Professional Documents
Culture Documents
malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang beraqal. (Iaitu) orang-orang yang
mengingati Allah sambil berdiri dan duduk atau dalam keadaan baring dan mereka memikirkan
tentang penciptaan langit dan bumi (lantas berkata): Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau
menciptakan ini dengan sia- sia, Maha suci Engkau maka peliharalah kami daripada siksaan
neraka. (Ali-
Imran:190).
Manakala pengertian akhlak dari segi istilah pula ialah sifat yang tertanam di dalam diri
yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran,
penelitian dan paksaan. Ibn Miskawaih, ahli falsafah Islam yang terkenal mentakrifkan akhlak itu
sebagaikeadaan jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan
penelitian.
Imam Ghazali RadiAllahuanhu mengatakan: akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam di
pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan terpuji menurut syarak
dan akal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan
Islam mempunyai dua sumber iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi pegangan
dalam menentukan segala urusan dunia dan akhirat. Kedua- dua sumber itulah juga yang
menjadi sumber akhlak Islamiyyah. Prinsip-prinsip dan kaedah ilmu akhlak Islam semuanya
didasarkan kepada wahyu yang bersifat mutlak dan tepat neraca timbangannya.
Apabila melihat perbahasan bidang akhlak Islamiyyah sebagai satu ilmu berdasarkan
kepada dua sumber yang mutlak ini, dapatlah dirumuskan definisinya seperti berikut:
Satu ilmu yang membahaskan tatanilai, hukum-hukum dan prinsip-prinsip
tertentu bagi mengenalpasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan
2
Manakala akhlak pula dapatlah kita rumuskan sebagai satu sifat atau sikap keperibadian
yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang
sempurna berdasarkan kepada prinsip- prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah.
Dengan kata lain, akhlak ialah suatu sistem yang menilai perbuatan zahir dan batin
manusia baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia
dengan baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia
dengan Allah, manusia sesama manusia, manusia dengan haiwan, dengan malaikat, dengan jin
Dalam hidup ini ada dua nilai yang menentukan perbuatan manusia iaitu nilai baik dan
buruk (good and bad), betul dan salah (true and false). Penilaian ini berlaku dalam semua lapangan
kehidupan manusia. Apakah yang dimaksudkan dengan baik dan buruk, betul dan salah, benar
dan palsu itu? Apakah alat pengukur yang menentukan sesuatu perbuatan itu baik atau buruk,
betul atau salah, benar atau palsu? Persoalan-persoalan inilah yang akan dijawab oleh ilmu
akhlak.Matlamat hidup manusia berbeza antara individu dengan individu lain. Ada
yang menjadikan kebendaan, harta benda sebagai matlamat yang diburu dalam kehidupan. Ada
pula yang menjadikan kebesaran ataupun kekuasaan, ada yang mencari nama dan
kemasyhuran. Ada juga yang berusaha mencai ilmu pengetahuan dan ada pula golongan yang
memandang remeh terhadap kehidupan tersebut, sebaliknya bersifat zuhud di dunia; memadai
dengan kehidupan yang sederhana. Mereka lebih menumpukan peningkatan rohaniyyah dengan
memahami akhlak. Semua pandangan ini apabila diteliti dengan saksama, tidak dapat dijadikan
sebagai matlamat terakhir atau tertinggi yang seharusnya dicapai oleh manusia. Oleh itu,
tentulah di sebalik pandangan atau perbezaan ituada satu matlamat hakiki yang wajib dituntut
oleh manusia. Apabila sesuatu perilaku atau perbuatan manusia itu selaras dengan neraca
timbangan tersebut, itulah yang dikatakan baik dan sebaliknya yang tidak selaras dengan ukuran
Persoalan-persoalan inilah yang menjadi skop perbahasan ilmu akhlak, iaitu ilmu yang
menerangkan tentang baik dan buruk, dan juga menerangkan sesuatu yang sepatutnya
dilakukan oleh seseorang dalam perjalanan hidupnya di dunia ini. Ilmu ini juga cuba
menerangkan matlamat yang seharusnya dituju oleh manusia dan juga menggariskan jalan-jalan
Jelaslah bahawa fungsi akhlak ialah mengkaji dan meneliti aspek perilaku dan
perbuatan manusia. Ia menilai dari segi baik atau buruknya perbuatan itu, apa yang patut dan
apa yang tidak patut dilakukan oleh seseorang. Semua yang berlaku pada manusia bersifat tidak
iradi (bukan dengan ikhtiar) seperti pernafasan, detik jantung dan sebagainya tidak termasuk
dalam skop ilmu akhlak. Jadi tidaklah boleh diberi nilai atau hukuman ke atas perkara ini sebagai
Segala tindakan manusia yang dilakukan secara sedar dan dengan ikhtiar, sama ada
hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia, hubungan dengan alam sekitar, hubungan
dengan diri sendiri dan sebagainya, semuanya mengandungi nilai akhlak. Segala tindakan
manusia baik yang berupa peribadi mahupun bersifat sosial, ekonomi, politik, kebudayaan dan
sebagainya mengandungi nilai akhlak yang diambil kira dan dipertanggungjawabkan kepada
kepada mereka yang terlibat di dalam dalamnya. Nilai akhlak yang buruk akan diberikan balasan
siksa.
Jadi bidang akhlak itu hanya meliputi perilaku perbuatan dan tindakan
manusia yang dilakukan dalam lingkungan dan suasana berikut:
4