You are on page 1of 28

Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya

Folio Sejarah Tingkatan Dua (KKS)

TOkoh Tempatan

Tan Cheng Lock

Nama: Putri Nur Aida Sofiea Binti Ritakamal

Kelas: 2 Usaha

Tahun: 2010

Nama Guru: Puan Dayang Melati Binti Abdullah

ISI KANDUNGAN :)

0
Bilangan Tajuk Muka Surat

1.0 Penghargaan
2.0 Objektif Kajian
3.0 Kaedah Kajian
4.0 Hasil Kajian

 Latar Belakang Tokoh

 Pembentukan Persatuan Cina Melayu (MCA)

 Meninggal Dunia

 Warisan

 Penghargaan dan Anugerah


5.0 Rumusan
6.0 Lampiran
7.0 Rujukan

1
Penghargaan :)

1.0) Penghargaan

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada keluarga

saya atas sokongan dan tunjuk ajar. Terutamanya kepada bapa saya, Ritakamal Bin Sadiman,

yang telah banyak memberi bantuan kepada saya sepanjang jalan untuk menyiapkan kerja kursus

ini.

2
Terima kasih juga saya ingin mengucapkan kepada pengetua Sekolah Seri Puteri, Puan

Hajah Rashidah Binti Mad Arif kerana memberi peluang kepada saya untuk menjalankan Kerja

Kursus Sejarah 2010.

Saya juga ingin merakamkan ribu-ribuan terima kasih kepada guru sejarah saya, Puan

Dayang Melati Binti Abdullah atas segala bimbingan dan dorongan yang beliau telah berikan.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sekelas saya iaitu, Reena

Awliyatul Imani Binti Reezal Merican, Nurul Nabilah Binti Hazali dan Nur Shahirah Binti Mohd

Ghazali yang turut sama-sama membantu saya melaksanakan Kerja Kursus Sejarah 2010.

3
Objektif Kajian :)

2.0) Objektif Kajian

Bagi menyiapkan Kerja Kursus Sejarah Tingkatan Dua, saya telah menetapkan satu

objektif yang paling penting bagi saya, iaitu untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang tokoh

tersebut, iaitu Tan Cheng Lock. Dengan melakukan sebegitu, saya telah sedar akan pengorbanan

dan jasa beliau terhadap negara Malaysia.

Tambahan pula, saya dapat menjadikan kegigihan tokoh ini dalam mencapai sesuatu

kejayaan sebagai pedoman dan panduan untuk terus berjuang untuk negara saya. Selain itu, saya

4
juga dapat mempelajari tentang kesalahan yang telah beliau lakukan dan mengambilnya sebagai

pengajaran untuk tidak mengulanginya lagi.

Akhir sekali, saya dapat menanamkan rasa bangga terhadap negara Malaysia. Saya tidak

akan melakukan apa-apa untuk menjejaskan nama baik negara ini. Sebaliknya, saya akan

mengambil pengorbanan tokoh tersebut sebagai inspirasi untuk mengharumkan nama Malaysia

dengan lebih lagi.

5
Kaedah Kajian :)

3.0) Kaedah Kajian

Bagi memperoleh maklumat yang secukupnya bagi menyiapkan Kerja Kursus Sejarah

Tingkatan Dua ini, saya telah menggunakan kaedah pembacaan. Saya telah membaca beberapa

buku yang mengandungi informasi tentang tokoh ini, dan telah berjaya memperoleh maklumat

yang banyak dan tepat.

Selain daripada itu, saya juga telah menggunakan kaedah lisan. Saya telah menemu

ramah bapa saya, Ritakamal Bin Sadiman. Ternyata, beliau banyak mengetahui tentang tokoh ini

6
kerana beliau telah pun lahir sebelum Malaysia mengalami kemerdekaan. Oleh itu, beliau telah

banyak membantu saya dengan memberitahu saya tentang lebih lanjut tentang tokoh ini.

Terakhir, saya telah menggunakan kaedah melayari internet. Saya telah berjaya menemui

beberapa laman web yang mengandungi banyak maklumat tentang tokoh tersebut. Selain itu,

saya juga menemui beberapa gambar yang telah saya gunakan untuk menyiapkan folio ini.

7
Hasil Kajian :)

4.0) Hasil Kajian

Tun Dato’ Sri Sir Chen Lock Tan, DPMJ, KBE

merupakan seorang rakyat Malaysia yang berbangsa Cina. Beliau

juga merupakan seorang pengusaha dan tokoh awam yang telah

mengabdikan hidupnya untuk memperjuangkan hak-hak dan

kesejahteraan social masyarakat Cina di Malaya suatu ketika

dahulu. Beliau juga adalah salah satu ahli politik yang telah

8
mendirikan Persatuan Cina Melayu (MCA), yang telah menganjurkan penyebabnya untuk

penduduk berbangsa Cina di Malaysia.

Latar Belakang Tokoh

Rumah Kediaman Tan Cheng Lock


Tan Cheng Lock telah dilahirkan pada 5 April 1883 dan juga merupakan anak ketiga Tan

Keong Ann, yang telah melahirkan 7 orang anak lelaki

dan perempuan. Beliau juga merupakan salah seorang

generasi kelima Peranakan Cina Malaysia. Semasa

kecil, beliau tinggal di 111, Jalan Heeren yang terletak

di Melaka. Tan Hay Kwan, moyang beliau, merupakan

seorang pedagang telah berimigrasi ke Melaka dari

Wilayah Chiang Chiew di Wilayah Fujian, China,

pada tahun 1771.

Datuknya pula, Tan Choon Bok, sangat kaya tetapi beliau telah merasa bahawa keempat-

empat anak lelakinya tidak layak untuk mewarisi hartanya. Selepas itu, beliau telah mengunci

segala harta dan asetnya dalam kepercayaan keluarga yang kemudiannya tamat 84 tahun selepas

beliau telah meninggal dunia, iaitu pada tahun 1964. Bahkan, pada saat itu Tan Cheng Lock

sudah meninggal dunia selama empat tahun. Ayah kepada Tan Cheng Lock, iaitu Tan Keong

Ann begitu patah hati dengan keputusan ayahnya itu dan akan mencaci maki potret ayahnya pada

setiap hari, dan kemudiannya akan menegup sebotol minuman arak. Tan Keong Ann enggan

mencari nafkhah bagi menyara keluarganya dan hanya hidup dari faedah yang diberikan

kepadanya pada setiap tahun daripada kepercayaan keluarga yang dalam kemiskinan, iaitu hanya
Malacca High School, Melaka
$130 (Straits Dollars). Tan Cheng Lock enggan menerima ayahnya sebagai contoh.

9
Beliau telah menghadiri Malacca High School dan telah dianugerahkan Biasiswa Tan

Teck Guan, yang hanya diberikan kepada

murid yang cemerlang di sekolahnya.

Beliau kemudian menyambung pelajaran

di Raffles Institution yang terletak di

Singapura. Walau bagaimanapun, beliau

tidak dapat meneruskan pelajaran ke

Inggeris untuk belajar dalam bidang undang-undang disebabkan situasi kewangan. Namun,

beliau telah mengambil keputusan untuk mengajar di Raffles Institution daripada 1902 hingga

1908.

Walau bagaimanapun, beliau kurang senang hati dengan murid-muridnya dan beliau

tidak mempunyai sikap penyabar yang cukup untuk menjadi seorang guru. Lantaran itu, ibunya,

Lee Seck Bin berkeras kepala supaya beliau kembali ke Melaka untuk bekerja sebagai pembantu

pengurus Kebun Getah Bukit Kajang Ltd, sebuah syarikat yang dimiliki oleh sepupunya daripada

pihak ibunya, Lee Chin Tuan. Bekerja di lading getah sepadan dengan diri beliau dan beliau

telah mempelajari tentang selok-belok pekerjaan tersebut dengan cepat dan cekap.

Dengan segera, beliau telah dinaikkan pangkat dan telah menjadi agen melawat untuk

Kebun Getah Nyalas di Melaka, iaitu pada tahun 1909. Pada tahun 1910, beliau telah terlibat

dalam tiga pendirian syarikat getah yang baru.Beliau telah memulakan United Malacca Rubber

Estate Ltd. dengan usaha sendiri, dan beliau telah meminta bantuan para pengusaha untuk

bersama-sama mendirikan Malacca Pinda Rubber Estate Ltd. dan Ayer Molek Rubber Company

Ltd.

10
Pada tahun 1913, Tan berkahwin dengan Yeo Yeok Neo, anak kepada Yeo Tin Thye,

Presiden Persatuan Hokkien Melaka. Mereka dikurniakan dengan seorang anak lelaki, Tun Tan

Siew Sin (bakal Menteri Kewangan Malaysia) dan empat orang anak perempuan, Kim Tin, Wee

Geok Kim, Alice Kim Yoke dan Agnes Kim Lwi.

Tiga tahun kemudian, pada tahun 1912, beliau telah

dicalonkan sebagai salah satu Kounsil Komisaris Melaka dan

juga salah satu Hakim Keamanan untuk Melaka oleh kerajaan

British. Beberapa bulan kemudian, beliau telah dicalonkan

sebagai Pesuruhjaya Majlis Bandar untuk bandar-bandar

tertentu, termasuklah Melaka Port. Pada tahun 1914, beliau telah

menghidupkan kembali Syarikat Cina dari Kor Sukarelawan

Melaka (yang kemudian dikenali sebagai Company B, 4th

Battalion, Straits Settlement Volunteer Force) dan telah berkhidmat selama 5 tahun sehingga

tahun 1919. Pada tahun 1915, Persatuan Cina-Inggeris Selat (SCBA) telah dihidupkan kembali

oleh beliau. Tuntasnya, beliau telah dilantik sebagai Presiden SCBA. Pada 1923 pula, ketika

beliau berusia 40 tahun, beliau telah dilantik sebagai salah seorang daripada Majlis Perundangan

Straits Settlements.

Pada 1926, Tan Cheng Lock telah mencipta sejarah dengan penyampaian ucapannya

yang penuh emosi tentang cita-citanya supaya system politik di Malaya bersatu kepada warga

sidang dewan yang turut hadir. Seperti kebanyak ahli politik berbangsa Cina, beliau gemar akan

warga British. Namun begitu, beliau lebih gemar akan idea kemerdekaan negara Malaya. Selepas

itu, beliau telah menganjurkan konsep “demokratik British Malaya yang bersatu”.

Mahatma Gandhi

11
Dari tahun 1933 hingga 1935, beliau merupakan ahli tidak rasmi bagi

Lembaga Eksekutif Straits Settlements. Beliau telah memperjuangkan

beberapa kempen social seperti, menentang merokok candu, menggalakkan

pendidikan vernacular Cina, perundangan terhadap perbuatan poligami dan

mendesak untuk reformasi bagi dasar imigrasi. Selama penjajahan Jepun di


Pandit Jawaharlal
Malaya,
Nehrubeliau dan keluarganya telah melarikan diri ke India di kawasan pengasingan. Mereka

telah menyaksikan perjuangan Mahatma Gandhi dan Pandit Jawaharlal Nehru

untuk kemerdekaan bagi negara mereka. Beliau telah pun mengambil mereka

sebagai inspirasi dan contoh untuk melakukan perkara yang sama kepada

negara Malaya ketika beliau kembali.

Dengan pembentukan Kesatuan Malayan pada 1 April 1946 oleh

British, beliau diberi peluang untuk menawarkan penyelesaian politik tetap untuk orang Cina

yang datang ke Malaya dahulukala. Hal ini dibesarkan lagi pada tahun yang sama ketika beliau

berada di India. Selepas itu, beliau telah menubuhkan Overseas Chinese Association of India

(OCAI), yang menghantar sebuah memorandum ke Pejabat Kolonial untuk memperkenalkan

kewarganegaraan bagi mereka yang tidak lahir di Malaya. Isu ini adalah salah satu prinsipal

dalam penubuhan Kesatuan Malayan.

Namun begitu, Kesatuan Malayan telah menerima tentangan hebat oleh masyarakat

Melayu telah menyebabkan Tan Cheng Lock dan Parti Komunis Melaka untuk bekerja dengan

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) untuk menentang UMNO di bawah kepemimpinan

Dato’ Onn Jaafar. Selepas itu, Tan Cheng Lock dan rakan-rakannya telah menubuhkan All

Malayan Council of Joint Action (AMCJA) dan juga bekerjasama dengan Pusat Tindakan

Rakyat (PUTERA) di bawah kepemimpinan PKMM.

12
UMNO telah menerima sokongan daripada Persidangan Penguasa Melayu dan Inggeris

untuk menghapuskan Kesatuan Malayan dan membentuk Persekutuan Malaya pada tahun 1948.

Dengan pembentukan Persekutuan tersebut, negara-negara Melayu, pembesar-pembesarnya dan

sistem politik sebelum tahun 1941, telah diakui kembali oleh pihak British. Kewarganegaraan

hanya diberikan kepada masyarakat Melayu dan peraturan mendaftar untuk kewarganegaraan

lebih diperketatkan.

Dasar tersebut telah menerima bantahan daripada masyarakat perniagaan. Selepas itu,

Parti Komunis Malaya telah memulakan sebuah revolusi bersenjata dan Negara Kecemasan telah

diumumkan. Semua parti yang terlibat dan para pemimpin mereka ditangkap. Namun begitu, Tan

Cheng Lock telah diselamatkan daripada tindakan tersebut kerana dibukti tidak bersalah.

Lantaran itu, beliau telah melaksanankan dasar kerjasama dengan British dan Melayu dalam parti

sanksi oleh pihak British.

Pembentukan Persatuan Cina Melayu

Tan Cheng Lock telah kembali ke Malaya selepas Jepun telah berundur. Pada 27 Februari

1949, beliau telah menubuhkan Persatuan Cina Melayu (MCA) bersama-sama dengan Tun

Leong Yew Koh dan Kolonel HS Lee. Walaupun Tan Cheng Lock berusia 66 tahun ketika

dilantik sebagai presiden, beliau dianggap sebagai satu-satunya orang yang berkemampuan untuk

menyatukan orang Cina dan juga orang


Bangunan MCA di Jalan Ampang,
Melayu.
Kuala Lumpur

Setelah bertahun-tahun berperang,

keadaan telah menjadi teruk dan kucar-kacir.

13
Masyarakat Cina sangat terbelah dan tidak lagi setia akan kerajaan yang mentadbir. Di kalangan

orang Cina, hanya Tan Cheng Lock mempunyai kebenaran untuk berbicara dengan senior

Melayu seperti Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman pada waktu perubahan

perlembagaan ketika itu. Oleh sebab sikap beliau yang sangat anti-komunis, beliau juga

dipercayai oleh para pegawai kolonial Inggeris. Selepas itu, beliau telah bergabung dengan para

pemimpin Melayu – pertama melalui All Malaya Council of Joint Action (AMCJA), yang telah

diketuai oleh beliau, kemudian melalui Communities Liaison Committee yang dipimpin oleh

Dato’ Sir MEE Thuraisingham – untuk memperjuangkan perubahan perlembagaan dan

bekerjasama untuk mencapai perpaduan yang erat di antara kaum.

Tujuan utama Persatuan Cina Melayu adalah untuk menyatukan penduduk Cina di

Malaya, termasuklah perlindungan hak-hak dan kepentingan orang Cina, dan juga untuk bekerja

dengan kerajaan penjajah untuk menghentikan penyebaran komunisme dan untuk bekerja

bersama-sama dengan bangsa lain bagi mencapai kemerdekaan Malaya. Cabang-cabang MCA

telah didirikan selepas kempen mereka telah menarik lebih daripada 200,000 ahli.

Semakin lama, jumlah ahli dan cawangan MCA makin bertambah. Tugas MCA sangat

mencabar kerana mereka perlu membuktikan kepada Kerajaan British bahawa sebahagian besar

masyarakat Cina adalah warganegara setia dan bahawa mereka tidak gemar akan perjuangan

Komunis. MCA adalah gerakan untuk mewakili orang Cina dan bekerjasama dengan kerajaan

British. MCA telah bekerja rapat dengan kerajaan British untuk melemahkan perjuangan

komunis yang telah menggunakan kekuatan bagi mencapai kemerdekaan.

Salah satu sumbangan MCA dalam usaha ini adalah untuk melakukan relokasi orang

Cina ke sebuah desa, yang jauh dari pinggiran hutan. Masyarakat Cina telah dipindahkan ke

14
kampung baru yang lebih selamat. Usaha ini telah mendapat sokongan daripada ahli MCA.

Cawangan MCA telah menyumbangkan sejumlah wang bagi menyokong usaha tersebut. Sebuah

organisasi kesejahteraan sosial telah situbuhkan di markas MCA supaya mereka dapat

memberikan bantuan dan dana kepada desa baru.

Usaha yang dilakukan oleh MCA telah memupuk kerjasama di antara kaum di Malaya.

Langkah ini telah menggalakkan Kerajaan British untuk memastikan bahawa di masa depan,

dasar daripada Persekutuan Melayu harus berdasarkan pada kerjasama di antara pelbagai bangsa.

Pada 26 September 1951, Tan Cheng Lock telah menyokong idea-idea Dato’ Onn Jaafar

untuk membentuk Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) di Kuala Lumpur dengan kerjasama

daripada pelbagai bangsa sebagai tema perjuangannya. Namun, pembentukan itu kurang mantap,

kerana Dato’ Onn Jaafar tidak berapa gemar akan isu kewarganegaraan.

Pada akhirnya, Tan Cheng Lock memutuskan bahawa hanya sebuah parti Cina yang

mampu menjaga kepentingan masyarakatnya dan juga bahawa perpaduan di antara kaum boleh

dikecapi dengan kerjasama oleh United Malayan National Organisation (UMNO). Dengan itu,

MCA telah bergabung dengan UMNO untuk membentuk Barisan Nasional. Namun begitu, tetap

ada segelintir orang yang membantah dan berkata bahawa Tan Cheng Lock tidak mementingkan

kepentingan orang Cina kerana merasa bahawa marginalisasi orang Cina-Malaya tidak akan

begitu parah jikalau mempunyai kuasa British.

Pada tahun 1952, Tan Cheng Lock dan


Bangunan UMNO di Perak
UMNO, di bawah kepemimpinan Tunku Abdul

Rahman telah mengikut serta dalam pilihan raya

sebagai rakan kongsi. Beliau amat disanjungi

15
kerana sumbangannya dalam bidang perniagaan, arena politik dan karyanya untuk

mengintegrasikan antara orang Cina dan orang India bersama-sama dengan masyarakat Melayu.

Di bawah kepemimpinan Tan Cheng Lock, MCA telah memainkan peranan yang sangat

penting dalam perundingan kemerdekaan dengan British. Beliau

juga telah menjadi ketua semasa MCA membentuk Perikatan pada

tahun 1954 dengan Syarikat Melayu Organisasi Nasional dan

Kongres India Malaysia (MIC). Tan Cheng Lock, merupakan

salah seorang anggota dari Kumpulan Malaya Anti-Jepun dan juga

presiden pertama bagi MCA. Namun, beliau tidak menyertai

kabinet ketika kemerdekaan kerana saingannya, Tun HS Lee, dari

Selangor, merupakan salah seorang ahli kabinet.

Tan Cheng Lock telah membawa MCA ke Konvensyen Kebangsaan yang ditajai oleh

UMNO pada 23 Ogos 1953, dan sebuah perjanjian kerjasama dimeterai antara UMNO dan MCA

dengan persefahaman untuk mencapai kemerdekaan melalui cara yang aman. Pembentukan Parti

Perikatan antara MCA, UMNO, dan MIC mencepatkan proses kemerdekaan ketika Parti

Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi dalam pilihan raya persekutuan pada tahun 1955.

Cita-cita beliau untuk memperoleh taraf kewarganegaraan untuk orang-orang Cina di Tanah

Melayu dicapai ketika UMNO menerima cadangan itu dan memasukkannya dalam memorandum

Parti Perikatan kepada Suruhanjaya Reid yang ditugaskan untuk menulis Perlembagaan

Persekutuan.

Meninggal Dunia

16
Tan Cheng Lock telah meninggal dunia pada 13 Disember 1960 di Hospital Besar

Melaka akibat sakit jantung. Beliau berumur 77 tahun ketika kejadian.

Warisan

Banyak tanda kehormatan yang dibuat Tan Cheng Lock atas pelbagai sumbangan

besarnya ke Malaysia. Selain daripada diiktiraf sebagai salah seorang pengasas moden Malaysia,

bersama-sama dengan Tunku Abdul Rahman, Tunku Abdul Razak dan Tun VT Sambanthan,

jalan bernama Foch Avenue, berganti nama menjadi Jalan Tun Tan Cheng Lock di Kuala

Lumpur selepas tahun 1957. Cross Street yang lama pula diberi nama Tan Siew Sin Street, bagi

menghormati anak lelaki pertama Tan Cheng Lock, yang juga merupakan seorang bekas Menteri

Kewangan Malaysia. Di Melaka, di mana terletaknya Heeren Street, di mana terletaknya juga

rumah kediaman Tan Cheng Lock juga telah berganti nama menjadi Jalan Tun Tan Cheng Lock

untuk menghormatinya.

Pada bulan April 2005, the National University of Singapore (NUS), telah menerima

sumbangan S$4 juta daripada Puan Agnes Tan Kim Lwi, anak perempuan Tan Cheng Lock

untuk mendirikan rumah Peranakan di Neil Road di Singapura. Selain itu, beliau juga telah

memberi sumbangan sebanyak S$1.5 juta dengan tujuan untuk mendirikan dua lagi buah rumah

di Jalan Tun Tan Cheng Lock di Melaka untuk tujuan mempromosikan seni bina Peranakan dan

kebudayaan di Singapura dan Malaysia. Rumah yang telah dibina di Singapura itu, diberi nama

Tan Cheng Lock Baba House, bagi menghormati keyakinan beliau terhadap pendidikan.

Penghargaan dan Anugerah

 1949 ; DPMJ oleh Sri Paduka Sultan Ibrahim, Sultan Johor

 1949 ; Komander Empayar British (CBE)

17
 1952 ; Komander Kesatria Empayar British (KBE)

 1952 ; Order of the British Empire (OBE)

 1958 ; Diberi gelaran Tun oleh DYMM Seri Baginda Yang di-Pertuan Agong

Rumusan :)

18
5.0) Rumusan

Syukur ke-hadrat Ilahi kerana dengan izinnya, saya telah dapat menyiapkan Kerja Kursus

Sejarah 2010 ini. Sesungguhnya, dengan melakukan folio ini, saya dapat menanamkan rasa cinta

dan bangga akan negara Malaysia. Saya telah sedar akan kesusahan dan rintangan yang tokoh ini

telah lalui untuk mencapai kemerdekaan bagi negara ini. Oleh itu, saya berjanji tidak akan

memandang remeh lagi kebebasan yang telah diberi kepada kami, rakyat Malaysia.

Selain daripada itu, saya telah dapat mengambril tokoh ini sebagai inspirasi dan contoh

untuk meneruskan mengharumkan nama negara Malaysia yang saya cintai ini. Tokoh ini

mempunyai pelbagai sifat yang patut dicontohi seperti gigih dan tabah. Saya telah dapat

mengambil sifat-sifat tersebut dan menerapkannya ke dalam diri saya. Lantaran itu, tokoh ini

juga telah membuktikan bahawa tidak ada satu perkara pun yang mustahil, jikalau mempunyai

usaha yang gigih.

19
Akhir sekali, saya telah dapat menguasai beberapa kemahiran yang sangat berguna untuk

kehidupan seharian. Antara kemahiran tersebut ialah, kemahiran mencari, mengumpul dan

menganalisis maklumat dan data yang berkenaan dengan tokoh ini.

Lampiran :)

20
Tan Cheng Lock, bersama-sama
dengan Tunku Abdul Rahman dan
Ketua Menteri Singapura, David
Marshall berbincang tentang
Rundingan Baling dengan para
pemimipin komunis pada tahun
1955.

6.0) Lampiran

21
Rundingan Baling yang melibatkan Tan Cheng Lock, Tunku Abdul Rahman, David Marshall, Hamid Jumat,
Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin

The Tan Cheng Lock Baba House, di


Singapura

Tan Cheng Lock, bersama-sama


dengan anak-anaknya di Baba
House, Singapura

22
Pendapat Tan Cheng Lock dan mula merancang sesuatu
seperti mana notanya ditulis di atas
23
Cadangan Bendera Nasional oleh Tan Cheng Lock dan sekutu-kutunya.

Keratan akhbar tentang Bendera


Nasional yang telah ditetapkan oleh
Tan Cheng Lock dan sekutu-
kutunya.
Dipetik daripada, Straits Times,
11.11.1947

Tan Cheng Lock berjaya mewujudkan gabungan antara PUTERA dan AMCJA untuk
memperkenalkan draf Perlembagaan Rakyat mereka sendiri pada tahun 1947

24
Rujukan :)

25
7.0) Rujukan

*Buku

Masariah Binti Mispari, 2003, Sejarah Tingkatan Dua, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka

*Internet

http://www.paneh.blogspot.com/2009_04_01_archive.html

http://www.scribd.com/doc/4978496/Folio-Sejarah-Tingkatan-2

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tan_Cheng_Lock

*Folio

Folio Tokoh Tempatan Tingkatan Dua, Putri Nur Hanin Binti Kamaruzaman, Sekolah Menengah

Sri Hartamas, 2009

*Temubual

Ritakamal Bin Sadiman, No. 101, Jalan Medang Serai, Bukit Bandaraya, 59100, Bangsar, Kuala

Lumpur. 10 September 2010. 4.30 p.m.

26
TAMAT.

SEKIAN, TERIMA KASIH !

27

You might also like