You are on page 1of 13

1

PENGENALAN - KUASA MINDA

Otak manusia terdiri daripada 2 hemisfera iaitu hemisfera kiri dan hemisfera kanan.
Hemisfera kiri otak digunakan untuk logik, arahan, perkataan, nombor, analisis, turutan,
senarai, pengurusan masa, dan simbol. Manakala otak hemisfera kanan digunakan untuk
warna, imaginasi, berkhayal, dimensi, sintesis, dan imej. Ini bermakna kebanyakan
daripada kita menggunakan otak kiri sejak mula bersekolah dan menganggap ianya yang
membentuk kemahiran intelektual kita, manakala otak kanan pula dianggap tidak penting.
Ini adalah tidak benar. Otak kanan adalah sama penting kerana kreativiti seseorang
sebenarnya dilahirkan daripada interaksi antara kedua-dua belah otak.

logik
warna
arahan
perkataan imaginasi
nombor khayalan
analisis dimensi
turutan
sintesis
senarai
pengurusan masa imej
simbol

Kreativiti merupakan pengawalan yang seimbang di antara otak kanan dengan otak
kiri yang sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain melalui satu titian yang
mengandungi 200 hingga 300 juta urat saraf.
Salah satu cara yang paling berkuasa dan menyeronokan untuk mencapai
komunikasi jenis ini adalah melalui amalan dan aplikasi Pemetaan Minda. Pemetaan
Minda menggunakan kedua-dua belah otak manusia yang menambah keupayaan minda
seseorang untuk mengingatkan semula kuantiti data yang sangat besar.
Kita telah dilatih dari semasa kecil untuk menulis nota baris demi baris, mukasurat
demi mukasurat, terbatas dengan margin, kesemua dalam satu warna. Akhirnya kita
dibebankan dengan terlalu banyak kertas dan buku-buku yang tebal walaupun apa yang
kita pelajari adalah sebahagian kecil daripadanya.
2
Disinilah datangnya kegunaan peta minda. Dengan peta minda kesemua fakta dapat
dipadatkan dalam satu helai kertas

Kita telah dikelilingi oleh warna ke mana sahaja kita pergi. Warna merupakan benda
yang semulajadi. Walau bagaimanapun, kehidupan kebanyakan bahan teks kita adalah
dalam warna hitam atau kelabu. Warna boleh membantu kita mengingat dengan baiknya.
Dalam kehidupan, warna boleh digunakan secara kreatif untuk pelbagai tujuan.

Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa orang yang membaca bahan bacaan yang
berwarna adalah 80% lebih berupaya untuk mengingati apa yang telah mereka baca.
Kajian juga menunjukkan bahawa warna boleh membuatkan orang 80% lebih terdorong
untuk membeli satu barang. Sebab itulah warna merupakan satu aspek yang penting
dalam penghasilan peta minda.
3
PEMETAAN MINDA

Pemetaan minda merupakan satu kemahiran yang membolehkan seseorang


mencapai kepintaran dan meningkatkannya dengan pantas. Ia adalah satu teknik yang
menunjukkan anda cara untuk belajar dengan berkesan serta pantas, dan bagaimana
untuk merekod maklumat secara bersistem, dan mengingat semula maklumat tersebut
untuk satu jangka waktu.
Jika kita lihat kembali kaedah yang kita gunakan untuk menulis nota, kita akan dapati
bahawa tugasnya merupakan tugas yang membebankan. Kerja menulis nota boleh
digambarkan sebagai ‘membosankan’, ‘menyakitkan kepala’, ‘mengejangkan tangan’,
‘membuang masa’, ‘menyusahkan’ dan lain-lain lagi. Tambahan pula, 95 peratus nota
yang ditulis adalah dalam satu warna. Apakah yang akan berlaku jika ia membosankan?
Otak kita secara automatik akan terpadam dan tertidur. Ini bermakna 95 peratus populasi
manusia sedang menghasilkan nota dalam bentuk yang akan membosankan dan
mengakibatkan mereka berada di dalam keadaan yang tidak sedar. Kita hanya perlu lihat
dalam perpustaakaan di sekolah, universiti dan perpustakaan awam. Apakah setengah
daripada mereka sedang lakukan? Tidur! Tempat kita belajar sudah menjadi bilik tidur
awam!

Tidur di perpustakaan

‘Penyakit tidur’ global yang kita alami sekarang adalah disebabkan oleh cara kita
mencatat nota yang menggunakan kurang daripada separuh dari potensi otak kita. Ini
adalah kerana kemahiran yang berkaitan di antara otak kiri dan kanan kita tidak dapat
berinteraksi antara satu sama lain untuk berkembang dan bergerak maju. Sebaliknya, kita
telah menutup otak kita dengan sistem mencatat nota yang menggalakkan otak kita
menolaknya dan melupakannya!
4
KELEMAHAN CATATAN NOTA SEKARANG

Terdapat 4 kelemahan dalam sistem mencatat nota sekarang.


1. Ia menyembunyikankata kunci.
Ide yang penting disampaikan dengan kata kunci. Dalam nota biasa, kata kunci
tersebut disembunyikan oleh banyak perkataan yang kurang penting. Faktor ini
menghalang otak kita daripada membuat perkaitan yang sesuai antara konsep-konsep
utama.

Nota yang di tulis tidak menunjukkan kata-kunci.

2. Ia menyebabkan susah untuk diingat.


Nota yang hanya dalam satu warna biasanya membosankan. Akibatnya ia akan
ditolak dan dilupakan. Tambahan lagi, nota biasa adalah dalam bentuk senarai yang
kelihatan serupa. Kesamaan dalam menghasilkan senarai tersebut menyebabkan otak
berada dalam keadaan separuh-sedar mengakibatkannnya mustahil untuk mengingati
kandungannya.
5

3. Ia membuang masa.
Kaedah mencatat nota yang biasa kita lakukan membuang masa kita pada setiap
peringkat:
(a) Dengan menggalakkan mencatat nota yang tidak perlu
(b) Dengan memerlukan kita membaca nota yang tidak perlu
(c) Dengan menyuruh kita membaca semula nota yang tidak perlu tadi
(d) Dengan menghendaki kita mencari kata-kunci.

4. Ia gagal merangsang otak untuk berkreatif


Secara semulajadi, paparan nota biasa secara linear menghalang otak kita daripada
membuat perkaitan. Akibatnya, ia menghapuskan kreativiti dan ingatan.

KESAN TERHADAP OTAK KITA

Penggunaan sistem mencatat nota yang tidak cekap ini menyebabkan beberapa
akibat buruk terhadap otak kita.

1. Kita kehilangan kuasa tumpuan yang menyebabkan otak kita “memberontak” terhadap
layanan yang diterima selama ini.
2. Kita dijajah oleh tabiat membuat nota yang banyak menghabiskan masa kita.
3. Kita mengalami kehilangan keyakinan terhadap keupayaan mental dan diri kita
sendiri.
4. Kita mengalami penderitaan dalam kebosanan dan kekecewaan.
5. Lebih kuat kita bekerja, semakin sedikit kita maju, kerana kita tidak sedar yang kita
sedang bekerja untuk melawan diri kita sendiri.

Sistem mengambil nota yang kita gunakan sekarang menhasilkan pulangan yang
menyusut. Apa yang kita perlu ialah satu sistem yang menghasilkan pulangan yang
menambahbiak. Sistem sekarang hanya menggunakan sebahagian kecil daripada
potensi pembelajaran yang ada pada otak kita.
6
PEMIKIRAN YANG BERCAMBAH
Cara otak memproses maklumat

Fikiran kita tidak bekerja secara garis lurus. Akan tetapi, ia mengandungi perkaitan
yang bercambah keluar ke semua arah dari banyak titik sambungan. Titik-titik sambungan
dalam arah yang berbeza ini menghubungkan maklumat yang berlainan. Kita boleh
katakan bahawa minda kita secara mudahnya hanya sebagai satu jaringan sambungan
atau perkaitan.

Ini boleh diperhatikan pada otak kita sendiri. Otak kita boleh dilihat secara bayangan
fizikal kepada struktur minda kita. Otak kita mengandungi berbilion neuron. Setiap neuron
bercambah kepada ratusan dendrite yang bersambungan dengan neuron yang lain.

Neuron-neuron yang bersambungan

Satu neuron boleh dikatakan sebagai satu titik di mana perkaitan bergerak ke
semua arah. Setiap perkaitan yang bergerak akan bertemu dengan satu neuron lain yang
boleh bersambung ke semua arah yang berlainan pula. Akibatnya kesemua perkaitan itu
boleh disambungkan ke mana saja arah tanpa henti.
7
Minda kita bekerja dengan cara yang sama. Semua orang berfikir dalam bentuk
perkaitan yang bercambah dan bersambung-sambung. Tidak kira apa yang seseorang itu
sedang fikirkan, tetap ada perkaitan yang bercambah ke semua arah, Dan ke mana saja
satu perkaitan itu tiba, ia akan bercambah pula ke arah yang berbeza-beza.

Kita boleh katakan yang otak kita adalah satu Mesin Pencambah Perkaitan yang
sangat besar - satu bio-komputer yang luar biasa dengan akar pemikiran yang tumbuh
daripada nod-nod data yang tidak terbatas.

Jadi bagaimanakah kita dapat mengaplikasikan cara otak kita berfungsi ke dalam
cara kita menjalankan tugas seharian kita? Jawapanya ialah dengan Peta Minda, yang
merupakan pernyataan luaran kepada pemikiran yang bercambah. Satu Peta Minda
sentiasa bercambah dari perkara utama atau pusat yang terdapat di tengah-tengah.
Setiap perkataan dan imej yang bercambah darinya akan pula menjadi pusat kepada
perkaitan yang lain. Proses percambahan setiap perkaitan ini boleh berlaku berterusan
tanpa henti apabila menjauhi pusat utamanya.

Perkara
Utama

Peta Minda adalah satu fungsi semulajadi kepada minda manusia. Ia merupakan
satu teknik grafik yang berkuasa yang menyediakan kunci sejagat untuk membuka potensi
minda. Peta minda boleh digunakan dalam kesemua aspek kehidupan di mana
pembelajaran dapat dimajukan dan pemikiran yang jelas boleh meningkatkan prestasi
kerja.
8

Peta Minda mempunyai empat ciri utama:


(a) Perkara utama yang di wakili oleh imej yang berada di tengah sekali.
(b) Tema utama yang bercambah daripada perkara utama melalui cabang-cabangnya
(c) Kata kunci atau rajah kunci yang terdapat di hujung cabang. Cabang-cabang baru
yang tumbuh darpada kata kunci atau rajah kunci yang mewakili perkara yang
berkaitan yang berada di peringkat yang lebih tinggi.
(d) Cabang tersebut membentuk struktur nod yang bersambung-sambung.

Beberapa contoh peta minda boleh dilihat dibawah


9
Kalau kita perhatikan kepada alam semujadi ciptaan ilahi... kita akan dapati Allah
telah mengajarkan kita bahawa konsep pemetaan minda ini adalah sebahagian
ciptaannya... orang yang suka memikirkan tentang alam dan suka memerhatikan alam
akan menemui ilmu dan hikmah yang Allah telah sediakan. Sila perhatikan gambar di
bawah yang mirip kepada pemetaan minda di mana ia bermula dari satu pusat dan
bercambah kesemua arah.

sistem saraf manusia Pokok bersama dahan dan ranting

cahaya hablur air siput laut

bunga bulu burung merak batu karang

sarang labah-labah petir pokok nenas


10
KELEBIHAN PETA MINDA

Dengan mencari lawan kepada kelemahan sistem mencatat nota yang kita gunakan
sekarang, kita boleh ringkaskan beberapa kelebihan menggunakan Peta Minda:

1. Masa yang dijimatkan dengan hanya mencatat perkataan yang penting: antara 50
hingga 90 peratus.

2. Masa yang dijimatkan dengan membaca hanya perkataan yang relevan: lebih
daripada 90 peratus

3. Masa yang dijimatkan dengan mengulangkaji nota Peta Minda: lebih daripada 90
peratus

4. Masa yang dijimatkan dengan tidak perlu mencari kata-kunci daripada maklumat
yang dibaca: lebih daripada 90 peratus

5. Penumpuan kepada isu yang sebenar dapat dipertingkatkan.

6. Kata-kunci yang perlu dapat dikesan dengan lebih mudah.

7. Otak kita lebih mudah untuk menerima dan mengingat dengan terangsang secara
visual oleh Peta Minda yang mengandungi pelbagai gambar dan warna, berbanding
dengan nota-nota yang berbaris tegak dan tidak berubah-ubah.

8. Semasa membuat satu Peta Minda, seseorang akan sentiasa berada dalam
keadaan terdedah kepada kesedaran dan penemuan baru. Ini menggalakan arus
pemikiran yang berterusan.

9. Peta MInda bekerja secara harmoni dengan keinginan semula jadi otak untuk
mencari jalan penyelesaian

10. Dengan menggunakan segala kemahiran semasa membuat satu Peta Minda, otak
kita menjadi lebih awas dan peka.
11
KESIMPULAN : PELBAGAI APLIKASI PETA MINDA

Peta minda boleh dipraktikkan dalam pelbagai kegunaan: kita bermula dengan
kegunaan peribadi (analisis kendiri, penyelesaian masalah dan menyimpan diari
Peta Minda); diikuti oleh aplikasi dalam pendidikan (berfikir, mengajar dan
memeta mindakan satu bab atau buku, syarahan atau video); dalam bidang
bisnes dan aplikasi profesional. Berikut adalah adalah beberapa contoh aplikasi:

Aplikasi Kelebihan

Pembelajaran Menghilangkan beban menghadapi pelajaran dan


kerja sekolah. Menimbulkan rasa seronok untuk
belajar dan mengulangkaji. Menambah keyakinan
pelajar terhadap keupayaannya dalam pelajaran.

Dalam Dapat melihat gambaran secara keseluruhan sekali


Pandangan gus dan memahami segala perkaitan dan pertalian.
Keseluruhan Mengulangkaji hanya mengambil masa yang singkat.

Penumpuan Dapat memfokus dengan jelas dalam sebarang kerja


untuk hasil yang lebih baik.

Mengingat Mudah mengingat dengan melihat maklumat


menggunakan “mata minda”. Meningkatkan
keupayaan dan kapasiti ingatan.

Mengurus Dari satu majlis ke satu percutian, dari satu projek


ke.....apa saja kumpulan maklumat. Peta minda
membantu anda memahami kesemua perkara.

Pembentangan Ucapan adalah jelas, tenang dan bertenaga. Anda


akan berada keadaan yang terbaik semasa sesuatu
pengucapan umum.

Komunikasi Dapat menyebarkan maklumat dalam segala bentuk


dengan jelas dan tepat.
12
Merancang Merencana kesemua aspek, dari mula hingga akhir
hanya dalam sehelai kertas

Mengurus Dari rancangan satu agenda, kepada


mesyuarat mempengerusikan, menulis minit....... kesemua tugas
dapat diselesaikan dengan cekap dan pantas.

Latihan Daripada persiapan hingga ke pembentangan, kesemua


dimudahkan dengan peta minda.

Berfikir Peta minda merupakan ‘stesen penunjuk arah’ kepada


pemikiran anda

Perundingan Kesemua isu, kedudukan anda, dan segala


kebarangkalian adalah di dalam sehelai kertas

Pengembangan Semasa sumbangsaran di mana pelbagai buah fikiran


Minda dijanakan dan dinilai dengan tepat

Sekian.
www.petaminda.com

You might also like