You are on page 1of 14

ISI KANDUNGAN

BIL TOPIK/TAJUK MUKASURAT


1 ISI KANDUNGAN 1

2 PENGHARGAAN 2

3 RINGKASAN EKSEKUTIF 3

4 PENDAHULUAN 4,5,6
 LATARBELAKANG SYARIKAT
 LATARBELAKANG SUBJEK

5 KAJIAN 8,9,10
 MAKLUMAT/DATA TERKUMPUL

6 HASIL KAJIAN 11, 12, 13, 14, 15, 16


 LATIHAN
 PEMBANGUNAN
 PEMBELAJARAN/ PENDIDKAN

7 KESIMPULAN / RUMUSAN 17

8 LAMPIRAN / RUJUKAN 18

PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t…syukur kerana masih diberi peluang untuk menyambung
pengajian dan masa bagi menyiapkan tugasan ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
pada keluarga kerana memahami tugas sebagai seorang pelajar. Terima kasih juga kepada
pensyarah Tuan Haji Othman kerana telah memberi tunjuk ajar serta berkongsi pengalaman
sepanjang proses pembelajaran ini. Tidak lupa juga buat teman sekumpulan dan sekelas kerana
memberi kerjasama dan membantu saya menyiapkan tugasan ini, tiada lain yang dapat saya balas
hanya ucapan terima kasih untuk segalanya. Wassalam…

RINGKASAN EKSEKUTIF

Modul ini akan menerangkan tentang kepentingan bahagian latihan dan pembangunan
dalam organisasi, masyarakat dan individu. Ia adalah sebahagian daripada asas untuk
membangunkan modal insan untuk terus bersaing dan menjadi lebih baik seiring untuk mencapai
matlamat dan wawasan 2020. Selain itu, perkara yang dipelajari ialah ialah kepentingan kualiti
dalam produktiviti serta meramal tentang perubahan yang bakal berlaku di masa hadapan dan
bagaimana cara untuk mengatasi rintangan ini. Antara kepentingan lain juga ialah melakukan
analisis untuk mengetahui apakah jenis latihan, pembangunan dan pembelajaran yang diperlukan
untuk seseorang itu menjadi modal insan yang lebih baik dari sebelumnya.

PENDAHULUAN
Dalam tugasan ini saya akan melakukan analisis terhadap subjek untuk mengetahui
apakah jenis latihan, pembangunan dan pendidikan yang diperlukan oleh subjek untuk mencapai
matlamat kerjaya dan bagaimana untuk mengembangkan kerjaya beliau. Dengan menggunakan
kaedah tertentu seperti soal selidik, borang maklumbalas, temuduga dan lain-lain. Saya juga
menjalankan analisa keperluan bagi mengukur tahap subjek, kelemahan dan apa yang diperlukan
untuk mencapai matlamat beliau.

LATARBELAKANG SYARIKAT

Tanjung Offshore Berhad (TOB) adalah syarikat yang diasaskan pada Ogos 2005 dan
telah disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Malaysia. Secara umunya TOB ialah syarikat
pelaburan manakala terdapat anak syarikat utama didalam kumpulan yang mempunyai
kakitangan seramai 600orang dan mengekalkan reputasi didalam industri gas dan minyak
diserata Malaysia. Berikut adalah 4 aktiviti utama iaitu :

Syarikat Tahun Aktiviti


penubuhan
Tanjung Offshore Services 1990  Membekal dan membaikpulih
Sdn Bhd (TOS) peralatan dalam indusrti seperti
pam, kompresor, turbin dan juga
injap kawalan pada agensi
tertentu sekitar Malaysia

Tanjung Kapal Sdn Bhd 1995  Bahagian sokongan perkapalan


(TKS)  Selaku pemilik dan juga syarikat
pengurusan kapal
 Telah ditubuhkan oleh Jabatan
Marin dan TOS

Tanjung Maintenance Sdn 1996  Bertanggungjawap terhadap


Bhd (TMS) aktiviti penyelenggaraan dan
membaikpulih untuk semua
syarikat dibawah Tanjung
Offshore Berhad

Tanjung NewEnergy December  Sebagai syarikat kumpulan


Services Sdn Bhd (TNE) 2004 sokongan dan bahagian tenaga
& & kerja
Tanjung Petroconsult Sdn April 2003
Bhd (TPC)

LATARBELAKANG SUBJEK
Nama : Helmiza@Hazanin binti Mohamad

Umur : 29 tahun

Kelayakan akademik : Sijil Pelajaran Malaysia

Jawatan : Hr Assistant

Gred Jawatan : NE3

Syarikat : Tanjung Offshore Services Sdn Bhd

Jabatan : Group of Human Resource Department

Pengalaman kerja : 7 tahun


 Tanjung Offshore Services Sdn Bhd
 May 2008 – sekarang
 Hr Assistant

 Jaring Communications Sdn Bhd
 Februari 2003 – May 2008
 Hr Assistant

Matlamat kerjaya :

 “ to secure a more challenging position in my skills and experience, to enhance my career


growth work with true passion and committed to give my best “

Matlamat peribadi :

 “ to be a better person from day to a day ”

KAJIAN
Didalam elemen kajian ini saya telah melakukan beberapa soal selidik serta pengumpulan
data daripada subjek untuk mengenal pasti matlamat kerjaya dengan lebih mendalam. Selain itu
juga apakah bidang tugas/tanggungjawap semasa dan latihan yang pernah dihadiri oleh subjek.
Data yang telah dikenal pasti adalah dari beberapa sumber iaitu :

 Subjek
 Penyelia subjek
 Penilaian prestasi yang lepas
 Deskripsi kerja
 Latihan yang pernah dihadiri

SUBJEK

Dalam soalselidik yang dijalankan saya mendapati bahawa subjek ingin mencapai tahap
tertentu didalam kerjaya :

1. Senior Executive dalam masa 5 tahun


2. Senior Manager dalam masa 10 tahun
3. Senior Management dalam masa 20 tahun

Dalam tempoh masa itu juga subjek berharap dapat membangunkan karier dan dapat
menghadiri banyak latihan untuk meningkatkan kualiti kerja. Berdasarkan temubual juga subjek
juga menyatakan majikan menggalakan dia untuk mengembangkan kerjaya, ilmu serta
kemahiran dengan membenarkan dia menyambung pengajian di peringkat Diploma Eksekutif di
Universiti Malaya. Subjek juga menyatakan bahawa dia mempunyai beberapa kelemahan yang
perlu diperbaiki sebelum layak menjadi Senior Management

1. Communication skills
2. Payroll Administration
3. Presentation skills
4. Leadership skills

PENYELIA SUBJEK
Manakala hasil temubual yang dijalankan dengan penyelia mendapati kebanyakan
daripada komen adalah sangat baik tetapi subjek harus memperbaiki kemahiran komunikasi
dalam bahasa Inggeris.

PENILAIAN PRESTASI

Berdasarkan penilaian prestasi pada tahun 2009, keseluruhan laporan dan penilaian
adalah seperti berikut :

1. Mutu kerja
2. Sikap kerja
3. Pengetahuan kerja
4. Sikap
5. Personaliti

Subjek telah mendapat penilaian yang sangat baik dan memenuhi kriteria, tetapi perlu
menekaknkan kemahiran dalam pengurusan gaji(payroll administration).

DESKRIPSI KERJA

Berdasarkan deskripsi kerja yang diterima saya telah mengenal pasti beberapa bahagian
yang perlu dipertingkatkan seperti yang telah diminta oleh subjek.

Helmiza@Hazanin binti Mohamad

Tanjung Offshore Services Sdn Bhd

May 2008 –sekarang

Hr Assistant

 Memeriksa dan mengenalpasti penghantaran tuntutan, menyediakan ringkasan tuntutan


untuk dihantar pada pihak kewangan
 Untuk mendaftar insurans Takaful bagi pekerja baru dan mengemaskini data pekerja
yang berhenti
 Menguruskan dan mengemskini fail zakat, cukai pendapatan, KWSP dan rekod
pembayaran gaji
 Mengasingkan slip pembayaran dan menghantar kepada pekerja
 Memasukkan data kerja lebih masa di dalam Boss sistem dan pemfailan
 Memeriksa tuntutan invoice Asia Assistance dan menyediakan memo untuk dihantar
kepada pihak kewangan
 Memenuhi keperluan lain untuk pekerja seperti surat, surat status dan sebagainya

LATIHAN YANG PERNAH DIHADIRI

 Certificate ISO 9001:2000


 OHSAS 18001:2007
 English Training
 Business Etiquette

HASIL KAJIAN

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, saya telah mendapat data dan maklumat daripada
sumber-sumber terdekat subjek. Maklumat ini telah saya analisis dan mencadangkan langkah-
langkah penyelesaian untuk mengatasi isu kelemahan subjek. Didalam elemen ini saya akan
pecahkan kepada beberapa bahagian iaitu :

 Latihan
 Pembangunan
 Pembelajaran

Hasil kajian telah mendapati 5 aspek yang akan dipertingkatkan:

 Kemahiran komunikasi
 Pentadbiran gaji
 Kemahiran kepimpinan
 Kemahiran penyampaian
 Kemahiran berbahasa inggeris
Sekiranya latihan, pembangunan dan pembelajaran tidak dapat diberi dengan sempurna oleh
pihak majikan maka akan terdapat keburukan kepada syarikat itu sendiri antaranya:

 Kerugian kos kepada majikan kerana gaji yang dibayar tidak berbaloi dengan hasil kerja
pekerja
 Sistem kerja organisasi masih di takuk lama dan tidak berkembang
 Tidak dapat memenuhi kehendak mutu perkhidmatan syarikat
 Keyakinan diri subjek adalah terhad dan akan ragu-ragu dengan tugas sendiri
 Produktiviti subjek akan menurun dan tidak berdaya saing

Kesimpulannya, saya mencadangkan beberapa langkah-langkah penyelesaian berikut


berdasarkan analisa kepada kelemahan subjek :

LATIHAN

Definasi :

 ialah kebolehan untuk melakukan tugas,


 latihan memberi pekerja pengetahuan yang dikenal pasti dan spesifik untuk melakukan
tugas

Latihan dapat dipecahkan kepada 3 bahagian iaitu ;

 Kemampuan
 Kemahiran
 Ilmu pengetahuan

Ilmu pengetahuan : pentadbiran gaji

Latihan yang berterusan akan meningkatkan ilmu subjek dalam melakukan tugas yang berkaitan
dengan pentadbiran gaji. Kesalahan dalam kerja dapat dikurangkan secara langsung akan
menjadikan subjek lebih cekap dan efisien dalam menguruskan tugas.

Kemampuan : kepimpinan
Penerapan nilai-nilai kepimpinan yang dipelajari sepanjang tempoh perkhidmatan akan
menjadikan subjek seorang yang mampu menjadi orang tengah dalam menyelesaikan masalah
serta bertoleransi dalam melaksanakan tugas. Tunjuk ajar yang diberikan oleh staf atau pengurus
yang lebih lama akan membantu subjek dalam membina keyakinan dalam sifat kepimpinan.

Kemahiran : penyampaian dan komunikasi

Kemahiran ini dapat dibentuk dan diatasi bukan hanya dengan cara latihan sahaja, sebaliknya
menggalakkan subjek untuk bergaul dengan semua peringkat didalam organisasi dan
menonjolkan bakat terpendam subjek seperti menjadi pengerusi majlis, pertandingan dalaman
dan lain-lain aktiviti yang dapat membantu subjek menjadi lebih baik dan berkeyakinan dalam
berkomunikasi dan cara penyampaian mengikut lapisan inidividu.

Antara latihan yang akan dicadangkan untuk membantu subjek dalam mengatasi kelemahan yang
ada ialah ;

 Latihan kepimpinan seperti bullet proof manager, vision and mission


 Latihan komunikasi dan penyampaian seperti personaliti, grooming, customer service dan
sebagainya.
 Latihan pentadbiran gaji seperti pengurusan gaji dan pengetahuan asas.
PEMBANGUNAN

Definasi :

 Ialah satu proses bagi pekerja mengembangkan personaliti dan organisasi dalam konteks
kemahiran, kemampuan dan pengetahuan.
 Termasuklah peluang untuk meningkatkan kerjaya dan peluang untuk latihan,
pembangunan kerjaya dan pengurusan prestasi.
 Dan bersifat jangka panjang

Dan langkah pembangunan ini boleh dirangka dalam 2 kaedah seperti :

 Aspek syarikat
 Aspek individu atau subjek

Bahagian pembangunan akan memainkan peranan untuk merancang dan meperkembangkan


karier subjek. Dari hasil kajian yang didapati, subjek perlu lebih pendedahan yang lebih
mendalam tentang kemahiran-kemahiran yang sedia ada. Maka disini pihak majikan perlu
megadakan lebih banyak peluang seperti :

 Melaksanakan program pembelajaran sepanjang hayat, ini adalah satu dari elemen
pembangunan.langkah pembelajaran boleh terjadi setiap hari samada secara formal dan
tidak formal.
 On the job training, latihan berterusan yang memberi pendedahan amali kepada subjek
untuk terus menghadapi situasi yang berkaitan pekerjaan
 Pembangunan semula, mebina dan merancang semula perjalanan kerjaya subjek dalam
membantu mencapai matlamat individu.

Tetapi bahagian pembangunan ini juga perlu respon yang efektif dari subjek, subjek sendiri
haruslah mempunyai ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi seorang Senior Management.
Kriteria yang perlu ada ialah :

 Mempunyai sikap yang terbuka dan positif


 Minda yang tenang untuk menerima sebarang perubahan samada secara drastic atau tidak
 Suka kepada perubahan dan benda-benda baru
 Berfikiran kreatif dan diluar kotak
 Berproduktif tinggi dan ingin mencuba
 Sanggup berkorban untuk mencapai matlamat dan kemajuan diri

Sekiranya kedua-dua elemen ini digabungkan pembangunan kepada individu dan juga
organisasi akan lebih lebih mantap dan mudah.Maka antara latihan yang akan dicadangkan
kepada subjek ialah :

 Clerical development programmes


 Executive development programmes
 Management development programmes
 Senior management development programmes
 ISO 9001: 2000

PEMBELAJARAN

Definasi :

 Perubahan yang kekal dalam perlakuan berdasarkan pengalaman dan keadaan semasa
 Ianya bersifat kekal dan jangkamasa panjang
 Bersifat lebih umum dan formal untuk pembangunan

Bahagian pembelajaran adalah perlu dan diwajipkan sekiranya subjek ingin


mempertingkatkan kualiti kerja dan pengetahuan. Organisasi yang Berjaya selalunya
mengutamakan pekerja yang terpelajar dan berpendidikan bagi menjamin prestasi syarikat.

Kelemahan subjek yang jelas dinyatakan dalam kajian ialah kelemahan dalam berbahasa
Inggeris.Maka salah satu langkah yang boleh diambil perhatian ialah syarikat menghantar subjek
menyertai kursus bahasa bagi memperbaiki kelemahan ini.
Selain itu, untuk mencapai matlamat menjadi seorang Senior Management ialah subjek
haruslah mempunyai taraf pendidikan yang tinggi bagi menjamin mutu ilmu pengetahuan
melebihi orang bawahannya. Banyak kebaikan yang diperolehi oleh oihak syarikat dan subjek
sendiri dalam menjamin kedudukan dalam perjalanan karier dan ini ialah salah satu dari elemen
penbangunan.

Antara program yang dicadangkan untuk mencapai taraf pendidikan yang lebih baik ialah
:

 Program pendidikan sepanjang hayat yang banyak diadakan oleh pihak pengajian
awam dan swasta seperti Program Diploma Eksekutif, Pengajian Jarak Jauh dan
juga Pengajian Luar Kampus
 Selain itu, subjek juga boleh mendapatkan sijil-sijil yang diiktiraf dan boleh
diguna pakai dalam industry seperti Pengamalan Pengurusan, Etika Perniagaan,
Kesihatan dan Keselamatan.

Kesemua program ini boleh dijalankan secara separuh masa dan memenuhi jadual secara
fleksibel sekiranya berkemampuan.

KESIMPULAN

Untuk memcapai matlamat dan membangunkan matlamat kerjaya, pengukuhan terhadap


ilmu, kemahiran dan sikap subjek haruslah dilatih dan diterapkn secara konsisten.Elemen yang
telah dikaji ini sedikit sebanyak dapat membantu subjek untuk mengenali perancangan dan
landasan untuk mengetahui apakah persiapan mental dan fizikal, perjalanan karier serta
keperluan lain bagi menjadi seorang Senior Management. Sehubungan itu, pihak majikan
haruslah memainkan peranan terutamanya bahagian pembangunan sumber manusia bagi
memastikan cita-cita ini menjadi realiti. Dan semestinya keuntungan itu dapat menjadi kayu
pengukur kredibiliti dan imej syarikat, sekiranya pelaburan ini berbaloi maka subjek akan
menjadi aset terpenting didalam syarikat selagi khidmatnya diperlukan.
RUJUKAN/ LAMPIRAN
1. Training and Developing Human Resource(2002), Tan Kwang How, Times
2. Human Resource Management (11th edition), Robert L. Mathis, John H. Jackson,
Thomson West
3. Wikipedia definition of
4. Google definition of

You might also like