat.

23. Masalah kegemukan atau obesiti dalam kalangan rakyat negara ini semakin serius. Menurut kajian
yang telah dilakukan, sebanyak 20% daripada 26 juta rakyat negara ini menghadapi masalah
kegemukan. Huraikan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menjadi remaja yang sihat dan
cergas.

24. Masyarakat kini lebih suka mempunyai bilangan ahli keluarga yang sedikit jika dibandingkan
dengan masyarakat dahulu yang lebih suka mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai. Berikan
pandangan anda sebab-sebab hal ini berlaku dan kesan-kesannya.

25. Semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat semakin luntur kerana banyak pihak kurang
melibatkan diri dalam program-program yang dianjurkan. Jelaskan langkah-langkah yang wajar
dilaksanakan untuk menyuburkan semangat patriotisme.

26. Anda telah menerima sepucuk surat daripada rakan anda yang berada di luar negara. Rakan anda itu
bertanyakan penglibatan negara anda dalam membantu mangsa bencana alam pada peringkat
antarabangsa. Balas surat rakan anda itu selengkapnya.
27 。 Pencapaian beberapa jenis sukan di negara kita perlu ditingkatkan. Sehubungan dengan itu,
Kementerian Belia dan Sukan juga persatuan sukan perlu mengatur strategi bagi mengembalikan
kegemilangan mutu sukan negara. Tulis rencana tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pihak
berkenaan bagi meningkatkan mutu sukan negara.
28. Negara kita turut menerima tempias akibat wabak selesema burung dan penyakit Sindrom Pernafasan
Akut yang Teruk (SARS) yang berlaku di kebanyakan negara di dunia baru-baru ini.
Sarankan langkah-langkah yang perlu diambil oleh negara kita dan negara-negara yang terlibat.
29. Sesetengah bencana alam yang berlaku adalah disebabkan perbuatan manusia yang tidak
bertanggungjawab. Jelaskan sebab-sebab bencana alam yang berlaku akibat perbuatan manusia sendiri.
30. Penghayatan nilai-nilai murni dapat membentuk pelajar yang berketerampilan. Jelaskan langkah-
langkah yang dapat dilakukan untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar.
31. Kerajaan telah berusaha untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan di negara ini ekoran
peningkatan kes sosial pula. Nyatakan langkah-langkah yang mampu diambil oleh kerajaan untuk
mengekalkan institusi keluarga ini.
32.

Soalan Ramalan SPM 2010 - Tema 1


Soalan 6 ( a )Terangkan konsep mandat yang terdapat di dalam Tamadun Hwang Ho
F1 Percaya bahawa Dinasti Baru telah
mendapat mandat daripada
H1a tuhan yang memerintah.
F2 Jika raja memerintah dengan adil,
H2a kerajaan dan rakyat akan menikmati
kemakmuran.
F3 Kuasa pemerintah adalah dari tuhan.
F4 Raja yang adil akan mendapat
H4a mandat dari tuhan.
F5 Raja yang zalim akan
H5a kehilangan mandat
F6 Kehilangan mandat dialamatkan dengan H6a bencana alam,
H6b penyakit dan lain-lain.
F7 Rakyat boleh memberontak untuk
menjatuhkan raja-raja yang
H7a kehilangan mandat

Soalan 6 ( b ) Jelaskan bentuk pemerintahan Feudal yang diamalkan oleh Dinasti Chao?
F1 Dalam urusan pentadbiran raja dibantu
oleh golongan bangsawan dan
H1a pegawai kerajaan bagi wilayah di luar
pusat pentadbiran.
H1b Golongan bangsawan telah
dipertanggungjawab untuk mentadbir wilayahnya.
F2 Oleh itu golongan bangsawan ini berhak
mewujudkan sistem pentadbirannya
sendiri dalam hal seperti
H2a cukai,
H2b pertahanan dan
H2c undang-undang.
F3 Sistem ini juga telah dilaksanakan oleh
Dinasti Chou setelah mereka merampas
H3a kuasa daripada Dinasti Shang.
F4 Raja-raja Dinasti Chou membahagikan
pemilikan tanah mereka kepada
wilayah-wilayah dan
H4a melantik pembesar tempatan di setiap
wilayah ini.
F5 Raja-raja Dinasti Chou mengikat
pembesar tempatan melalui
H5a ikrar taat setia kepada pemerintah
Chou, di samping memberikan
H5b hadiah seperti kereta kuda,
H5c senjata gangsa,
H5d hamba dan
H5e binatang.
F6 Mereka juga diminta melindungi raja
dan memberikan
H6a bantuan tentera pada masa perang.
F7 Pembesar tempatan juga diberikan hak
untuk bertindak sebagai
H7a ketua agama untuk menjalankan
upacara pengorbanan.

Markah maksimum 7 M

Soalan 6 ( c ) pada pandangan anda, apakah fungsi tulang Oracle dalam tamadun Hwang Ho

F1 Terdapat jumpaan tulang binatang dan


H1a kulit kura-kura di Anyang.
F2 Tulang ini dikenali sebagai tulang oracle
yang berfungsi untuk
H2a meramal sesuatu keadaan.
F3 Golongan bomoh yang terlibat dalam
H3a upacara penilikan akan
H3b meletakkan tulang ini di atas unggun api H3c sehingga timbul rekahan dan
H3d ia ditafsirkan dan disabitkan dengan
sesuatu kejadian.

Markah maksimum 5 M

Soalan 3 ( a ) Terangkan Tujuan dan ciri-ciri sukan olimpik yang diadakan di Athens pada tahun
776 S.M? ( 8M )

F1 Bidang sukan juga tidak ketinggalan yang


diwarisi daripada tamadun awal,
H1a contohnya Sukan Olimpik yang dijalankan
oleh masyarakat Yunani pada tahun 776 S.M. di Olimpia.
F2 Sukan olimpik tersebut diadakan empat
tahun sekali yang bertujuan untuk
H2a mengingati tuhan Zeus.
Antara Negara kota yang terlibat dalam
sukan tersebut ialah
H2a Athens,
H2b Sparta,
H2c Corinth,
H2d Thebes,
H2e Olimpia dan
H2f Argos.

Markah maksimum 8 M

Soalan 3 ( b ) Jelaskan apakah corak pendidikan yang diamalkan di Rom? ( 7M )

F1 Bagi tamadun Rom pendidikan amat


menekankan aplikasi ilmu yang pratikal dan
H1a semangat setia kepada Rom.
F2 Ini menyebabkan Rom sangat terkenal
dengan penyediaan infrastuktur dan
H2a kemudahan awam yang berupaya
H2b memberikan kesejahteraan hidup kepada
masyarakatnya.
F3 Di peringkat awal pendidikan di Rom adalah
diserap atau dipengaruhi oleh
H3a pendidikan Yunani.
F4 Pusat pendidikan dan ilmu pengetahuan
telah mengalami pertumbuhan yang pesat
di Bandar-badar di seluruh empayar Rom.
F5 Pusat-pusat pendidikan ini telah melahirkan
H5a ramai jurutera yang dapat membina sistem
H5b pengairan,
H5c bangunan, dan
H5d jalanraya. Ia juga telah melahirkan ahli
H5e falsafah dan sejarawan yang telah menulis
H5f tentang sejarah kegemilangan tamadun
Rom.

Markah maksimum 7 M

Soalan 3 ( c )Terangkan sistem pendidikan di dalam Tamadun Yunani ( Athens )

F1 Pendidikan dalam tamadun Yunani


terutamanya di Athens adalah bertujuan
H1a untuk melahirkan manusia yang seimbang
pencapaiannya dari sudut
H1b rohani dan
H1c jasmani.
F2 Bagi masyarakat Athens, manusia yang
cemerlang ialah manusia yang dapat
H2a memenuhi tututan mental dan
H2b fizikal.
F3 Hanya manusia yag cemerlang yang boleh
dianggap dapat memberikan
H3a sumbangan kepada kesejateraaan manusia.
F4 Masyarakat Athens lebih menitikberatkan
H4a pendidikan,
H4b sukan,
H4c muzik,
H4d kesusasteraan,
H4e seni berpidato,
H4f membaca,
H4g menghafal, dan
H4h menulis.

You might also like