You are on page 1of 5

Bahana dan implikasi rasuah

Sunday, 23 September 2007


Kemuncak kepada imperialisme dalam ekonomi menurut Lenin ialah apabila semua orang berpaksikan sistem
ekonomi
kapitalis.
Sistem kapitalis jelas ditolak oleh kita lantaran ia hanya memberikan keuntungan kepada orang kaya sahaja
sedangkan
orang miskin terus tertindas.
Di samping itu juga sistem ini menggunakan unsur-unsur riba yang tertolak kaedahnya menurut pandangan dan
kaca
mata agama. Malah, secara cukup tersembunyi, sistem ini memberikan kekayaan secara implisit kepada satu
golongan
di belakang tabir yang kita tidak kenali siapakah mereka.
Berdasarkan kenyataan dan fakta yang terdedah inilah, saya secara peribadi sangat yakin bahawa orang yang
paling
kaya di dunia buat masa sekarang bukanlah Bill Gates, sebaliknya sekumpulan manusia durjana yang
berorientasikan
sistem kapitalis atau lebih tepat saya katakan 'cucu cicit' kepada Karl Marx.
Norman Daniel dalam ”Islam, Europe, and Empire” mendedahkan tujuan imperialisme atau
penjajahan
sebenarnya bermatlamatkan ke arah melahirkan sebuah empayar.
Empayar ini pastinya empayar yang penuh dengan kebobrokan dan penyelewengan minda dan budaya
berasaskan
perancangan-perancangan ataupun protokolat-protokolat yang disidangkan oleh para pemikir cerdik pandai
Zionis. Hal
ini secara jelas pernah disebut oleh William Guy Carr dan Gary Allen (None Dare Call Its Conspiracy) malah
diperakui
oleh Alan Richardson.
Antara strategi peperangan daya pemikiran dalam dimensi dan versi baru ini, yang jelas sangat dibimbangi para
ulama
berbanding peperangan yang menumpahkan darah ialah mengaburi mata rakyat supaya tertumpu kepada
kecintaan
berlebihan terhadap kehidupan dunia dengan mengumpulkan harta benda tidak kira sama ada secara haram
atau halal.
Gejala ’sakrat’ bertunjangkan kejahilan yang sukar untuk diubati dan penyakit cintakan dunia
lupakan
kenikmatan akhirat semakin menjadi-jadi. Akhirnya, satu natijah yang sangat dahsyat boleh kita konklusikan,
iaitu orang
Islam beramal dengan budaya Barat sedangkan Barat melahirkan suasana yang muslimah.
Rasuah adalah satu jenayah atau kesalahan undang-undang di mana seseorang mendapat kebebasan, kontrak,
atau
keistimewaan (favours) daripada pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah,
keraian kepada
pihak-pihak tersebut. Ini merupakan definisi yang diberikan berkaitan tentang rasuah.
Rasuah menurut Bahasa Latin berasal daripada Corruptio, iaitu daripada kata kerja corrumpere yang membawa
erti
busuk, rosak, menggoyahkan, memutar belit, dan menyogok.
Cukup menarik apabila takrifan yang diberi merujuk kepada ‘busuk’ yang pastinya memualkan
dan
meloyakan. Secara tidak langsung, mesej yang paling jelas ingin disampaikan melalui pengertian rasuah ialah ia
merupakan satu perilaku yang sangat terkutuk dan dibenci bukan sahaja agama malah kemanusiaan sekalipun
menolaknya secara total.
Mengikut Tranparency International, rasuah adalah perilaku di jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam,
termasuklah
para politikus dan pegawai-pegawai yang secara tidak wajar dan tidak sah menurut undang-undang.
Rasuah mencakupi empat perkara:
1- Melanggar undang-undang yang dikuatkuasa
2- Penyalahgunaan harta negara
3- Merugikan negara
4- Memperkayakan diri sendiri dan kerabat
Menakala Badan Pencegah Rasuah (BPR) meletakkan empat kesalahan utama dalam rasuah merangkumi:
1- Meminta/ menerima rasuah
2- Menawar/ memberi rasuah
3- Membuat tuntutan palsu
4- Menyalahguna jawatan/ kedudukan
Dalam hal ini, saya bersetuju jika dikatakan rasuah merupakan cabang daripada korupsi. Dalam tulisan Wan
Mohd Nor
Wan Daud, beliau membicarakan soal pembangunan.
Gerakan Demokrasi dan Anti-Korupsi (Gerak)
http://info.gerakmalaysia.org Powered by Joomla! Generated: 27 July, 2008, 13:37
Tegas beliau, tidak tepat jika kita katakan lawan kepada pembangunan adalah kemunduran, sebaliknya kalimah
yang
paling tepat untuk dikatakan antonim pembangunan ialah korupsi.
Maka, rasuah, riba, atau apa sahaja jika ia dikatakan mampu memberikan satu peluang kepada pembangunan,
maka
hendaklah diketahui juga bahawa ia juga penyumbang utama kepada korusi itu sendiri.
Antara jenis korupsi ialah jenayah kolar putih. Rasuah adalah salah satu daripadanya. Skandal BMF, Pan
Electric,
Koperasi-koperasi Penerima Deposit dalam tahun 1980-an dan lain-lain, adalah antara jenayah kolar putih yang
bertaraf
profesional yang telah berlaku.
Malah, mengikut laporan Inspektor-General Polis: Pegawai-pegawai mencuri RM126.8 milion dalam 11 bulan
pertama
pada tahun 1989. bahkan, pada tahun 1988, terdapat 5,057 kes jenayah yang dapat dikesan melibatkan RM139
juta.
Korupsi pula merangkumi lima elemen:
1- Melanggar hukum atau peratuan
2- Penyelewengan kuasa sewenang-wenangnya
3- Merugikan negara
4- Memperkaya diri sendiri
5- Amalan pilih kasih seperti nepotisme dan kronisme
Dr Denis Osborne, seorang pakar pengurusan awam dan etika dalam satu majlis berucap:
”Kesan rasuah lebih menyeluruh termasuk wujudnya jenayah yang akan mengancam nyawa masyarakat
dan
juga menggugat kepercayaan mereka terhadap kerajaan”
Beliau turut menjelaskan perlakuan rasuah sampai ke peringkat membunuh. Contoh, apabila polis dan hakim
menerima
rasuah daripada pembunuh.
Dr K. J. John pula, seorang perunding Pembangunan Dasar berkata:
”Pembangunan di Malaysia juga masih terlalu didefiniskan secara materialistik manakala budaya dan
amalan
penjawat awam pada masa kini mendorong kepada perlakuan rasuah”.
Keadaan ini bagi beliau timbul hasil daripada kesan sistem pengurusan awam di Malaysi yang memerlukan
keseimbangan kuasa di antara badan pentadbiran, perundangan, dan kehakiman.
Saya menyokong pandangan beliau yang menyatakan pembangunan di negara kita masih bertunjangkan
kebendaan
semata-mata sehingga aspek-aspek pembangunan rohani amat kurang sekali dititik-beratkan. Hasilnya,
meskipun
sesebuah negara itu bertambah maju seperti negara di blok pertama, namun kes-kes jenayah dan perilaku
buruk makin
bertambah dari semasa ke semasa.
Sebagai contoh untuk menyokong hujah saya ialah, kadar perceraian di 10 buah negara termaju dunia mengikut
penilaian Human Development Index adalah berada pada paras yang sangat membimbangkan. Di kanada
mencecah
49%, France 43%, Sweden 67%, dan Belgium 68%. Itu baru dikira dari sudut perkahwinan sedangkan realitinya
ramai
juga yang tidak berkahwin dan hanya menjalinkan hubungan seks secara bebas.
California sendiri pernah merangka untuk membina lebih banyak penjara berbanding universiti. Dalam kes yang
lain,
kerajaan Thailand telah mengalami kerugian hampir RM14 bulion disebabkan rasuah dan korupsi. Cina pula
telah
mengalami kerugian sekitar RM41 bilion. Angka ini sangat memeranjatkan.
Pembangunan yang tidak bersendikan nilai keagamaan dan akhlak ini menyebabkan kehidupan semakin
menjadi tidak
teratur dan terurus sehingga menyebabkan kucar-kacirnya nilai-nilai norma dan normal manusiawi. Satu kajian
dalam
Phschological Abstracts 1967-1994 (27 tahun) mendapati:
1) Terdapat 46, 380 makalah tentang tekanan perasaan (depression)
2) 36, 851 makalah tentang kebimbangan (anxiety)
3) 5, 099 makalah tentang kemarahan (anger)
Sebaliknya, hanya terdapat 2 389 makalah membicarakan tentang kebahagiaan, 2 340 tentang kehidupan
selesa (life
satisfaction), dan 405 tentang keseronokan.
Ini sebagai bukti yang jelas bahawa kehidupan yang penuh dengan kebobrokan dan mengesampingkan nilai-
nilai murni
akan mengakibatkan satu kehampaan norma dalam kehidupan sebagaimana pernah dijelaskan oleh Emik
Durkheim
berkenaan Anomie (kehamapaan norma). Anomie merupakan satu gejala rohanui disebabkan manusia sudah
tidak
Gerakan Demokrasi dan Anti-Korupsi (Gerak)
http://info.gerakmalaysia.org Powered by Joomla! Generated: 27 July, 2008, 13:37
mempedulikan bagaimanakah caranya untuk mendapatkan wang.
Terdapat beberapa keadaan yang mencetuskan rasuah. Mungkin boleh dinyatakan di sini beberapa elemen:
1- Pemusatan kuasa, terutama dari kalangan para pembuat dasar
2- Kurangnya ketelusan dalam urusan pentadbiran kerajaan
3- Kempen-kempen politik yang mahal
4- Projek mega yang melibatkan penggunaan wang pembayar cukai yang besar
5- Kelemahan sistem perlaksana dan kehakiman
6- Gaji penjawat awam yang kecil
Rasuah merupakan musuh pembangunan. Ia membantutkan perkembangan ekonomi dan merencatkan
perjalanannya.
Para pakar ekonomi berpendapat, beberapa buah negara Asia dan Afrika sangat lemah daripada sudut
perkembangan
ekonomi khususnya di Afrika kerana rasuah berbentuk ”penagihan sewa” yang menyebabkan
perpindahan
penanaman modal ke luar negara, bukan dalam negara.
Mengikut jabatan Mufti Brunei, terdapat beberapa faktor, ancaman, dan kesan yang besar dampaknya bahana
rasuah.
Antara faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya rasuah ialah:
1- Hilang atau lemahnya nilai keagamaan
2- Tabiat manusia yang amat sukakan harta kekayaan
3- Tidak amanah
4- Tidak ada penerapan hukum agama
5- Kurang kefahaman atau tidak faham langsung dengan konsep serta ajaran Islam secara betul dan
menyeluruh
6- Banyak berhutang
7- Tamak
8- Kepimpinan dan pentadbiran yang lemah
9- Faktor sosial yang menganggap rasuah sebagai satu cara hidup
10- Belanja hidup yang kian meningkat
Manakala ancaman terhadap orang yang terlibat dengan rasuah sama ada secara langsung atau tidak ialah:
1- Mendapat murka dan laknat daripada Allah SWT
2- Mandapat kutukan dan amarh daripada Rasulullah SAW
3- Tidak mendapat rahmat, taufiq, dan hidayat
4- Akan disambar api neraka
5- Satu dosa yang besar
6- Haram, maka doa tidak akan diterima Allah SWT
Rasuah juga bukan sahaja memberikan kesan yang negatif kepada individu, malah juga kepada masyarakat
dan
negara. Kesan kepada individu ialah seperti berikut:
1- Hilang kerjaya
2- Jatuh moral dan maruah
3- Terima hukuman di dunia dan di akhirat
4- Hancur keharmonian rumah tangga
5- Keluarga terabai
Kesan kepada masyarakat pula:
1- Ketidakadilan disebabkan mengenepikan hak-hak orang tertentu
2- Menggalakkan malah melindungi penjenayah
3- Memburukkan lagi taraf kemiskinan
Kesan kepada negara:
1- Menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran
2- Menjejaskan sosial serta kestabilan politik serta keselamatan
3- Tumpuan pembangunan tidak seimbang
4- Kenaikan kos barang dan perkhidmatan
5- Mengurangkan pendapatan negara
6- Menurunkan mutu dan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan
Di samping itu, terdapat tiga penanda aras rasuah yang telah ditetapkan oleh Transparency International iaitu:
Gerakan Demokrasi dan Anti-Korupsi (Gerak)
http://info.gerakmalaysia.org Powered by Joomla! Generated: 27 July, 2008, 13:37
1- Indeks Persepsi Rasuah (berdasarkan pendapat ahli tentang kekorupan negara-negara dunia)
2- Barometer Rasuah Global (berdasarkan tinjauan pandangan rakyat tentang persepsi dan pengalaman
berdepan
dengan gejala rasuah)
3- Tinjauan Pemberi Sogok
Sebenarnya, kejadian ahli politik mencoreng arang ke muka lawan masing-masing dengan tuduhan rasuah
adalah satu
perkara biasa. Teknik ini pernah digunakan oleh Zhu Rongji, dan yang terkini digunakan oleh Hu Jintao. Ini
disebabkan
apabila pegawai dituduh terlibat dengan kes rasuah meskipun belum lagi dipastika kebenarannya, ia sudah
mampu
untuk mencemarkan nama baiknya.
Justeru, terbenatng di hadapan kita satu dilema permasalahan yang cukup kronik dan rumit untuk diselesaikan.
Sebagaimana yang disebut oleh Datuk Ahmad Zaki, BPR memerlukan kaki tangan yang lebih ramai lagi untuk
membasmi gejala yang tidak bermoral ini. Ini disebabkan pada masa sekarang seorang pegawai BPR terpaksa
mengendalikan 13 kes setahun dan ini pasti suatu yang membebankan. Manakala hali sebaliknya berlaku di
negaranegara
maju yang mana seorang pegawai hanya perlu mengendalikan sekitar empat kes setahun.
Saya secara peribadi bersetuju dengan pandangan Perdana Menteri supaya siasatan terhadap kes rasuah
mestilah
dilakukan dengan hati-hati dan teliti supaya tidak berlaku kesilapan dalam mengenakan tindakan. Menurut
beliau:
”I am very worried and fearful that a miscarriage of justice might occur through over hasty action, and the
person
accused is later seen as being victimized”.
Namun, dalam masa yang sama, tidak patut bagi BPR untuk terlalu berhati-hati sehingga menyebabkan operasi
mengatasinya masih berada di tahap yang sama, statikdan tidak menunjukkan peningkatan ke arah daya yang
lebih baik.
Satu operasional dan evolusi bertindak secara sistematik dan terancang mesti dirangka dan diambil tindakan
dengan
segera. Penanaman nilai-nilai murni ke dalam diri pegawai-pegawai kerajaan seharusnya dibuat mulai sekarang
tanpa
bertangguh lagi. Kursus-kursus yang dianjurkan jangan hanya melihat kepada pembangunan jati diri berbentuk
luaran
semata-mata bahkan juga melihat kepada aspek pembangunan rohani yang berteraskan agama.
Dalam konteks yang sama, kerajaan semestinya mengerti bahawa kesempitan hidup akan memaksa seseorang
melakukan perkara di liar dugaan. Belitan kemiskinan dan penderitaan disebabkan tanggungan keluarga dan
sebagainya, apatah lagi di era yang kian sarat dengan cubaan dan kos kehidupan yang tinggi semestinya
menjadi faktor
implisit yang menyumbang ke arah menyuburkan gejala yang tidak sihat ini.
Saya optimis, baja-baja keimanan sahaja tidak cukup untuk membentengi seseorang daripada menjauhkan diri
daripada
rasuah jika prasarana atau khidmat kerajaan terhadap rakyat tidak ditingkatkan. Secara praktikalnya, tidak
dinafikan gaji
penjawat awam harus ditingkatkan mengikut realiti semasa dan kos kehidupan haruslah diperhatikan agar
jangan
sampai membebankan orang lain.
Satu persidangan dan bengkel yang menghimpunkan para cerdik pandai, para ulama’ dan pegawai-
pegawai
kerajaan, pegawai-pegawai BPR dan pihak berwajib yang lain termasuklah parti pembangkang dan para
pimpinan
mahasiswa harus diadakan segera bagi membincangkan satu resolusi penyelesaian segera mungkin.
Mohd Dzul Khairi Bin Mohd Noor,
Presiden,
Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS).
http://www.dzulkhairi.blogspot.com/
Gerakan Demokrasi dan Anti-Korupsi (Gerak)
http://info

You might also like