You are on page 1of 2

Pada alaf baharu ini, sektor perindustrian diberikan tumpuan yang sepenuhmya untuk

menjana ekonomi negara. Namun, kebanyakan pihak tidak sedar bahawa industri desa yang
juga mampu meningkatkan ekonomi negara semakin dipinggirkan. Sebenarnya, industri ini
berpotensi tinggi untuk dimajukan dan dijangka akan memberi banyak sumbangan dalam
ekonomi negara. Industri desa merupakan wadah bagi menghasilkan kerja tangan yang
dibuat oleh penduduk desa yang masih menggunakan teknik tradisional yang diwarisi sejak
zaman nenek moyang mereka.

Memang tidak dapat disangkal bahawa industri desa merupakan salah satu industri yang
berperanan penting di Malaysia. Kebanyakan penduduk di luar bandar tidak mempunyai
pekerjaan yang tetap dan ada dalam kalangan mereka terpaksa bekerja dari siang malam
semata-mata untuk menyara keluarga mereka. Mereka hidup dalam keadaan yang serba
kekurangan dan ada kalanya mereka hanya mengisi perut dengan ubi kayu. Kehidupan
mereka di kawasan pedalaman diibaratkan kais pagi makan pagi, kais petang makan
petang. Jika industri desa ini dimajukan, maka peluang pekerjaan akan bertambah dan
seterusnya taraf kehidupan penduduk desa dapat ditingkatkan kerana di mana ada gula,
di situ ada semut. Selain itu, indusri desa yang kaya dengan budaya Malaysia yang tak
lekang dek panas, tak lapuk dek hujan juga dapat membantu dalam usaha menarik
pelancong asing berkunjung ke negara kita.

Peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada
jalannya. Industri desa di negara kita sememangnya dapat dimajukan jika pihak kerajaan
dan pihak yang terlibat mengambil inisiatif untuk mengusahakannya. Pihak kerajaan harus
sentiasa memberi sokongan dan bantuan kewangan bagi merealisasikan industri desa
sebagai penggerak perkembangan dan pertumbuhan ekonomi yang mantap. Industri ini
harus diberikan nafas baharu melalui suntikan teknologi moden untuk meningkatkan
produktiviti supaya industri ini mampu menembusi pasaran dunia sekali gus meningkatkan
pendapatan negara kita. Masyarakat kita juga harus mengiktiraf industri desa sebagai satu
industri yang mampu memberi sumbangan dalam pembangunan negara. Industri ini
dijangka akan mendatangkan pulangan yang lumayan dalam masa lima tahun jika kerajaan
sanggup peruntukan yang lebih besar kepada industri ini.

Di samping itu, konsep jualan hasil industri desa melalui orang tengah harus digantikan
dengan konsep jualan langsung kerana kebanyakan sikap orang tengah diibaratkan enau di
dalam belukar melapaskan pucuk masing-masing. Mereka mengaut keuntungan
yang banyak dengan menjual hasil industri desa dengan harga yang tinggi kepada
pengusaha-pengusaha di bandar. Oleh itu, industri desa haruslah bekerjasama dengan badan
kerajaan bagai aur dengan tebing bagi menghidupkan industri desa ini. Sebaik-baiknya,
industri ini harus diuruskan oleh anak-anak kampung yang berpendidikan supaya mereka
berpeluang berbakti kepada tempat kelahiran mereka tanpa perlunya berpindah ke bandar
untuk mencari nafkah hidup. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan berperanan penting
dalam usaha menggalakkan generasi muda masa ini untuk menceburi industri desa supaya
industri ini dapat berkembang ke seluruh pelosok dunia dan Malaysia mampu duduk sama
rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain.

Dalam usaha memajukan industri desa, para pengusaha perlulah menimba ilmu
pengetahuan serta kemahiran dari negara-negara jiran, seperti Indonesia dan Thailand yang
banyak menghasilkan produk tempatan yang berkualiti. Negara kita haruslah bertukar-tukar
pendapat dengan negara yang maju dalam industri desa dan mendapat khidmat nasihat
daripada golongan profesional dalam bidang ini untuk meningkatkan produktiviti industri
luar bandar di negara kita. Selain itu,kita harus pandai mengambil yang jernih dan
buang yang keruh dengan menjadikan kejayaan negara-negara lain dalam industri desa
sebagai rujukan untuk menjayakan industri ini di negara kita sendiri. Industri desa
hendaklah ditransformasi kepada pelbagai perusahaan daripada berbentuk tradisional
kepada jenis penghasilan produk yang lebih kreatif dan inovatif untuk menarik hati dan
mengagumkan para pembeli. JIka usaha memajukan industri desa dilakukan secara
sistematik mengikuti prosedur-prosedur yang disediakan, maka suatu hari nanti industri
desa akan mendahului segala industri yang bertaraf antarabangsa.

Bukan itu sahaja, pihak kerajaan haruslah bekerjasama dengan sektor swasta untuk
memaksimumkan hasil pengeluaran industri desa. Kita tidak boleh bergantung sepenuhnya
pada pihak kerajaan untuk menghidupkan industri desa kerana bertepuk sebelah tangan
tidak akan berbunyi. Kedua-dua pihak ini haruslah berganding bahu untuk
memperkenalkan produk tradisional secara komersial kepada dunia luar. Mesin yang lebih
canggih harus dibekalkan kepada pengusaha industri desa supaya produk industri desa
seperti kraf tangan yang dihasilkan lebih berkualiti. Bekalan produk yang bermutu tinggi
sememangnya akan mendapat sambutan yang baik daripada para pembeli di negara kita
mahupun pembeli dari negara asing. Penggunaan mesin juga dapat mempercepat proses
pengeluaran produk dan meningkatkan kuantiti barangan industri desa yang dihasilkan.
Dengan ini, hasil-hasil industri desa dapat dibekalkan kepada pembeli ataupun para
pengusaha secara berterusan.

Konklusinya, industri desa sememangnya dapat memberi nafas baharu kepada masyarakat
luar bandar dan seterusnya meningkatkan pendapatan per kapita negara. Oleh itu, pihak
yang terbabit harus sentiasa memastikan bahawa penduduk di kawasan luar bandar
diberikan bantuan dan kemudahan yang secukupnya untuk meningkatkan hasil industri
desa. Para pengusaha industri ini juga harus melakukan anjakan paradigma selaras dengan
keadaan semasa supaya industri desa di negara kita dapat dimajukan ke tahap yang
maksimum dan mampu mengharumkan nama Malaysia di arena antarabangsa. Malaysia
Boleh!

You might also like