You are on page 1of 7

‫بسم هلل الرحمن الرحيم‬

PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirrabbil’alamin, saya merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat


ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat juga saya menyelesaikan tugasan kerja
khusus berasaskan ilmu ini dengan penuh jayanya. Saya menjulang sepenuh
penghargaan kepada pensyarah pembimbing Ustaz Mohd. Nor bin Ibrahim di atas
kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami dan berterima kasih atas bimbingan
beliau. Saya juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak
membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan
tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkai sepanjang saya
menyiapkan tugasan ini. Semasa membuat kerja kursus ini,saya dapat mengetahui
dengan lebih lanjut tentang Strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran pemulihan
matapelajaran JAWI mengikut panduan j-Qaf dan dapat menyediakan rancangan
mengajar harian juga bahan bantu mengajar yang menarik untuk keperluan para pelajar
yang mengikut kelas pemulihan. Terima kasih sekali lagi kepada semua kerana tanpa
bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan
sempurna.

1
PENGENALAN PEMULIHAN JAWI MENGIKUT PANDUAN j-QAF

Kelas Pemulihan Jawi ialah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru Kelas
pemulihan Jawi j-QAF untuk memulihkan murid yang keciciran dalam jawi. kelas ini
dijalankan serentak dengan jadual waktu persekolahan sedia ada. Murid yang keciciran
dalam jawi akan dipulihkan dengan sekurang- kurangnya dapat mengenal,menyebut,
dan menulis huruf-huruf tunggal, suku kata terbuka, suku kata tertutup dan perkataan
mudah yang dibina daripada suku kata terbuka dan suku kata tertutup.

Kumpulan sasaran ialah murid-murid tahun satu yang tidak dapat melepasi ujian
khas seperti tidak mengenal huruf tunggal atau suku kata terbuka. Mata pelajaran ini
hendaklah menggunakan pendekatan yang dapat menarik minat murid-murid, mudah
dan tidak membebankan. Antara masalah-masalahnya ialah mereka seringkali sukar
mengingat kembali apa yang telah diajar, terutama mereka keliru dengan bunyi dan
bentuk-bentuk huruf jawi tunggal. Jadi,persediaan secara teori dan amali membolehkan
sesuatu tugas itu dijalankan secara professional. Sebagai langkah awal, pembinaan
strategi pengajaran dan pembelajaran pemulihan jawi amat penting bagi mencapai
matlamat yang sebenar. Pendekatan tersebut hendaklah lebih berkesan dan sesuai
dengan tahap kemampuan murid- murid bagi memastikan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran jawi serta menarik minat mereka untuk terus belajar sehingga
mampu membaca dan menulis jawi.

2
KAEDAH PENGAJARAN JAWI

Teknik-teknik pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam usaha kita
menghadapi pelajaran yang terbaik sebagai langkah untuk memperolehi kejayaan yang
cemerlang di dalam bidang pembelajaran. Pelajar perlu memahami bahawa tidak ada
satu 'formula' yang mesti dan tepat bagi merumuskan satu kaedah yang paling baik
untuk menghadapi pelajaran melainkan ia banyak bergantung kepada diri pelajar itu
sendiri.

KAEDAH PENGAJARAN JAWI KEKUATAN DAN KELEMAHAN


1. PERMAINAN
Permainan adalah satu kaedah pengajaran yang akan dapat mengembangkan
daya kreativiti dan memupuk minat terhadap Jawi. Penggunaan aktiviti permainan
sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar bilik darjah adalah
berlandaskan prinsip ' bermain sambil belajar '.
Tidak dinafikan, pengajaran pemulihan jawi akan menjadi lebih berkesan
sekiranya dilaksanakan dengan inovasi pembelajaran yang menggunakan kaedah
permainan. Inovasi ini memberi suntikan semangat untuk pelajar-pelajar mempelajari
jawi dengan lebih intensif dan menarik.

i) kekuatan
a. Murid tidak merasa bosan atau jemu
b. Penglibatan daripada semua murid.
c. Melatih murid berinteraksi dengan bebas sesama mereka.
d. Guru dapat mengenal dengan mudah kemampuan/kelemahan mereka.
e. Guru tidak membelakangkan murid semasa proses P & P berjalan.
ii) kelemahan
a. Murid yang cergas sahaja dapat menerima pengajaran guru.
b. Sedikit membebankan guru menyediakan BBM.
c. Tidak semua tajuk mata pelajaran dapat digunakan dalam kaedah ini.
d. Memerlukan peruntukan kewangan.

3
2. KAEDAH PANDANG SEBUT
i) kekuatan
a. Semua murid terlibat.
b. Murid berani mencuba.
c. Keyakinan diri pelajar semakin bertambah.
d. Mengasah potensi di kalangan murid-murid.
e. Menambah minat membaca Al-Quran.
f. Melahirkan kepimpinan murid.
g. Mendapat bimbingan secara langsung daripada guru.

ii) kelemahan
a. Memerlukan guru yang mahir dalam kaedah ini.
b. Perancangan dan persediaan yang teliti.
c. Murid yang lemah rasa rendah diri

3. LATIH TUBI
Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang
dipelajari. Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.

i) kekuatan
a. Mencapai taraf penguasaan kemahiran di samping menjamin kekekalannya ayat
atau mengingat fakta-fakta penting.
b. Mendapat bimbingan secara langsung daripada guru.
c. Keyakinan diri murid bertambah.
d. Mengasah potensi murid-murid.
e. Melahirkan sifat kepimpinan di kalangan murid-murid.
f. Penglibatan semua murid.
g. Melahirkan sikap berani mencuba di kalangan murid-murid.
h. Menambah minat.

4
ii) Kelemahan
a. Menghadkan kebebasan berfikir murid
b. Murid tidak dapat menghasilkan kretiviti sendiri
c. Memerlukan guru yang mahir dalam menjalankan kaedah ini semasa mengajar,
Sebelum pengajaran dijalankan guru seharusnya membuat perancangan dan
persediaan yang teliti

4.KAEDAH IMLAK
Imlak bermaksud pembacaan dengan suara yang lantang sesuatu sumber
(perkataan, frasa, ayat) untuk ditulis oleh orang lain. Pengimlakan melibatkan dua
kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran menulis secara
mekanis.Menulis secara mekanis dalam imlak ialah menyalin unit bahasa sama ada
huruf, suku kata, perkataan, ayat atau wacana.

i) kekuatan
a. Murid dapat menggunakan kemahiran mendengar dengan jelas.
b.Penglibatan daripada semua murid.
c. Mengukuhkan ejaan.
d. Melatih pendengaran pada sebutan intonasi perkataan dan ayat.
e. Membantu murid dalam bentuk membuat nota-nota ringkas.
f. Guru tidak membelakangkan murid semasa proses P & P berjalan.

ii) Kelemahan
a. Memerlukan guru yang mahir dalam kaedah ini.
b. Perancangan dan persediaan yang teliti.
c. Murid yang mempunyai masalah pendengaran tidak dapatmengikuti dengan baik

5
5. KAEDAH MENGEJA
Guru menggunakan BBM seperti kad-kad huruf dan kad kalimah. Guru mengeja
dan seterusnya diikuti oleh murid. Kaedah ini juga mengasah kepekaan pendengaran
murid.

i) Kekuatan
a. Murid dapat menggunakan kemahiran mendengar dengan jelas.
b. Penglibatan daripada semua murid.

ii) Kelemahan
a. Murid yang cerdas sahaja dapat menerima pengajaran guru.
b. Murid yang mempunyai masalah pendengaran akan ketinggalan
c. Murid yang lemah cepat bosan dan mula buat aktiviti sendiri.

6. KAEDAH PEMAHAMAN
i) kekuatan
a. Mendapat bimbingan secara langsung daripada guru.
b. Keyakinan diri murid bertambah.
c. Mengasah potensi murid-murid.
d. Melahirkan sifat kepimpinan di kalangan murid-murid.
e. Penglibatan semua murid.
f. Melahirkan sikap berani mencuba di kalangan murid-murid.

ii) Kelemahan
a. Memerlukan guru yang mahir dalam menjalankan kaedah ini.
b. Sebelum pengajaran dijalankan guru seharusnya membuat perancangan dan
persediaan yang teliti.
c. Murid yang lemah rasa rendah diri.

6
7. KAEDAH HURUF
i) kekuatan
a. Mendapat bimbingan secara langsung daripada guru.
b. Semua murid terlibat.
c. Murid berani mencuba.
d. Keyakinan diri pelajar semakin bertambah.
e. Mengasah potensi di kalangan murid-murid.

ii) kelemahan
a. Memerlukan guru yang mahir dalam kaedah ini.
b. Perancangan dan persediaan yang teliti.
c. Murid yang lemah rasa rendah diri.

8) KAEDAH PENGAYAAN
Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar
untuk memberi peluang kepada murid-murid meningkatkan pencapaian mereka.
Biasanya aktiviti ini diberikan kepada murid yang telah berjaya menguasai satu atau
beberapa kemahiran asas tertentu.

i) kekuatan
a. Dapat mengembangkan sifat ingin tahu dalam diri murid.
b. Mengembangkan semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan mereka
c. Murid dapat menggunakan masa lapang untuk memperkembang minat dan bakat
mereka.

ii) kelemahan
a. Murid yang cerdas sahaja dapat menerima pengajaran guru.
b. Murid cepat bosan kerana banyak aktiviti yang terpaksa mereka buat.

You might also like